Pada 16
Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam
yang juga penerbit majalah mingguan, Herald Catholic Weekly telah mengemukakan
permohonan semakan penghakiman mengenai larangan penggunaan perkataan ‘Allah’
dalam penerbitannya.
Permohonan
mahkamah dibuat selepas Menteri Dalam Negeri meluluskan permit ‘The Herald’
dengan mengenakan syarat bahawa larangan penggunaan perkataan Allah dan
perkataan ’Terhad’ perlu dicetak pada muka depan majalah tersebut, iaitu hanya
diedarkan kepada penganut Kristian di gereja.
Ketika itu
Menteri Dalam Negeri adalah Tan Sri Syed Hamid Albar.
Paderi
Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur
menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia
sebagai Responden Kedua.
Barisan
peguam mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur adalah Porres
Royan, S. Selvarajah, Leonard Tech, Annou Xavier dan Benjamin Dawson dari firma
guaman Tetuan Fernandez & Selvarajah.
Manakala
barisan peguam yang mewakili responden pertama dan kedua diwakili oleh Peguam
Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, iaitu Dato’ Kamaludin bin Md. Said,
Mohd Naser bin Disa, Suzana Bte Atan, Arik Sanusi bin Yeop Johari dan Andi
Razalijaya A. Dadi.
Kes ini
dibicarakan di depan hakim Datuk Lau Bee Lan, di Mahkamah Tinggi (Bahagian
Rayuan Kuasa-Kuasa Khas)
Naser Disa,
salah seorang Peguam Kanan Persekutuan bagi responden pertama dan kedua memberi
penjelasan terperinci tentang perbicaraan kes tersebut.
Tontonilah
rakaman video di bawah, penjelasan Naser Disa tentang isu tersebut ketika
‘Forum Polemik Isu Kalimah Allah’ anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam
(PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20 Januari 2013.
No comments :
Post a Comment