Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa menaiki penerbangan kelas
pertama Malaysia Airlines System (MAS) bagi tujuan lawatan rasminya
ke luar negara.
Ahli
Parlimen Taiping (DAP), Nga Kor Ming berkata, Perdana Menteri
seharusnya mencontohi rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura,
Lee Hsien Loong yang menaiki penerbangan Singapore Airlines bagi
menjimatkan jutaan ringgit wang rakyat untuk membuat lawatan kerja ke
luar negara.
"Kerajaan
membelanjakan RM28.8 juta sebagai kos sewa tahunan pesawat Perdana
Menteri dan RM5.5 juta untuk menyelenggara pesawat jet VVIP
tersebut.
"Selain
kos pesawat Perdana Menteri, kerajaan juga menanggung kos RM44.02
juta untuk membiayai kos lawatan luar negara Perdana Menteri sejak
2008," dakwanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini,
hari ini.
Beliau
berkata, demikian ketika mengulas lanjut jawapan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim terhadap soalan bertulis
beliau meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kos perbelanjaan
yang terlibat untuk pembelian atau penyewaan, penyelenggaraan dan
pembaikan kapal terbang jet rasmi Perdana Menteri dalam tempoh 2000
hingga tahun ini.
Menurut
Shahidan, dalam tempoh tiga tahun dari 2010, kerajaan telah
membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta untuk
penyelenggaraan dan kos pembaikan jet pula sebanyak RM3.32
juta.
Kapal
Terbang kerajaan yang didakwa sebagai jet peribadi kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak sebenarnya turut digunakan oleh
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.Baca Sini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihak pembangkang tidak seharusnya membangkitkan pembaziran berkaitan penyelenggaraan jet terbabit kerana ianya adalah perkara yang penting.
"Dengan kata lain, kerajaan menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi PM dalam tempoh tiga tahun sahaja," katanya.#SH
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihak pembangkang tidak seharusnya membangkitkan pembaziran berkaitan penyelenggaraan jet terbabit kerana ianya adalah perkara yang penting.
"Dengan kata lain, kerajaan menanggung RM100.47 juta untuk pesawat peribadi PM dalam tempoh tiga tahun sahaja," katanya.#SH
No comments:
Post a Comment