Pakatan menang undi popular? Anwar Ibrahim mungkin
mengalam cacat mental yang teramat sangat kerana gagal menjadi Perdana Menteri
Malaysia. Pakatan tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, bagaimana
mereka boleh menjadi parti paling popular? Parti-parti yang bertanding dalam
pilihan raya umum kali ini ialah BN, PKR, Pas, DAP, Kita dan Bebas.
Keputusan pilihan raya umum ke 13 menunjukkan BN
mendapat 47% undi diikuti oleh PKR 20%, DAP 15.4%, Pas 14.5% dan lain-lain
parti. Jadi di mana yang mengatakan Anwar lebih popular dan layak menjai
Perdana Menteri? Malah Anwar Ibrahim sendiri mengalami kekurangan majoriti yang
jelas di Permatang Pauh.
Tidak wujud undi popular untuk PR melainkan sekadar
undi yang diperolehi DAP, PKR dan PAS secara berasingan.
Lagi pun, sistem pilihan raya Malaysia bukannya
berasaskan peratusan undi popular sebaliknya ia bersandarkan pilihan pengundi
di sesuatu kawasan DUN yang mana jika lebih banyak kerusi DUN atau Parlimen
dimenangi sesuatu parti, maka parti itulah yang memerintah negeri atau negara
atau kedua-duanya.
Malah Amerika Syarikat sendiri yang menjadi kiblat
politik pemimpin PR dalam hal-hal kebebasan bersuara dan demokrasi juga
sedemikian kaedahnya di mana George Bush Jr yang gagal memperolehi undi popular
tetap berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Jika hujah di atas gagal memuaskan hati penyokong DAP,
PKR dan PAS, maka eloklah masing-masing mengimbas kembali keputusan PRU 11 2004
merujuk kepada negeri Kelantan di mana walau pun BN berjaya meraih sejumlah
269, 492 undi di peringkat DUN manakala PAS, PKR dan DAP pula cuma memperolehi
261,402 undi, namun hak pemerintahan Kelantan tetap milik PAS.
Kenapa terjadi demikian rupa? Mudah saja jawapannya,
ia disebabkan di peringkat DUN, PAS berjaya menguasai 24 kerusi DUN sementara
BN pula hanya menang di 21 kerusi DUN yang lain, ini bermakna PAS tetap berhak
memerintah Kelantan disebabkan kelebihan majoriti kerusi DUN.
Walau pun selepas itu yakni pada 2005 BN berjaya
menambah satu lagi bilangan kerusi DUN melalui pilihan raya kecil dan undi
popularnya bertambah, tapi disebabkan PAS masih memiliki kelebihan kerusi DUN
(PAS 23 & BN 22) maka parti berlabel Islam itu kekal sebagai Kerajaan Negeri
dan Menteri Besarnya tetap Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Persoalan penting sekarang, adakah selama tempoh 2004
– 2008, BN menjadikan isu undi popular untuk membangkitkan sentimen rakyat
seterusnya menggerakkan himpunan atau demonstrasi bagi menumbangkan pemerintahan
PAS di Kelantan?
Tentu sekali tidak, kerana polisi BN tetap menghormati
keputusan rakyat dan rata-rata pemimpin BN pula bukannya dari jenis provokator
seperti Anwar Ibrahim.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment