Pada masa ini Pakatan lebih menyerlah sebagai
wajah gabungan politik yang berbilang kaum berbanding prestasi BN di
semenanjung.
Mustahil untuk mana-mana kerusi yang mempunyai
pemilih Cina melebihi 50 peratus untuk ditawan BN. Ini hakikat (lihat jadual
bawah).
Kerusi-kerusi yang pemilih Cinanya lebih 60
peratus pun kesemuanya dimenangi DAP dan apalagi kerusi melebihi 70 peratus
Cina.
Tak payah cakaplah kerusi-kerusi yang 80-90%
pemilih Cina.
Statistik PRU13 mengesahkan apa yang sudah lama
diketahui umum, yakni DAP adalah parti cap naga.
Nota: Kerusi-kerusi yang kurang 20 peratus pemilih
Cina adalah sama ada
diwakili Umno, PAS ataupun pribumi Sabah-Sarawak.
PKR
Yang paling layak sekali mencanangkan dirinya
sebagai parti majmuk ialah PKR.
Kejayaan parti tersebut di 13 kawasan yang
mempunyai 30-40% pemilih Cina bermakna ia parti yang mampu diterima pemilih
yang komposisi mereka mirip kepada komposisi penduduk Malaysia (majoriti Melayu
kira-kira 55 peratus yang hidup berjiran dengan minoriti Cina).
Umno
Yang agak di luar jangkaan ialah kebertahanan
Umno. Parti induk BN ini telah menang 12 kerusi di kawasan-kawasan 30-40%
pemilih Cina.
Paling menonjol dan ianya perlu kita beri tumpuan
ialah faktor kejayaan PKR atas sokongan kuat masyarakat Cina. Manakala Umno
masih tidak tumbang meskipun ia ditolak sekeras-kerasnya oleh orang Tionghua
beserta ramai orang India, khususnya
golongan profesional, kelas pertengahan dan yang menganut agama
Kristian.
Bermakna sokongan bagi Umno meningkat dalam PRU13
hasil daripada tindak balas kaum Melayu terhadap asakan Cina.
JADUAL di atas menyenaraikan 123 buah kerusi di
seluruh negara yang mempunyai nisbah pemilih Cina 20 peratus ke atas.
Daripada jumlah itu, Pakatan menggenggam 73 dan BN
50 buah kerusi.
Sabah & Sarawak
Kerusi-kerusi majmuk yang ramai Cina di Sabah dan
Sarawak adalah milik Pakatan.
Namun begitu, prestasi Pakatan amat hambar di
kerusi-kerusi majmuk yang ramai pribumi sungguhpun kedua-dua PKR dan DAP ada
menampilkan barisan calon pribumi atau Muslim.
Kerusi 60% ke atas Melayu
Lihat jadual pada jalur 20-30% pemilih Cina. Ia
merujuk kepada kawasan-kawasan yang lebih 60 peratus Melayu.
Umno berjaya memenangi 15 buah kerusi dalam jalur
ini berbanding 7 untuk PKR dan 4 untuk PAS — sekali kira PKR+PAS (11).
Fakta ini membayangkan Umno lebih disenangi /
dipercayai orang Melayu pantai barat (kebanyakan kerusi-kerusi tersebut
terletak di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan).
Jalur 30-40% Cina
Kerusi-kerusi yang mana pemilih mereka lebih
separuh Cina pasti tidak akan berganjak sama sekali.
Maka pertarungan yang paling sengit PRU14 akan
berlaku di jalur bawah 50% pemilih Cina.
Kerusi-kerusi dalam jalur 30-40% pemilih Cina
berpihak 15 buah kepada Pakatan dan 17 buah kepada BN — PKR (13), Umno (12) dan
PAS (2). Persaingan yang bakal dijalankan di jalur ini akan bersandarkan
tonggak Umno di belah BN.
Persoalannya adakah Umno akan diberi sokongan yang
mengatasi ataupun kurang 10 peratus daripada kaum Cina kelak? Sebenarnya ada
baik Umno bersiap sedia untuk menghadapi worst case scenario, yakni perhitungan
yang paling mundur — langsung tidak mendapat sokongan Cina.
Tamak kuasa
Gerakan #Black 505 masih lagi mahu berhimpun, kali
ini pada Jun 15 nanti di ibukota.
#Black 505 menolak keputusan-keputusan PRU13 yang
tidak menguntungkan mereka, misalnya di Bentong yang didakwa telah berlaku
“blackout” semasa kiraan undi (sungguhpun ia berita palsu).
Penyokong-penyokong DAP yang mendokong #Black 505
mahukan kerusi-kerusi yang dipertikaikan untuk diserahkan kepada mereka.
Mereka mahukan para wakil DAP lah menjadi Yang
Berhormat di kawasan-kawasan tersebut. Pendek kata mereka mahukan kuasa.
Kemaruk kuasa
Laungan “Ubah” merupakan sebuah seruan untuk tukar
kerajaan. Bermaksud tendang keluar BN, ganti dengan Pakatan.
Laungan “Ini Kali Lah” berupa gesaan untuk
meletakkan Pakatan di Putrajaya untuk ganti BN. Bermaksud Pakatan lah yang
memerintah negara.
Pakatan dikuasai DAP yang mempunyai paling banyak
kerusi di peringkat Parlimen mahupun di peringkat DUN. Taiko Pakatan ialah DAP
yang mempunyai 38 orang Ahli Parlimen berbanding dengan PAS yang mempunyai 21
orang MP.
Pakatan mempunyai 50 orang MP bukan Melayu
berbanding 38+1 (Zairil) MP bangsa Melayu.
DAP dikuasai puak evangelista yang sanggup membuat
segala apa sahaja asalkan mereka mendapat kuasa.
r
Sanggup menyamar
Sanggup bermuka-muka
Apa Cina mahu
No comments:
Post a Comment