SETELAH kedutaan Bangladesh dan bekas Ketua
Pengarang Harakah, Sayuti Omar mendedahkan bahawa cerita 40,000 pengundi hantu
warga Bangladesh yang disebutkan Anwar Ibrahim sebelum PRU13 yang lepas sebagai
satu pembohongan, parti anak beranak Anwar PKR, masih berkeras dengan
pembohongan tersebut.
Sayuti lebih teruk lagi apabila berterus terang
bahawa cerita pengundi Bangla 40 ribu orang ini hanyalah satu permainan
psikologi semata-mata, bukan benar-benar berlaku.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
sendiri pun dalam perhimpunan bulanan dengan kakitangan JPM di Putrajaya
kelmarin mengesahkan bahawa cerita bohong pengundi bangla 40 ribu orang ini
sudah dirancang sebelum pilihanraya umum lagi untuk menjatuhkan kredebiliti
SPR.
Dengan semua itu pun, kita pelik kenapa PKR masih
berkeras untuk pertahankan pembohong tersebut, gila jenis apa macam ini? Dan bukan setakat ini saja cerita-cerita
macam blackout di pusat mengundi pun sama juga bohongnya, pun depa galak
percaya juga.
Nak juga tanya, apa masalah sebenar dengan PKR dan
penyokongnya ni?
Dulu pun kita dah tahu yang PKR ni ala-ala gila
sikit sebab tertubuhnya parti ini tanpa ada tujuan dan matlamat selain
membebaskan Anwar dari penjara dan kemudiannya nak meletakkan Anwar sebagai
Perdana Menteri di Putrajaya. Tapi
dengan perkembangan terbaru ini, tidak ada dalih-dalih lagi, memang confirm PKR
ini parti orang tak betul aka Gila.
Jadi confirm la dah, Ketua Umum gila nak jadi PM,
bini Ketua Umum gila nak jadi First Lady, anak sulung gila berzina belakang
pintu dan seterus-seterusnya.
Peliknya, ramai menganggap PKR ini parti paling
educated antara 3 parti lain dalam pakatan pembangkang. Inilah kononnya parti yang mewakili suara
melayu baru, melayu liberal, suara anak muda dan ntah apa-apa jadah yang lain
lagi.
Tapi dok rekacipta, malah tak cukup dengan itu
pertahan pulak cerita bohong (konon atas nama ‘psywar’), educated apa macam
itu?
Kalau dibenarkan, penulis nak bagi cadangan. Sementara kerajaan perhebat usaha untuk cari
jalan macam mana nak perbaiki prestasi dalam PRU yang lepas, termasuk menangani
orang Cina, melayu bandar dan sebagainya, sesuatu juga perlu dibuat untuk
menangani penyokong parti politik yang
rosak fikiran macam yang menyertai PKR sekarang.
Selagi penyakit mental macam ini (percaya apa saja
pembohongan yang keluar dari mulut Anwar) masih ada, apa pendekatan pun yang
dibuat untuk menyedarkan puak-puak ini dari lamunan, hanya akan jadi
sia-sia. Sama sia-sia macam nasihat
kononnya kalau beri makan percuma pada orang Cina, komuniti itu akan beri undi
pada BN.
Baca seterusnya : Di sini
No comments:
Post a Comment