Selepas berjaya menafikan kedudukan 2/3 BN di Dewan Rakyat
dan berjaya menang di 5 negeri dalam PRU 2008, pembangkang yang dulunya dengan
idealogi dan fahaman masing-masing cuba membina ikatan mereka di bawah satu
pertubuhan haram yang dinamakan pak-khatan rakyat.
Tempoh lima tahun(2008-2013) mereka cuba yakinkan rakyat
Malaysia bahawa mereka semua bersatu, bersefahaman,ukuh dan jitu. Namun itu semua pembohongan.
Sampai ke hari ini pun mereka masih tidak mencapai
persefahaman. Itulah bahana bila bernaung bawah ikatan haram. Sifat tamak dan
tidak percaya mempercayai satu sama lain masih tebal dalam diri mereka.
Contoh yang pertama, pembahagian kerusi PRU....
Lima tahun mereka tidak boleh selesaikan soal pembahagian
kerusi. Sampaikan selepas penamaan calon pun masalah itu tak selesai lagi.
Kerana isu pembahagian kerusi tidak semena-mena salah seorang dari orang mereka
menjadi mangsa. Nak tahu lanjut siapa yang menjadi mangsa sila baca di sini
Contoh sifat tidak percaya mempercayai sesama mereka
disahkan sendiri oleh Haji Hadi minggu lepas. Ketika mengulas isu pertindihan
kerusi sesama mereka, Hadi berkata tindakan Pas menghantar borang penamaan
calon di kerusi Dun Panti (Johor), kerana calon PKR tidak muncul di pusat
penamaan calon.
Kerusi berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR. Calon PKR
lewat tiba di pusat penamaan calon pada hari berkenaan. Apabila calon PKR
lewat, tiba-tiba calon Pas masuk menyerahkan borang pencalonan mereka. Selepas
calon Pas serah borang pencalonan, calon PKR pula tiba serah borang. Sepatutnya
bila calon PKR serah borang, Pas tarik balik borang mereka sebelum nama calon
disahkan. Tetapi itu tidak berlaku. Itu bukti sifat tamak Pas.
Untuk mengemukakan borang pencalonan calon Pas perlu ada
watikah yang perlu ditandatangani oleh setiausaha agung atau presiden Pas. Ketika di pusat penamaan calon, bagaimana
calon Pas boleh dapat watikah serta merta, sedangkan ketika itu setiausaha
agung dan presiden Pas tidak berada di sana ?
Tidak lain tidak bukan watikah berkenaan telah disediakan
awal-awal oleh Pas. Kenapa Pas perlu
Calon Pas dan calon PKR Dun Penanti
sediakan watikah untuk calon mereka sedangkan itu kerusi
yang diperuntukkan kepada PKR ? Jika di
kerusi dun berkenaan Pas telah siap sedia dengan calon dan watikah, tidak
mustahil di semua kerusi yang ditandingi PKR di seluruh negara Pas juga telah
siap sedia dengan calon dan watikah mereka.
Itulah buktinya betapa tebalnya sikap tidak percaya Pas kepada rakan
sebantal mer
Tinggalkan soal kerusi pilihan raya. Sekarang mari kita
berbicara pasal siapa pula yang hendak dilantik sebagai PM. Dari tahun 2008 -
2013 dan sekarang tinggal 7 hari lagi sebelum hari mengundi masalah siapa yang
akan menjadi PM jika mereka menang, masih tak selesai-selesai lagi.
Sekejap kata semua setuju Anwar sebagai PM. Sekejap Pas kata
pula PM belum diputuskan lagi. DAP pula kata hanya Anwar yang layak jadi PM.
Orang Pas pula kata hanya Hadi yang akan layak jadi PM. DAP pula kata mereka
bimbang jika Hadi jadi PM. Lim Guan Eng pula kata pak-khatan rakyat setuju
sebulat suara Anwar PM. Hari ini pula Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas kata
Pas akan putuskan calon PM selepas mereka menang PRU ini.
SHAH ALAM: PAS tetap berpendirian bahawa calon perdana menteri sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya ke-13 ini akan diputuskan selepas 5 Mei ini meskipun Mursyidul Am parti itu melancarkan surat sokongan Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi yang mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah negara.Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Nik Salleh, pelancaran surat oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat, Jumaat lalu sebenarnya tidak memberi gamabaran penuh mengenai siapa calon perdana menteri pilihan pembangkang."Memang kita putus di peringkat pusat isu perdana menteri ini selepas pilihan raya, itu sahaja."Dia (Datuk Nik Aziz) tak ada masalah (lancarkan surat itu) sebab bukan memberi gambaran yang penuh," katanya.Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini meremehkan tindakan Anwar yang sebegitu terdesak sehingga terpaksa mengheret ulama luar dalam memastikan agendanya menjadi perdana menteri berjaya.Beliau menegaskan pihak luar, termasuk Qardhawi tidak patut masuk campur dalam proses pilihan raya di Malaysia."Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi," kata Hadi.Mengulas lanjut isu itu, Nik Zawawi berkata kepimpinan PAS Pusat sebelum ini juga telah bersepakat bahawa parti yang paling banyak kerusi di Dewan rakyat akan dipilih sebagai perdana menteri."Memang hak rakyat lah (dalam memilih calon perdana menteri), kita (tetap) akan bincang selepas pilihan raya."Selepas pilihan raya kita bincang, sebelum pilihan raya tidak ada siapa yang berhak untuk menentukan calon perdana menteri," katanya lagi.Antara Pos
Cuba anda bayangkan betapa teruknya mereka....Lima tahun
masa berlalu dan kini kita sedang membilang hari untuk keluar mengundi, mereka
masih bergaduh pasal siapa nak jadi PM.
