Wednesday, April 3, 2013

Peguam Naser Disa Perjelas Kes Kalimah Allah Di Mahkamah



Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam yang juga penerbit majalah mingguan, Herald Catholic Weekly telah mengemukakan permohonan semakan penghakiman mengenai larangan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Permohonan mahkamah dibuat selepas Menteri Dalam Negeri meluluskan permit ‘The Herald’ dengan mengenakan syarat bahawa larangan penggunaan perkataan Allah dan perkataan ’Terhad’ perlu dicetak pada muka depan majalah tersebut, iaitu hanya diedarkan kepada penganut Kristian di gereja.

Ketika itu Menteri Dalam Negeri adalah Tan Sri Syed Hamid Albar.

Paderi Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua.

Barisan peguam mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur adalah Porres Royan, S. Selvarajah, Leonard Tech, Annou Xavier dan Benjamin Dawson dari firma guaman Tetuan Fernandez & Selvarajah.

Manakala barisan peguam yang mewakili responden pertama dan kedua diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, iaitu Dato’ Kamaludin bin Md. Said, Mohd Naser bin Disa, Suzana Bte Atan, Arik Sanusi bin Yeop Johari dan Andi Razalijaya A. Dadi.

Kes ini dibicarakan di depan hakim Datuk Lau Bee Lan, di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas)

Naser Disa, salah seorang Peguam Kanan Persekutuan bagi responden pertama dan kedua memberi penjelasan terperinci tentang perbicaraan kes tersebut.

Tontonilah rakaman video di bawah, penjelasan Naser Disa tentang isu tersebut ketika ‘Forum Polemik Isu Kalimah Allah’ anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20 Januari 2013.







No comments:

Post a Comment