Setelah
gagal ‘membatalkan’ keputusan PRU-13 melalui demonstrasi jalanan,
Anwar bagaikan kehilangan arah untuk mengatur langkah seterusnya.
Akhirnya Anwar kelihatan terpaksa mengaku kalah dan menerima
kemenangan Barisan Nasional. Apatah lagi setelah beliau sendiri
mengangkat sumpah sedangkan balaci-balacinya terus mengharapkan yang
beliau menggerakkan pemberontakan besar-besaran. Apa yang berlaku ini
benar-benar membuat Anwar terdiam seketika.
Bagi
memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan agar
petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi
beliau sedikit publisiti. Ini kerana, Anwar sendiri sedia maklum
bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan pasti akan
ditolak.
Dan
penolakan itu akan dijadikan ‘peluru’ baru untuk menghentam
kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya. Inilah yang
sedang berlaku sekarang di mana Anwar sedang membawa watak Ketua
Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen PRU-13 yang difailkan
oleh calon PR ditolak.
Kos
petisyen yang tinggi membantu Anwar melakonkan babak meroyan dengan
lebih berkesan. Malah, lebih baik lagi bagi Anwar, ia memberikan
alasan pula kepada partinya untuk mengutip derma. Pada 28 Jun lepas,
Anwar telah pun mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana
bagi tujuan itu. Kos keseluruhan yang dianggarkan ialah RM1.5 juta.
Pada
23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau
Pinang – Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan
Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak
oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Abdul Halim dan Muhammad Baktiar
yang kalah kepada calon BN dalam PRU yang lalu diperintahkan membayar
kos kepada lawan mereka, pegawai pengurus pilihan raya dan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masing-masing berjumlah RM10,000 dan
RM30,000.
Hakim
Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya
kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan
Raya 1954.
Minggu
lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa’ad
Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000
kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.
Dalam
skrip meroyan Anwar, beliau menuduh keputusan hakim sebagai tidak
betul dan tidak masuk akal kerana bersandarkan alasan teknikal.
Nampaknya,
Anwar lupa bahawa selama ini beliau sendiri telah beberapa kali
terlepas dari dakwaan liwat atas alasan teknikal juga. Lebih dahsyat,
dalam kes-kes liwatnya, segala bukti dan saksi ‘menuding’ kepada
dirinya sedangkan di dalam petisyen PRU yang difailkan, satu bukti
atau saksi pun tidak ada.
Oleh
itu, jika Anwar menolak penghakiman yang dibuat atas alasan teknikal,
maka Anwar wajib mengambil sikap yang sama dalam kes-kes liwatnya.
Walaubagaimanapun,
kita faham, orang yang meroyan tentu tidak dapat berfikir dengan
baik. Sebagai aktor tersohor, Anwar tahu yang beliau tidak perlu
berhujah dengan fakta tetapi cukup dengan memainkan babak meroyan ini
sebaik mungkin supaya penyokongnya terlupa akan fakta tetapi
menumpukan sepenuhnya kepada dirinya.
Kesimpulannya,
Anwar hidup atas publisiti, tanpa publisiti matilah dia.
Sesungguhnya, petisyen PRU dan lakonan meroyan Anwar hanyalah untuk
publisiti, tidak lebih dari itu. RM1.5 juta, bukan masalah baginya.
Makan malam mengumpul dana hanyalah penyamaran bagi menjustifikasi
sumber kewangan partinya, dan mungkin juga dirinya.
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment