Saturday, September 23, 2017

Harga Minyak Dunia Turun Harga Minyak Malaysia Naik


Oleh Syahir

Selepas harga RON95 meningkat sejumlah 4 sen daripada RM2.16 kepada RM2.20 liter bermula tengah malam semalam saya ada terbaca status dan tweet di Facebook dan Twitter seperti di bawah.


 


Di pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent "merosot" 19 cent kepada AS$53.19 setong, tapi di Malaysia?

Status seperti ini menunjukkan betapa rendahnya pemahaman rakyat Malaysia tentang kaedah pengiraan harga minyak runcit di sini.

Mereka membaca berita tentang harga minyak antarabangsa yang jatuh sedikit untuk satu hari kemudian membuat kesimpulan harga minyak minggu ini perlu turun.

 
Berita Harian - 6 September 2017


Sudah 5 bulan harga runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan. Sepatutnya semua sudah tahu bagaimana harga runcit ini ditetapkan setiap minggu. Saya pernah tulis bagaimana harga minyak Malaysia ditetapkan di bawah AutomaticPricing Mechanism semasa harga ditetapkan secara bulanan.

Mungkin sudah tiba masanya saya terangkan bagaimana harga minyak ditetapkan secara mingguan walaupun formulanya tetap sama, untuk mengelakkan kekeliruan saya tunjuk cara pengiraannya.

Harga runcit petrol dan diesel di Malaysia ditetapkan melalui ditetapkan secara apungan terkawal mingguan sejak 30 Mac 2017.




Harga runcit petrol ditetapkan berdasarkan komponen-komponen iaitu:

1. Produk Petroleum

Untuk RON95, MOPS95 digunakan sebagai penanda aras harga produk minyak yang telah diproses. Ianya berbeza dengan harga minyak mentah yang belum diproses. Produk petroleum seperti MOPS95 adalah lebih mahal daripada harga minyak mentah seperti minyak mentah Brent.

Data harga MOPS95 adalah data yang hanya tersedia untuk mereka yang melanggan data tersebut, bermakna orang awam tiada akses kepada data tersebut. Walaubagaimanapun laman web seperti Australian Institute of Petroleum ada menunjukkan secara kasar pergerakan harga MOPS95. Dengan itu anggaran sama ada harga MOPS95 naik atau turun boleh dibuat dengan melihat carta yang disediakan:


 


2. Tukaran Matawang


Harga MOPS95 adalah dalam US Dollar. Untuk mendapatkan harga runcit dalam Ringgit, ianya perlu ditukarkan kepada Ringgit. Saya gunakan tukaran USD/MYR yang diambil di laman web Bank Negara Malaysia setiap hari pukul 5 petang.


3. Kos dan Margin


Kerajaan menetapkan kos tetap seperti kos operasi yang terdiri daripada kos pengangkutan (hantar minyak ke stesen) dan kos pemasaran sejumlah 9.54 sen seliter. Kerajaan juga menetapkan margin kepada stesen minyak sejumlah 5 sen seliter dan kepada pengusaha stesen minyak sejumlah 12.19 sen seliter. Terdapat juga kos Alpha sejumlah 5 sen iaitu kos perbezaan di antara harga sebenar produk petroleum dan harga MOPS95 yang diterbitkan.

Jumlah kos tetap = Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Keuntungan Pengusaha Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen setiap liter = 32 sen (selepas dibundarkan).


Contoh Pengiraan Harga Runcit

Saya ambil contoh harga semalam 6 September 2017. Harga MOPS95 adalah AS$71.070, tukaran USD/MYR = 4.2415.

Pertama untuk menukar harga setong kepada seliter, 71.070 perlu dibahagi dengan 158.99 (1 tong minyak = 158.99 liter minyak).

1 liter MOPS95 = 71.070/158.99 = AS$0.447

Kemudian untuk menentukan 1 liter MOPS95 dalam Ringgit perlulah didarabkan dengan tukaran matawang semalam 4.2415

1 liter MOPS95 (dalam RM) = AS$0.447 x 4.2415 = RM1.90

Untuk mendapatkan harga runcit RON95, kita tambah dengan kos tetap yang saya sebut di atas berjumlah 32 sen.

Harga Runcit RON95 pada 7 September 2017 = RM1.90 + RM0.32 = RM2.22 seliter.

RM2.22 adalah harga untuk semalam atau sehari sahaja. Di dalam penetapan harga minyak secara mingguan harga RON95 perlu dikira untuk tempoh 5 hari daripada hari Khamis sehingga hari Rabu minggu depannya (hari bekerja sahaja) kemudian dikira secara purata untuk 5 hari tersebut.

Dibawah adalah pengiraan harga minyak 2 minggu lepas dan minggu lepas:


 


Minggu sebelum Merdeka iaitu 24 Ogos sehingga 30 Ogos, purata harga RON95 adalah RM2.16 berbanding harga yang ditetapkan pada minggu sebelumnya iaitu RM2.15. Maka harga RON95 pun dinaikkan 1 sen. Minggu lepas (31 Ogos - 6 September) purata harga RON95 adalah RM2.22 dan harga yang ditetapkan adalah RM2.20.

Sebagai rumusan, harga runcit petrol ditetapkan dengan harga purata 5 hari sebelumnya bukan ditetapkan mengikut pergerakan harga minyak harian atau satu hari sahaja. Katakan harga minyak pada hari Rabu turun, belum tentu purata harga 5 hari lebih rendah daripada minggu sebelumnya. Kata kuncinya, harga purata.


 


Dan sememangnya harga runcit petrol di Malaysia mengikut trend pergerakan harga minyak antarabangsa seperti carta di atas.

Berbalik kepada isu harga minyak antarabangsa turun, harga minyak Malaysia naik. Sekali lagi kita kena ambil harga purata minggu sebelumnya (5 hari sebelumnya). Yang dilaporkan Berita Harian sebagai merosot adalah harga satu hari bukannya harga purata 5 hari.

Benar harga minyak mentah Brent "merosot" 19 sen kepada AS$53.19 setong tetapi banyak yang tak sedar harga minyak mentah Brent pada awal minggu adalah sekitar AS$52.38 bermakna hari sebelum Brent merosot 19 sen, ianya meningkat hampir 1 dollar.


 
Harga Minyak Mentah Brent

Kalau harga minyak mentah turun 1 sen pun, berita akan melaporkan ia sebagai "merosot" tanpa mengambil kira harga yang meningkat lebih banyak pada hari hari sebelumnya. Ambil contoh di atas, harga Brent "merosot" 0.78% pada 4 September, tetapi hari-hari sebelumnya iaitu 31 Ogos dan 1 September ianya telah pun meningkat 2.99% dan 0.71%.

Janganlah berita melaporkan harga minyak mentah turun sehari, kita terus anggap harga runcit petrol yang ditetapkan secara mingguan kena turun. Mesti ambil kira harga purata minggu tersebut. Ini perkara asas.

Saya harap sedikit sebanyak boleh fahamkan kekeliruan harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia naik. Kepada yang malas membaca tulisan panjang, boleh tonton video dibawah tentang cara pengiraan harga runcit minyak di Malaysia mengikut mekanisme APM
  
Kita kena banyak membaca supaya tidak mudah tertipu, terpedaya dan terikut-ikut dengan apa yang orang lain cakap. Tidak salah jadi skeptik sebelum hadam berita atau post yang kita baca. Biar otak lebih laju daripada jari jangan jari lebih laju daripada otak.

Selamat membaca. 

Monday, September 18, 2017

Kebakaran Tahfiz, Zam Maidin Kena Minta Maaf

Minta maaflah mamak Zam. Tuduhan hang tu dah sah sah tak betul. Sudah sah sah menyimpang jauh dan masuk ke laut. Suka hati mak ayah kau aja hendak tuduh orang.

Polis sudah sahkan kejadian kebakaran yang berlaku adalah bermotifkan dendam. Jadi Zam Mamak hang kena tarik balik ayat ayat kotor yang keluaq kat twitter hang.

Malu la ooi. Bukak kedai makan pun melingkup kat Ayer 8, Putrajaya. Baik kau salahkan diri kau sendiri kena kedai kau melingkup dari nak celupar tak tentu pasal tentang kebakaran sekolah tahfiz ni.

Melayu Berwawasan.

Thursday, September 14, 2017

Pelaburan KWSP DAN KHAZANAH DI U.S


PELABURAN KWSP DAN KHAZANAH DI US

oleh Ab Jalil Backer

Kalau ada duit berpuluh bilion jangan melabur dalam satu negara saja. Itu namanya tidak cerdik.

Pelaburan pula kena pelbagaikan ada yang untung besar tetapi “high risk”. Ada pula yang pulangan rendah tapi “low risk” dan stabil. Saudagar zaman dulu kata kena “diversify”.

Macam itulah asas kebanyakan pengurus dana termasuk KWSP dan Khazanah.

Yang rendah risiko dan tetapi pulangan rendah ialah seperti pinjaman kepada kerajaan dan GLC. Pinjaman macam ini selalunya faedah tidak sampai 4% setahun.

KWSP dan Khazanah juga ada pelaburan dalam negara tapi tidak banyak yang beri pulangan tinggi kerana pasaran kita yang kecil.

Ada pula macam pelaburan KWSP dalam PLUS tidak boleh naikkan tol sesuka hati.

Jadi untuk bayar dividen lebih kepada pencarum (KWSP) dan Kerajaan (Khazanah), mereka akan turut melabur di negara lain yang ada peluang buat keuntungan lebih tinggi.

Hendak melabur di luar negara hampa bising tapi dividen mahu tinggi.

Khazanah untung berbilion ringgit melalui pelaburan mereka dalam syarikat Ali Baba beberapa tahun lepas.

Adakah mereka boleh mencapai keuntungan sedemikian rupa dengan pelaburan tunggal dalam syarikat negara kita? Saya rasa hampir mustahil kecuali dalam pembangunan hartanah secara besar-besaran.

Tahun lepas nilai dagangan US – Malaysia mencatatkan trilion ringgit yang sebahagian besarnya adalah import US. Demikianlah besarnya pasaran US.

Apa salah pengurus dana kita merebut peluang membuat keuntungan di US?

Dalam pilihan raya Presiden lepas Trump telah berjanji akan melakukan pembangunan infrastruktur besar-besaran di US.

Jika ada peluang melabur di sana mengapa kita perlu menolak terutamanya, apabila membabitkan projek pembangunan infra kerajaan US.

Keuntungan nanti dalam USD bila di bawa pulang bukan sahaja akan lebih tinggi malah menambah rizab asing negara. Ini juga pada masa depan akan menjadi unsur mengukuhkan ringgit.

Janganlah dengar cakap bekas Menteri Besar yang hendak buat lapangan terbang antarabangsa di Kulim, sedangkan Lapangan Terbang Alor Setar pun masih macam gelanggang catur.

Orang ini juga yang cadang hendak buat Litar Lumba Motosikal di Sungai Petani setaraf Sepang. Bila hendak balik modal.

Berniaga kontrak dengan Telekom masa bapa jadi PM memanglah senang untung. 🤣

Cr: Mykmu

Friday, September 8, 2017

Kalau Anwar Ibrahim Tahu Mengenai Kehilangan Wang BNM Akibat Perjudian Forex, Mustahil Tun Dr Mahathir Tidak Tahu

TS Ahmad Mohd Don mantan Gobenor Bank negara Malaysia (BNM) hari ini ketawa berdekah-dekah sebelum menjawab bila ditanya oleh TS Saw Choo Boon, Ahli Suruhanjaya Inkuiri Di Raja (RCI) Forex samada  dia bersetuju dengan TS Nor Mohamed Yaakob yang menyatakan pengalaman perjudian forex membantu dalam menyelesaikan krisis ringgit pada tahun 1998.

TS Nor Mohamed Yakcop bukanlah seorang 'rogue dealer'. Istilah 'rogue dealer' adalah bermakna seorang 'dealer' atau peniaga saham, bon, komoditi atau matawang yang dimainkan di pasaran atas inisiatifnya sendiri.

Setiap pembelian matawang asing yang dilakukan oleh BNM perlukan pembayaran. Oleh kerana wang yang digunakan untuk pembayaran transaksi-transaksi di bawah kelolaan TS Nor Mohamed Yackob datangnya dari rizab negara, adalah mustahil kebenaran tidak diperolehi terlebih dahulu.

Oleh kerana kerugian yang teramat besar melangkaui suatu tempoh yang panjang, iaitu empat tahun, adalah juga mustahil Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu tidak tahu mengenai perkara ini. Malah, untuk menggunakan wang rizab memerlukan kelulusan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Anwar Ibrahim ketika menjadi saksi hari ini juga tidak menafikan beliau mengetahui mengenai kehilangan wang akibat perjudian Forex oleh BNM. Cuma apa yang menjadi pertikaian di antara beliau dan Pengerusi RCI Forex hanyalah jumlah yang dibentangkan ke kabinet. Kalau Anwar Ibrahim tahu, mustahil Tun Dr Mahathir tidak tahu. Kalau Tun Dr Mahathir tahu, bermakna TS Nor Mohamed Yackob telah berbohong kepada RCI Forex semalam.

Nota Kaki: Soalan cepumas, cari 'kambing hitam' dalam gambar di bawah:

Cr : CTS

Wednesday, September 6, 2017

Bagaimana Nak Kira Harga Minyak?



Polemik naik dan turun harga minyak Malaysia berkumandang hampir setiap minggu di alam maya dan juga di alam fizikal. Kini formula baru akan diumumkan pada minggu hadapan dan berkemungkinan akan ditetapkan secara harian di masa yang akan datang bagi menentukan harga minyak untuk pasaran runcit Malaysia seperti yang diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah pada 04 Julai 2017. “Formula baru” yang dimaksudkan beliau masih lagi samar, samada menukar cara pengiraan, menambah komponen-komponen lain dalam pengiraan atau menukar kaedah pengiraan secara menyeluruh.
Sebelum kita melangkah kepada ke hadapan dengan “formula baru” mari kita sama-sama membuat analisis terhadap faktor yang mempengaruhi harga runcit petrol dan diesel di Malaysia dan juga komponen yang terlibat dalam pengiraan harga runcit minyak di Malaysia. Kita juga akan sama-sama membuat simulasi pengiraan berdasarkan komponen pengiraan yang akan diterangkan.
Sebagai permulaan, minyak mentah keluaran Malaysia adalah minyak mentah yang berkualiti tinggi yang di gelar sebagai Tapis crude oil dan hasil minyak mentah ini akan dieksport ke luar negara di mana harganya lebih tinggi kerana kandungan sulfurnya yang rendah dimana ia memerlukan proses penapisan yang kurang berbanding minyak mentah yang lain. Dengan itu untuk memenuhi pasaran dan juga permintaan dalam negara, syarikat-syarikat minyak seperti Petronas, Shell dan lain-lain akan mengimport minyak yang telah diproses/ditapis (refined oil) dari pasaran luar. Sebagai permulaan kita sudah mendapat satu fakta penting disini iaitu PENGIRAAN harga minyak di Malaysia dipengaruhi secara langsung oleh harga pasaran minyak yang telah diproses (refined oil) iaitu berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan bukannya dipengaruhi oleh pasaran harga minyak mentah (crude oil) sebagai contoh WTI crude ataupun Brent crude.
Apa itu Automatic Pricing Mechanism (APM)?
APM merupakan kaedah pengiraan ataupun formula yang digunakan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 1983 untuk menentukan harga runcit bagi petrol dan juga diesel. Terdapat beberapa komponen di dalam APM iaitu;
  1. Kos Produk – Mean of Platt Singapore (MOPS)
Untuk kos produk, ia akan merujuk kepada harga pasaran MOPS iaitu MOPS95 untuk RON95, MOPS97 untuk RON97 dan Gasoil untuk diesel. Kebanyakan negara-negara di rantau ini menggunakan MOPS sebagai harga rujukan dalam menentukan harga runcit minyak dalam negara, termasuklah Australia. Harga rujukan MOPS ini akan dikeluarkan dan dikemaskini oleh S&P Global Platts iaitu satu syarikat pembekal maklumat berkenaan komoditi dan juga tenaga. Penentuan harga dibuat berdasarkan purata harian untuk semua transaksi perdagangan produk yang berasaskan petroleum.
Perlu diingat harga pasaran ini adalah dalam kiraan barrel dan perlu ditukarkan ke dalam liter (1 barrel = 159 liter) dan satu lagi faktor yang mempengaruhi harga runcit petrol dan diesel adalah tukaran matawang USD kepada Ringgit kerana harga rujukan ini dalam matawang USD.
  1. Kos Alpha
Alpha merupakan perbezaan diantara harga yang dikeluarkan Platts dan harga belian sebenar oleh syarikat-syarikat minyak. Ia bermaksud syarikat minyak terpaksa menanggung kerugian jika harga yang ditetapkan Platts lebih tinggi dari harga belian atau sebaliknya. Ianya telah ditetapkan sebanyak 5 sen untuk petrol dan 4 sen seliter untuk diesel.
  1. Kos Operasi
Kos operasi merangkumi kos pengangkutan dan juga kos pemasaran. Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ismail Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri pada ketika itu dalam The New Strait Times pada 15 Feb 2009 “The rate is currently 9.54 sen (0.40 cents) per litre” maka kos operasi pada ketika itu adalah sebanyak 9.54 sen.
  1. Margin Keuntungan Syarikat Minyak dan Stesen Minyak
Margin keuntungan syarikat minyak telah ditetapkan sebanyak 5 sen untuk petrol dan 2.25 sen untuk diesel dan keuntungan stesen minyak pula sebanyak 12.19 sen untuk petrol dan 7 sen untuk diesel.
  1. Cukai Jualan
Mengikut Akta Cukai Jualan 1972, kerajaan boleh mengutip cukai maksimum sebanyak 58.62 sen seliter untuk petrol dan 19.64 sen seliter untuk diesel. Kini cukai jualan itu telah pun dihapuskan setelah GST diperkenalkan pada April 2014. Dengan penghapusan cukai jualan itu, RON95 dan diesel telah di kecualikan daripada cukai GST dan hanya RON97 yang dikenakan cukai GST sebanyak 6%.


**Kos-kos yang terlibat didalam komponen di atas di ambil melalui kenyataan akhbar oleh Datuk Ismail Ahmad pada tahun 2009 dan kos komponen terbaru mungkin telah pun berubah tetapi maklumat tersebut tidak diketahui umum kerana kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kiraan terbaru APM seperti kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Simulasi Pengiraan Harga Minyak RON95
Sekarang kita dah tahu apakah komponen dan faktor yang mempengaruhi harga petrol dan diesel di Malaysia, maka mari kita sama-sama cuba untuk membuat pengiraan harga petrol RON95 secara mingguan untuk harga runcit yang bermula pada 08.06.2017 (Khamis) menggunakan data dari 01.06.2017 (Khamis) sehingga 07.06.2017 (Rabu);
Formulanya adalah A + B, nampak sangat ringkas tetapi agak menjenuhkan juga;
A = Kos produk MOPS95 (Means of Platt Singapore 95)
B = Kos tetap (Alpha + Kos Operasi + Margin Syarikat Minyak + Margin Stesen Minyak)
Kita bermula dengan (B) dahulu, kosnya adalah TETAP sebanyak RM0.3173 seliter apabila dijumlahkan komponen-komponen yang terlibat seperti dibawah;
  • Alpha = RM0.05
  • Kos operasi = RM0.0954
  • Margin Syarikat Minyak = RM0.05
  • Margin Stesen Minyak = RM0.1219
Jumlah (A) iaitu kos produk pula dihitung bergantung kepada harga pasaran MOPS95 dan kos ini berubah mengikut harga pasaran dan juga tukaran matawang USD ke Ringgit. Untuk mengetahui harga pasaran MOPS95 boleh rujuk laman sesawang seperti dibawah;
http://www.cmegroup.com/trading/energy/refined-products/singapore-mogas-95-unleaded-platts-swap-futures.html
  1. Purata harga pasaran MOPS95 dari 01.06.2017 sehingga 07.06.2017 = USD62.629 / barrel
  2. Tukarkan barrel ke liter (1 barrel bersamaan 159 liter) = USD9957 / 159 = USD0.3939 / liter
  3. Tukarkan pula kepada purata tukaran matawang USDMYR dari 01.06.2017 sehingga 07.06.2017 = USD0.3939 x 4.2733 = RM1.6832 / liter.
Sumber tukaran matawang adalah dari bank negara Malaysia.
Maka (A) Kos produk MOPS95 = RM1.6832.
Maka A + B = RM1.6832 + RM0.3173 = RM2.0005 dan apabila dibundarkan akan mendapat RM2.00.
Harga rasmi yang diumumkan pula adalah RM2.05. Terdapat perbezaan sebanyak RM0.05. Dibawah merupakan graf simulasi yang dibuat untuk harga RON95 bulan Feb, Mac (bulanan) April, May dan Jun 2017 (mingguan);
Berdasarkan graf harga simulasi  vs harga rasmi yang dibuat diatas, pola kenaikan dan penurunan harga minyak kedua-duanya dilihat selari dan ini membuktikan formula dan komponen yang terlibat dalam simulasi pengiraan APM ini adalah tepat dengan perbezaan sebanyak RM0.04 secara purata.
Kenapa terdapat perbezaan diantara harga simulasi dan harga rasmi? Perbezaan ini wujud kerana pengiraan APM ini dibuat berdasarkan pendedahan pengiraan yang dibuat oleh Datuk Ismail Ahmad pada 2009 (8 tahun lepas) dan pengiraan terkini tidak diketahui umum kerana tidak didedahkan oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi melibatkan kos operasi dan juga margin keuntungan yang terkini. Berharap dengan penerangan dan simulasi pengiraan ini sedikit sebanyak dapat memberi kita pengetahuan terhadap pengiraan APM dalam menentukan harga runcit petrol dan diesel. Dengan pengetahuan pengiraan ini, berharap pembaca/pengguna juga dapat membuat jangkaan sendiri sekaligus memberi penjimatan setiap kali membuat perancangan untuk mengisi minyakitupun  jika kerajaan masih mengekalkan kaedah pengiraan APM ini dalam menentukan harga runcit petrol dan diesel.
Selamat mencuba dan menilai semua.
Sumber:
  1. Ismail Ahmad (Feb 2009). “Setting the retail price for petrol and diesel”. The New Straits Times.
  2. Hamzah Zainudin (Feb 2017). “Kerajaan tak dedah formula kiraan harga minyak”. Berita Harian.
  3. Bank Negara Malaysia. http://www.bnm.gov.my/

Cr. The Patriot






Parti Bunga Raya Di Perak Bergolak - Lagi Srikandi Letak Jawatan




Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zulaiha Sidek mengumumkan peletakan jawatan beliau, semalam.

Zulaiha yang juga Ketua Srikandi Penaja Bahagian Batu Gajah itu berkata, keputusan tersebut dibuat kerana sudah hilang kepercayaan terhadap PPBM Perak yang kini bergolak.

“Keputusan ini adalah atas desakan diri sendiri sebagai tanda sudah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti,” katanya dipetik Utusan Online.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di Ipoh, Selasa.

Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md Norani.


Bulan lalu pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti kerana mendakwa wujud budaya ‘kasta’ dalam parti selain kecewa dengan hala tuju parti yang dilihat terpesong.- 

SUMBER


Tuesday, September 5, 2017

Kit Siang, Kenapa Guan Eng Masih Lagi menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?





Jadi kenapa Guan Eng masih menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Kalau ikut piawaian UMNO, Guan Eng patut mengambil cuti atau meletak jawatan sekarang iaitu semasa dia sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah

Bagaimana Najib boleh melantik Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandangkan beliau telah menerima doser (dokumen) yang tebal tentang Isa yang mempunyai banyak masalah dan tidak layak untuk dilantik ke mana-mana jawatan awam utama

Pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan ini mempunyai satu set peraturan bagi mereka yang menyokong kerajaan dan satu set yang berbeza bagi mereka yang menentang kerajaan.

Pada masa Isa Samad dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD tidak ada satu pun bukti tentang kesalahan yang dilakukannya. Malah, siasatan terhadap dakwaan itu belum lagi dilancarkan. Oleh itu, dalam kes ini, doktrin anda tidak bersalah sehingga terbukti bersalah hendaklah duguna pakai.

Sekiranya berdasarkan kepada tuduhan saja adalah mencukupi untuk pecat seseorang, maka Mahathir boleh dianggap 'tercemar' dan tidak layak dijadikan 'TOP DOG' Pakatan Harapan.

Bukankah Kit Siang yang menuduh bahawa Mahathir dan Anwar telah menipu dan bukankah Kit Siang yang menuntut peletakan jawatan Mahathir dan Anwar pada tahun 1994

Adakah kerana DAP memerlukan Mahathir sebagai maskot serta berwajah Melayu dalam DAP

Adakah semata-mata tuduhan sudah cukup untuk membatalkan kelayakan seseorang dari jawatan pejawat awam yang disandangnya, bagaimana pula jika orang itu, seperti Lim Guan Eng yang sebenarnya telah didakwa atas kesalahan jenayah, terutama sekali mengenai penipuan, pecah amanah (CBT), rasuah, dll?

Istilah Melayu untuk sikap Kit Siang ialah TIGA SUKU. Kit Siang bukanlah orang yang bermoral, beretika dan berprinsip kerana dia tidak mempunyai maruah dan kehormatan. Dan ini mencerminkan pembiakan orang itu.

Kit Siang, why is Guan Eng still the Penang CM? – Malaysia Today


Kemunafikan Kit Siang yang terbongkar adalah seperti bau nanah busuk yang meleleh dari luka yang dijangkiti kuman. Kalau hanya berdasarkan kepada tuduhan sudah mengcukupi untuk membatalkan kelayakan seseorang daripada jawatan pejawat awam yang disandangnya, bagaimana pula jika orang itu, seperti Lim Guan Eng yang sebenarnya telah pun didakwa atas kesalahan jenayah, terutama sekali mengenai penipuan, pecah amanah (CBT), rasuah, dll?


THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)


Hari ini Lim Kit Siang berkata, "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perlu memberi penjelasan penuh dan tepat mengenai bagaimana Najib boleh melantik Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandangkan beliau telah menerima doser (dokumen) yang tebal tentang Isa yang mempunyai banyak masalah dan tidak layak untuk dilantik ke mana-mana jawatan awam utama memandang peranan kontroversinya sebagai Pengerusi Felda dan FGV, telah membangkitkan isu-isu serius mengenai integriti, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa,".

Kit Siang, sekali lagi, menunjukkan dwi standardnya (double standards). Pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan ini mempunyai satu set peraturan bagi mereka yang menyokong kerajaan dan satu set yang berbeza bagi mereka yang menentang kerajaan. Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Ling Liong Sik, dan banyak lagi dikatakan jahat semasa mereka bersama UMNO dan/atau Barisan Nasional tetapi apabila mereka menyokong pembangkang, mereka dianggap sebagai malaikat.

Pada masa Isa Samad dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD tidak ada satu pun bukti tentang kesalahan yang dilakukannya. Malah, siasatan terhadap dakwaan itu belum lagi dilancarkan. Oleh itu, dalam kes ini, doktrin anda tidak bersalah sehingga terbukti bersalah hendaklah duguna pakai.



Mahathir adalah 'TOP DOG' Pakatan Harapan walaupun 
terpalit dengan banyak jenayah


Sekiranya berdasarkan kepada tuduhan saja adalah mencukupi untuk pecat seseorang, maka Mahathir boleh dianggap 'tercemar' dan tidak layak dijadikan 'TOP DOG' Pakatan Harapan. Bukankah Kit Siang sendiri yang mendedahkan perbuatan salahlaku dan penyelewengan Mahathir? Dunia tidak akan tahu tentang kerugian Bank Negara akibat perjudian di pasaran tukaran mata wang asing, kalau tidak kerana Kit Siang sendiri yang mendedahkannya di Parlimen pada tahun 1993 dan 1994.

