Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, November 12, 2015

Kisah Lebuhraya Yang Digelapkan - Bahagian Kedua


Image result for projek kroni mahathir daim

Projek Kroni Tun Mahathir: RM18.3 Billion DiSelewengkan Dalam Projek Lebuhraya PLUS!.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) diwujudkan pada 24 Oktober 1980 dengan diberi tugasan utama pembangunan Lebuhraya Utara Selatan. Pada 1 Mac 1981, LLM memulakan pembinaan Lebuhraya Utara Selatan bagi bahagian Bukit Kayu Hitam ke Jitra.

LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan DANA kerajaan RM3.2 BILION. Lebuhraya Penuh TANPA TOL adalah PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung oleh DANA kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta.

Pada 1986, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir mula melaksanakan idea program penswastaan Negara. Hampir segala2 yang sebelum ini hak mutlak rakyat di bawah operasi kerajaan telah didagangkan kepada pemodal2 luar dari kerajaan.

Pegangan kerajaan dan LLM di dalam PLUS dijual kepada proksinya TS Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh arwah Tun Razak dan arwah Tun Hussien Onn tidak akan sekali2 membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat.

Persoalan: apakah bukti track record kewangan yang dimiliki UEM yang merupakan sebuah ‘insolvent company’ atau syarikat hampir muflis sehingga boleh ditawarkan untuk mendapat projek PLUS yang begitu besar?. Mengikut rekod sehingga tahun 1985, syarikat UEM mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM90 juta.

Laporan AWSJ terbitan 18 January 1988 tulisan Raphael Pura and Stephen Duthie menunjukkan UEM dikuasai oleh sebuah syarikat bernama “Hatibudi Sdn Bhd” yang ditubuhkan pada tahun 1984 dengan modal RM2 dan mempunyai 2 orang pemegang saham.

Pada 1988 di dalam Dewan Parlimen suatu hakikat yang mengejutkan ramai pihak, apabila DS Samy Vellu mantan Menteri Kerja Raya diasak oleh MPs dari pembangkang telah mendedahkan bahawa Hatibudi Sdn. Bhd. dimiliki oleh UMNO dan ianya telah disahkan oleh Tun Dr Mahathir. Manakala Pemegang Amanah adalah Tun Mahathir Mohamad, arwah Tun Ghaffar Baba, Tun Daim Zainuddin and TS Sanusi Junid.

Persoalan: Sekiranya benar Hati Budi Sdn Bhd merupakan 'UMNO Trustee Holding Company', dimanakah wang UMNO tersimpan?. Mohon kembalikan wang tersebut kepada yang hak. Berita semasa pada 11hb April 2013 melaporkan syarikat Hati Budi Sdn. Bhd. milik Tun Daim Zainuddin telah memperolehi Keuntungan dari projek lebuhraya PLUS mencecah RM18.3 bilion!!!.

Hati Budi Sdn Bhd menguasai United Engineers Malaysia (UEM) dikaitkan dengan pimpinan tertinggi kerajaan iaitu Tun Daim Zainuddin (mantan Menteri Kewangan) dan Tun Dr Mahathir (mantan Perdana Menteri).

UEM telah dianugerahkan menguasai projek lebuhraya PLUS walaupun mendapat bantahan ramai rakyat. PLUS Highway Sdn Bhd telah ditubuhkan bagi mengambil alih urusan Lebuh raya Utara Selatan (North-South Highway) dan membelanjakan RM6 bilion untuk menaikkan status jalan raya dengan upahnya adalah berbentuk konsesi selama 30 tahun.

Ini bererti tempoh konsesi berakhir pada 2016 akan dilanjutkan sehingga 2021 pula. Sekiranya tiada pematuhan kontrak, pihak
Kerajaan terpaksa memberikan pampasan kepada pemegang konsesi lebuh raya sebanyak RM19 bilion untuk selama 20 tahun.

Projek PLUS hanya menelan belanja RM3.4 bilion tetapi pemberian kontrak melalui kaedah 'runding terus' kepada UEM menjadi satu persoalan yang tidak pernah terjawab sehingga kini. Keuntungan PLUS antara tempoh konsesi daripada 1987-2017 yang mengutip tol dianggarkan RM54 bilion untuk 30 tahun.

UEM jelas tidak mempunyai track record di dalam sektor pembinaan jalan raya berbanding syarikat berpengalaman lain yang memohon tender sama seperti Pilecon serta Hashbuddin dengan kadar sebut harga jauh lebih rendah dari UEM. Modus operandi anugerah kontrak kepada UEM adalah wujudnya hubung kait antara Hati Budi Sdn Bhd dengan Tun Daim dan Tun Mahathir.

Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak pernah membayar satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini.

Paling menyedihkan adalah idea asal Lebuhraya PLUS sememangnya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan Tun Dr Mahathir kepada TS Halim Saad melalui UEM bagi mengaut berbilion untung atas angin kerana sistem perjanjian konsesi berat sebelah. Terma tamat tempoh 30 tahun akan disambung semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah 'MONEY FACTORY' kepada Tun Dr Mahathir dan proksi mereka.

Paling mengecewakan, pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri. Mereka hanya menyiapkan baki 500KM sahaja. UEM pula menyiapkan lebuhraya PLUS 2 tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos yang terlampau tinggi sehingga 70% dari anggaran kos yang digubal oleh arwah Tun Razak dan arwah Tun Hussien Onn sebelum ini.

Tun Dr Mahathir telah memberikan kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800KM tersebut.

Sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 bilion setahun dan terus meningkat tidak menampakkan jalan sebagai titik mula menamatkan kutipan tol.

Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tol mengikut perjanjian mistik antara Tun Dr Mahathir dan pihak kerajaan Malaysia. Mengikut kontrak perjanjian yang dimenterai, jika tiada kenaikan kadar tol maka kerajaan pusat terpaksa membayar 'PAMPASAN'. Anggaran pampasan dari tahun 2008 hingga 2038, kerajaan dikehendaki membayar PLUS sejumlah RM63.83 bilion!.

Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu legasi Tun Dr Mahathir yang tidak dapat dimaafkan selama2 nya. Di Lembah Klang saja berpuluh konsesi lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.