Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, April 12, 2013

Surat Qardhawi : Anwar Ketagih Undi Melayu

AIDCNews – 11/04/13 – Dakwaan wujudnya surat palsu dari ulama tersohor Dr Yusof Al-Qardhawi yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan bahawa Ketua Pembangkang itu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu, kata Presiden JATI Datuk Hasan Ali

Dr Hasan dilaporkan Antarapos menegaskan, Anwar yang kini dihimpit kedegilan Pas untuk mengiktiraf beliau sebagai Perdana Menteri jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurutnya, kerana penolakan Pas itu, Anwar sanggup melakukan apa juga strategi untuk mencapai hasratnya, dan dengan menggunakan nama tokoh ulama tersebut diharap dapat menjawab tuduhan salah laku moral.


Namun, sehingga kini kepimpinan Pas masih belum tunduk kepada sebarang tekanan untuk mengiktiraf Anwar sekali pun DAP telah beberapa kali berbuat demikian, kata Hasan.

“Dia merasakan DAP memberikan sokongan kepadanya, dia juga mahu Pas untuk mendapat sokongan undi Melayu Islam. Tekanannya Pas tidak menerimanya sebagai Perdana Menteri itu yang menolak beliau bertindak demikian.

“Anwar ditekan. Anwar mendapat berbagai-bagai tentangan yang memeningkan kepala dia dan dia tidak tahu mahu meletakkan dirinya sekarang dan saya rasa mereka diburu dengan rasa tidak yakin dan sebagainya,” katanya pada sidang media hari ini.

Isu surat Dr Yusof didedahkan oleh bekas ahli PKR, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa telah menerima salinan surat berkenaan pada 2 Mac lalu yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

Kandungan surat tersebut antaranya mendakwa ulama itu menyatakan sokongan kepada Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan.

Pada tahun lalu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menolak mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) diangkat menjadi ketua negara.

“Paling-paling rendah penentangan melalui hati yang dilakukan orang Islam adalah paling minima….Tidak dibenarkan kita duduk satu majlis dengan dia.. apatah lagi kalau nak angkat jadi ketua..tak boleh.

“Tidak boleh kita menyatakan sokongan kepada mereka..tidak boleh makan bersama mereka..tidak boleh minum bersama mereka.

“Ini pandangan Syeikh Yusof Al Qaradawi..kepada semualah yang banyak merujuk kepada Syeikh Yusof Qardhawi..saya harap baca kenyataan ini..Jangan ambil pandangan Yusof Qardhawi atau ulama-ulama lain, cetusan-cetusan tertentu, untuk mengiakan, menjustifikasi perbuatan kita sahaja, tetapi perkara yang menyentuh dasar-dasar Fiqh Islam itu ditinggalkan begitu sahaja,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk “Seks Songsang: Perspektif Syari’ah” pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur, 22 April 2012.



Baca seterusnya di sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.