Thursday, January 30, 2014

Pilihan Raya Kecil Untuk MB Baru Pernah Diadakan Di Selangor Sebelum Ini


Mengadakan pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah dilakukan sebelum ini di Selangor.

Ia telah dilakukan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan.

Permatang adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor.

Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi, Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mei 2007.

Abu Hassan kemudiannya mengangkat sumpah pada 6 Jun 1997.

Beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada tahun 2000 atas sebab-sebab kesihatan dan keluarga.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang, ia akan menjadi kali kedua pilihan raya kecil diadakan untuk beliau memegang jawatan dalam parti.
Isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 dan pilihan raya kecil telah diadakan pada 26 Ogos.

Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang pada masa itu.

Anwar menang dan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 28 Ogos dan mengambil alih kedudukan Ketua Pembangkang.

Kedua-dua perletakan jawatan ini dalam dua situasi yang berbeza dimana perlantikan Tan Sri Abu Hassan Omar terpaksa dilakukan selepas Tan Sri Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia. Manakala perletakan jawatan  Lee Chin Cheh adalah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding dengan spekulasi yang beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

KEPADA UMNO DAN PEMBELACAN SEKALIAN...JANGAN HILANG FOKUS LAH !


Anwar nak jadi menteri besar selangor ?
Khalid letak jawatan ?
Ultraman jadi gay ?
Rekonsil dan perpaduan oleh anwar ?

Kita belacan sekalian jangan hilang fokus lah. pru 13 kita dah kenalpasti mana kelemahan kita.

Di selangor, daripada 22 kerusi dun kini tinggal 12, kata orang tinggal tulang.

Dah 7 bulan pru 13 berlalu, di Selangor dah buat homework tak ?
Ceramah penerangan langsung tak gerak ?

Kalimah ALLAH yang sepatutnya boleh gempakkan Melayu Selangor, nampak tak disambut baik oleh Umno Selangor ?

Magik dan gempak 2-3 hari oleh Anwar ni sudah tentu ada benda yang dia sembunyikan. mudah cakap, dia cuba 'divert'kan isu yang nampaknya meresahkan dirinya.

Masih enggan belajar ke 'trick' gempak Anwar yang dah tak laku ni ?

Apa persediaan BN untuk pru 14 ?
Mana hasil kajian kelemahan dan cadangan prestasi penambahbaikan ?

Masih nak mengharapkan musuh bergoncang dan nak harap kerajaan negeri tumbang ?

Sampai bila BN nak kuat kalau asik-asik harap pada kelemahan pertelagahan oposisi ?

Kuatkan kita dulu. kuatkan dengan kepelbagaian dasar yang praktikal dan boleh membawa rakyat bawahan senyum kembali..

Hari itu kerajaan kata pemborong manipulasi harga barang.
Kemudian solusinya kerajaan ambush pasar dan market.
Kemudian kerajaan buat stok penimbal.

Kawalan harga untuk barangan majoriti pengguna asasnya tak berapa kukuh. Sampai bila pegawai nak turun pasar pantau harga.

Praktikaliti penting dalam menentang tamak pemborong.

Nisbah pemborong dan pengguna silap aribulan boleh berkadar pada 1:200000...

Jadi kacaulah market pemborong.. lambakkan dan berikan peluang kepada peniaga dan usahawan bawak masuk segala mala barangan pengguna.. akhir sekali dengan lambakan ini, pemborong dan peruncit terpaksa menurun harga.. ujung sekali pengguna yang untung.

Untung peniaga pada waktu itu bergantung kepada ide marketing yang bijak.. Kalau tak bijak, mampuih lah depa.

Kerajaan wajib jaga pengguna 'instead of' pemborong..

Ini adalah asas kepada bagaimana nak kembalikan senyuman rakyat kepada kerajaan yang akhirnya akan diterjemahkan kepada undi ...

Isu anwar dah basi.
Isu pkr dah mati.
Isu kalid lawan Azmin dah bertahun, sampai sekarang tak habis.
Maknanya apa...maknanya mereka ni cuba lekakan kita..

Kerajaan tak perlulah layan politik 'low class' drama 2 petang dorang ni..
Tak datangkan undi pun...

Cari kelemahan dasar kita.
Ubah mana yang perlu.
Fokuskan kepada ide ambik hati pengundi.
Berhentilah mengharapkan keretakan pakatan ni, mereka ni wayang je..

Lupa lagi ke wayang Karpal vs Hj Hadi, Karpal vs Nik Ajis, Hj Hadi vs Dap... apa jadi dengan drama ni ? takda bawak kesan pun...

Musuh lepas pru 13 makin besar kepala pasal kita tak kukuh.

Umno perlu fokus kepada menyatukan melayu kebanyakan dengan dasar baru Umno yang menguntungkan Islam dan Melayu.

Pas atau Pkr sekadar membawa 30% sahaja total komuniti Melayu.

Umno perlu alihkan tumpuannya kepada melayu yang lebih melata dan merata banyaknya kat bawah ni.

Selain soal maruah Islam dan Melayu, isu penyelesaian kos Melayu pertengahan perlu dirungkaikan dengan kadar yang pantas ..

Orang Melayu dah kurang bercakap mengenai Anwar dah.
Disaat kuasa kat tangan gunakan sebijak yang mungkin.
Perkiraan 'dollar and cent' , istilah komparatif, kurve melengkung, ekuilibrum, fiskal,sukuk,biaya marginal cubalah dikurangkan..

Mak Jah jual karipap tak paham berita utama macam tu..

Apa yang Mak Jah paham karipap nya dah takde orang nak beli, pasal kebanyakan pembeli biasa nak berjimat... jadi macamana Mak Jah nak survive dengan situasi menghimpit ekonomi Melayu bandaran ?

Sensitiviti mengekalkan dasar popular politik perlu difikirkan selalu.
Takkan itu pun nak di peringat ? 

Seterusnya

Anwar Meng’Satay’Kan Kajang, Apa Kaitan Dengan PM?

IMG-20140129-WA0010

HARI ini portal berita pembangkang terbit 2 artikel, masing-masing dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pondan, Raspussy Ramli dan Azmin, yang mana mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kerja bodoh yang sedang dibuat Anwar di Kajang.


Si Raspussy kata (diringkaskan), Anwar perlu bertanding di Selangor untuk mempertahankan Selangor sekiranya Najib tumbang (????), sementara Azmin pula (diringkaskan juga) mencabar Najib bertanding menentang Anwar di Kajang.

Ini gila apa?  Macam mana Perdana Menteri boleh terkait dengan ini gambar?

Nak tambah cili lagi, Malaysian Insider keluar cerita khayalan kononnya malam ini Perdana Menteri akan adakan persediaan dengan beberapa pihak untuk menghadapi tentangan dari Tun Mahathir yang kononnya mahu jatuhkan beliau
– penulis boleh confirm disini, Perdana Menteri tidak ada pertemuan apa pun seperti yang dikhayalkan Malaysian Insider malam ini.

Tapi boleh dimudahkan beginilah, kesemua cerita bodoh di atas adalah diversion semata-mata - cubaan nak mengalihkan isu yang sering digunakan bila pembangkang tidak boleh nak menjawab.

Hakikatnya, pembangkang hilang modal nak jelaskan kepada rakyat kenapa pilihanraya ciptaan di Kajang ini boleh berlaku.

Dua tiga sketsa kecil yang dipersembahkan setakat ini, gagal menyakinkan rakyat bahawa pilihanraya ciptaan ini, memang suatu kejadian yang tidak boleh dielakkan sangat.

Antaranya ialah pengakuan bekas ADUN Kajang bahawa perletakkan jawatan ini kerana kegagalannya menjalankan tanggungjawab, selain kononnya nak mengukuhkan pakatan haram pembangkang.

Nampak benar pembohong sebab dua alasan itu tak berkaitan langsung.

Apatah lagi, Azmin sendiri confirm, apa yang berlaku di Kajang ini ialah tactical move yang telah dirancang sekian lama.  Selain itu, Anwar juga yang berasal dari Pulau Pinang dan menetap di Segambut Dalam, Kuala Lumpur, tiba-tiba sudah tukar alamat di Kajang.

Ini semua bukti kukuhlah bahawa apa yang berlaku di Kajang sekarang ialah sandiwara yang dirancang untuk memastikan Anwar ada peluang jadi Menteri Besar Selangor.

Dalam apa keadaan pun, rakyat perlu yakin bahawa Perdana Menteri tidak ada kaitan dalam benda-benda bodoh ini.  Anwar kemaruk dan gila kuasa, apa nak dibabitkan dengan Perdana Menteri pulak?

Insiden ini juga membuktikan, Anwar sebenarnya bapa sandiwara dan konspirasi.  Keseluruhan episod meng’satay’kan Kajang ini adalah bukti kepada kenyataan tersebut.

Dah berulang kali Anwar buat macam ini, itupun ada juga yang setia menyokong, sungguh penulis tak faham. 

PRK DUN KAJANG - ANWAR TERKENCING BILA UMMI HAFILDA CALON BN?


ANWAR SAH BERTANDING PRK DUN KAJANG.

SIAPA KAH YAGN BERANI MENENTANG ANWAR?


KALAU SAYA LAH YG MENAMAKAN CALONNYA, UMMI HAFILDA LAH CALON PILIHAN YG PALING LAYAK.

Tuesday, January 28, 2014

Pembocoran maklumat sensitif daripada pejabat menteri Umno?

Rakan blogger ‘A Brick in the Wall’ mendedahkan baru-baru ini:

A little bird alerted that the comments by Khairy [Jamaluddin] was at the initiative of his press secretary, Regina Lee. She manoeuvred to leak a sensitive information still at cabinet discussion level.”

Regina Lee

ABITW juga menonjolkan bahawa suami Regina Lee, iaitu wartawan The J-StarTeh Eng Hock telah membongkarkan tiga cerita:

yang telah disiarkan di akhbar Jerusubang itu pada 23 & 24 Jan 2014.

ChinPengTehEngHock

Info Foto: Di belah kiri ialah Chin Peng, di kanan ialah Encik Regina Lee

Perkasa menegur KJ kenapa selaku Menteri Belia dan Sukan dia menyibuk perkara yang berada di bawah bidang kuasa Menteri menjaga hal ehwal agamaIslam — lihat ‘Isu kalimah Allah: Perkasa minta KJ jaga kementerian sendiri‘ (Antarapos, 24 Jan 2014).

Adakah Khairy campurtangan demi membela evangelista? (Regina ialah BFF Hannah)

Kalau Menteri Umno masih mahu menyimpan Musuh Dalam Selimut dan itupun seekor Scissorati, bukankah wajar Perdana Menteri mengambil keputusan membuang sahaja Gunting Dalam Lipatan?

Bak kata tweet KJ, ‘Cikgu Lembu’ patut dibuang dari perkhidmatan. Bagaimana pula dengan Menteri Kangkung?

Twitter - Khairykj- 'Cikgu Lembu' patut dibuang

Khairy
Credit for : Helen Ang

Monday, January 27, 2014

CINA MANA PULAK MAKI ANWAR NI!!!


Rakyat Malaysia sudah semakin jelak dengan pertambahan jumlah pak-pak lawak atau badut yang mengisi otak rakyat negara ini dengan pelbagai pembohongan dan cakap besar.

Paling memalukan ialah apabila Anwar Ibrahim gagal sepenuhnya mendedahkan bahawa Kerajaan Jepun tidak membenarkan mana-mana orang yang pernah dihukum penjara sama ada di Jepun atau di negara-negara lain selama setahun atau lebih atau hukuman yang setaraf, daripada memasuki negara tersebut. Kes tersebut telah dipetik oleh media-media antarabangsa dan benar-benar memalukan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Tidak cukup dengan melodrama Anwar Ibrahim, semalam, Pemuda PKR atau AMK telah menganjurkan demonstrasi dan memboikot produk-produk Jepun di luar Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur. Dengan disertai seramai 12 orang peserta demonstrasi.


Mereka yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin telah memijak bendera Jepun di luar pekarangan kedutaan berkenaan. Shamsul Iskandar Mohd Akin sendiri telah menghantar memorandum kepada kedutaan itu untuk mendapatkan penjelasan dan menuntut permohonan maaf daripada Kerajaan Jepun kepada Anwar Ibrahim berhubung kegagalan Anwar Ibrahim dibenarkan masuk ke negara tersebut.


Begitulah kata-kata makian Huan Cheng Guan, Presiden SEMUT (Sensible and Ethical Malaysians United Troopers) yang meminta Anwar Ibrahim tidak terus memalukan diri sendiri.

KENYATAANPENUH DI SINI
Ehem...Ehem...
Mana suara Melayu? Takde telur ke? Atau masih angkat Anwar sebagai ANUGERAH? Ataupun UMNO dikelilingi 'orang-orang' Anwar? Cina sudah tunjuk langsi balun Anwar... Melayu yang ada ni apapasal takut sangat sama Anwar? Ya kita tahu Anwar banyak duit...

YOU ULANG I SAMAN 



PADERI LAWRENCE TERJEMAH NAWAITU SEBENAR?


Gambar sekadar hiasan

Apa sebenarnya niat sebenar Paderi Lawrence Andrew dalam isu kalimah Allah?
Apa niat, apa nawaitu sebenar?

Mahkamah telah memutuskan penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, selain daripada umat Islam pada Oktober lepas.

CABAR MAHKAMAH?

Malah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah sebelum ini menitahkan semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang agar akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

CABAR SULTAN?


Sejak bila golongan ini menjadi biadap dan kurang ajar?
Sampai bila pula pihak yang berkenaan mahu berlembut?

Ini hanya soalan, penulis dan pembaca tidak perlu menjawabnya, biarkan sesiapapun tidak menjawabnya kerana pihak berkuasa mungkin mahu melihat sifat praktikal sebagaimana kata-kata Melayu klasik, 'SUDAH TERHANTUK BARU TENGADAH', NASI SUDAH MENJADI BUBUR 

TIADA BERSELINDUNG LAGI... "Saya harap Cina perintah negara..." Kuasai ekonomi dan politik...


Kita bina negara cina di Pulau Pinang...
Hanya kaum kita dominasi negeri Pulau Mutiara...
Kita DAP, orang ckp kita rasis apa mau takut, kita punya parti pun semua Cina maa... PAS dan PKR bengap tak berani cakap apa-apa...
Itu Anwar sudah tua.... mana mungkin dia jadi Perdana Menteri...
Kita ada boss baik punya, orang makan kangkung dia beli Merc baru... kita punya redbean army banyak kuat... kangkung punya hal kita sudah berjaya tutup banyak isu... COMANGGO, kalimah Allah... Merc baru... gaji MB sama MP naik 300%...semua kita sudah tutup maa... redbean army kita banyak kuat, bagus... tak serupa umno punya cybertroopers, hidup masa pilihanraya saja... hahaaaa...


Apa lagi cina mahu??? kita mahu ini negara la!!!
Apa Melayu majoriti apa kita peduli...
Melayu bodoh dalam PAS sama PKR mesti sokong kita punya... jangan risau...
kangkung punya hal kita sudah berjaya kasi orang ramai benci sama Najib melayu...
Saya sokong Pulau Pinang keluar dari Malaysia!!! kita boleh gabung sama keluarga Lee...


Selangor pun kalau mau keluar dari Malaysia pun ada baik juga...




ini Malaysia punya orang kita kasi pecah-pecah...
Kita tanam itu Umno hidup-hidup...
Hidup Cina!!! Hidup Cina!!! Hidup Cina!!!




Jangan risau, itu melayu semua tahu jerit-jerit saja tepi jalan, bikin report polis, hantar memo apa macam lagi tapi tadak berani punya melayu.... semua mahu glamour saja masuk tv masuk paper... kita kasi wang dia orang mesti senyap punya... ekonomi kita jaga maa...

FOTO-FOTO MELAMPAU & TAK SENONOH HIMPUNAN PAKATAN PEMBANGKANG DI SUNWAY, SEBERANG JAYA.

Seperti dijangka, himpunan yang dikelolakan oleh Pakatan pembangkang di Sunway, Seberang Jaya tidak mendapat sambutan daripada rakyat.


Yang lebih memalukan ialah himpunan yang tidak mendapat sambutan itu tersebut diadakan di Parlimen Permatang Pauh di mana ahli parlimennya ialah Anwar Ibrahim.

Semua orang tahu tujuan himpunan Pakatan pembangkang itu. Ianya untuk cuba menandingi kebangkitan rakyat yang ramai hadir semasa Himpunan menentang kebiadapan ADUN PKR Machang Bubuk. Tempatnya pun sama dengan himpunan minggu lepas. 

Sudah tentu media-media pembangkang akan berbohong mengatakan kehadiran 'sangat menggalakkan'. Tetapi sebaliknya berlaku. Memang sungguh memalukan, lebih-lebih lagi ianya di adakan di kawasan parlimen Anwar Ibrahim.

Apakah Anwar sudah hilang aura beliau walau pun di kawasan parlimen beliau sendiri?

Bukan sahaja kedatangan sungguh memalukan tetapi begitu juga aksi-aksi tidak senonoh penyokong-penyokong Pakatan pembangkang.



Bukan itu sahaja, sikap mereka sama sahaja dengan pemimpin PKR dari Machang Bubuk iaitu biadap dan penghinaan melampau terhadap Perdana Menteri Malaysia.


Yang memalukan juga ialah aksi penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang yang turut membawa bendera negara Jepun.

MiM difahamkan tindakan mereka untuk meredakan marah rakyat terhadap tindakan bodoh penyokong-penyokong Shamsul Iskandar AMK dan Pakatan pembangkang yang membakar bendera Jepun tempoh hari.


