Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, April 29, 2013

Lima Tahun Bergaduh Rebut Jawatan PM, Berapa Tahun Pula Untuk Bergaduh Berebut Jawatan Kabinet ?



Selepas berjaya menafikan kedudukan 2/3 BN di Dewan Rakyat dan berjaya menang di 5 negeri dalam PRU 2008, pembangkang yang dulunya dengan idealogi dan fahaman masing-masing cuba membina ikatan mereka di bawah satu pertubuhan haram yang dinamakan pak-khatan rakyat.

Tempoh lima tahun(2008-2013) mereka cuba yakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka semua bersatu, bersefahaman,ukuh dan jitu.  Namun itu semua pembohongan.

Sampai ke hari ini pun mereka masih tidak mencapai persefahaman. Itulah bahana bila bernaung bawah ikatan haram. Sifat tamak dan tidak percaya mempercayai satu sama lain masih tebal dalam diri mereka.

Contoh yang pertama, pembahagian kerusi PRU....

Lima tahun mereka tidak boleh selesaikan soal pembahagian kerusi. Sampaikan selepas penamaan calon pun masalah itu tak selesai lagi. Kerana isu pembahagian kerusi tidak semena-mena salah seorang dari orang mereka menjadi mangsa. Nak tahu lanjut siapa yang menjadi mangsa sila baca di sini

Contoh sifat tidak percaya mempercayai sesama mereka disahkan sendiri oleh Haji Hadi minggu lepas. Ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama mereka, Hadi berkata tindakan Pas menghantar borang penamaan calon di kerusi Dun Panti (Johor), kerana calon PKR tidak muncul di pusat penamaan calon.

Kerusi berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR. Calon PKR lewat tiba di pusat penamaan calon pada hari berkenaan. Apabila calon PKR lewat, tiba-tiba calon Pas masuk menyerahkan borang pencalonan mereka. Selepas calon Pas serah borang pencalonan, calon PKR pula tiba serah borang. Sepatutnya bila calon PKR serah borang, Pas tarik balik borang mereka sebelum nama calon disahkan. Tetapi itu tidak berlaku. Itu bukti sifat tamak Pas.

Untuk mengemukakan borang pencalonan calon Pas perlu ada watikah yang perlu ditandatangani oleh setiausaha agung atau presiden Pas.  Ketika di pusat penamaan calon, bagaimana calon Pas boleh dapat watikah serta merta, sedangkan ketika itu setiausaha agung dan presiden Pas tidak berada di sana ?

Tidak lain tidak bukan watikah berkenaan telah disediakan awal-awal oleh Pas. Kenapa Pas perlu

 
                                                                                    Calon Pas dan calon PKR Dun Penanti

sediakan watikah untuk calon mereka sedangkan itu kerusi yang diperuntukkan kepada PKR ?  Jika di kerusi dun berkenaan Pas telah siap sedia dengan calon dan watikah, tidak mustahil di semua kerusi yang ditandingi PKR di seluruh negara Pas juga telah siap sedia dengan calon dan watikah mereka.  Itulah buktinya betapa tebalnya sikap tidak percaya Pas kepada rakan sebantal mer
                                                         
Tinggalkan soal kerusi pilihan raya. Sekarang mari kita berbicara pasal siapa pula yang hendak dilantik sebagai PM. Dari tahun 2008 - 2013 dan sekarang tinggal 7 hari lagi sebelum hari mengundi masalah siapa yang akan menjadi PM jika mereka menang, masih tak selesai-selesai lagi.

Sekejap kata semua setuju Anwar sebagai PM. Sekejap Pas kata pula PM belum diputuskan lagi. DAP pula kata hanya Anwar yang layak jadi PM. Orang Pas pula kata hanya Hadi yang akan layak jadi PM. DAP pula kata mereka bimbang jika Hadi jadi PM. Lim Guan Eng pula kata pak-khatan rakyat setuju sebulat suara Anwar PM. Hari ini pula Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas kata Pas akan putuskan calon PM selepas mereka menang PRU ini.

SHAH ALAM: PAS tetap berpendirian bahawa calon perdana menteri sekiranya pembangkang menang pada pilihan raya ke-13 ini akan diputuskan selepas 5 Mei ini meskipun Mursyidul Am parti itu melancarkan surat sokongan Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf  al-Qaradawi yang mengiktiraf  Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah negara.
 
Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Nik Salleh, pelancaran surat oleh  Datuk Nik Aziz Nik Mat, Jumaat lalu sebenarnya tidak memberi gamabaran penuh mengenai siapa calon perdana menteri pilihan pembangkang.
 
"Memang kita putus di peringkat pusat isu perdana menteri ini selepas pilihan raya, itu sahaja.
 
"Dia (Datuk Nik Aziz) tak ada masalah (lancarkan surat itu) sebab bukan memberi gambaran yang penuh," katanya.
 
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini meremehkan tindakan Anwar yang sebegitu terdesak sehingga terpaksa mengheret ulama luar dalam memastikan agendanya menjadi perdana menteri berjaya.
 
Beliau menegaskan pihak luar, termasuk Qardhawi tidak patut masuk campur dalam proses pilihan raya di Malaysia.
 
"Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi," kata Hadi.
 
Mengulas lanjut isu itu, Nik Zawawi berkata kepimpinan PAS Pusat sebelum ini juga telah bersepakat bahawa parti yang paling banyak kerusi di Dewan rakyat akan dipilih sebagai perdana menteri.
 
"Memang hak rakyat lah (dalam memilih calon perdana menteri), kita (tetap) akan bincang selepas pilihan raya.
 
"Selepas pilihan raya kita bincang, sebelum pilihan raya tidak ada siapa yang berhak untuk menentukan calon perdana menteri," katanya lagi.
 
Antara Pos
 
 Masalah yang tak selesai-selesai selama 5 tahun. Apakah perlu kita bagi mereka 5 tahun lagi ?

Cuba anda bayangkan betapa teruknya mereka....Lima tahun masa berlalu dan kini kita sedang membilang hari untuk keluar mengundi, mereka masih bergaduh pasal siapa nak jadi PM.

Jika nak putuskan seorang PM tidak boleh diselesaikan dalam masa 5 tahun, cuba anda bayangkan jika mereka menang kelak. Jawabnya 5 tahun lagi pun tak selesai berebut kerusi TPM, kerusi menteri dan kerusi timbalan menteri.  Teruk beb......teruk......manifesto entah kemana, ekonomi entah kemana, rakyat entah kemana, akhirnya negara yang dibina lebih 50 tahun ini hancur lebur. Semuanya kerana mereka bergaduh berebut jawatan.

Oleh yang demikian jangan sesekali kita lakukan perjudian tentang masa depan negara. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran gara-gara nak cuba kerajaan baru. Kita di BN sudah buktikan. Negara ini kita ambil dari penjajah boleh dikatakan dalam keadaan kosong. Kita bangun, kita bina, kita majukan sampai ke tahap yang ada pada hari ini. Tidak dinafikan ada kesilapan-kesilapan yang dilakukan BN. Manusia mana yang tak silap ? Tetapi BN mengakui kesilapan dan belajar daripada kesilapan untuk membentulkan keadaan.

Datuk Najib sebagai seorang PM sanggup merendahkan dirinya memohon maaf kepada rakyat diatas kesilapan-kesilapan yang berlaku. Apabila PM memohon maaf, puak-puak sebelah sana memperlekehkan PM. Kegagalan puak-puak mereka menunaikan manifesto PRU lepas di beberapa buah negeri yang mereka perintah, ada mereka merendahkan diri memohon maaf kepada rakyat ? Manifesto bukan janji, katanya. Akhirnya MB cabut lari tinggalkan kerusinya dan bertanding di kerusi lain.

Sifat semula jadi manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Itu tak betul, ini tak betul. Itu tak cukup, ini tak cukup. Cuba duduk diam-diam sekejap dan renungkan balik kehidupan kita 10 tahun lepas, 20 tahun lepas, 30 tahun lepas. Ada kalanya kita tidak sedar dengan kesenangan-kesenangan yang kita kecapi.

Dulu kita nak ke pekan, tunggu bas pun dah setengah jam. Hari ini kereta 2-3 biji depan rumah. Hidupkan dan jalan. Syarikat-syarikat bas pun semua dah nak bangkrap sekarang kerana tiada penumpang dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan.

Mungkin ada yang kata, saya beli kereta , beli rumah, beli itu ini semuanya guna duit saya bekerja, saya berniaga, saya buat projek, bukannya duit kerajaan bagi. Ya betul ! saya setuju.  Tetapi jika kerajaan tidak dapat sediakan persekitaran ekonomi yang baik kita boleh dapat kerja bagus ke ? Dapat perniagaan yang bagus ke ?

Mereka menuduh kerajaan yang ada pada hari ini mengamalkan rasuah yang berleluasa. Jika rasuah berleluasa di Malaysia jangan haraplah kita dapat maju seperti hari ini. Lihat contoh di Indonesia cukuplah. Bagaimana negara mereka dan bagaimana negara kita ? Apakah BN yang memerintah Indonesia hingga rasuah berleluasa berakar umbi ?

Sekonyang-konyang BN yang mereka tuduh rasuah, tidak pernah terjadi lagi pemimpin BN keluarkan arahan kepada SPRM untuk menyiasat pemimpin BN, SPRM mesti siasat waktu pejabat dan perlu datang ke pejabat pentadbiran kerajaan. Tak boleh tangkap dan siasat di pejabat SPRM. Di Selangor mereka tak boleh disentuh. MB nya menghalang. SPRM nak siasat. SPRM mesti datang ke bangunan pejabat MB dan diwaktu pejabat sahaja. PM dari BN sentiasa terbuka 24 jam untuk SPRM menyiasat mana-mana pemimpin BN.

