Saturday, November 30, 2013

BELUM APA APA LAGI UST KAZIM DAH KENA MAKI PUAK CACAI PR


Belum apa apa lagi, Ust Kazim dah kena maki dalam FB semalam selepas berita mengenai perlantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno diumumkan.. Apahal Puak PR nak kecoh kecoh pasal perlantikan ni pulak ? Orang Umno memang bersetuju dan menerima perkara ini. .

Aku nak tanya, salahkah Ust Kazim dilantik oleh Umno untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi ?? Apa dalil yang mengatakan beliau dilarang menjawat jawatan dalam parti ? Kena faham satu benda sahaja, beliau dilantik bukannya bertanding.. Kalau pemimpin dan penyokong pembangkang pun PM boleh lantik sebagai Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional [MKPN].

Jadi apa salahnya untuk parti Umno, Ust Kazim dilantik..?? Bukan ada apa apa kesalahan dibawah kanun jenayah.. Dan selama ini pun puak cacai PR bukan suka Ust Kazim.. Mereka lebih agungkan Ustak Mek Di Azhar Idrus..



Buat penyokong-penyokong pembangkang yang tak senang duduk, Ustaz Kazim masuk parti UMNO bukan masuk kristian. Ustaz Azhar Idrus juga terang-terang menyokong PAS, kenapa Ustaz Kazim tak boleh? 





Apabila kenaikan gaji melampau MB dan Exco Selangor



Kerajaan Selangor menjadi sasaran kritikan hebat media apabila gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan Exco dinaikan pada tahap yang cukup tinggi dan mengalahkan gaji perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Selepas menerima kecaman yang hebat, media pembangkang rupa-rupanya sudah menyediakan jawapan balas. Jawapan mereka ialah kenaikan gaji ketua menteri dan seluruh kabinet di Sarawak. Ia sebagai alasan menghalalkan kenaikan untuk pegawai eksekutif kerajaan negeri di Selangor.

Oleh itu, ramai pengamal media mula menyalahkan kerajaan Sarawak yang menjadi punca atau petunjuk kepada kenaikan gaji melampau di Selangor.

Okaylah mari lihat ini perbezaan Selangor dengan Sarawak.

Selangor ialah sebuah negeri bersultan di dalam semenanjung dengan keluasan 8 ribu kilometer persegi atau 2.4 % daripada keluasan Malaysia manakala Sarawak keluasannya ialah 124 ribu kilometer persegi atau 38% keluasan dan merupakan negeri terbesar dalam Malaysia.  Dari segi saiz negeri pun Selangor sudah kalah.

Dari sudut perkapita KDNK dan perolehan ekonomi,  Selangor lebih kehadapan berbanding Sarawak. ianya kerana Selangor maju dalam pembangunan industri, itupun adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional bukannya kerajaan yang ada sekarang. Namun daripada sebuah negeri termaju sekarang sudah jatuh ke tahap ketiga selepas Melaka

Satu perkara yang harus diingat ialah Sarawak mempunyai barisan "kabinet" sendiri tidak seperti Selangor yang hanya ada exco sahaja.


Apa perlu difahami ialah Sarawak mempunyai hak eksklusif dalam pentadbiran negeri, ia termaktub dalam 20 perkara syarat dalam penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia.

Jadi memandangkan dari segi keluasan dan kos pengangkutan dalam negeri Sarawak maka Selangor tidak boleh membandingkan gaji eksekutif mereka dengan Sarawak.

Hari ini media pembangkang tak habis-habis merujuk kepada gaji kerajaan Sarawak bagi menghalalkan kenaikan di Selangor

Perkara lain yang menjadi mainan pembangkang ialah isu Ustaz Kazim. Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan 9 nama baru yang dilantik sebagai MT lantikan dalam Umno dan salah satu nama ialah Ustaz Kazim Elias dari Batu Kurau Perak atau (Tukurooomali). Pelbagai tuduhan dan cemuhan dilemparkan terutama oleh media Pas terhadap pelantikan beliau.

Apakah bodoh media Pas yang dengki khianat dengan pelantikan Kazim? Pas ada ramai ustaz seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Hazlin Bollywood dan ramai lagi, kenapa Pas tidak melantik mereka sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pas atau lantik ke Majlis Syura atau Ulamak Pas?

