Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, April 6, 2016

Isu Tanah Taman Manggis : Dokumen Penjualan Tanah Kepada Pihak Ketiga Didedahkan



rahman


 05/4/16 ~ Barisan Nasional (BN) hari ini telah mendedahkan dokumen perjanjian jual beli yang menunjukkan bahawa Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd telah menjual saham tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang itu kepada pihak ketiga.

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata perjanjian bertarikh 11 Nov tahun lepas, juga menunjukkan bahawa harga pembelian transaksi sub-jualan itu ialah RM70,643,628.

Abdul Rahman berkata, perjanjian meliputi penjualan antara lain berhubung-kait antara satu sama lain melibatkan penjualan KLIDC dan Victoria International Medical Centre Sdn Bhd, masing-masing pada harga RM18,643,628 dan RM52,000,000, dan syarikat yang terlibat dimiliki oleh Datuk Tang Yong Chew dan isterinya.

Apabila dibaca pada masa yang sama, kedua-dua perjanjian nampaknya melibatkan penjualan Medical Centre dan projek Hotel dengan aset teras ialah tanah di Taman Manggis,” kata beliau.

Walaupun penjualan tanah di Taman Manggis adalah lebih rendah daripada harga pasaran, Abdul Rahman berkata, tanah itu kemudian dijual semula oleh KLIDC kepada pihak ketiga bagi RM70.6 juta, dengan keuntungan diunjurkan sebanyak RM59 juta, walaupun teras projek belum dibangunkan.

Beliau berkata tanah itu asalnya dijual kepada KLIDC pada 6 Jun, 2010 apabila Kerajaan Pulau Pinang menawarkannya di bawah permintaan kontroversi untuk proses cadangan pada harga RM11.55 juta atau RM232 untuk sekaki persegi, harga yang kebanyakan pihak percaya adalah lebih rendah daripada nilai pasaran pada masa itu.

Abdul Rahman turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri telah dimaklumkan mengenai transaksi tersebut dan sama ada ia telah memberi kelulusan.

Selain itu, Abdul Rahman berkata beliau telah mengarahkan pasukannya untuk mengemukakan perjanjian jual beli dan dokumen lain yang berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis hari ini.

Kami berharap dokumen tersebut akan membantu mereka untuk melaksanakan tugas, tanpa takut atau memihak,” katanya.

Kepada satu soalan, Abdul Rahman berkata, keputusan Kerajaan Pulau Pinang untuk membina projek perumahan kos rendah pada plot tanah yang lebih luas di Jalan S. P. Chelliah, di pusat bandar, adalah sama sekali berbeza daripada rancangan awal di Taman Manggis.

Di S. P. Chelliah, satu unit berharga RM72,000 manakala unit PPRT dijual pada harga RM35,000, walaupun kos pembinaan melebihi RM100,000, dengan kadar sewa RM100 sebulan. Harga di S. P. Chelliah adalah dua kali ganda dan ia tidak memenuhi permintaan golongan miskin tegar,” jelas beliau.

Kenyataan media Abdul Rahman :

BUKAN SEKADAR PERSOALAN RM2.8 JUTA, NAMUN RM58 JUTA

Pada 23 Mac 2016, saya telah mengemukakan satu bukti berkenaan isu pemilikan hartanah yang sebelum ini dijangka untuk dibangunkan sebagai projek perumahan mampu milik 2 fasa di Taman Manggis, Penang.

Bukti tersebut menunjukkan berlakunya transaksi sub-sale hartanah tersebut dari KLIDC kepada pihak ketiga.

Hari ini, saya mempunyai surat Perjanjian Jual Beli tanah tersebut yang telah ditandatangani dan dicop bertarikh pada 11 November 2015, di hadapan saya. Harga tanah yang disebut dalam perjanjian itu melalui transaksi sub-sale adalah RM70,643,628.00.