Menjadi PM bukan satu perkara mudah seperti merebut jawatan Pengerusi PIBG. Dari menjaga keperluan rakyat, kesihatan rakyat, pembangunan negara, pembangunan ekonomi dan hinggalah hal ehwal dunia serta hubungan dengan negara-negara luar semua perlu diuruskan. Bukan sesedap naik kereta dengan diiringi polis trafik. Apakah anda fikir Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan kesusasteraan melayu yang terpaksa diambil dua kali untuk lulus, boleh menguruskan ekonomi Malaysia ? Jika alasan yang diberikan dulu dia menteri kewangan dan boleh uruskan, itu silap. Dulu Tun M ada di belakangnya. Banyak yang dia buat yang Tun batalkan. Temasuklah menaik kadar interest pinjaman waktu ekonomi tengah jatuh, menaikkan bayaran minimum kad kredit dan juga menaikkan bayaran lesen memandu daripada RM 20 kepada RM 50 di saat-saat ekonomi tengah gawat. Tun yang kemudian batalkan semua itu.

Di saat ekonomi sedang gawat, kita nak orang belanja wang supaya kegiatan ekonomi jadi meriah. Kalau semua orang ambil sikap tidak belanja dan simpan wang, hancurlah ekonomi. Jika bayaran interest pinjaman pembelian kereta dan rumah dinaikan berkali-kali ganda, siapa yang nak beli kereta dan rumah ? Jawabnya penjual-penjual kereta semua bungkus. Apabila penjual kereta bungkus, jurujual mana nak dapat duit untuk sara hidup. Pekerja kilang kereta pun turut terjejas dan rantaian-rantaian seterusnya. Anwar punya bodoh pergi naikkan interest pula. Tun M marah dan batalkan semua itu. Kemudian Tun buat pakej rangsangan ekonomi. Salah satu yang saya ingat adalah potongan KWSP kita dikurangkan. Jadi kita dapatlah gaji lebih sikit setiap bulan. Dengan gaji lebih itu Tun minta rakyat pergi belanja atau membeli belah, supaya kegiatan ekonomi kembali rancak. Alhamdullillah, ekonomi kita pulih dalam masa setahun dua dan kita tidak perlu meminjam daripada IMF sepertimana yang dicadangkan Anwar.

Nak sokong Pas kerana islam ? Apa lagi yang islam ada pada Pas melainkan nama sahaja. Negara islam dah gugur, hukum hudud dah gugur, pejuang anti murtad di pecat, kalimah Allah digadai.

Dengar sini saya nak cakap.....

Hassan Ali sebelum ini adalah pemimpin Pas (Parti ISLAM Semalaysia). Sebagai seorang daripada parti ISLAM dan arif dari sudut agama beliau diberi kepercayaan untuk menjaga hal ehwal agama islam di Selangor. Apabila ada laporan sebuah gereja di Petaling Jaya menjalankan kegiatan memurtadkan orang islam, Hassan Ali menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk menghalang perkara tersebut. Bab orang islam nak dimurtadkan, jangan kata ada kuasa, tiada kuasa pun kita wajib halang, apatah lagi Hassan Ali yang ada kuasa. Dia perlu gunakan segala kuasa yang ada padanya untuk halang perkara tersebut.

Apabila Hassan Ali bertindak, ianya telah menimbulkan kemarahan DAP dan PKR. Parti islam yang Hassan Ali bernaung mengarahkan beliau untuk tutup mulut. Kerana tidak mahu kehilangan sokongan pengundi bukan islam, akhirnya Hassan Ali dipecat kerana parti islam rasa Hassan Ali merugikan mereka.

Sebab apa Parti ISLAM Semalaysia pecat Hassan Ali ?

SEBABNYA HASSAN ALI MENGHALANG ORANG-ORANG ISLAM DARIPADA DIMURTADKAN.

Masyallah.....

 

Sepatutnya Parti ISLAM Semalaysia memecat Hassan Ali jika beliau memurtadkan orang islam. Tapi itu tidak berlaku. Terbalik pula. Parti ISLAM Semalaysia pecat Hassan Ali kerana halang orang islam daripada dimurtadkan. Sekali lagi, Masyallah.....

Dalam dunia ini ada beribu pertubuhan islam dan parti islam, tidak pernah berlaku sesebuah organisasi yang memperjuangkan islam dalam dunia ini yang pecat ahli mereka kerana menghalang orang islam daripada murtad. Pas lah satu-satunya yang mencipta sejarah dunia.

Jadi apa lagi yang islam ada pada Pas ?

Tak usahlah kita nak keliru dengan kegiatan-kegiatan penjualan nama islam yang mereka bawa. Itu semua untuk memancing undi sahaja. Jual nama islam bukan main lagi, tapi mulut sumpah seranah orang, fitnah dan bohong tidak henti-henti. Ada islam ajar kita begitu ?

Hari jadi Nabi tak boleh sambut, bidaah....tapi hari jadi dia boleh pula terhegeh-hegeh bawa kek pergi rumah Karpal Singh untuk sambut hari jadi.

Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.