Ini lah perangai buruk Pas yang tak boleh lihat orang lain buat kerja betul. 



"GUNDIK' KHALID GAGAP DAH BERSUARA!!!

 
Waduh waduh!!! Hidup lagi rupanya 'Gundik' Si Khalid Gagap ni. Masih lagi mampu dia nak bersuara bila 'Big Boss' dia kena balun dengan geng - geng Assmin.

Bukan main lantang pulak tu dia tenyeh Si Assmin tu dalam laman twitter dia semalam. Kira berani sungguh la dia buat kenyataan macam tu. Hebat jugak dia 'Menganjing'.

Tapi, jangan ingat Si Faekah ni sorang je 'Gundik' Si Khalid Gagap tu. Ada sorang lagi yang cukup 'Sayang' dengan Abang Khalid kita ni. Dia pun tak ketinggalan mempertahankan Si Khalid Gagap tu.

Punya la Si Eli Wong tu sayang pada Abang Khalid dia sampai tahap sanggup membogelkan Si Ketua Penipu dan Si Assmin tu secara terang - terangan. Dalam media pulak tu.

Kata Si Eli Wong tu semalam, tindakan Menteri Besar Selangor menaikkan gaji MB, Exco dan ADUN di Selangor telah pun dimaklumkan kepada kepimpinan tertinggi dalam parti.

Malah dalam Pakatan Haramjadah tu pun isu tersebut telah dibentangkan dan ianya mendapat persetujuan dari mereka. Sebab itu Khalid berani bentangkan dalam sidang DUN.
"Dalam mesyuarat 22 November itu, kita mendapati tidak ada bantahan yang diterima oleh ahli-ahli mesyuarat. "Bagi saya, (kenaikan itu) agak mengejutkan tapi masih munasabah,” kata Wong yang juga Adun Bukit Lanjan kepada wartawan.
Maknanya, dalam erti kata lain, apa yang Si Ketua Penipu dan Si Assmin tu buat sebelum ini hanya satu helah untuk terus menipu rakyat secara terang - terangan.

Zaman sekarang ni, diorang dah tak menipu secara diam - diam beb. Sekarang ni nak tipu, diorang tipu depan - depan. Maka sebab itulah diorang mudah sangat kantoi.

Sekarang ni, Si Eli Wong tu sendiri yang mendedahkan perkara tersebut. Apa lagi yang Si Ketua Penipu dan Si Assmin tu nak kata? Kalau apa yang Si Eli Wong tu tak betul, ambik la tindakan!!! Takkan diorang nak duduk diam je!!!
 



Elizabeth Wong Sahkan Anwar Tahu Awal Kenaikan Gaji MB

Anwar Liar-Liar

Baru sahaja sehari yang lepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim buat-buat terkejut beruk seperti tidak merestui kenaikan menggila gaji MB Selangor dan anggota pentadbirannya, alih-alih hari ini EXCO Selangor iaitu Elizabeth Wong mendedahkan kenaikan itu sudah dimaklumkan awal lagi kepada pucuk pimpinan tertinggi PKR.


Elizabeth yang juga ADUN PKR Bukit Lanjan menjelaskan segala perincian mengenai kenaikan tersebut sudah pun dibentangkan oleh Khalid Ibrahm dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi PKR pada pada 22 November 2013 yang tentunya turut dihadiri Anwar.


Dalam mesyuarat 22 November itu, kita mendapati tidak ada bantahan yang diterima oleh ahli-ahli mesyuarat. Bagi saya, (kenaikan itu) agak mengejutkan tapi masih munasabah,” itu kata Elizabeth Wong (baca sini )


Kenyataan itu jelas bertentangan dengan komen Anwar semalam yang seperti terkejut dan beranggapan kenaikan yang diumumkan terlalu tinggi sambil menolak alasan Khalid yang menjadikan formula 75% daripada kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat Sarawak sebagai sandaran untuk mengharuskan kenaikan menggila itu.