Perjanjian-perjanjian yang wujud pada jual beli ini adalah saling berkait-rapat (inter-alia) antara satu sama lain, dan secara undang-undangnya disebut atas satu perjanjian, iaitu:

1. Penjualan Kuala Lumpur Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) untuk RM18,643,628; dan
2. Penjualan Victoria International Medical Centre Sdn Bhd (VMC) untuk RM52,000,000.

Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki ketiga-tiga syarikat tersebut – KLIDC, VMC dan vendor-vendor kepada VMC, Tang Renewable Energy Engineering – secara majoriti.

Berdasarkan serahan akaun yang terbaru kepada SSM menunjukkan KLIDC telah membayar modal sebanyak RM300,000 dan nilai aset negatif yang bersih sebanyak RM1.2 million.

Sementara itu, VMC yang ditubuhkan pada September 2010, dua bulan selepas penganugerahan projek Taman Manggis, juga telah membayar sebanyak RM500,000 dengan nilai aset negative sebanyak RM1.6 juta.

Selanjutnya dalam perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa VMC juga pada Julai 2011 telah melaksanakan satu perjanjian usahasama antara KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut.

Apabila dibuat perbandingan, ternyata kedua-dua perjanjian tersebut mempunyai persamaan ke atas jualan projek Medical Centre dan Hotel tersebut dengan Taman Manggis sebagai aset utama mereka.

Berdasarkan pasaran hartanah terkini, nilai tanah komersil sepanjang Jalan Burmah di mana lokasi tanah tersebut berada adalah RM1,000 kaki persegi, atau lebih.

Selepas pendedahan yang saya bentangkan di Parlimen baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menafikan bahawa tanah tersebut dijual pada pihak ketiga.

Namun, beliau tidak menyatakan bahawa tanah tersebut itu kini di bawah pegangan pihak KLIDC dan dalam masa yang sama, penjualan saham-saham KLIDC turut sama memberi kesan kepada penjualan tanah tersebut.

Menurut kebiasaan projek-projek kerajaan dan privasi perjanjian, penjualan atau penukaran status pemilikan kepada sesebuah syarikat yang telah dianugerahkan dengan projek hendaklah dimaklumkan dan diberi kelulusan oleh pihak kerajaan negeri sebelum setiap penjualan saham boleh diambilkira.

Persoalannya,
    I) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan penjualan projek ini pada November 2015 dan sekaligus meluluskannya? Atau,
    ii) Adakah terma umum ini tidak digunapakai dalam perjanjian antara pihak kerajaan negeri dan KLIDC?
Tanah tersebut pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010 semasa Kerajaan Negeri DAP memberi projek tersebut melalui prosedur RFP yang kontroversi pada harga RM11,552,208.00 atau RM232 kaki persegi – harga yang saya yakin ramai mengetahui, adalah jauh lebih rendah daripada nilai pasaran sebenar pada waktu itu.

Dengan pendedahan di hadapan anda pada hari ini, untuk lebih jelas, tanah tersebut yang dirancang untuk projek perumahan rakyat kos rendah, telah dijual pada syarikat swasta untuk harga yang kononnya lebih rendah berbanding nilai asal, namun tidak wujud sebarang aktiviti pembinaan secara fizikal untuk hampir 6 tahun selepas penyerahan projek.

Projek ini, yang telah dijual kembali kepada pihak ketiga selepas 5 tahun kemudian – untuk harga yang lebih tinggi iaitu RM70.6 juta – dan dijangka memberi pulangan sebanyak RM59 juta walaupun projek utamanya masih belum dibangunkan.

Dengan ini, saya telah mengarahkan jawatankuasa saya untuk menghantar Perjanjian-perjanjian Jual Beli dan dokumen-dokumen yang berkaitan, yang telah didedahkan pada hari ini kepada pihak SPRM dan PDRM untuk tindakan lanjut. Kami berharap agar dokumen-dokumen tersebut dapat membantu pihak SPRM dan PDRM untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap tanpa prejudis.


Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik BN
April 5, 2016

rahman1

rahman2

rahman3

rahman4

rahman 5

rahman6

rahman7










No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.