Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 12, 2016

Kenapa Kekejaman dan Kezaliman DAP Terhadap Bangsa Lain Di Sembunyikan Oleh AMANAH?


dap


Saya yakin kenyataan itu sebagai reaksi berikutan hambatan UMNO yang 50 tahun mengheret rakyat khususnya masyarakat Melayu ke arah politik sempit perkauman.-Sheikh Omar Ali Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor – Roketkini


Rata-rata dalam semua kenyataan yang dikeluarkan oleh kepimpinan DAP dalam semua jawatan memainkan isu yang mengatakan UMNO adalah sebuah parti yang berfahaman perkauman dan mengamalkan politik yang sempit.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kebanyakan kepimpinan DAP ini semuanya bersifat propaganda yang mana untuk menutup isu yang sebenarnya diamalkan oleh parti tersebut. Politik perkauman dalam istilah sebenarnya ialah mendominasikan satu satu kaum dalam apa juga bidang  termasuk politik.

Dalam hal ini UMNO dengan gabungannya iaitu barisan Nasional adalah sebuah parti yang  dianggotai kepelbagaian kaum didalamnya. Adakah ini perkauman  jika dibandingkan dengan DAP yang mana menubuhkan pakatan harapan akan tetapi masih menjalankan  prinsip kepartian dengan cara  berlandaskan hal masing masing.

Jika dikatakan DAP bukan sebuah parti yang perkauman , kita boleh melihat bagaimana pembohongan dan penipuan berlaku dalam dalam CEC yang mana  melihat individu yang kalah boleh menolak kemenangan jika ianya dimenangi oleh kaum lain.

Ini amat jelas bahawa DAP adalah sebuah parti yang amat perkauman jika dibandingkan dengan prinsip yang diamalkan oleh Barisan Nasional. Barisan Nasional dalam apa juga pemilihan dan juga  perebutan jawatan diperingkat tertinggi menerima keputusan  dan melantik sesiapa yang dipilih melalui sistem demokrasi yang diamalkan secara telus. Teluskah DAP dalam CEC?

Jangan kerana kebencian yang meluap-luap kepada orang Melayu, semua yang dilakukan walaupun pada hakikatnya benar semuanya ditidakan kebenarannya. ‘DAP agaknya tidak pernah melakukan sikap perkauman sehingga lenyapnya 26 buah kampung di Pualu Pinang yang mana rata rata adalah orang Melayu, Kenapa ianya tidak dilakukan  terhadap perkampungan haram orang Cina dan peniaga Cina yang melanggar undang undang .

Terus terang dinyatakan bahawa DAP hanya tidak perkauman diatas kertas dan ucapan sahaja, akan tetapi DAP adalah sebuah parti yang mengamal sikap rasis yang  amat kejam dan tindakan mereka  tidak pernah dibuat oleh mana mana pemimpin Barisan Nasional.

Sakit hati dan terasa tercabar bila melihat  PAS-UMNO yang semakin menjadi akrab sejak mutakhir ini, Tiada cara lain DAP ialah dengan menabur fitnah dimana mengatakan PAS telah menerima sebahagian dari wang  dari UMNO , ditambah dengan serangan fitnah mereka terhadap 1MDB yang mana  syarikat ini dimanopoli oleh orang Melayu di kawasan strategik  yang kini mereka tidak dapat menguasainya.

Anti-Islam dan anti-Melayu, adalah sikap yang  memberi kesan terhadap orang Melayu dimana telah menunjukkan sikap yang sebenarnya terhadap Agama Islam dan Melayu. Mana tidaknya kumpulan sokongan yang bergerak diatas platform NGO iaitu G25 telah menyuarakan satu cadangan yang tidak masuk akal dimana  halal haram dalam agama Islam telah diperkotakkatikkan.

Diwaktu ini dimanakah Amanah yang dikatakan  berjuang untuk Islam  dalam politik? Amanah hanya mampu melihat tanpa sepatah kata  berhubung dengan isu halal haram Agama Islam diperjudikan oleh G25. Kenapakah Amanah tidak pernah bersuara?

DAP sekarang dikatakan memfokuskan untuk mengangkat isu sebenar yang membelenggu rakyat dalam beberapa siri program yang  dibuat seperti melepaskan batuk ditangga sahaja. Impian Malaysia diwujudkan adalah untuk memancing dan memperngaruhi mana mana kampung untuk mereka lihat kebaikan “membela rakyat” yang dilakukan.

Semua ini adalah sekadar untuk memancing undi, dan sebagaimana biasa DAP akan terus menuntut bayaran pembalasan dari segala usaha yang mereka lakukan terhadap program Impian Malaysia jika sekiranya mereka menang dikawasan itu.

Kita telah melihat bagaimana “imbuhan yang dituntut” oleh DAP di Pulau Pinang  iaitu sebahagian besar telah kehilangan segalanya. Sumbangan RM100 kepada warga tua, Tahfiz dan berbagai lagi  telah menjurus kepada “pembayaran balas budi” yang sebelum ini dilakukan oleh DAP.

