Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, January 16, 2016

Selepas 5 Hari Pendedahan Salah Laku ADUN DAP, Semua Tutup Mulut


lim1

AIDCNews- 15/1/16 – Selepas lima hari pendedahan ahli perniagaan Datuk Chan Swee Teik berkenaan salah laku seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, semua pimpinan parti menutup mulut daripada membicarakan isu itu lagi.

Pada 9 Januari lalu, Chan yang dikenali sebagai Jackie mengadakan sidang media mendedahkan ADUN PAP Pengkalan Kota Pulau Pinang, YB Lau Keng Ee gagal membayar balik hutang melebihi RM200,000 yang dipinjam daripadanya sejak daripada Mei 2013.

Selepas sidang media oleh Jackie Chan seminggu lepas, tiada apa-apa (respon), tiada satu perkataan daripada DAP terutamanya dari kumpulan rasis di Pulau Pinang. Semua tutup mulut.

Portal-portal (pembangkang) Malaysiakini, Malaysian Insider dan Malaysia Chronicle menggelapkan (tidak menyiarkan sidang media Jackie itu). Dapat tawaran projek baharu ?, “kata Tan Khai Beng dalam Facebook hari ini.

chan

Dalam sidang media Jackie itu beliau turut menunjukkan gambarnya bersama YB Lau dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membuktikan beliau merupakan penyokong DAP.

Saya pernah jumpa dengan pihak atasan DAP Pulau Pinang, minta mereka tolong kejar YB Lau pulangkan duit saya itu, tetapi gagal.

Maka saya pun minta pekerja saya cari YB Lau, akhirnya YB Lau pula buat laporan polis, mendakwa keselamatannya terancam.

Saya hendak selesaikan masalah ini dalam cara yang mudah, asalkan beliau pulangkan amaun itu, di mana saya telah memberi diskaun kepadanya, tapi beliau enggan berbuat demikian.

Sekarang beliau tidak mahu menjawab telefon saya, dan cara beliau melayan saya tidak seperti dulu, semasa beliau ingin pinjam duit daripada saya. Masa itu, tiap-tiap hari boleh jumpanya.

Tambahan lagi, saya penyokong DAP, sering kali pinjam duit dan tolong DAP, YB Lau tahu semua ini,”kata Jackie.

Beliau turut berharap agar penasihat DAP, Lim Kit Siang campur tangan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Saya berharap dengan adanya sidang akhbar ini, pemimpin DAP di peringkat nasional seperti Lim Kit Siang boleh bantu saya mengendalikan masalah ini,”katanya lagi.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.