Mujurlah penyokong-penyokong Pakatan pembangkang di Sunway, Seberang Jaya tidak membakar bendera Jepun kerana menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar, membakar bendera negara Jepun hanyalah 'insiden kecil' sahaja. Baca Sini


Anda baca jawapan balas terhadap tohmahan terhadap UMNO :KLIK SINI 

Sunday, January 26, 2014

Tanda tanda kiamat sudah berlaku


Sedar atau tidak sedar,tanda-tanda kecil kiamat sudah terjadi,namun manusia masih alpa, kemudian kini tanda-tanda besar nya telah terjadi..

Sampai bila kita hendak berhibur?bila hendak bertaubat?apabila hari tua?Jika sempat,bayangkan nyawa anda akan diambil dalam tempoh sebulan,atau esok..apa yang akan anda lakukan??Jadikan iktibar atas apa yang berlaku ke atas kematian orang-orang yang jahil..mayat tak diterima bumi,ular membelit di kubur,mayat dikorek semula dalam tempoh 3 jam,ttp sudah membusuk,rentung,air mukanya amat ketakutan,mata terbeliak..itu semua balasan di atas perbuatan di dunia,kerana mengejar perkara mazmumah,perkara mahmudah dipinggirkn.Adakah perlu sy post gambar2 tersebut??mungkin akan sy letakkan di post-post akan datang.fikirkanlah,hiburan yg melampau tanpa mengigati Allah adalah permainan syaitan dan sekutu dajjal

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat- 10 Tanda besar Kiamat (Gempa Bumi 2)

Dipost semula dari blog sahabat efairy,holywar-efairy.blogspot yg di ban oleh sekutu mereka,

Saya juga tidak tahu berapa lama blog ini boleh bertahan.Selagi boleh bertahan akan saya bongkarkn mengenai dajjal.

Saya minta semua pembaca blog simpan data2 ini di microsoft office.mungkin data ini akan hilang suatu hari nanti. 

GEMPAR: Kerajaan Myanmar Bersiap Sedia Menghapuskan Penduduk Islam

Gambar fail bertarikh 19 Jun 2012, menunjukkan seorang penduduk Rohingya Islam, Mohammad Rafique (dua dari kanan), merayu kepada seorang pegawai Pengawal Pantai Bangladesh supaya tidak menghantar keluarganya pulang ke Myanmar di Shahporir Dwip, Teknaf, Bangladesh. - AGENSI

YANGON 23 Jan. - Kerajaan Myanmar didakwa melakukan persediaan bagi menghapuskan penduduk Rohingya Islam di negara ini, sebelum bancian penduduk Myanmar 2014 dijalankan pada 30 Mac hingga 10 April depan.

Menurut laporan Burma Times yang memetik sumber dalaman Myanmar, pasukan tentera diketuai Presiden, Thein Sein sedang bersiap sedia untuk melakukan penghapusan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar tersebut.

Jelas sumber itu, pentadbiran kerajaan pusat di Naypyidaw turut didakwa mengeluarkan arahan penahanan terhadap semua lelaki dewasa dan kanak-kanak Rohingya Islam yang berusia 10 tahun ke bawah.

Sekiranya dilaksanakan, rancangan pihak berkuasa Myanmar itu bakal menyerupai penghapusan kaum yang dijalankan tentera Bosnia Serbia di Srebrenica dan Zepa ketika Perang Bosnia 1992-1995.

Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya Islam kini dilaporkan tinggal di Myanmar, dengan 90 peratus daripadanya kini berada di barat negara tersebut.

Myanmar tidak menganggap etnik itu sebagai warganegara, malah penduduk Rohingya sering berhadapan dengan kekejaman yang disokong oleh kerajaan sejak tahun 1978 lagi.

Dalam kejadian pada 18 Januari lalu, pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Lun Htein memusnahkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh 4,000 orang penduduk Rohingya Islam di Maungdaw, Rakhine.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan ke atas penduduk minoriti Islam itu jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa.

Keganasan etnik ke atas penduduk Rohingya biasanya dilakukan oleh penganut agama Buddha.

Pada tahun 2012, perbalahan agama yang berlaku di negeri Rakhine mengakibatkan lebih 200 orang terkorban, kebanyakannya adalah penduduk Islam Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan, manakala 140,000 orang lagi hidup melarat tanpa tempat perlindungan.


Kerajaan Myanmar turut menolak perbincangan berkaitan isu etnik Rohingya pada persidangan pertama menteri-menteri luar ASEAN yang akan diadakan di negara ini pada 28 Mac depan. - AGENSI