Jika nak putuskan seorang PM tidak boleh diselesaikan dalam
masa 5 tahun, cuba anda bayangkan jika mereka menang kelak. Jawabnya 5 tahun
lagi pun tak selesai berebut kerusi TPM, kerusi menteri dan kerusi timbalan
menteri. Teruk
beb......teruk......manifesto entah kemana, ekonomi entah kemana, rakyat entah
kemana, akhirnya negara yang dibina lebih 50 tahun ini hancur lebur. Semuanya
kerana mereka bergaduh berebut jawatan.
Oleh yang demikian jangan sesekali kita lakukan perjudian
tentang masa depan negara. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong
berciciran gara-gara nak cuba kerajaan baru. Kita di BN sudah buktikan. Negara
ini kita ambil dari penjajah boleh dikatakan dalam keadaan kosong. Kita bangun,
kita bina, kita majukan sampai ke tahap yang ada pada hari ini. Tidak dinafikan
ada kesilapan-kesilapan yang dilakukan BN. Manusia mana yang tak silap ? Tetapi
BN mengakui kesilapan dan belajar daripada kesilapan untuk membentulkan keadaan.
Datuk Najib sebagai seorang PM sanggup merendahkan dirinya
memohon maaf kepada rakyat diatas kesilapan-kesilapan yang berlaku. Apabila PM
memohon maaf, puak-puak sebelah sana memperlekehkan PM. Kegagalan puak-puak
mereka menunaikan manifesto PRU lepas di beberapa buah negeri yang mereka
perintah, ada mereka merendahkan diri memohon maaf kepada rakyat ? Manifesto
bukan janji, katanya. Akhirnya MB cabut lari tinggalkan kerusinya dan
bertanding di kerusi lain.
Sifat semula jadi manusia memang tidak pernah puas dengan
apa yang mereka ada. Itu tak betul, ini tak betul. Itu tak cukup, ini tak
cukup. Cuba duduk diam-diam sekejap dan renungkan balik kehidupan kita 10 tahun
lepas, 20 tahun lepas, 30 tahun lepas. Ada kalanya kita tidak sedar dengan
kesenangan-kesenangan yang kita kecapi.
Dulu kita nak ke pekan, tunggu bas pun dah setengah jam.
Hari ini kereta 2-3 biji depan rumah. Hidupkan dan jalan. Syarikat-syarikat bas
pun semua dah nak bangkrap sekarang kerana tiada penumpang dan terpaksa
diselamatkan oleh kerajaan.
Mungkin ada yang kata, saya beli kereta , beli rumah, beli
itu ini semuanya guna duit saya bekerja, saya berniaga, saya buat projek,
bukannya duit kerajaan bagi. Ya betul ! saya setuju. Tetapi jika kerajaan tidak dapat sediakan
persekitaran ekonomi yang baik kita boleh dapat kerja bagus ke ? Dapat
perniagaan yang bagus ke ?
Mereka menuduh kerajaan yang ada pada hari ini mengamalkan
rasuah yang berleluasa. Jika rasuah berleluasa di Malaysia jangan haraplah kita
dapat maju seperti hari ini. Lihat contoh di Indonesia cukuplah. Bagaimana
negara mereka dan bagaimana negara kita ? Apakah BN yang memerintah Indonesia
hingga rasuah berleluasa berakar umbi ?
Sekonyang-konyang BN yang mereka tuduh rasuah, tidak pernah
terjadi lagi pemimpin BN keluarkan arahan kepada SPRM untuk menyiasat pemimpin
BN, SPRM mesti siasat waktu pejabat dan perlu datang ke pejabat pentadbiran
kerajaan. Tak boleh tangkap dan siasat di pejabat SPRM. Di Selangor mereka tak
boleh disentuh. MB nya menghalang. SPRM nak siasat. SPRM mesti datang ke
bangunan pejabat MB dan diwaktu pejabat sahaja. PM dari BN sentiasa terbuka 24
jam untuk SPRM menyiasat mana-mana pemimpin BN.
