KUALA
LUMPUR: Kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam pakatan
pembangkang disifatkan dapat merosakkan gabungan terbabit.
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai
Chegubard, berkata kehadiran Dr Mahathir yang juga Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat turut sama membawa pengaruh Mahathirism
dalam pakatan itu.
"Belum
pun Mahathir berkuasa, beliau sudah memijak pemikiran rakyat apabila
mempertahankan sistem tol memberitahu kadar tol Malaysia masih rendah.
"Malah
beliau berkata, sekiranya pakatan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)
beliau mahu menubuhkan Proton yang baharu.
"Kehadiran
Mahathir seperti mahu pemimpin pakatan hanya mengikut petunjuk beliau
saja," katanya.
Beliau
berkata demikian sebagai ahli panel dalam forum Adakah Mahathir Solusi Untuk
Malaysia Yang Lebih Baik yang diadakan di auditorium Dewan Perhimpunan Cina
Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), di sini.
Forum
itu dianjurkan Malaysia Bebas daripada Perasuah & Diktator dan Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM).
Ahli
panel lain adalah Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) Datuk Rais Hussain; aktivis sosial, Hishamuddin Rais; penganalisis
politik, Nathaniel Tan; bekas editor portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan
aktivis, Haris Ibrahim manakala Y Kohila bertindak sebagai moderator.
CheguBard
juga berkata, rakyat tidak dapat menerima permohonan maaf oleh Dr Mahathir
diatas 'dosa' yang dilakukan sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.
Malah
beliau turut menempelak pihak yang memaafkan Dr Mahathir apabila Datuk Seri
Anwar Ibrahim sendiri menerima permohonan maaf itu.
"Kami
turun ke jalanan pada tahun 1998 bukan semata-mata kerana individu bernama
Anwar, tapi Anwar dilihat yang mampu melawan Dr Mahathir ketika itu.
"Tapi
dengan keputusan mengangkat Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pakatan
pembangkang, jangan rakyat pula yang tidak memaafkan Anwar," katanya.
Sementara
itu, Nathaniel Tan berkata, pembahagian 53 kerusi oleh pakatan pembangkang
kepada PPBM dilihat tidak wajar.
Beliau
berkata, rakyat sendiri kurang mengenali pemimpin PPBM untuk diangkat dalam
PRU-14 nanti.
"Rakyat
hanya mengenali segelintir saja seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri
Mukhriz Mahathir.
"Malah
pendirian mereka juga dilihat tidak jelas terhadap dasar yang diperjuangkan
oleh pakatan. Jadi pembahagian kerusi ini perlu dilihat semula," katanya.
No comments:
Post a Comment