Amat
sedih dan pilu apabila membaca posting yang dibuat oleh Pengarang dan Editor
Harakahdaily yang juga blogger PAS blog Sanggah Tok Sago, Tarmizi Mohd Jam,
apabila beliau mengeluh dengan kenaikan harga minyak semalam sebanyak 20 sen.
Baru sahaja hendak bersimpati, apabila melihatkan gambar yang dipaparkan
rupanya kereta Nissan Teana. Kereta mewah tu yang berharga lebih dari
RM100,000! Golongan hartawan dan banyak duit (kalau tidak tentu tidak mampu
membeli kereta mewah ini kan dan hanya mampu pakai kereta kancil, tiara atau
motorsikal) secara tiba-tiba menjadi Rakyat Marhaen yang terkesan dengan
kenaikan minyak.
Manakala
di butik dan restoren mewah di dalam KLCC dan juga Pavillion penuh dengan orang
ramai. Mungkin golongan ini juga terkesan dengan kenaikan harga minyak sebanyak
20 sen. Mereka tidak kisah berbelanja mewah walaupun 'penuh-penuh' mulut
mengutuk Kerajaan mengurangkan subsidi minyak. Yang lebih memilukan sehingga
sebak dada ini apabila membaca posting-posting yang terdapat di laman sosial
Facebook, sejak petang tadi.
Jalanraya
menuju ke Utara, Selatan dan Pantai Timur penuh sesak dengan kenderaan untuk
pulang ke kampung berhari raya Aidil Adha. Golongan ini juga terkesan dengan
kenaikan harga minyak apabila mereka tidak kisah membayar harga petrol dan
diesel untuk mengharungi lebuhraya dan jalan persekutuan yang penuh sesak.
Golongan ini akan sekali lagi menempuh jam pada Hari Ahad dan Isnin apabila
kembali ke Ibu Kota untuk kembali bertugas. Mungkin apabila sampai ke kampung
akan sambung memaki hamun Kerajaan mengurangkan subsidi minyak. Sedih kan?
Ini
pula gambar-gambar yang dimuatnaik oleh rakan Facebook di sebuah pasaraya
terkenal di Kuala Lumpur. Amat sedih dan pilu apabila Rakyat Malaysia terkesan
dengan kenaikan harga minyak sehingga mereka naik minyak keluar membeli belah.
Kesian Rakyat Malaysia kan?
No comments:
Post a Comment