Menjadi PM bukan satu perkara mudah seperti merebut jawatan
Pengerusi PIBG. Dari menjaga keperluan rakyat, kesihatan rakyat, pembangunan
negara, pembangunan ekonomi dan hinggalah hal ehwal dunia serta hubungan dengan
negara-negara luar semua perlu diuruskan. Bukan sesedap naik kereta dengan
diiringi polis trafik. Apakah anda fikir Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan
kesusasteraan melayu yang terpaksa diambil dua kali untuk lulus, boleh
menguruskan ekonomi Malaysia ? Jika alasan yang diberikan dulu dia menteri
kewangan dan boleh uruskan, itu silap. Dulu Tun M ada di belakangnya. Banyak
yang dia buat yang Tun batalkan. Temasuklah menaik kadar interest pinjaman
waktu ekonomi tengah jatuh, menaikkan bayaran minimum kad kredit dan juga
menaikkan bayaran lesen memandu daripada RM 20 kepada RM 50 di saat-saat
ekonomi tengah gawat. Tun yang kemudian batalkan semua itu.
Di saat ekonomi sedang gawat, kita nak orang belanja wang
supaya kegiatan ekonomi jadi meriah. Kalau semua orang ambil sikap tidak
belanja dan simpan wang, hancurlah ekonomi. Jika bayaran interest pinjaman
pembelian kereta dan rumah dinaikan berkali-kali ganda, siapa yang nak beli
kereta dan rumah ? Jawabnya penjual-penjual kereta semua bungkus. Apabila
penjual kereta bungkus, jurujual mana nak dapat duit untuk sara hidup. Pekerja
kilang kereta pun turut terjejas dan rantaian-rantaian seterusnya. Anwar punya
bodoh pergi naikkan interest pula. Tun M marah dan batalkan semua itu. Kemudian
Tun buat pakej rangsangan ekonomi. Salah satu yang saya ingat adalah potongan
KWSP kita dikurangkan. Jadi kita dapatlah gaji lebih sikit setiap bulan. Dengan
gaji lebih itu Tun minta rakyat pergi belanja atau membeli belah, supaya
kegiatan ekonomi kembali rancak. Alhamdullillah, ekonomi kita pulih dalam masa
setahun dua dan kita tidak perlu meminjam daripada IMF sepertimana yang
dicadangkan Anwar.
Nak sokong Pas kerana islam ? Apa lagi yang islam ada pada
Pas melainkan nama sahaja. Negara islam dah gugur, hukum hudud dah gugur,
pejuang anti murtad di pecat, kalimah Allah digadai.
Dengar sini saya nak cakap.....
Hassan Ali sebelum ini adalah pemimpin Pas (Parti ISLAM
Semalaysia). Sebagai seorang daripada parti ISLAM dan arif dari sudut agama
beliau diberi kepercayaan untuk menjaga hal ehwal agama islam di Selangor.
Apabila ada laporan sebuah gereja di Petaling Jaya menjalankan kegiatan
memurtadkan orang islam, Hassan Ali menggunakan kuasa yang diamanahkan
kepadanya untuk menghalang perkara tersebut. Bab orang islam nak dimurtadkan,
jangan kata ada kuasa, tiada kuasa pun kita wajib halang, apatah lagi Hassan
Ali yang ada kuasa. Dia perlu gunakan segala kuasa yang ada padanya untuk
halang perkara tersebut.
Apabila Hassan Ali bertindak, ianya telah menimbulkan
kemarahan DAP dan PKR. Parti islam yang Hassan Ali bernaung mengarahkan beliau
untuk tutup mulut. Kerana tidak mahu kehilangan sokongan pengundi bukan islam,
akhirnya Hassan Ali dipecat kerana parti islam rasa Hassan Ali merugikan
mereka.
Sebab apa Parti ISLAM Semalaysia pecat Hassan Ali ?
SEBABNYA HASSAN ALI MENGHALANG ORANG-ORANG ISLAM DARIPADA
DIMURTADKAN.
Masyallah.....
Sepatutnya Parti ISLAM Semalaysia memecat Hassan Ali jika
beliau memurtadkan orang islam. Tapi itu tidak berlaku. Terbalik pula. Parti
ISLAM Semalaysia pecat Hassan Ali kerana halang orang islam daripada
dimurtadkan. Sekali lagi, Masyallah.....
Dalam dunia ini ada beribu pertubuhan islam dan parti islam,
tidak pernah berlaku sesebuah organisasi yang memperjuangkan islam dalam dunia
ini yang pecat ahli mereka kerana menghalang orang islam daripada murtad. Pas
lah satu-satunya yang mencipta sejarah dunia.
Jadi apa lagi yang islam ada pada Pas ?
Tak usahlah kita nak keliru dengan kegiatan-kegiatan
penjualan nama islam yang mereka bawa. Itu semua untuk memancing undi sahaja.
Jual nama islam bukan main lagi, tapi mulut sumpah seranah orang, fitnah dan
bohong tidak henti-henti. Ada islam ajar kita begitu ?
Hari jadi Nabi tak boleh sambut, bidaah....tapi hari jadi
dia boleh pula terhegeh-hegeh bawa kek pergi rumah Karpal Singh untuk sambut
hari jadi.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment