KUALA
LUMPUR 3 Okt - Kapal Terbang kerajaan yang didakwa sebagai jet
peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak
sebenarnya turut digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul
Halim Mu'adzam Shah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Shahidan Kassim berkata, pihak pembangkang tidak seharusnya
membangkitkan pembaziran berkaitan penyelenggaraan jet terbabit
kerana ianya adalah perkara yang penting.
"Terdapat 7 jet
ekskutif milik negara yang bukan sahaja digunakan oleh Perdana
Menteri tetapi turut digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Timbalan
Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Perdana Menteri.
"Semua
jet digunakan atas urusan rasmi kerajaan dan dakwaan bahawa jet
tersebut milik Perdana Menteri adalah tidak berasas.
"Ini
soal penyelenggaraan yang melibatkan keselamatan dan ini penting bagi
memastikan pemimpin-pemimpin di negara ini selamat untuk terbang
menggunakan jet ekskutif tersebut," katanya ketika menjawab
dakwaan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di Lobi Parlimen di sini
hari ini.
Shahidan menjelaskan, dakwaan pembaziran itu adalah
tidak berasas kerana kos yang lebih tinggi terpaksa ditanggung
kerajaan sekiranya pemimpin di negara ini menggunakan pesawat
komersial.
Katanya, pembangkang harus melakukan kajian dan
berfikir dari pelbagai sudut sebelum membuat sesuatu dakwaan.
"Ini
urusan rasmi kerajaan di mana ketetapan masa itu adalah penting dan
sekiranya kita menggunakan pesawat komersial kita akan mengalami
masalah masa selain kosnya yang lebih tinggi.
"Dakwaan
itu dibuat oleh seorang ahli parlimen dan dia sepatutnya fikir
Perdana Menteri adalah pemimpin penting sebuah negara yang melakukan
banyak urusan rasmi kerajaan Malaysia," ujarnya.
Sebelum
itu, Nga Kor Ming semasa sidang media di Lobi Parlimen hari ini
mendakwa kos penyelenggaraan ke atas jet ekskutif kerajaan
adalah suatu pembaziran dan mendesak Perdana Menteri untuk 'mengubah
gaya hidup'.
No comments :
Post a Comment