Saturday, May 31, 2014

VIDEO : CCTV Siswi Malaysia Dirogol Di Indonesia Tersebar!!!




Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, telah dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.

Ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan berkata, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya.

Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Portal beritadetik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Berikut adalah rakaman cctv berhubung insiden tidak diingini itu :





Dan ini pula proses siasatan berhubung kes tersebut oleh Polis indonesia :





No comments:

Post a Comment