Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 3, 2013

TIMBALAN MB KELATE KENA SAMAN RM1 JUTA SEBAB FITNAH ISU TANAH? #BoLaWeii



Tiada apa lagi yang boleh aku cakap. Cuma SATU sahaja. Kepada PAS Kelantan, kalau dah nak KANTOI gadai tanah tu, jangan SPIN isu!! Ini ada detail pasal sidang media yang berlangsung pagi tadi:

TARIKH DAN MASA: 1 April 2013 @ 10 Pagi

TEMPAT: Sutera Inn Cafe, Hotel Sutera Inn Prima, Kota Bharu.

TUJUAN: Kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan di dalam Sinar Harian (17/03/2013) yang menyatakan bahawa gambar yang disiarkan adalah hasil dari pencantuman 2 gambar yang berlainan tempat (superimpose) untuk mengelirukan rakyat.

TINDAKAN: Dato Ahmad Yakob juga diminta untuk memohon maaf di atas keceluparan dan beliau dituntut supaya membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta di atas fitnah yang disebarkan yang menyebabkan reputasi dan kreadibiliti Wan Khairul Ihsan terjejas.


Kenyataan oleh Saudara Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad:
"Dalam laporan tersebut, Ahmad menuduh saya telah mencantumkan dua gambar dari tempat berasingan untuk mengelirukan rakyat, sedangkan saya sudah jelaskan lebih awal bahawa gambar-gambar ini diambil menggunakan teknologi terkini dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) yang memberikan koordinat serta lokasi tepat setiap gambar kita rakamkan.  
Gambar ini juga telah diserahkan kepada pihak pakar untuk dianalisa berdasarkan kelengkapan yang kitagunakan. Untuk apa saya berbohong, ini adalah isu rakyat dan kita dedahkan kerana mahu kerajaan negeri mengambil tindakan secepat mungkin menyelesaikannya. Tanah adalah hak rakyat dan bukannya hak pemimpin Pas.
Saya telah meminta pihak peguam supaya menghantar notis permohonan maaf kepada Ahmad, jika beliau enggan memohon maaf kita akan mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataannya telah menyebabkan pandangan buruk rakyat negeri ini terutama rakan-rakan serta ahli keluarga terhadap saya, ia amat memberi kesan"



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.