Seorang
mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang
dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, telah dibawa
pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.
Ketua
polis Cimahi, Erwin Kurniawan berkata, mangsa yang sebelum itu
mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat
rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.
Menurut
Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya.
Kata
Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia
sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada
ketika itu masih dalam keadaan terkejut.
Mangsa,
20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus
Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan
tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40
kilometer dari tempat dia diculik.
Portal
beritadetik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak
berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini
sedang diburu.
Pihak
universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada
pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.
Menurut
polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah
untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh
daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.
Mahasiswi
berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang lelaki yang tidak
dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan
menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.
Berikut
adalah rakaman cctv berhubung insiden tidak diingini itu :
Dan
ini pula proses siasatan berhubung kes tersebut oleh Polis indonesia
:
No comments :
Post a Comment