Pendedahan
Jasbir Singh Chahl mengenai penipuan pembangkang mengenai isu
pembelian kapal selam Scorpene telah mendedahkan rancangan jahat
mereka untuk memburuk-burukkan imej kerajaan di mata masyarakat
antarabangsa.
Pengakuan
beliau sebagai individu yang bertindak sebagai arkitek urusan jual
beli Scorpene bahawa wanita Monggolia bernama Altantuya Shaariibuu
tidak terlibat langsung dalam mana-mana aspek perbincangan perniagaan
itu apath lagi mengenali beliau, sekaligus meranapkan pembohongan
pembangkang selama ini.
Melalui
pertubuhan haram, Suaram yang menjadi jurucakap Anwar Ibrahim,
pembangkang telah menyebarkan pelbagai fitnah dan propaganda di
seluruh negara dan juga luar negara untuk meraih keuntungan politik.
Altantuya
telah dimangsakan oleh Anwar dan Suaram untuk mendapat simpati rakyat
sejak beberapa tahun lalu.
Malah
isu kematian wanita itu yang cuba dikaitkan dengan Scorpene telah
dieksploitasi oleh Suaram untuk mengutip sebanyak dana mungkin
daripada penyokong mereka yang ditipu bulat-bulat.
Ini
tidak termasuk sumbangan dana dari organiasi antarabangsa yang
pro-Yahudi seperti Open Society Institute kepunyaan penyangak
matawang, George Soros.
I
su
Scorpene telah menjadi duri dalam daging sejak sekian lama kerana
pembangkang telah berjaya mewujudkan persepsi negatif dalam perang
saraf mereka terhadap kerajaan.
Bekas
ahli parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang juga pernah
menjadi peguam bela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama, membuat
pendedahan dalam Dewan Rakyat satu ketika dahulu bahawa beliau diarah
oleh Ketua Pembangkang untuk mengada-adakan bukti dalam kes
pembunuhan Altantuya.
Anwar
tidak berani menyaman Zulkifli walaupun beliau telah mengulangi
kenyataan di luar parlimen berulang kali kerana tahu apa yang
dikatakan adalah benar.
Walaupun
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika itu
telah memberi penjelasan rasmi panjang lebar di dalam Dewan Rakyat
pada tahun 2009 lagi, fakta-fakta mengenai pembelian Scorpene telah
diputarbelit oleh pembangkang secara licik.
Antara
lain pembangkang menyebarkan tohmah kononnya Perdana Menteri serta
isteri akan disapina oleh pihak berkuasa Perancis untuk disoal siasat
berhubung pembunuhan Altantuya.
Suaram
juga mendakwa Mahkamah ‘Tribunal de Grande Instance’ di Paris
akan menjalankan perbicaraan mengenai penjualan kapal selam Scorpenen
oleh anak syarikat kerajaan Perancis, DCNS.
Hakikatnya
tidak ada sebarang usaha mahkamah Perancis menjurus kepada
perbicaraan sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas pendakwa kerajaan
negara tersebut, Yves Charpenel.
Apabila
pembohongan ini berjaya didedahkan, pemimpin PKR, Tian Chua dengan
cepat
menafikan beliau pernah mendakwa akan ada perbicaraan di
Perancis.
Begitu
juga dengan isu komisyen sebanyak yang kononnya telah dibayar oleh
DCNS kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul
Razak Baginda.
Perimekar
mempunyai pemilik ekuiti terdiri daripada KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT
dan juga Boustead.
Pembayaran
yang diterima oleh Perimekar adalah bagi perkhidmatan logistik,
latihan serta pengurusan sokongan dan koordinasi kepada Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM).
Ini
termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 kakitangan dan 49
pegawai yang ditempatkan di Perancis dan juga Sepanyol.
Syarikat
itu tidak pernah menerima komisyen bagi mana-mana pihak termasuk
Perdana Menteri atau isteri beliau kerana semua fakta di catat secara
jelas di dalam laporan audit yang merekodkan jumlah keuntungan
selepas cukai bagi syarikat itu sebanyak RM105,111,191.
Dalam
ertikata lain pembayaran yang diterima Perimekar adalah bagi servis
yabg disediakan kepada TLDM dan bukannya komisyen seperti yang
dicanang oleh pembangkang.
Ini
selari dan konsisten dengan penjelasan Ahmad Zahid yang menegaskan
bahawa Kementerian Pertahanan tidak pernah membayar sebarang komisen
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana
syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene.
“Kenyataan
Anggota Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene
dibeli daripada Syarikat Thales International adalah tidak benar,”
kata beliau ketika menjawab isu Scorpene yang dibangkitkan oleh Nurul
Izzah Anwar di Parlimen pada tahun 2009.
Selain
itu menteri turut menegaskan kementerian tidak mempunyai sebarang
maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen yang dikatakan rahsia
oleh Syarikat Terarasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia yang
didakwa bernilai 36 juta euro.
“Kementerian
juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada
Thint Asia kepada Syarikat Terarasi,” tegas beliau.
Kenyataan
Jasbir baru-baru ini telah membersihkan nama kerajaan Malaysia dalam
skandal khayalan ciptaan Suaram dan diangkat oleh pembangkang sebagai
satu senjata politik utama mereka.
Jelas
Jasbir lagi, pekerjaan Altantuya bukan sebagai seorang penterjemah
bahasa Perancis sebagaimana dakwaan pembangkang malah penguasaannya
dalam bahasa Perancis juga dipertikaikan.
Syarikat
DCNS yang membekal 2 buah kapal selam Scorpene kepada kerajaan adalah
sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia dan segala
urusan antarabangsanya dengan syarikat termasuk dari Malaysia
menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan dan bukannya bahasa
Perancis.
Oleh
kerana tidak perlu mengambil khidmat seorang juru bahasa dan
sekiranya diperlukan sekali pun apakah alasan untuk menggunakan
perantaraan seorang wanita dari Mongolia?
Baca seterusnya :di sini
No comments:
Post a Comment