Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah
kesihatan dan dikejarkan ke hospital di Istanbul.
Timbalan
Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu
kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha
Politik Abdul Hadi.
“Dr
(Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru
Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.
“Beliau
dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang
keadaan beliau stabil dan sedang berehat.
“Mohon
doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin
ummah,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi
mengesahkan perkara itu.
“Saya
dimaklumkan melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) oleh setiausaha
politik beliau tadi.
“Abdul
Hadi ke Istanbul untuk menghadiri menghadiri Seminar Antarabangsa
Esam anjuran Gerakan Islam Turki.
Beliau
turut dijadualkan bertemu dengan Menteri Luar Turki.
Katanya
lagi, Abdul Hadi kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar.
“Saya
difahamkan beliau sedar, tak ada apa.
Abdul
Hadi dilaporkan berangkat ke Istanbul, pada Selasa lepas dan
dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan.
Semoga beliau dalam lindungan Allah SWT dan cepat sembuh. Aamiin.
No comments:
Post a Comment