Rakyat tidak boleh dibiarkan terus hanyut dengan permainan dan propaganda DAP yang terus mengusung agenda perkauman sempit. Sikap perkauman dan kepura puraan DAP ini semestinya disedari oleh semua pihak termasuk orang Melayu khasnya.

Kita Letakkan Melayu dibawah tapak kaki kita” ungkapan ini pernah dikeluarkan oleh  pemimpin mereka- Apakah ini sedang menunjukkan bahawa ini adalah perbuatan  tidak menindas? Berpijaklah dibumi yang nyata, politik hanya bersifat sementara, manakala  kehancuran satu satu bangsa itu tidak dapat mengembalikan  apa yang akan hilang nanti.
Oleh yang demikian kita tidak boleh terus menerus mengikut rentak tari yang dimainkan DAP. DAP dan Amanah tidak akan berhenti dari kerangka perkauman dan akan terus menerus melakukan propaganda memburukkan UMNO dan Barisan Nasional.

Berhubung kerjasama UMNO-PAS telah  memberi isyarat betapa DAP gagal membawa  soal perpaduan dalam kelompok mereka sendiri. Sikap kuku besi dan dictator yang diamalkan oleh pemimpin DAP telah menjurus kepada penubuhan Amanah sebagai ganti kepada PAS.

Ketempangan polisi DAP dalam urus tadbir sosial ekonomi dan amalan rasuah yang membarah sehingga banyak wang rakyat dibazirkan sehingga penjualan tanah tanah kepada krooni di Singapura tanpa ada tentangan pun dari Amanah.

Amalan pembaziran projek yang tidak manafaat telah diangakat sebagai projek rakyat tetapi DAP terus memanipulasikan hak hak rakyat dalam pemilikan rumah  terutama rumah mesra rakyat yang digagalkan dan tidak pernah diluluskan oleh pemerintah DAP . Bukan kah ini satu penindasan yang nyata?

Kenapa Amanah yang hanya  Amanah pada isu kepentingan saja tidak mahu bersuara dalam hal ini. Pada satu kidah yang lain pula saorang ADUN terpaksa merayu, menanggis untuk mendapatkan bajet untuk kawasannya. Puncanya  adalah kerana ADUN tersebut adalah Melayu. Tetapi bagaimana jika sebangsa dengan DAP. Sudah pasti kita tahu  jawapannya.

Oleh yang demikian, rakyat harus bangun dan  membuka lembaran baru, mencipta gelombang rakyat yang sebenar dengan keluar dari agenda perkauman sempit ciptaan DAP dan Amanah. Seterusnya mengangkat isu sebenar yang menghimpit rakyat di Pulau Pinang seperti isu ekonomi, polisi pengagihan hak  rakyat dan menentang sikap rasis yang teah menjadi amalan DAP sejak berkurun lamnya.

Kita sedar, jika sebahagian dari kita orang Melayu terus menari mengikut rentak tari DAP, ia tidak lebih dari sekadar mengukuhkan lagi kekuatan mereka. Seharusnya kita terus melakukan kesedaran minda agar Melayu tidak terus menjadi mangsa penindasan dan kezaliman DAP yang hanya berjuang untuk satu bangsa sahaja.

UMNO/ Barisan Nasional  konsisten mengambil langkah mendidik rakyat dan tidak akan sekali-kali merendahkan maruah serta kebijaksanaan yang dimiliki rakyat. Kita amat  yakin rakyat tidak bodoh dan tidak akan terus kekal diperbodohkan oleh DAP yang terus menerus memerangkap mereka dengan agenda sempit perkauman.penindasan dan kezaliman mereka terhadap bangsa lain.

Jika UMNO dan Barisan Nasional  dapat kekal atas landasan ini, mendidik dan memberikan penerangan secara lebih agresif, proaktif dan konsisten kepada rakyat khususnya masyarakat Melayu, saya yakin perubahan politik di Pulau Pinang akan berubah jika tidak banyak sedikit pun sudah dapat memberikan impak kepada politik tanah air..

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bakal berlaku lebih kurang dua tahun dari sekarang. Saya optimis, jangka masa itu lebih daripada cukup untuk UMNO dan Barisan Nasional  berbuat sesuatu bagi membela rakyat dalam apa juga  program , pembelaan dan perkongsian hasil negara dalam kepebagaian bentuk.

Saya tegaskan, DAP terus menakut-nakutkan masyarakat Malaysia  dengan api perkauman sempit sedangkan skandal “tersilap kira” RM2 Biliion, DEIG, Kehilangan RM7.68 Billion, Penjualan tanah tanpa wang, cukai zalim, Penindasan dan pengusiran 26 buah kampung Melayu, skandal Pintu Gerbang RM9.8 juta  dan RM30 billion sebagainya bukti jelas Pakatan  yang selama ini telah  mengkhianati amanah dan merompak wang rakyat, dengan berselindung di sebalik slogan membela Melayu!
  • PRU14.tv

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.