Serentak dengan itu juga Anwar mendesak MB Selangor mencari jalan untuk mengkaji semula kenaikan supaya lebih munasabah. Turut sama bersetuju dengan Anwar ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang tidak melepaskan peluang membelasah Khalid dan meminta supaya perlaksanaannya ditangguhkan.


Sekarang selepas membaca penjelasan Elizabeth Wong, maka jelaslah Anwar bukannya tidak tahu perihal kenaikan menggila itu sebaliknya sengaja buat-buat terkejut beruk semata-mata untuk mengelakkan kecaman umum. Dia dah tahu orang ramai sedang marah maka jalan terbaik untuknya tunjukkanlah rasa terkejut dengan harapan tak terpalit sama.


Penjelasan EXCO Selangor itu tentunya amat memalukan Anwar namun  ini bukannya pertama kali Ketua Umum PKR yang terkenal sebagai pemimpin lidah bercabang-cabang ini kantoi. Sebelum ini Anwar telah disahkan menipu dalam isu 40k pengundi Bangladesh, lama sebelum itu dia didapati berdolak-dalik berkenaan isu Yusuf Kalla sebagai pengantaranya dengan PM.


Yang paling popular penipuannya berkaitan mitos 16 September 2008 rekaannya, itu pun kantoi juga tapi tak menghalangnya meneruskan drama penipuan kerana lama sebelum itu Anwar sudah biasa bersandiwara melalui isu keracunan arsenik, patah tulang belakang dan terkehel tengkuk, suntikan darah hiv positif dan banyak lagi.


Itu belum dikira lagi zaman mudanya dulu yang dengan selamban ditipunya orang ramai konon ada yang mati kebuluran di Baling, Kedah. Dari muda bawa ke tua, tak habis-habis menipu dan bersandiwara. Pendek kata walau berpuluh kali kantoi pun masih lagi nak berdrama dan menipu orang ramai.


Tapi yang pelik tu, masih ada yang nak sokong politikus haprak yang pandai bersandiwara dan menipu seperti ini. Masih juga ada yang kemaruk nak angkat haprak seperti ini sebagai PM. Dunia dah terbalik agaknya. 



Hannah Yeoh : Antara Main Facebook Semasa DUN, Jadi Speaker dan Naik Gaji.

Seronok sungguh jadi wakil rakyat Pakatan.

Sebagai contoh Hannah Yeoh.

Dia pernah terkantoi bermain facebook semasa DUN bersidang.


Hasil daripada kehebatannya berfacebook berbahas, dia telah dilantik menjadi Speaker DUN dalam penggal kali ini.


Semalam pula, gajinya sebagai speaker dinaikkan sehingga lebih 200% (dari RM6,109 kepada RM22,500).
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan tangga gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker DUN dan ADUN negeri itu bermula 1 Januari 2014.

Apabila dilaksanakan, gaji pokok Speaker akan naik daripada RM6,109 kepada RM22,500 manakala timbalannya daripada RM3,327 kepada RM15,750.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula akan menerima gaji pokok sebanyak RM29,250 berbanding tangga gaji lama RM14,175.

Tambahan gaji EXCO pula naik daripada RM6,109 kepada RM20,250.

Manakala, elaun bulanan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri pula meningkat daripada RM6,000 kepada RM11,250.


Friday, November 29, 2013

Benarkah Kerajaan Selangor Guna Duit Kerajaan Persekutuan Untuk Bayar Gaji MB?

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim sering mendabik dada bahawa mereka berjaya mengumpul rizab yang tinggi.

Oleh sebab itu, Kerajaan Selangor dianggap berjaya. Maka gaji MB dan kuncu-kuncunya perlu dinaikkan.

Tahukah anda bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri menggunakan dana Kerajaan persekutuan untuk meningkatkan rizab negeri?

Tak percaya? Ini buktinya.  
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan peruntukkan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang disalurkan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri boleh disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang dan tidak semestinya perlu dihabiskan mengikut jangka masa tertentu.
"Kita boleh memasukkan lebihan peruntukan ini ke dalam tabung penyelenggaraan jalan, ia boleh. Jika ia tak habis (digunakan) ia boleh dimasukkan dan boleh digunakan pada tahun hadapan.
"Atau boleh juga dimasukkan atau disimpan sebagai rizab negeri dan boleh juga digunakan pada masa hadapan. Jadi duit itu ada, tak hilang. Maknanya kegunaannya akan dipantau," jelasnya ketika sesi pertanyaan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
MARRIS merupakan peruntukkan penyelenggaraan tahunan jalan raya bagi tujuan memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di setiap negeri.
Sebelum ini, kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat (Pakatan) didakwa menyalahgunakan peruntukkan MARRIS berjumlah RM320 juta untuk dijadikan simpanan dan membayar gaji pekerja serta perkara lain yang tidak sepatutnya dibelanjakan.
http://antarapos./v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wkcphnbg==

Jika anda ke Selangor, anda akan lihat begitu banyak jalan rosak.


Jika masih tidak percaya, Kerajaan Selangor pernah ditegur dalam Laporan Audit Negara tahun 2011 bahawa Kerajaan Negeri gagal membelanjakan peruntukkan MARRIS seperti mana yang ditetapkan.



Laporan Ketua Audit Negara Bagi Negeri Selangor ms 32-33

Jadi sepatutnya Kerajaan Negeri membelanjakan pendapatan termasuk dana dari Kerajaan Pusat untuk tujuan pembangunan. Bukannya simpan dalam rizab. Bila rizab dah penuh, gunakan alasan tersebut untuk menaikkan gaji Menteri Besar.

*
Punya bakhil. Dah ada peruntukkan pun tak nak dibelanjakan untuk kesenangan rakyat (jalan raya dibaiki). Haji Bakhil pun boleh kalah macam ni! 

POLIS SAMAN BILA LANGGAR UNDANG-UNDANG, KENAPA NAK SALAHKAN MENTERI PULA? #opswarta @Zahid_Hamidi @KBAB51 @PDRMsia


Ops Cantas Khas yang dijalankan oleh Polis memerangi jenayah dan gangster mendapat sokongan dan pujian dari seluruh rakyat Malaysia. Ini menunjukkan tindakan tegas yang dilakukan oleh Polis harus diberikan pujian yang tinggi pada mereka kerana 'taring' Polis sudah mula kembali tajamnya.

Bila dah buat salah mesti lah ada sebabnya betul tak? Kenapa kita nak lari dari kesilapan atau kesalahan yang kita buat? Malah ada pihak yang cuba untuk mempolitikkan bila mana Polis menjalankan tugas yang diamanahkan pada mereka.

Isu saman trafik ini pada GR dah lama dipersoalkan di negara kita. Sejak mula ianya diperkenalkan dengan diskaun setengah harga pada zaman Menteri KDN sebelum ini ternyata masih tidak mendapat sambutan yang hangat dari rakyat Malaysia. Di manakah silapnya? Tepuk dada tanyalah diri, tak nak kena saman apa yang perlu kita buat.

Bila mana sekarang ini Polis mula bertindak tegas untuk mencari pesalah laku jalan raya yang malas nak selesaikan saman mereka, ada pula yang mengatakan Kerajaan bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan pada rakyat. Adakah rakyat sedar, bahawa mereka sendiri bertindak sedemikian rupa? Bila kita disaman atas kesalahan yang dilakukan, bukankah Polis memberikan kelonggaran untuk menyelesaikan saman tersebut.

Tempoh yang diberikan bermula tarikh saman dikeluarkan lebih kurang 2,3 bulan, betul tak? Dalam tempoh itu juga kita diberikan kelonggaran untuk membuat semakan dan juga memohon untuk dikurangkan saman tersebut. Adakah Polis bertindak kejam cara begini?

Untuk pengetahuan semua, sejak Menteri KDN yang baru DS Zahid Hamidi menjawat jawatan yang diamanahkan..."Segala kerja dan tindakan pihak Polis laksanakan tidak ada campur tangan dengan Menteri". Jadi kenapa perlu dipolitikkan isu saman trafik ini. Tugas dan ketegasan yang dilakukan oleh KPN harus diberikan pujian dan sokongan oleh rakyat Malaysia demi untuk mengurangkan salah laku di jalan raya.