Bukankah Kit Siang yang menuduh bahawa Mahathir dan Anwar telah menipu dan bukankah Kit Siang yang menuntut peletakan jawatan Mahathir dan Anwar pada tahun 1994 dan berkata mereka mesti bertanggungjawab bukan sahaja untuk kerugian Bank Negara, yang kini bernilai RM99 bilion, tetapi Juga kerana menyembunyikan fakta ini dari rakyat dan berbohong kepada Parlimen?

Selama lebih 20 tahun Kit Siang menuntut diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara dan hari ini, apabila RCI telah ditubuhkan, Kit Siang telah menjadi bisu serta menentang RCI. Mengapa Kit Siang tiba-tiba melakukan U-Turn? Adakah kerana DAP memerlukan Mahathir sebagai maskot serta berwajah Melayu dalam DAP? Adakah kerana Mahathir memenuhi tujuan DAP untuk menggunakannya sebagai si Ali Baba dan menjadikan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP sebagai Pakatan Ali Baba?


DAP mahu Liong Sik di penjarakan tetapi 
Mahathir telah menyelamatkannya dan sekarang DAP telah melakukan U-Turn dan tidak bangkitkan lagi jenayah Liong Sik


Kit Siang bergelumang dengan kemunafikan seperti nanah yang mengalir dari luka yang telah dijangkiti kuman. Dan kemunafikan Kit Siang juga berbau busuk seperti nanah dari luka yang telah jadi gangrene. Adakah semata-mata tuduhan sudah cukup untuk membatalkan kelayakan seseorang dari jawatan pejawat awam yang disandangnya, bagaimana pula jika orang itu, seperti Lim Guan Eng yang sebenarnya telah didakwa atas kesalahan jenayah, terutama sekali mengenai penipuan, pecah amanah (CBT), rasuah, dll?

Anak Kit Siang, Guan Eng, telah didakwa atas tuduhan rasuah dan sedang menunggu hari perbicaraan. Harun Idris diminta meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor apabila dia menghadapi tuduhan rasuah. Mohamad Khir Toyo dan Muhammad Muhammad Taib, kedua-duanya diminta untuk meletakkan jawatan mereka semasa mereka membela diri mereka atas dakwaan jenayah. Malah, Mat Taib akhirnya didapati tidak bersalah tetapi dia tidak ambil semula sebagai Menteri Besar Selangor.


Guan Eng sedang menghadapi perbicaraan rasuah dan
 jika dia adalah seorang Ketua Menteri UMNO, sudah tentu 
dia dipaksa meletakkan jawatan sekarang


Jadi kenapa Guan Eng masih menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Kalau ikut piawaian UMNO, Guan Eng patut mengambil cuti atau meletak jawatan sekarang iaitu semasa dia sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah - yang pada masa ini terdapat terlalu banyak bukti yang menunjukkan Guan Eng bersalah. Ketika tiga Menteri Besar UMNO Selangor meletak jawatan, tetapi Guan Eng masih lagi menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Malah, ada seorang Menteri Besar UMNO Selangor yang didakwa melakukan salah laku seksual dengan kakak iparnya dan itu adalah cukup untuk memaksa dia meletakan jawatannya. Guan Eng juga dikatakan mempunyai hubungan dengan 'Rainbow' atas dakwaan rasuah dan kenapa beliau masih lagi menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kit Siang semakin tua dan nampak semakin nyanyuk. Mungkin dia harus mempertimbangkan untuk bersara sebelum dia bercakap lebih banyak perkara yang akan memalukan dirinya sendiri, keluarganya, partinya, dan orang-orang Cina. Bagi Kit Siang untuk membangkitkan isu Isa Samad dan menyerang Najib ketika dia bersekongkol dengan Mahathir dan Anwar serta juga enggan meminta anaknya sendiri untuk meletakkan jawatan adalah tanda orang yang tidak lagi mempunyai pendirian. Istilah Melayu untuk sikap Kit Siang ialah TIGA SUKU. Kit Siang bukanlah orang yang bermoral, beretika dan berprinsip kerana dia tidak mempunyai maruah dan kehormatan. Dan ini mencerminkan pembiakan orang itu.


http://www.malaysia-today.net/kit-siang-why-is-guan-eng-still-the-penang-cm/ 


Monday, September 4, 2017

Rupa-Rupanya DAP Masih Lagi Menagih PAS Untuk Bersama-Sama Mereka!!!!

Kebelakangan ini kita lihat serangan ke atas PAS semakin diperhebatkan terutama dari kalangan PAN dan pro-DAP. PAS digambarkan sebagai pihak bersalah, penjahat, pengacau, bahkan dianggap sebagai parti kecil yang tidak begitu penting, tetapi sangat kuat berlagak.

PAS digelarkan sebagai PA$NO - gabungan PAS, Ringgit dan UMNO.
Gambaran kononnya PAS sedang berganding dan akan bekerjasama dengan UMNO-BN disebabkan PAS telah dirasuah oleh Najib Abdul Razak, disebarkan secara menyeluruh terutama menerusi mesej-mesej group WhatsApp dan Telegram. PAS juga digambarkan akan bertanding buat kali pertama dalam PRU, bukan untuk mencari kemenangan, sebaliknya untuk memastikan kemenangan UMNO-BN.

Namun pada masa sama, PKR yang diketuai Azmin Ali dengan sokongan Wan Azizah  bergiat memujuk dan berusaha untuk berpaut kepada PAS dengan apa cara sekalipun.

Kenyataan yang dikeluarkan  Liew Ching Tong beberapa hari lalu kononnya pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14 hanya akan memberikan kelebihan kepada PH, dan menghancurkan UMNO serta PAS menunjukkan dengan jelas bagaimana terdesaknya DAP untuk kembali mendapatkan bantuan dan sokongan PAS.

Kemenangan besar BN pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pertandingan tiga penjuru sebelum ini, menidakkan teori songsang Liew Chin Tong.

Hakikatnya, PAS seperti sudah serik dipergunakan oleh DAP. Kejayaan demonstrasi besar seperti BERSIH sendiri sebenarnya terlalu bergantung kepada penyokong PAS. Tanpa PAS, BERSIH tidak mempunyai sokongan Melayu dan bertukar menjadi gerakan protes orang Cina semata-mata.

Secara faktanya, PAS tidak memerlukan DAP untuk memenangi dan menguasai Kelantan, kubu kuatnya. Begitu juga di Kedah dan Terengganu selain Perlis. Sedangkan DAP pula amat memerlukan PAS untuk memenangi Selangor, malah di Pulau Pinang juga. Bantuan dan kerjasama daripada PAS jugalah yang membolehkan DAP menguasai 38 kerusi Parlimen pada PRU-13. Tanpa PAS, DAP hanya mampu menggapai tidak lebih dari 20 kerusi Parlimen.

Dan biarpun di atas kertas, DAP memerintah Pulau Pinang, manakala PKR mentadbir Selangor, hakikatnya di kedua-dua negeri tersebut, DAP adalah penguasa sebenar. DAP adalah de facto di Selangor dengan PKR pula sekadar penurut perintah DAP.

DAP memberikan gambaran bahawa mereka mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina dan sekurang-kurangnya 54 kerusi Parlimen dengan sokongan Cina akan menjadi milik mereka, manakala PKR, PAN dan Parti Cap Bunga akan memastikan kerusi-kerusi sokongan Melayu berada di bawah kekuasaan DAP.

Namun DAP mula menyedari kesilapan mereka selepas Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan PAS dari Pakatan Rakyat, seterusnya membubarkannya pada penghujung 2015. Sokongan orang Melayu terhadap Pakatan merudum jatuh, manakala sokongan 'solid' Cina pula boleh dipersoalkan terutama melihat kepada perkembangan terkini.
Justeru membawa masuk PAS semula ke dalam Pakatan, bukan lagi pilihan sebaliknya WAJIB. Keputusan PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar-Sungai Besar petanda jelas, seandainya PAS dan UMNO meneruskan kerja mereka, Pakatan besar kemungkinan akan berkubur terus dengan DAP akan menerima impak yang paling besar.

Namun untuk DAP berbuat begitu secara langsung, ia akan menyebabkan sokongan Cina kepada DAP pula terjejas. Bahkan akan menjatuhkan maruah dan ego DAP yang sangat besar itu.

Kerjasama 2008-2013 antara DAP-PAS tidak lebih daripada sandiwara semata walaupun hakikatnya DAP tidak pernah menyukai PAS. Kepada masyarakat Cina, mereka diberitahu, undi PAS secara tidak langsung akan memberikan undi kepada DAP dan sebaliknya. Para penyokong DAP sanggup menyarung baju T PAS dan membawa bendera PAS sambil menyanyikan lagu berbahasa Cina tentang pergi ke bulan dengan roket.

Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng amat terkenal sebagai anti-Raja, anti-Melayu dan anti-Islam. Ramai percaya, Lim Kit Siang sebenarnya lahir di China tetapi dibawa masuk ke Malaysia semasa kecil. Justeru patriotismenya terhadap Malaysia diragui, bahkan, Kit Siang dilihat lebih taat setia kepada Singapura berbanding Malaysia. Justeru, apabila mendiang Karpal Singh dan Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal dunia, hubungan antara DAP dengan PAS juga turut berakhir.

Justeru DAP memilih untuk mendiamkan diri sekalipun pada masa sama, mereka berharap Azmin akan berjaya meyakinkan Abdul Hadi Awang untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. DAP akan cuba berselindung konon-kononnya rundingan antara PKR dan PAS tidak ada kena mengena dengan DAP.

Kalau betul DAP tidak mengharapkan PAS lagi, anda rasa DAP akan berdiam diri melihat Azmin bersalaman dan mencium tangan Abdul Hadi Awang? Sekiranya mereka sangat berani menyerang dan mencerca KDYMM Sultan Selangor, mengapa pula mereka tidak berani langsung menyerang Menteri Besar Selangor?

Sudah tentulah mereka akan tutup mulut kerana mereka terlalu mengharapkan Azmin berjaya meyakinkan Abdul Hadi untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru. Anwar Ibrahim pula hanyalah salah satu alasan DAP untuk menjustifikasikan tujuan tersebut.

The Saviour

Sunday, September 3, 2017

DAP Sebuah Parti Rasis



Sejarah perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara itu yang berideologi sosialis.

Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti sosialis yang ditolak sebahagian besar rakyat. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP menggantikan PAP di negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap pilihan raya umum (PRU) dengan fahaman yang menolak sistem politik berasaskan pelbagai kaum.

DAP dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun dianggap sebagai partai sosialis. Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969, dengan memperoleh 13 kerusi Parlimen. Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU 1986 (24 kerusi Parlimen) dan kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi).

Dalam PRU selainnya, adalah sekitar 10 atau 11 kerusi sahaja yang diperoleh parti itu dan DAP menjadikan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) MCA dan Gerakan sebagai menguji kekuatan pengaruhnya.

DAP yang merupakan parti pembangkang kaum Cina terbesar bergerak mara hingga membentuk kerjasama longgar dengan Pas pada 1999 dan kemuncaknya pada PRU 2008 dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut serta mewujudkan pakatan pembangkang tunggal yang mencabar Barisan Nasional (BN).

Walaupun DAP di dalam pakatan pembangkang, ideologi mereka masih tidak sama dengan ideologi Pas. Sementara itu, MCA atau Gerakan dilihat bersifat sederhana.

Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan Perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi serta mengakui hak istimewa orang Melayu, walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukkan dalam tindakan dan prinsip parti mereka.

Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP yang didorongi oleh sistem politik Singapura yang berbentuk republik.



Keinginan DAP mewujudkan semacam ‘ala republik’ di Malaysia tentunya menolak sama sekali akan realiti masyarakat dan sejarah negara ini yang berpaksikan kemajmukan!

Pendek kata MCA dan Gerakan lebih praktikal dan tahu akan sejarah pembentukan negara ini dan menyedari bahawa tanpa kerjasama dengan UMNO yang ketika merdeka dahulu mewakili sebahagian besar orang Melayu, keadaan nasib kaum Cina dan India tidak terjamin.

Disemarakkan lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin PKR dan pakatan pembangkang, maka DAP berserta dengan Pas berjaya mempengaruhi sebahagian daripada pengundi Cina untuk menyokong perjuangan PKR yang dikatakan mirip ideologi DAP.

Sementara Pas dilihat dengan sebelah mata atas dasar ingin mengambil kesempatan daripada pengaruh parti itu dan mengaut keuntungan politik, tetapi Pas kurang sedar akan taktik DAP itu!

Kemenangan cemerlang pakatan pembangkang dalam PRU-12 menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina dan semakin berlagak menjadi jaguh pakatan pembangkang. Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kereta api.

Pakatan pembangkang yang meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan di kalangan generasi muda!)




Dipendekkan cerita, DAP berjaya mewujudkan suatu persepsi politik bahawa kebangkitan kaum Bumiputera/Melayu dalam pembangunan ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh mengancam survival orang Cina, yang mana pada realitinya tidak begitu.

Sebagai pribumi, mereka pun ingin maju seperti bukan Melayu dan ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam pembahagian ekonomi negara dengan kaum Cina. Salahkah? Ini tidak dimengertikan oleh DAP. Parti itu menganggap rendah kebolehan orang Melayu, kerana dimomokkan oleh pemimpin seperti Lee Kuan Yew.

Sedangkan orang Melayu dan rakyat seluruhnya sudah pun terbuka minda mereka dan menginginkan kemajuan, dan tidak selamanya orang Melayu itu bodoh, malas dan tidak kebolehan.

Mereka dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasi dalam semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain!




DAP juga menerima nasihat-nasihat daripada ahli akademik mereka yang kebanyakannya anti establishment. Semua yang Melayu (terutama pemerintah) buat, ada sahaja yang tidak kena kepada golongan ini!

Politik perkauman anti establishment ini jelas dihamburkan dengan membangkitkan sentimen anti Perlembagaan Malaysia, menganggap Perlembagaan ini akan memusnahkan masa depan mereka.

Pada hal dengan Perlembagaan, selama ini rakyat dapat menikmati erti kehidupan yang lebih baik dari negara tempat asal mereka. Ini semua dianggap sebagai hujah lapuk dan ketinggalan.

Sehingga seorang ahli akademik dari luar negara yang membuat kajian mengenai: Problems Among Minority Groups in Malaysia” mendapati di Malaysia golongan minoriti tidak ada masalah! Sedangkan di negara-negara lain di dunia, semua minoriti ada masalah!

Hebatnya Malaysia dipandang dari luar, tetapi dipandang oleh segolongan rakyatnya sendiri sebagai “hampas”. Ideologi DAP tidak mengakui hakikat masyarakat berbilang kaum dan tidak mengakui politik berasaskan kerjasama antara kaum.

DAP masih mengharapkan kerjasama daripada Pas dan PKR tetapi kedua-dua parti itu juga tidak dapat dibuktikan boleh memberi jaminan kepada semua kaum di negara ini. Peningkatan pengaruh DAP tentunya disebabkan kelemahan MCA dan Gerakan sendiri. Kedua-dua parti itu gagal meyakinkan orang Cina bahawa mereka akan terus terjamin dalam BN.

Sementara itu, UMNO pula mengalami krisis demi krisis, jadi nampak seperti mereka sudah lemah semangat dan akan keluar dari BN jika kalah dalam PRU akan datang.

Soalnya sampai bila majoriti pengundi Cina hendak berteduh di bawah DAP? Jika MCA kecundang dalam PRU-13, tidak mustahil wakil Cina tidak ada di dalam kerajaan.




Sejarah 13 Mei 1969 membuktikan jika pola seperti sekarang ini berlaku, konflik kaum akan berlaku. Ini tidak sihat bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia. Untuk itu saya berpendapat, mahu tidak mahu, masyarakat Cina akan kembali kepada status quo di mana akan berlaku semula keseimbangan politik.

Pada hemat saya, ini merupakan satu ujian besar bagi parti-parti politik di negara ini yang mana parti yang terlalu kuat sifat perkauman tidak akan ke mana. Ini berdasarkan kepada teori politik di Malaysia, bahawa politik pelbagai kaum adalah paling sesuai, dan yang berasaskan perkauman sempit tidak dapat diterima untuk jangka panjang.

Selain itu kerjasama antara parti politik pembangkang terlalu bersifat politik dan penuh muslihat juga dilihat tidak kekal lama. Pas semakin hipokrit. PKR, dianggap retorik dan huru-hara kini. Sebab itu kerjasama antara parti politik dalam BN kelihatan lebih ikhlas walaupun dipandang oleh pembangkang sebagai parti yang usang.

Tetapi itulah realiti politik Malaysia, yang majmuk sifatnya, yang perlu bertoleransi, tidak semudah itu bermain politik perkauman! Politik geram dan sentimen kaum tak ke mana. Percayalah.



Cr : Prof Dr Ahmad Atory Hussain