Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, May 31, 2014

SESAK NAFAS!!! Hadi Awang Dikejarkan Ke Hospital Di Istanbul!!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital di Istanbul.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.






Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Saya dimaklumkan melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) oleh setiausaha politik beliau tadi.

Abdul Hadi ke Istanbul untuk menghadiri menghadiri Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki.

Beliau turut dijadualkan bertemu dengan Menteri Luar Turki.

Katanya lagi, Abdul Hadi kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar.

Saya difahamkan beliau sedar, tak ada apa.

Abdul Hadi dilaporkan berangkat ke Istanbul, pada Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan.

Semoga beliau dalam lindungan Allah SWT dan cepat sembuh. Aamiin. 




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.