Di Melaka sahaja ada 52,000 waran tangkap ke atas pesalah trafik yang tidak mengambil tindakan menjelaskan saman. Mengapa ini berlaku dan mengapa mereka disaman? Mungkin mereka ini pro kempen Anti Saman Ekor  (KaSE) anjuran PAS? Apa yang PAS buat untuk bantu selain duk menyalak tanpa ada kempen kesedaran untuk mendisiplinkan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal.

Sistem Semakan Saman


Akibat terlalu ambil mudah dengan mengabaikan saman yang dikenakan menyebabkan waran tangkap dikeluarkan. Saman adalah untuk educate pemandu supaya tidak mengulangi kesalahan di buat. Tapi atas ego yang tebal dan konon ada kabel boleh 'hapus' saman menyebabkan mereka ambil mudah ke atas saman-saman yang dikenakan.

Hidup kalau takde undang-undang, lebih baik hidup di zaman batu. Bila Ops Cantas Trafik waran tangkap Ops Warta dilaksanakan bagi memburu pesalah-pesalah trafik tegar, baru nak menggelabah. Paling memalukan sampai tahap nak salahkan Menteri Dalam Negeri pulak?

Jangan ikut sampai perangai buruk puak2 Pakatan Haprak yang seboleh-boleh semua undang-undang di Malaysia dimansuhkan semuanya. Boleh hidup macam binatang, berak kencing suka hati nak buang kat mana yer tak? Fikir-fikirlah....

p/s : Ada kawan bagitau Kerajaan banyak kempen kesedaran. Soalnya berapa banyak Kerajaan nak labur duit lagi kalau masih ramai yang EGO??


Rizab antarabangsa Bank Negara RM445.1 bilion


KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM445.1 bilion (bersamaan dengan US$136.7 bilion) pada 15 November, 2013.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan ialah 3.7 kali hutang luar negeri jangka pendek.    

Ia berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$123.6 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$2.0 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain (US$8.6 bilion).   

Jumlah aset Bank Negara termasuk rizab antarabangsa berjumlah RM473.64 bilion.   

Aset-aset lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM1.85 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM10.83 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM8.52 bilion) dan, aset-aset lain (RM7.30 bilion).

Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM53.67 bilion), mata wang dalam edaran (RM68.73 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM204.60 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM11.81 bilion), deposit-deposit lain (RM3.07 bilion), kertas Bank Negara (RM106.33 bilion), peruntukan SDR (RM6.731 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM18.57 bilion). 


Alif Zai Min Ya Nun : Sarkas! | Faekah gelar MB Khalid tadbir pusat "Sarkas"

IMG-20131129-WA0005


Nampaknya, Khalid Ibrahim kini menunjukkan “kukunya” setelah selama ini dibayangi oleh Penasihat Ekonomi Selangor dan Azmin Ali.

Bukahlah satu rahsia, apabila ramai penyokong PAS dan PKR sering bercerita sesama sendiri, tentang Azmin yang tinggi nafsunya untuk menerajui tahkta pentadbiran negeri Selangor meskipun sering dinafikan oleh kebanyakkan pemimpin mereka.

Suara lantang barisan ahli parlimen pembangkang tentang gaji menteri yang perlu dipotong atas dasar tuduhan kemelaratan rakyat tidak pernah lekang pada setiap kali parlimen bersidang.

Alasan seperti memuncaknya kos sara hidup rakyat, menjadi modal utama desakan pemotongan gaji Menteri.

Tiba-tiba, Khalid dan DUN Selangor yang dikuasai oleh parti yang sama dengan Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim itu bertindak songsang apabila meluluskan kenaikan elaun ADUN Selangor.

Secara automatik, Anwar dan kuncunya tidak lagi mampu menggunakan isu yang sama untuk kononnya prihatin kepada rakyat. Tiada istilah pejuang rakyat, kerana waima hanya di Selangor sahaja, mereka gagal untuk melestarikan keikhlasan mereka terhadap rakyat.

Azmin tidak bersetuju dengan kenaikan elaun berkenaan. Tetapi Khalid Ibrahim telah menjawabnya dengan bersahaja ” Sedekahlah duit itu kalau tidak mahu”.

Azmin ditempelak persis si sarkas. Seumur hidup Azmin, tidak pernah dia diperlakukan sedemikian rupa.  Pada sidang DUN Selangor hari ini, apabila dikerumuni wartawan yang bertanya tentang isu kenaikan gaji ADUN Selangor, Azmin enggan mengulas.

Peluang ini diambil oleh “leftenan-leftenan kanan” Khalid Ibrahim turut serta dalam misi memperbudakkan Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa itu.

Faekah mengambil peluang ini untuk tampil gagah. Berbalas tweet dengan Arfa Aziz, setiausaha media menteri besar, Faekah melepaskan segala yang dipendamnya seperti ayat dibawah..

Alif Zai Min Ya Nun : Sarkas!!!  


mykmu

Kenaikan Mencanak Gaji Khalid Ibrahim Langgar Aku Janji?

Khalid Angkat Sumpah MB Ikrar 10 Aku Janji

Pasca PRU-13 yang lepas satu keunikan berlaku di Selangor apabila perlantikan semula Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua memecah tradisi bila mana Khalid diminta mengangkat sumpah sambil memegang tombak diikuti lafaz aku janji 10 perkara di hadapan Sultan Selangor.

10 perkara aku janji yang diikrarkan itu ialah mendahulukan rakyat, menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian agama Islam sebagai agama negeri, menjaga kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya, memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Khalid juga berikrar untuk melaksanakan tugas sebagai MB dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas serta turut memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain termasuklah memastikan wujudnya perpaduan dan kerjasama antara kaum dengan semangat muhibah.

Di antara 10 perkara itu, ada dua perkara yang menarik untuk diulas yakni perihal ikrar Khalid untuk mendahulukan rakyat disamping melaksanakan tugas sebagai MB dengan integriti yang tinggi, bertanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas kerana ia dilihat paling dekat dengan isu kenaikan mencanak gaji MB yang sedang heboh sekarang ini.

Berikutan kenaikan itu gaji bulanan Khalid sebagai MB bermula Januari depan meningkat dari RM14,175 sebulan kepada RM29,250 sebulan. Itu baru gaji sebagai MB Selangor, belum masuk lagi gaji sebagai ADUN yang berjumlah RM11,250 dan gaji sebagai Ahli Parlimen serta lain-lain elaun yang semuanya akan mencecah hampir atau lebih RM50,000 sebulan.

Lumayan ganjarannya berbanding kakitangan Kerajaan Negeri yang cuma memperolehi setengah bulan bonus. Nampak sangat habuan untuk diri sendiri lebih diutamakan. Patutlah ramai dikalangan pemimpin PR ada yang sibuk berebut nak menjadi MB Selangor sebab ganjarannya lumayan mengalahkan gaji Perdana Menteri.

Dalam konteks mendahulukan rakyat, kenaikan menggila gaji Khalid sebagai MB bukan sahaja tidak menepati ikrar Aku Janji malah boleh disimpulkan sebagai sengaja melanggar ikrar tersebut kerana ternampak jelas Khalid lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan anggota pentadbirannya berbanding kepentingan rakyat marhaen.

Bila Khalid lebih mengutamakan kepentingan diri dalam hal mendapat ganjaran yang menggila tinggi secara tidak langsung ia melanggar tuntutan ikrarnya sendiri untuk mentadbir Selangor secara bertanggungjawab, berintegriti, penuh amanah, jujur dan ikhlas, bukan begitu?

Kalau Khalid mendahulukan rakyat sepatutnya akan wujud rasa malu dalam dirinya bila mana isu kenaikan gaji MB dipertikaikan khalayak apatah lagi disaat pimpinan PR yang lain sibuk mahu bercakap perihal kononnya PR jauh berbeza dari BN yang sering dikaitkan dengan istilah Barang Naik.

Balik-balik duk bandingkan Selangor dengan kenaikan gaji KM Sarawak langsung tak kena. Macamlah keluasan Selangor yang cuma 7,956 KM persegi jauh mengatasi keluasan 124,449 KM persegi bumi Sarawak yang mana hampir menyamai keluasan Semenanjung Malaysia. Kata PR berbeza dari BN, yang nak diikut jejak Sarawak, apahal?


Anwar dan Azmin tetap dibawah kaki Khalid di bumi Selangor..?

Azmin-vs-Khalid-618x445

Memang dramatik kenyataan terbaru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Tidak disangka-sangka, segagap-gagap Khalid, dia ternyata masih berani menjawab kritikan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, dan orang kanan kesayangan “boss”nya itu, Azmin Ali. Kenyataannya yang berbentuk sindiran itu memang agak pedas!

Sebagaimana maklum, kecoh di luar Parlimen hari ini apabila Anwar dan Azmin berpadu tenaga bersatu hati mengkritik Khalid kerana menaikkan gaji pemimpin Kerajaan Pakatan Haram Selangor terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Maklumlah. Mungkin kerana risau melihat rakyat dan ramai pemimpin, termasuk pemimpin-pemimpin Pakatan Haram sendiri mengkritik kenaikan gaji tersebut yang disifatkan sebagai melampau dan tidak wajar, Anwar dan Azmin cepat-cepat berlakon tunjuk baik dan sama-sama menghentam Khalid.

Lagipun, siapalah sangat Khalid di mata Anwar, bukan? Jangankan orang dalam PKR saja yang tahu, rasanya seluruh Malaysia yang mengikuti perkembangan politik negara juga tahu bahawa Khalid merupakan musuh tradisi Azmin di dalam parti. Azmin dikatakan sudah lama cuba merebut kerusi MB dari Khalid secara terang-terangan, manakala Khalid pula cuba bertahan dengan menggunakan pengaruh Wan Azizah sebagai Presiden.

Namun kali ini mungkin Khalid tak boleh tahan lagi. Pun begitu, dia masih lagi enggan menyerang balas Azmin dan Anwar secara terbuka. Dia hanya berani sindir secara sinis sahaja. Bukankah Azmin juga merupakan ADUN Selangor dan sama-sama menerima kenaikan gaji tersebut?

Kalau (Azmin) tak mahu tak apalah, dia boleh tidak ambil gaji itu..”, sindir Khalid bersahaja.

Walau bagaimanapun, saya yakin bahawa telefon bimbit Khalid akan berdering-dering apabila sindirannya itu tiba di telinga Azmin. Azmin pula mungkin akan menghubungi Anwar bila terasa pedas dan kemudian mungkin ada pihak yang akan menghubungi Menteri Besar Selangor itu meminta penjelasan…
Jika sekali pandang, boleh tahan juga Khalid Ibrahim ini. Bukan saja Azmin yang dipulangkan paku buah keras, Anwar pun berani “dihentak”nya!

Selamba saja Khalid menegaskan bahawa kenaikan gaji yang disuruh kaji semula oleh Anwar itu adalah keputusan muktamad darinya dan tidak akan ditangguh atau dikaji semula. Dalam ertikata lain, Khalid ingkar ada kehendak arahan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, dan Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presidennya merangkap ADUN Selangor!

Jelaslah di sini bahawa Khalid mahu Anwar sedar diri bahawa Menteri Besar Selangor bernama Khalid Ibrahim dan bukannya Anwar Ibrahim. Dan mungkin juga Khalid mahu Azmin tahu bahawa meskipun dia berjawatan Timbalan Presiden partinya, Azmin tetap berada dibawa telapak kakinya bila berada di negeri Selangor!

Biasalah di dalam politik PKR. Angkuh adalah perkara kedua. Yang penting ialah kuasa. Mungkin sebab itulah Azmin beberapa kali dikatakan cuba mengenakan Khalid, namun dapat dipatahkan oleh Menteri Besar Selangor itu.

Tapi jika diteliti “wayang opera” di antara Khalid, Anwar dan Azmin itu, saya yakin ia sebenarnya hanyalah sekadar sandiwara sebagaimana siri-siri sebelumnya.

Pada saya, adalah amat mustahil sekiranya Anwar dan Azmin tidak tahu tentang kadar kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan pimpinan Khalid. Ia adalah kerana Anwar berjawatan Penasihat Ekonomi Selangor dan Azmin pula adalah ADUN di negeri itu. Takkanlah mereka tidak diberitahu Khalid sebelum diumumkan di sidang DUN, bukan?

