SEMUA
orang tahu kaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dengan pembunuhan model Mongolia Altantunya Shaariibu ini adalah
satu filem cereka arahan Anwar Ibrahim bagi menggagalkan Najib
dari menjadi Perdana Menteri pada 2008.
Bila
Najib tetap menjadi Perdana Menteri seperti mana takdirnya
dan kaitan beliau dengan pembunuhan itu pun tidak
langsung boleh dibuktikan, maka kisah ini digoreng dengan cara
yang lain pula sehingga ke satu tahap kononnya kes
ini telah pun diperingkat pendakwaan oleh Mahkamah di
Perancis.
Kononnya
ada sapina telah dikeluarkan untuk memanggil beberapa
orang dari Malaysia. Sapina hanya
dikeluarkan di peringkat pendakwaan, bukan
diperingkat siasatan dan ini juga terpakai kepada
sistem di Perancis walaupun di negara itu, hakim pun
boleh menyiasat juga.
Tapi
setakat itu sahajalah perbezaan, dari segi pengeluaran
sapina, ia adalah standard sama yang digunakan di seluruh
dunia – dikeluarkan untuk dipanggil pada hari
perbicaraan.
Bagaimanapun
buat pertama kali, dalam sidang media kelmarin
untuk membalas kenyataan ketua
perunding projek perolehan Scorpene ini, Jasbir Singh
Charl dalam akhbar NST minggu sudah, Suaram tampil
dengan pengesahan bahawa kes ini sedang berada
dalam peringkat siasatan dan Altantunya
juga bukan penterjermah bagi pihak pasukan
perunding Malaysia.
Ini
berlawanan dengan banyak kenyataan Suaram sebelum
ini mengenai pengeluaran sapina dan kononnya kes ini sudah
di peringkat pendakwaan. Begitu
juga dengan peranan Altantunya
dalam pasukan perunding Malaysia sebagai penterjermah,
juga ada disebutkan Suaram, cuma sekarang
mereka nafikan pulak.
Biasalah,
drama Tamil.
Hakikatnya,
Kalau Altantunya tidak ada dalam pasukan perunding Malaysia
untuk perolehan kapal selam itu, bagaimana pulak
kematiannya boleh dikaitkan dengan perolehan tersebut?
Ini logik mudah.
Jadi
benarlah kata Jasbir, Altantunya ialah masalah Razak Baginda
dan masalah dia seorang.
Mendiang tidak pernah terlibatdalam rundingan perolehan kapal selam tersebut dan dengan itu kaitan yang
mengatakan Perdana Menteri
terlibat dalam pembunuhan tersebut adalah semata-mata
pembohongan Anwar Ibrahim yang disebarluaskan oleh Suaram.
Begitu
juga dakwaan Suaram kononnya Jasbir dikeluarkan dari pasukan perunding sebelum ianya
selesai juga adalah taktik untuk mengikis
kredebiliti beliau. Sebetulnya Suaram tak tahu pun
siapa dalam pasukan perunding tersebut
dan hanya bermodalkan maklumat yang dibekalkan peguam
mereka di Perancis, sebab itu depa ‘tembak’
saja Altantunya jadi penterjermah.
Sama
macam depa ‘tembak’ Jasbir dikeluarkan dari pasukan rundingan
sekarang.
Disamping
cuba mengalihkan perhatian rakyat dari pembohongan yang
dibawa mereka kononnya perolehan itu diselubungi
dengan skandal yang membawa kepada pembunuhan Altantunya
dimana Perdana Menteri di dakwa terlibat.
Yang
orang tahu, kalau Jasbir tidak penting (dikeluarkan
sebelum rundingan berakhir), kenapa namanya disebut Suaram
sendiri akan dipanggil menjadi saksi oleh Mahkamah
Perancis? Malah, sapina ke atas Jasbir juga dikatakan
Suaram sudah dikeluarkan Jun
tahun lepas lagi, tapi tak sampai-sampai walaupun lebih
setahun berlalu.
Pendek
cerita macam inilah, penerangan Jasbir dan jawapan balas
bercanggah Suaram, hanya membersihkan imej Datuk Seri Najib yang
teruk difitnah Anwar dan kuncu-kuncunya selama ini.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment