Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, October 30, 2017

UMNO Pada Zaman Najib Dan Zaman Mahathir Tidak Sama


 
 


UMNO disifatkan seperti sebuah kapal yang besar yang dimiliki oleh semua khususnya orang Melayu. UMNO juga tidak mendewakan individu, tidak mengharapkan kekuasaan individu semata-mata.

Benar, kepimpinan seseorang itu wajar diberi perhatian apatah lagi dalam usaha sesebuah parti mendapatkan sokongan akar umbi atau sesuatu kawasan. Namun, parti itu lebih diutamakan.

Ketika memberi reaksi kepada kepulangan Muhammad Taib ke pangkuan UMNO, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan ia sebagai bukti bahawa UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa saja.

Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih ahli UMNO menjadi Presiden parti, beliau menggunakan cara yang lebih terbuka berbanding bekas Presiden Mahathir.

Sebagai orang lama dalam politik dan UMNO, Annuar banyak menceritakan pengalaman beliau ketika menyaksikan apa yang berlaku di dalam parti keramat UMNO.

Kata Annuar, zaman Mahathir dulu, wujud sistem kouta iaitu menutup pintu. Inilah yang membezakan zaman Mahathir dan Najib. Tambahan pula pada ketika itu tercetusnya team A dan B. Menyelak kembali sejarah, Mahathir hanya menang tipis saja dengan lawannya Ku Li.

Hinggakan UMNO pernah diharamkan pertubuhannya. Menyedihkan, pernah terjadi dalam sejarah konflik antara pemerintah (Mahathir) dengan institusi raja-raja Melayu. Bergaduh saja kerjanya...
Berbeza dengan Najib, yang suka berkawan dengan semua orang. Tengoklah lawatan kerja di Amerika Syarikat baru-baru ini, layanan yang diberikan cukup istimewa! Bukan saja di Barat, pemimpin dan negara seperti Arab Saudi dan Palestin juga begitu selesa serta suka pada Najib yang membawa bendera Malaysia.

Berbalik semula kepada UMNO yang hari ini lebih demokrasi... Tak kira siapa waima bekas pemimpin parti lawan, jika ia benar-benar mahu bersama dalam perjuangan UMNO, apa salahnya. Ini parti milik semua, bukan milik individu.

Mungkin ramai lagi pemimpin dan pengikut parti pembangkang menyertai UMNO. Iyalah, biasanya, pemimpin-pemimpin ada pengikut masing-masing.

"Warisan perjuangan orang Melayu ialah UMNO. Orang-orang UMNO memperjuangkan parti bukannya individu. Kalau memperjuangkan individu, sampai bila dia akan berkuasa?"

Demikian tegas Annuar dalam Program Bicara BH bertajuk PRU14: Antara Mimpi & Realiti baru-baru ini.

Ialah, kalau kita perjuangkan individu, itu yang tertubuhnya PPBM yang dikepalai Mahathir. Mahathir bergaduh dengan Najib sebab nakkan anakknya diberikan jawatan besar. Macam mana nak beri, parti UMNO bukan seperti DAP yang boleh disusun-susun oleh tangan ghaib. Dalam UMNO perlu melepasi suara ahli dalam pemilihan parti. Kalau ahli parti tidak memberi sokongan, bagaimana mahu mendapatkan mandat seterusnya menduduki jawatan tertentu yang ditandingi?

Sebelum ini lahir PKR yang dikepalai Anwar Ibrahim. Sebab apa? Bergaduh dengan Mahathir. Sebelum-sebelum dulu, pemimpin PAS juga keluar UMNO dan tertubuhlah PAS. Juga kerana bergaduh dan merebut jawatan.

Pemimpin bersilih ganti. Annuar pernah mengatakan ketika program dialog Perjuangan 4 All di Wangsa Maju, Najib adalah pemimpin parti dan negara yang sesuai pada zaman ini. Dipilih ahli UMNO sebagai presiden parti, mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya, kenapa pula kita mahu menidakkan demokrasi?


#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP




Guan Eng Malu Besar - Dokumen Projek Billion Ringgit Didedahkan

“Dakwaan Guan Eng DAP kononnya peruntukan RM 1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM 1.1 billion masih belum dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik”

Dr MiM

Sebelum ini beliau mencipta sejarah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama disabitkan dengan kes rasuah.

Kes tersebut sedang berjalan tetapi Lim Guan Eng dengan tanpa malunya masih lagi menjawat jawatan tersebut.

Kali ini ialah pembohongan kroni tegar Lim Kit Siang terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Tindakan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang menjelaskan bahawa kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM2 bilion untuk projek tebatan di negeri ini.

“Kita mendapati, kenyataan dikeluarkan Zainal Abidin itu palsu dan tidak benar. Ini kerana, selepas memeriksa rekod yang kita ada, kerajaan Pusat hanya membelanjakan RM300 juta sahaja untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang.” dakwa Guan Eng.

Kenyataan Guan Eng DAP ini mengambarkan yang beliau sebenarnya tidak tahu apa-apa pun dengan negeri yang ditadbir oleh beliau dan DAP. Sungguh memalukan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menafikan pembohongan Guan Eng kononnya kerajaan Persekutuan tidak memberi dana yang sewajarnya untuk membantu masalah banjir di Pulau Pinang.

Kerajaan persekutuan telah mengeluarkan perbelanjaan untuk projek tebatan banjir di negeri itu sejak 2006.

Zainal Abidin juga telah menjawab, di antaranya beliau berkata bahawa kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang dan EXCO Tebatan Banjir minggu lalu mempersoalkan kenyataan beliau pada Rabu, 20 September 2017 dibuat dengan niat jahat bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat dan menimbulkan curiga terhadap Kerajaan Persekutuan dan beliau.

Yang pastinya, kenyataan mengenai peruntukan RM 2 billion adalah benar, bukan fitnah atau palsu seperti yang didakwa oleh kroni tegar veteran tua DAP.

Dakwaan Guan Eng DAP kononnya peruntukan RM 1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM 1.1 billion masih belum dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik.

Berikut adalah perincian projek- projek di bawah RMK 9, RMK10 dan RMK11 :

a. RMK-9 (2006-2010) – RM1,493,500,000.00.

10 projek telah siap dilaksanakan. Antara projek yang telah siap dilaksanakan ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bertam Kepala Batas, RTB Bandar Pulau Pinang. RTB Sungai Junjung dan RTB Sungai Perai.

b. RMK-10 (2011-2015) – RM404,550,000.00

11 projek telah dilaksanakan. Antara projek-projek tersebut ialah meneruskan untuk menyiapkan Projek RTB Bertam Kepala Batas, projek baru RTB Tasek Gelugor dan RTB Lembangan Sungai Kerian. Bagi Projek RTB Lembangan Sungai Kerian, kerja-kerja pembinaan masih dilaksanakan dan projek dijangka siap pada akhir tahun 2017.

c. RMK-11 (2016-2020) – RM150 juta

Projek bagi pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang, kontraktor telah dilantik dan kerja-kerja dijangka bermula penghujung tahun 2017.

Guan Eng dan Exconya memang telah memalukan rakyat jika benar tidak tahu menahu mengenai projek-projek tebatan banjir itu sedangkan semuanya dalam pengetahuan JPSPP, sebuah agensi bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Guan Eng DAP juga disarankan supaya menyemak semula dengan JPSPP sekali lagi sebelum melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

Tiada gunanya menggunakan taktik menuding jari kepada pihak lain kerana rakyat sudah muak dengan taktik tersebut.

Jika tidak mampu, balik sahaja ke Melaka dan serahkan jawatan kepada rakyat Pulau Pinang.

Sumber: novandri.blogspot.com

Sarawak Report Gagal Mengemukakan Pembelaan

Clare Rewcastle Brown aka Sarawak Report gagal memfailkan pembelaan untuk membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membayar Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta di United Kingdom ( UK ) pada jam 4.00 petang semalam, 30hb Ogos 2017. Beliau memohon kepada Mahkamah untuk tempoh lanjutan masa tetapi Hakim menolak permohonan beliau. Oleh itu, kes tersebut akan di teruskan pada Oktober 2017.

THE THIRD FORCE
By : Raja Petra Kamaruddin

Pada jam 4.00 petang, masa United Kingdom (UK), Ketua Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, gagal mengemukan bukti kepada Mahkamah di London bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menyogok Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta. Kegagalan beliau untuk berbuat demikian melanggar perintah Mahkamah bertarikh 2 Ogos 2017 (lihat di bawah) yang memerlukan beliau untuk memfailkan serta mengemukan pembelaan beliau mengikut tarikh yang ditetapkan.

Imbasan secara ringkasnya, Clare telah disaman di atas artikel terbitan Editorial Sarawak Report yang mendakwa bahawa Najib menyogok Hadi sebanyak RM90 juta untuk mendapatkan faedah politik. Presiden PAS meminta peguam beliau di United Kingdom (UK) untuk menghantar surat kepada Claire sebanyak 3 kali menuntut permohonan maaf ke atas tuduhan palsu tersebut namun tiada satu pun jawapan di terima.

Ia tidak di jawab kerana Clare sememangnya tidak mahu berkerjasama dan tiada bukti yang kukuh di atas tuduhan beliau, mengabaikan surat –  surat tersebut dan memberitahu Hakim bahawa dia menerima berpuluh-puluh surat seperti itu, namun tiada yang berakhir dalam gelanggang Mahkamah. Awal hari ini, dia memohon kepada Hakim untuk memberikan lanjutan untuk mengemukakan kes beliau terhadap Hadi tetapi ia ditolak.

Walaupun mempunyai masa yang mencukupi sejak setahun lalu untuk mengumpul bukti-bukti terhadap tuduhan beliau, Clare gagal untuk mengemukannya walau sedikit, bermakna segala dokumen yang di dakwa di miliki olehnya yang mengandungi pelbagai salah laku Najib adalah palsu semata-mata. Hakim mungkin tahu bahawa, maksud saya, jika memang dokumen tersebut tulen, mengapa beliau begitu keberatan untuk mengemukannya? Tidakkah dengan mengemukakan ‘bukti-bukti’ akan meyakinkan Hakim bahawa Najib adalah seorang yang tidak mulia yang mampu merasuah seseorang seperti Hadi ?

Kegagalan beliau untuk berbuat demikian sebenarnya menunjukkan bahawa dia mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi bagi sebuah negara yang berdaulat. Dan sekarang, apabila arus berlawanan dengan kehendaknya, dia cuba untuk mengheret perbicaraan melepasi pilihanraya umum ke-14 dengan memohon lanjutan daripada Hakim. Tetapi Hakim dengan lebih atau kurang memberitahu beliau segalanya sudah berlalu.

Hasilnya, Ketua Pengarang Sarawak Report kini perlu kembali ke Mahkamah pada bulan Oktober, di mana berkemungkinan peguam beliau akan membuat satu lagi percubaan untuk memohon lanjutan. Walau bagaimanapun, pemkembangan ini dijangka akan mencetuskan kegusaran di dalam pakatan pembangkang Malaysia yang diketuai Mahathir yang bersungguh-sungguh menghancurkan Najib berdasarkan artikel-artikel beliau.

Tanggungjawab sekarang terletak kepada Mahathir untuk menjelaskan mengapa Clare gagal mengemukan bukti kukuh sebagai asas untuk serangannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Ketakutan terbesar Mahathir adalah bahawa rakyat Malaysia akan mula melihat kejahatan sebenar beliau dan mempersoalkan jika benar dia memang membayar Clare untuk memburuk-burukkan nama Najib.

Tetapi itulah yang saya telah telah katakan selama ini.

Sebenarnya, sumber-sumber pemberi maklumat dari Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan kepada saya bahawa Mahathir sememangnya menyalurkan jutaan ringgit untuk Clare dalam usaha untuk menjatuhkan Najib melalui “Democratic Thievery” .
Bukan sahaja Ketua Pengarang Sarawak Report perlu menafikannya, beliau juga perlu menafikan artikel di mana saya mengatakan beliau berkonspirasi mensabotaj 1MDB dan menghasut Kerajaan China agar berpaling arah terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Adakah saya tidak pernah memberitahu anda bahawa wanita ini sebenarnya terlalu jijik dan kotor?


Friday, October 27, 2017

Bajet 2018 : 'Ibu Segala Bajet'

Berdasarkan indeks ekonomi Malaysia yang kukuh, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2018 yang beliau sifatkan sebagai 'Ibu Segala Bajet', yang komprehensif dengan pengumuman pelbagai insentif dan ganjaran untuk setiap golongan rakyat.

Perdana Menteri berkata bajet sejumlah RM280.25 bilion itu mengambil hitung seawal kepentingan bayi dalam kandungan sehinggalah kepada agenda-agenda untuk masa hadapan negara.

Antara lain, bajet kali memanfaatkan golongan petani, pesawah, nelayan, pemandu teksi, peneroka Felda, penjawat awam dan pesara, pengguna lebuh raya, masyarakat Cina dan India, tok batin, belia dan pelajar.

"Inilah... belanjawan yang tidak pernah diperucapkan sedemikiannya, semenjak saya ambil alih tampuk kepimpinan negara ini kerana ia bersifat holistik dan sarat dengan falsafah," kata Najib di Dewan Rakyat dalam ucapan bajet kira-kira dua jam setengah bertemakan ' Memakmur ekonomi Yang Inklusif. Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50'.

Menurut Perdana Menteri, sejak lapan tahun lalu beliau terpaksa membuat keputusan sukar dengan memberi fokus kepada inisiatif ekonomi sebagai agenda transformasi negara.

Antara hasilnya, rizab antarabangsa negara kini mencatat RM428.7 bilion berbanding RM59.1 bilion semasa kegawatan ekonomi 1997.

Najib berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terbukti menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.

Katanya, pelaksanaan GST adalah langkah berani yang diambil kerajaan yang akhirnya terbukti kebenarannya.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, pihak pembangkang sampai hari ini tidak sepakat sama ada menerima GST atau tidak dan kadang kala bercakap mahu memperkenalkan semula sistem SST (Sales and Services Tax).

Katanya, tanpa kutipan GST sebanyak RM41 bilion, tidak dapat dibayangkan bagaimana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.

Najib membidas sikap pembangkang yang tidak konsisten dan 'asyik-asyik U-turn' apabila mereka bercakap mengenai program dan insentif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

"Apa yang kita sering dengar, asyik-asyik U-turn,... asyik-asyik U-turn... and more u-turn, sehingga segalanya membuat pemikiran rakyat dikeliru, didamak dan diracuni," katanya.

Beliau berkata pembangkang juga berbelah bahagi berhubung program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pinjaman PTPTN dan subsidi minyak apabila adakalanya mereka menyokong dan kadang-kadang bercadang menghapuskannya.

Keseluruhannya, Bajet 2018 menyenaraikan 233 insentif dan program di bawah lapan pe-tunjang.

Program-program tersebut, menurut Najib, adalah untuk dinikmati seluruh rakyat Malaysia tercinta, tidak kira apa jua, kaum, bangsa dan latar keturunan.

Kumpulan sasar termasuk bayi yang bakal dilahirkan mulai 1 Januari depan hingga 2022 yang dihadiahkan tabungan permulaan sebanyak RM200 melalui skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50.

Bagi menangani isu kos sara hidup, antara lain bajet kali ini menurunkan kadar cukai pendapatan bagi 2.3 juta pembayar cukai terutama golongan pendapatan pertengahan M40.

Langkah ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna antara RM300 hingga RM1,000 manakala 261,000 orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.

Bajet juga memperuntukkan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan, termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

Kedai Rakyat 1Malaysia pula distruktur semula menjadi KRIM 2.0 yang menyediakan lima barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair (LPG), di samping 50 jenis barangan pengguna berjenama dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran.

Berita gembira seterusnya oleh Najib ialah pemansuhan kutipan tol di empat lokasi iaitu di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor; di Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan di Eastern Dispersal Link (EDL), Johor.

Sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk bantuan haemodialisis dengan subsidi RM100 daripada keseluruhan RM110 setiap sesi rawatan.

"Maknanya, mulai 2018, pesakit berdaftar hanya membayar RM10 sahaja bagi setiap sesi rawatan," kata Najib.

Pemandu teksi pula diperuntukkan geran RM5,000 kepada mereka yang membeli kereta baharu.

Dengan pengumuman bajet tersebut, Perdana Menteri berharap rakyat dapat menghakimi dengan bijak dan terus ' bersatu hati dengan kerajaan', demi masa depan Malaysia yang cerah.

"Bila rakyat dan kerajaan menjadi satu, barulah negara gagah perkasa...,," katanya.

-- BERNAMA

Ringkasan Bajet 2018 - Intipati Penting

Ringkasan Bajet 2018 - Intipati Penting

Berikut ialah intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Tazak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.

Bajet itu berteraskan  lapan teras utama iaitu ;

1. merancak pelaburan perdagangan dan industri

2. menuju Aspirasi TN50

3. Mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat

4. memacu pembangunan inklusif

5. ​​​​​​​mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan

6.  Mempersiaga Revolusi Perinduatrian Keempat dan ekonomi digital

7.  Meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC  dan perkhidmatan awam

8.  Mengimbangi  Par Excellence Duniawi dan Par Excellance Ukhrawi


Ringkasan Bajet 2018

∆ RM200j bg prog latihan, geran & pinjaman mudah PKS bwh SME Corp & hampir RM82j bg pmbangunan industri &produk halal di plbg agensi

∆ Krjn tidak melupakan usahawan-usahawan mikro, memperuntukkan Bajet paling tinggi pernah diberi kepada TEKUN, iaitu RM0.5 bil

∆ Tambah dana Amanah Ikhtiar Msia sebyk RM200j, jumlah pembiayaan keseluruhan mencecah RM2.7b & manfaatkan 400k ribu peminjam

∆ RM80j bwh Skim Pembiayaan Ekonomi Desa melalui Bank Rakyat & Bank SME, kemudahan pembiayaan kpd usahawan Bumiputera luar bandar

∆ RM150 juta kpd MATRADE, MIDA & SME Corp bg melaksanakan promosi & peluasan pasaran eksport termasuk Market Development Grant

∆ RM1b disediakan EXIM Bank bg kemudahan kredit perlindungan insurans, & RM200j utk kemudahan kredit pembiayaan kpd pengeksport PKS

∆ RM100j disediakan sbg pinjaman dgn 70 peratus jaminan Kerajaan bg mengautomasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport

∆ RM2.3b bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan

∆ Pertama kali dlm sejarah peruntukan plg besar kpd pesawah,petani,peladang,nelayan,pekebun kecil, penternak, penoreh getah: RM6.5b

∆ Hampir RM500j bg menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang

∆ Hampir RM200j bg penanaman semula getah & mnyediakan kemudahan infrastruktur dgn mningkatkan pngeluaran latex brbanding cup lump

∆ RM200j bg inisiatif Sumber Kekayaan Baharu, khususnya penanaman jagung bijian,kelapa,durian&sektor kulinari serta industri tenusu

∆ Prog pningkatan pngeluaran kelapa melalui penanaman semula kelapa variasi baru dgn peruntukan RM50j, manfaatkan 10k pekebun kecil

∆ Hampir RM140j bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi

∆ Bantuan RM200 sebulan bg tempoh 3 bln sementara menunggu hasil tuaian padi dgn peruntukan hampir RM150j kpd pesawah padi

∆ RM2b diperuntukkan kpd Tabung Pelancongan PKS sbg pinjaman kpd pengusaha pelancongan dgn insentif subsidi kadar faedah 2 peratus

∆ Memperluas hab serantau eVisa bg mudahkan prmohonan di seluruh dunia terutama kpd ekspatriat, pelajar asing & Msia My Second Home

∆ Industri pelancongan kesihatan diperkukuh mnjadi sumber pendapatan. RM30j disediakan kpd Msian Healthcare Travel Council

∆ Memperkenalkan Prog Flagship Medical Tourism Hospital yg tawarkan insentif khusus kpd hosp. swasta bg menarik pelancong kesihatan

∆ Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027

∆ Utk Proj Central Spine Road, RM230j bg meneruskan pembinaan antaranya pakej jajaran Raub-Bentong & jajaran Gua Musang-Kg Relong

∆ Pulau Pangkor, Perak sbg Pulau Bebas Cukai, tidak termasuk barang2 spt minuman keras,rokok, dan kenderaan bermotor

∆ Special Border Economic Zone di Bkt Kayu Hitam akn dibangunkn, merangkumi Zon Pengindustrian Bebas, jd tarikan baharu kpd pelabur

∆ RM1b diperuntukkan kpd Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi

∆ RM95 juta bagi pembaikan dan pembinaan jeti serta pengerukan kuala sungai

∆ RM45 juta dibelanjakan bagi mewujudkan satu sistem kawalan biometric untuk memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres

∆ RM55 juta sbg subsidi pengangkutan perkhidmatan keretapi luar Bandar, dari Tumpat ke Gua Musang

∆ Kerajaan akan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang & Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, membina baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan terbang Kota Bharu dan Sandakan

∆ RM1b disediakan pelabur institusi utk pelaburan venture capital dlm sektor keutamaan terpilih yg diselaras Suruhanjaya Sekuriti

∆ Mulai 2018, Bank Negara memantau pembayaran gaji kpd semua pekerja asing, kecuali pembantu rumah, dibuat melalui akaun bank tmptn

∆ Setakat ini, lebih drpd 80 ribu aspirasi telah diterima, melibatkan 1.8j rkyt, mewakili plbg golongan dari seluruh negara

∆ Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah wajibkan semua bgn pejabat yg baharu sediakan kemudahan pusat jagaan kanak2 bermula di KL

∆ Potongan cukai tambahan bg majikan mnggaji OKU diperluas kpd majikan menggaji pekerja mngalami kemalangan/penyakit kritikal

∆ Setiap anak Msia dilahir bermula 1 Jan 2018-2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebyk RM200 melalui unit Amanah Saham

i. Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau ADAM50

∆ Sejak tahun 2009 hinggalah sekarang, peruntukan untuk biasiswa yang disediakan oleh Kerajaan berjumlah RM44b

∆ RM400j utk geran pnyelidikan & pmbangunan kpd IPTA, termasuk peruntukan khas kpd UM utk capai status Top100 Uni in the World

∆ RM90j diperuntukkan bagi Program MyBrain untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran

∆ Setiap penuntut di IPT dan tingkatan enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, manfaatkan seramai 1.2j pelajar

∆ SL1M telah melatih lebih 138k graduan, akan diteruskan dgn peningkatan sebyk 5k graduan kpd 25k perantis pada tahun hadapan.

i.  Bagi memperluaskan SL1M, syarikat swasta yg dpt kontrak Krjn diwajibkan memperuntukkan satu peratus drpd nilai projek kpd SL1M

∆ RM1b bg inisiatif meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi & prog pembangunan bola sepak negara

i.   RM20j kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier

ii.   Krjn juga mengumumkan pembinaan 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara, dengan kos RM112j

∆ Mengungguli Pembangunan Pendidikan, Latihan, Kemahiran dan Bakat. RM61.6b disediakan untuk sektor ini

∆ Intipati Bajet 2018 Warga Pendidikan

i.   Bajet ini sentiasa beri keutamaan kpd Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, RM550 juta diperuntukkan

ii.   Hampir 2k sekolah dlm keadaan daif spt bumbungnya bocor, lantai rosak, dinding berlubang & peralatan yg sudah lama tidak berganti, Untuk itu, melalui kaedah Industrial Building System, Kerajaan mengumumkan peruntukan terbesar sejumlah RM2.5b bg tempoh 2 tahun

iii.   RM2.9b pula diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

iv.   Bantuan Persekolahan RM100 seorang kpd murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dgn peruntukan RM328j, manfaatkan 3.2j murid

∆ Kepada semua peminjam PTPTN, Kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018

i.   Bagi pelajar dari keluarga B40 yg ikuti kursus berbolehpasaran tinggi, RM200j ditambah utk naikkan jumlah pinjaman maksimum PTPTN

ii.   Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan kpd 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan masa ini

iii.  Peminjam PTPTN yg ingin sambung pengajian ke peringkat seterusnya blh gabung pinjaman, buat bayaran balik selepas tamat pengajian

iv.  Bagi menggalakkan lepasan TVET melanjutkan pengajian, Krjn menyediakan 100 Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET dgn peruntukan RM4.5j

∆ Bagi menyokong perkembangan industri pekerja mahir dlm bidang rel, Kerajaan akan menubuhkan National Rail Centre of Excellence.

∆ RM2b utk L/raya Pan-Borneo. Bg Sarawak,kesemua 11 pakej pembinaan tlh diagih, 5 drpd 35 pakej Fasa 1 di Sabah sudah dianugerahkan

∆ RM1.1b utk projek mesra rakyat spt menaik taraf jambatan, lampu jalan kampung, surau serta pasar

∆ RM1b diperuntukkan melalui SKMM, bg membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak

∆ RM934 juta untuk projek jalan luar bandar, termasuk hampir RM500 juta untuk Sabah dan Sarawak

∆ RM672 juta untuk bekalan elektrik, termasuk RM620 juta untuk Sabah dan Sarawak melibatkan 10 ribu rumah luar bandar

∆ Sejak 2009, lebih RM100b subsidi telah dibelanjakan termasuk subsidi gas bahan api, membolehkan rakyat dpt bekalan elektrik murah

∆ RM420 juta termasuk hampir RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak, disediakan bagi bekalan air bersih meliputi 3 ribu rumah

∆ RM50 juta diperuntukkan utk pemetaan & pengukuran tanah2 adat, iaitu RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah

∆ Krjn akn kembali wang ses yg tlh dibayar peneroka getah yg buat tanaman semula kelapa sawit 2010-2016,manfaat 8925 peneroka FELDA

∆ RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5 ribu unit Rumah Generasi Kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB

∆ Hampir RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan

∆ Kerajaan memperuntukkan lebih RM14b utk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9b utk Polis DiRaja Malaysia & lebih RM900j kpd APMM

i.   Bagi menjaga kebajikan polis, 10k unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM akan dibina, harga sesuai dgn tangga gaji anggota

ii.  Dlm mnghargai peranan RELA, Krjn sediakan peruntukan plg tinggi, hampir RM250j bg kelengkapan keperluan, termasuk pakaian seragam

iii.  Dlm mnjaga kebajikan tentera,Krjn akan sediakn blueprint Perumahan Keluarga Angkatan Tentera utk bina lbh 40k unit secara berfasa

∆ RM2.4b diperuntukkan kpd UiTM. Krjn tambah bil kemasukan pelajar di UiTM kpd lbh 165k org dgn sasaran 250k pelajar menjelang 2020

i.  UiTM sbg institusi Bumiputera, telah berjaya melahirkan lebih 700 ribu graduan Melayu dan Bumiputera.

ii.  RM2.5b yakni tertinggi pernah diberi utk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA, memanfaatkan hampir 90 ribu pelajar

∆ Utk komuniti Cina, Krjn sediakan RM50j utk pinjaman PKS melalui KOJADI. RM30j disalur kpd Yayasan Peniaga & Penjaja Kecil 1Msia

∆ Kpd pembangunan Kampung2 Baru Cina, sebanyak
diperuntukkan, dan RM10j lagi untuk program membaik pulih rumah

∆ Purata pndptn bulanan isi rumah kaum India mnunjuk kdr prtumbuhan tinggi, 6.8% setahun & sy lancar Pln Tndkn Msykt India baru2 ni

i.   RM50j melalui TEKUN utk Skim Pinjaman Usahawan Msykt India, manfaatkan bantu 35k. Tambahan RM50j lagi utk pmbangunan sosio ekon

ii.  Melalui MIB, pngambilan pelajar kaum India ke IPTA dan perkhidmatan awam akan Kerajaan tingkatkan kpd sasaran 7%

iii.  Di bawah SEDIC pula, lebih RM230j telah diagihkan sejak 2014, manfaatkan lebih 500 ribu peserta kaum India

iv.  PNB akan membuat pengagihan khas 1.5b unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia utk msykt India, terhad kpd 30k unit setiap pelabur

∆ Bg tingkatkn taraf hidup & pmbangunan ekon msykt Org Asli, RM50j disediakan meliputi bantuan makanan komuniti, manfaatkan 5k pljr

∆ Sebagai menghargai sumbangan wanita, sukacitanya Kerajaan mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita

i.  Langkah2 yg akan dilaksanakan: Wajibkan 30% wanita dlm keahlian lembaga pengarah GLC, GLIC & badan berkanun sebelum akhir 2018

ii.  Cadangan tempoh cuti bersalin mandatori utk sektor swasta dinaikkan drpd 60 hari ke 90 hari spt yg dilaksanakan perkhidmatan awam

iii.  RM20 juta untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entreprenuer Programme di bawah MyWin Academy

iv.  Cadangan pengecualian cukai pendapatan individu kpd wanita yg kembali bekerja selepas tempoh sekurang2nya 2 tahun berhenti

∆ RM100 juta untuk memperluas Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC

∆ Pinjamn mudah RM120j kpd 1k usahawan Food Truck 1Msia, Mobile Food Kiosk 1Msia melalui BankRkyt & BSN, Krjn subsidi kdr faedah 4%

∆ RM60 juta utk program 1AZAM, termasuk RM10 juta utk Sabah & RM10 juta utk Sarawak

∆ RM25 juta utk Program Motosikal Tiga Roda di bwh FAMA, program mobileprenuer GiatMARA dan program MyAGROSIS

∆ Selaras dgn IR 4.0, pemandu2 teksi berdaftar yg ingin tukar ke e-hailing dapat geran RM5 ribu bagi beli kereta baru

∆ BR1M yg manfaatkan 7 juta penerima dgn peruntukan RM6.8B, akan diteruskan dgn kadar maksimum sehingga RM1,200

∆  Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2 mata peratusan bg banjaran pndptn bercukai antara RM20 ribu – RM70 ribu, Langkah ini akan tingkatkan pndptn boleh guna rkyt antara RM300-RM1000, RM1.5b lebihan pndptn boleh guna dpt dibelanja oleh rkyt,  Langkah ini juga bermakna lebih 261 ribu orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan

∆ peruntukkan RM3.9b subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik & tol

∆ Sbg permulaan pd 2018, 50 kedai akan dijadikan KR1M 2.0 dan diperluaskan kpd 3 ribu KR1M 2.0 dlm 3 tahun.

∆ KR1M 2.0 akan sediakan 5 barang keperluan asas dgn harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung & LPG.

∆ Bagi Program Penyeragaman Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak diteruskan dengan peruntukan RM80j

∆ Mulai 1 Jan 2018, Krjn mansuhkan kutipan tol a) Batu Tiga, Shah Alam & Sg Rasau, S’gor, b) Bkt Kayu Hitam, Kedah, c) EDL, Johor

∆ Krjn sedar beban ditanggung isi rumah bg penggajian pembantu rumah asing. Masa ini, kos bawa masuk mencecah setinggi RM12k-RM18k

∆ Sbg permulaan Krjn beri pilihan kpd majikan utk ambil pembantu rumah asing secara langsung drpd 9 negara sumber, tanpa lalui ejen

∆ Majikan boleh mohon visa pembantu rumah drpd Jabatan Imigresen secara online dgn bayaran levi & fi pmprosesan spt kadar sedia ada

∆ Kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2b

∆ Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bg pendapatan sewa sehingga RM2k sebulan

∆ Bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, Kerajaan memperuntukkan hampir RM27b

i.   RM2.5b bg bekalan ubat-ubatan dan RM1.6b utk barangan consumable dan sokongan perubatan

ii.  RM1.4b naiktaraf & mnyelenggara fasiliti, peralatan & ambulan, termasuk pembinaan dewan bedah di Hosp Muar, Banting & Balik Pulau

iii.  Naiktaraf prkhidmatan kardiologi & kardiotorasik di Hosp Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu & Hosp Sultanah Bahiyah Alor Setar

iv.  RM50j utk bantuan haemodialisis dgn subsidi RM100 daripada keseluruhan kos RM110 setiap sesi rawatan. Pesakit bayar RM10 sahaja.

∆ Krjn cadangkan semua pembekalan perkhidmatan PBT tidak dikenakan GST, kuatkuasa 1 Apr 2018 atau 1 Okt 2018 brdasarkan pilihan PBT

∆ Layanan GST brkadar sifar atas bhn bacaan, diseragam & diperluas liputi semua majalah, komik, journal & terbitan brkala mulai 1 Jan

∆ Krjn sediakan geran sepadan sebanyak RM245j bwh Dana Strategik Pelaburan Domestik bg menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing

∆ RM517 juta disediakan untuk rancangan tebatan banjir di seluruh negara

∆ Fasa Pertama DFTZ sasarkan penyertaan 1,500 PKS dlm ekonomi digital, dijangka menarik pelaburan RM700j & 2500 peluang pekerjaan

∆ RM83.5 juta diperuntukkan bagi membiayai penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA

∆ Nilai de minimis bg import, dinaikkan dari RM500 ke RM800, utk capai matlamat jadikan Malaysia sebagai hab e-commerce serantau

∆ GLC akan meningkatkan pengagihan keuntungan kepada pekerjanya, seperti menerusi pembayaran gaji dan elaun, secara berperingkat

i.   GLC akan menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung

∆ Berhubung hal penyampaian dlm mengutamakan kebajikan semua pihak termasuk warga emas, OKU dan kanak2, Krjn umumkan bantuan RM1.7b

∆ Menaikkan elaun warga emas RM50 menjadi RM350 sebulan, manfaatkan hampir 144 ribu orang, dengan peruntukan RM603 juta

∆ Menaikkan elaun OKU yg bekerja, tidak bekerja & penjaga OKU sebyk RM50 sebulan, manfaatkan lbh 163 ribu org dgn peruntukan RM100j

Penjawat Awam

∆ Kenaikan pangkat time-based kali kedua bg kumpulan pelaksana utk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama

∆ Penjawat awam yg dibersarakan atas sbb kesihatan akan trm faedah persaraan seolah2 peg berkhidmat sehingga umur persaraan wajib

∆ Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan

∆ Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bg Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun

∆ Krjn buat pertama kalinya, bersetuju berikan kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod sepjg tempoh perkhidmatan bg menunaikan umrah

∆ Untuk beri fleksibiliti, Krjn akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang

∆ Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi

∆ Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house

∆ Penjawat awam wanita yg mengandung 5 bln ke atas dibenar pulang awal sejam. Suami yg bekerja Krjn jg dibenar pulang awal sejam

∆ Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan

∆ Menaikkan kadar pencen terendah kpd RM1000 sebulan melibatkan lbh 50k pesara awam dgn sekurang2nya 25 tahun tempoh perkhidmatan

∆ Krjn hargai bakti Ketua Kampung serta Tok Batin, umumkan bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 melibatkan 9,800 orang

∆ RM50 juta kpd GiatMara bg baik pulih & menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara

∆ RM588j bayaran elaun bulanan kpd imam, bilal, guru KAFA & takmir yg diterima selama ini, Krjn umum bayaran one-off RM1,500

∆ Bg menyanjung tinggi sifat wala’ & kesetiaan dlm mendokong kemajuan negara, saya umum bayaran khas RM1500 kpd semua penjawat awam

i RM1,000 akan diberikan pada awal Januari 2018 manakala baki RM500 menjelang Aidilfitri iaitu pada Jun 2018.

ii Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750

Tuesday, October 17, 2017





Semasa penjualan 49.9 peratus saham pegangan Proton kepada Geely berlangsung, DRB-Hicom, pemilik Proton tidak begitu dapat memberikan info yang banyak mengenai Geely, syarikat automotif China itu.

Careta bersama dengan sekumpulan media tempatan diterbangkan ke Shanghai untuk mencari sendiri informasi lebih lanjut akan rakan strategik Proton itu.

Perlu dimaklumkan, masih ramai mereka dari pengurusan Proton yang tidak pernah ke ibu pejabat Geely dan berita ini sendiri akan berguna untuk mereka.

  • Nama penuh Geely ialah Zhejiang Geely Holding Group (ZGH), dan di bawahnya ialah syarikat syarikat seperti Geely Auto, Lynk & Co, Volvo, Polestar, Proton, Lotus, London  Taxi Company dan Yuan Cheng Auto.
  • Cara menyebut nama Geely ialah Chee - Lee, bukan Jee-Lee atau Geli Geleman.
  • ZGH sudah berusia 31 tahun (setahun lebih muda dari Proton) dan beribu pejabat di Hangzhou, China.
  • Geely mempunyai lebih dari 60,000 pekerja di merata dunia.


Li Shufu

  • Sebelum menghasilkan kenderaan, Geely menjual peti sejuk. Pengerusinya, Li Shufu (gambar di atas) meminjam duit dari ayahnya, seorang petani untuk memulakan perniagaan peti sejuk beliau.
  • Ia mula menjadi syarikat kenderaan pada tahun 1997.
  • Dalam tahun 2007, ia menjalinkan kolaborasi bersama syarikat British, London Black Cabs.
  • Tahun 2009 melihat ZGh membeli syarikat Drivetrain System International dari Australia. Syarikat itu menghasilkan sistem transmisi untuk pengeluar kenderaan global.
  • Dalam tahun 2010, ZGH membeli Volvo Cars Group dari Ford Motor Company.
  • Dalam tahun 2013, ia membeli Maganese Bronze yang kemudian ditukar nama menjadi London Taxi Company.
  • Dalam tahun 2014, ZGH membeli Emerald Automotive yang mempunyai teknologi kenderaan komersil hibrid.
  • Tahun 2016, ZGH menubuhkan Geely Commercial Vehicles dengan empat kilang yang menghasilkan bas, trak dan lori elektrik.
  • Tahun 2017, ZGH membeli 49.9 peratus saham Proton dan 51 peratus saham Lotus.
  • ZGH mempunyai sasaran yang sangat tinggi - 2 juta kenderaan terjual dalam tahun 2020 untuk Geely Auto dan 800,000 unit dalam tahun 2020 untuk Volvo.


 Emgrand Gleagle GS
Ini adalah satu konsep dari Geely di bawah jenama Emgrand dan Gleagle.

  • ZGH pernah menjual kenderaan di bawah beberapa nama - antaranya ialah Emgrand, Englon, Gealgle dan Shanghai Maple.
  • Sekarang ini, Geely menjual kenderaan penumpang di bawah dua jenama sahaja - Geely dan Volvo.
  • ZGH sebenarnya ada juga produk motosikal di bawah nama Zhejiang Geely Ming Industrial. Cuba lawati laman web www.geelybike.com
  • ZGH juga memegang sebanyak sebanyak 29.77 peratus dalam syarikat Zhejiang Qianjiang Motorcycle, menjadikan ia pemegang saham terbesar dalam syarikat motosikal itu. Zhejiang QianJiang memiliki dua jenama motosikal yang dikenali oleh rakyat Malaysia - Benelli dan Keeway.
  •  

 Geely Ningbo

  • Geely Auto mempunyai empat pusat R&D di seluruh dunia:
    • - Ningbo
    • - Hangzhou
    • - Gothenburg (bersama Volvo Cars)
    • - Coventry (London Taxi Company)
  • ZGH juga mempunyai satu syarikat China Euro Vehicle Technology Centre (CEVT) yang menghasilkan teknologi-teknologi baharu di bawah kolaborasi Volvo dan Geely.
  • Baru-baru ini, ZGH dan Volvo menjadi rakan kongsi dalam syarikat GV Technology (Ningbo) di mana syarikat itu memegang semua paten bagi teknologi-teknologi yang wujud dalam semua syarikat ZGH agar ia boleh dikongsi oleh semua anak syarikat, termasuk Proton dan Lotus.
  • shanghai


 shanghai

  • ZGH mempunyai empat studio rekebentuk:
    • - Shanghai
    • - Gothenburg
    • - Barcelona
    • - California
  • ZGH mempunyai 12 kilang kenderaan, 6 kilang enjin, 6 kilang CKD di luar China dan 4 kilang kenderaan komersil di serata dunia.
  • ZGH di dalam pelan perancangan untuk membina sebuah litar ujian lengkap di Pusat Penyelidikan Geely di Ningbo.
  • ZGH juga merancang untuk membina enam litar lumba di sekitar China, dan empat darinya akan dibina mengikut pengiktirafan FIA dalam kelas Formula 1.
  • ZGH mempunyai platform kenderaannya sendiri - DMA (segmen D Modular Architecture), CMA (Segmen C) dan BMA (Segmen B).
  • CMA contohnya dibina bersama dengan Volvo dan akan digunakan oleh syarikat Sweden itu untuk Volvo S40/V40 terbaharu mereka kelak.


 Geely engines

  • Tak cukup dengan platform, ZGH mempunyai barisan enjin sendiri:
    • 1.3L Turbo - pemenang anugerah China’s Top Engine 2014
    • 1.4L Turbo - mempunyai potensi untuk dinaik-taraf ke standard kawalan asap VI China.
    • 1.8L TD - Pemenang anugerah China’s Top Ten Engines tahun 2015/2016, ini ialah enjin petrol turbo dengan direct injection pertama dibuat oleh Geely.
    • 6G35V - Enjin V pertama Geely dengan kapasiti 3.5L V6.
    • GEM3 - Enjin 1.0L Turbo yang direka untuk efisensi dan diiktiraf dunia
    • GEP3 - Enjin 1.5L Turbo yang dibangunkan oleh Geely dan Volvo melalui kerjasama CEVT. Enjin ini juga bakal digunakan oleh Volvo S40/V40 baharu.
  • ZGH juga sudah ada transmisi sendiri dan yang paling menarik ialah model 7DCT dengan teknologi dunia Dual Clutch Transmision atau DCT.
  • Geely Emgrand EV300 menjadi EV paling popular dalam carta penjualan kenderaan EV di China dalam tahun 2016.


Emgrand EV300
Geely Emgrand EV300 datang dengan bateri yang mempunyai jarak perjalanan 
sejauh 300 km.


ZGH masih tidak mahu berkata apa-apa akan rancangan mereka untuk Proton tetapi yang pasti, mereka sedang mengkaji semua option dan pilihan yang ada dan tumpuan utama ialah untuk memastikan Proton kembali menguntungkan.



Thursday, October 5, 2017

Duit Hilang RM32 Billion Tidak Tahu, Hal MAS Beli Boeing Tahu Serba Serbi


Mahathir ada bersamakah dalam bilik perbincangan di White House semasa Datuk Seri Najib dan Presiden Trump bincang mengenai pembelian Boeing?

Tiada, tapi tahu semuanya. Bila duit hilang sampai RM32 billion di Bank Negara, Mahathir kata “tidak tahu”. Macai macai Mahathir gunakan hujah Mahathir memang tidak tahu kerana tiada dalam bilik urusniaga mata wang pada ketika itu.

Bila MAS beli Boeing, macam macam cerita yang keluar dan tuduhan dibuat pembangkang. Mahathir dan pembangkang tahu serba serbi, biarpun mereka tidak berada sama pun dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu.

“Adakah ia keputusan membeli 58 kapal terbang Boeing itu dibuat MAS atau keputusan peribadi Najib sebagai habuan untuk peluang bergambar dengan Trump?”,tuduh Mahathir dalam Malaysiakini, 25 September 2017.

Kalau hendak bergambar, Najib dan Trump sudah jumpa beberapa kali sebelum ini, termasuklah ketika di Arab Saudi. Malah Trump anggap Najib sahabatnya, beri layanan yang istimewa melebihi protokol biasa.

 

Tuduhan Mahathir ini jelas mengarut sama sekali. Pembelian Boeing dirancang sejak November 2016 lagi. MAS sudah umum lama dah mahu beli 25 lagi pesawat untuk menggantikan 15 pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat.

Mahathir pusing dan putar habis kenyataan Datuk Seri Najib semata mata bertujuan hendak bagi rakyat marah.

“Semalam saya baca berita di Turkish Online bahawa kerajaan Turki membeli 40 buah pesawat Boeing bagi meningkatkan industri penerbangan negara tersebut, tapi malangnya kenyataan saya tetap diputar-belit oleh pembangkang,” kata Datuk Seri Najib.

Mengapa perlu beli yang baru? Ini kerana, banyak kapal terbang MAS yang sedia ada bukanlah milik MAS, tetapi menggunakan cara “aircraft leasing”.

Cuba tanya Mahathir siapa yang lingkupkan MAS pada tahun 1994? Masa Mahathir jadi Perdana Menteri. Mesti Mahathir kata “tidak tahu”.

MAS alami kerugian teruk melalui dasar penswastaan Mahathir sehingga dibail-out dan dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001.

Untuk memulihkan MAS, suatu pengstrukturan yang dipanggil “Wide Asset Unbundling” (WAU) dijalankan pada tahun 2002.

Pindahkan aset-aset kapal terbang bernilai RM4 bilion dan liabiliti MAS sejumlah RM7 bilion kepada suatu syarikat yang bernama Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang dimiliki oleh Khazanah.

PMB yang memiliki kapal terbang MAS. Kemudian PMB pajak semula pesawat kepada MAS dengan konsep “leasing”.

Sehingga kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus mereka juga dipajak dari syarikat-syarikat “aircraft leasing”.

Tempoh pajakan Airbus MAS juga akan tamat tidak lama lagi dan amat perlu bagi MAS untuk mengganti pesawat-pesawat itu dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo.

Mahathir yang menjadikan model MAS sebagai “aset-light” dengan menggunakan konsep “aircraft leasing”.

Tetapi kini, Mahathir dan orang-orangnya mempersoalkan mengapa MAS hendak pajak pesawat pesawat ini dan bukan milik MAS sepenuhnya.

Masa zaman Mahathir dulu, itulah cara yang Mahathir gunakan. Pajak pesawat. Macam mana hari ini, orang orang Mahathir boleh jadi mudah lupa dan serba “tidak tahu”?

Konsep pajakan pesawat ini bukan satu perniagaan yang pelik dan luar biasa. Semua syarikat penerbangan dunia guna kaedah “aircraft leasing” ini.

Pesawat-pesawat AirAsia juga dimiliki oleh syarikat “aircraft leasing” bernama Asia Aviation Capital Limited. AirAsia guna konsep yang sama macam yang dibuat oleh MAS.

Mahathir dan pembangkang turut buat persepsi bahawa mana laluan baru pesawat baru Boeing hendak pergi. Laluan baru sebenarnya bukan lagi isu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew sudah menjawab. Pesawat Boeing yang baru dan berangka besar penting dalam mengembalikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium dan menawarkan produk lima bintang.

“Jarak luar biasa 787-9 akan membolehkan kami beroperasi ke mana-mana destinasi di Eropah dan beberapa destinsi di US pada masa depan dari Kuala Lumpur” kata Peter Bellew.

Malah Boeing sendiri sudah tawarkan lorong terbaik di dunia buat MAS. Pembangkang tidak ada masa persefahaman antara Boeing dan MAS ini dimetrai, mereka hanya main tuduh sahaja.

“Boeing menawarkan pesawat berangka besar dan satu lorong terbaik di dunia, dan kami gembira Malaysia Airlines terus memberikan kepercayaan dan keyakinan ke atas Boeing menerusi MoU untuk 16 kapal terbang Boeing ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Boeing Commercial Airplanes, Kevin McAllister.

Hanya dengan membaca laporan sebuah portal, Mahathir tahu serba serbi pasal pembelian Boeing oleh MAS ini. Macam mana Mahathir tahu serba serbi pasal hutang 1MDB melalui WSJ dan Sarawak Report. Bila 1MDB selesai bayar hutang, Mahathir boleh pula buat tidak tahu.

6 Julai 2006, Tan Sri Tajuddin Ramli dedahkan di mahkamah, beliau diarah oleh Mahathir dan Daim untuk beli saham MAS yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu sebahagian kerugian kerugian uruniaga forex yang kini terbukti berjumlah RM32.5 bilion.

Jadi, Mahathir tidak usahlah pertikai apa yang MAS lakukan sekarang. Yang hilang sampai RM32 billion dulu masa dia jadi PM pun tidak tahu. Masa jadi Pengerusi Pakatan Harapan boleh pula tahu semua benda. Ini amat melucukan.




DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.