Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 3, 2013

Kalimah Allah Jadi Bahan Kempen Anwar


Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berhubung dengan isu kalimah Allah, namun perjumpaan itu bukan sahaja tidak berjaya ‘mendiamkan’ Ketua Pembangkang, malah beliau semakin agresif menjadi isu itu sebagai bahan kempen politik di Sabah dan Sarawak.

Dr Haron Din merupakan tokoh Pas yang konsisten menentang pemberian kalimah Allah kepada penganut Kristian sejak dari tahun 2010.


Terbaru, blog dkmsabah  mendedahkan Anwar terus berkempen menggunakan isu kalimah Allah ketika berucap di Putera Ballroom Kota Kinabalu sempena dengan Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2013 anjuran PKR Sabah, 10 Feb.

“Apa dia kenyataan yang kita lulus. Kita lulus kenyataan … Tuan Guru Hadi Awang, kenyataan dia sebagai Presiden Pas. Jadi kita kata boleh pakai kalimah Allah,”kata Anwar.

Anwar mendakwa Pas bersetuju membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian dengan syarat tidak disalahgunakan.

Pendapat Anwar itu bercanggah dengan pendapat Peguam Kanan Persekutuan, Naser Disa yang berkata penyalahgunaan kalimah Allah bermula sebaik sahaja kalimah itu dibenarkan kepada penganut kristian kerana ia adalah hak eksklusif umat Islam di Malaysia.

Naser Disa merupakan salah seorang Peguam Kanan Persekutuan  dari Jabatan Peguam Negara yang mewakili Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua dalam kes tuntutan kalimah Allah oleh Tan Sri Murphy Pakiam, Tirtular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur pada tahun 2009.

“Isu penyalahgunaan nama Allah ini, sebenarnya sudah pun termaktub di dalam undang-undang, tak boleh. Dah selesai dah. Settle dah, bukan polemik nak bincang-bincang lagi, bukan. Semua dah settle undang-undang (dah buat keputusan), tak boleh,”katanya.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.