Mungkin mereka tahu bahawa kenaikan gaji itu akan mencetus ketidakpuasan hati ramai pihak, khususnya rakyat. Jadi, bagaimana caranya jika mereka tetap mahu gaji mereka dinaikkan secara maksimum dan rakyat tidak marah pada Pakatan Haram?

Caranya ialah Khalid mesti tetap naikkan gaji pemimpin Kerajaan Pakatan Haram Selangor walau apa cara sekalipun. Dan jika rakyat marah, Anwar dan Azmin mesti dilihat sebagai hero rakyat yang mendesak Khalid untuk kaji semula atau tangguhkan keputusan itu. Jadi, gaji mereka tetap naik, manakala Anwar dan Azmin kononnya akan tetap disanjung sebagai “pembela wang rakyat”.

Minta maaflah. Saya tidak akan terpedaya dengan plot drama politik sebegitu. Pada saya, gaji pemimpin Kerajaan Negeri Selangor boleh naik, tapi tidaklah setinggi itu. Seperkara lagi, tak perlulah Anwar dan Azmin nak jadi hero. Bukan apa, rakyat Malaysia sememangnya sudah tahu siapa sebenarnya Anwar dan Azmin. Sudah banyak kali mereka tertipu…


DAP mahu hak perfileman Melayu dimansuhkan pula?

ching

Inilah jadinya bila “diberi betis, dia mahu paha”, sudah “diberi muka, dia nak pijak kepala”. Bila tidak tahu menghormati hak dan keistimewaan Melayu, maka timbullah pelbagai tuntutan melampau tanpa menghiraukan sensitiviti bangsa Melayu.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching semalam mengadakan sidang akhbar bagi mendesak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk memansuhkan peraturannya yang menetapkan penggunaan Bahasa Melayu bagi mendapatkan dana penerbitan filem dari agensi tersebut.

Katanya, peraturan sedia ada menyekat perkembangan filem di Malaysia, khususnya filem Cina, Tamil dan Inggeris di negara ini. Dia mahu Finas batalkan peraturan yang menetapkan penggunaan Bahasa Melayu sebanyak 60% bagi mendapatkan dana maksimum RM30,000 bagi filem pendek, animasi dan dokumentari.

Dia juga mahu peraturan menggunakan Bahasa Melayu 100% bagi mendapatkan dana Penerbitan Filem Kenegaraan dan Warisan dihapuskan sama sekali.

Selain itu, Nie Ching mendesak agar Finas membenarkan tayangan filem “The New Village” yang kononnya mempunyai “mesej tersembunyi” yang menunjukkan bahawa pihak pengganas Komunis adalah lebih baik dari British yang pernah menjajah negara.

Siapa Teo Nie Ching untuk meminta hak keistimewaan filem Melayu dihapuskan begitu saja? Saya faham dia warganegara Malaysia. Tapi siapa dia untuk mencabar hak keistimewaan Melayu dan Bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan?
Pada saya, peraturan yang ditetapkan Finas itu memang sengaja dibuat begitu. Kenapa? Saya yakin ia adalah bertujuang untuk memelihara kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan kedudukan bangsa Melayu yang diberikan hak serta keistimewaan yang eksklusif.

Sekiranya Teo Nie Ching faham tentang kontrak sosial yang terpatri ketika di awal kemerdekaan dulu, dia akan menghormati hak tersebut dan tidak akan bersuara. Kenapa? Kerana hak dan keistimewaan bangsa Melayu dan Bahasa Melayu tidak boleh dipersoalkan kedudukannya.

Pada saya, mempersoalkan hak keistimewaan dan kepentingan bangsa Melayu adalah sama dengan mempersoalkan kewajaran pemberian hak kewarganegaraan pada kaum bukan bumiputera di negara ini. Kalau DAP cuba hapuskan hak dan kepentingan bangsa Melayu, kita juga boleh hapuskan hak kewarganegaraan ahli DAP, bukan?

Jadi, tak perlulah desak Finas untuk memansuhkan sesuatu yang akan mencetus kemarahan orang Melayu. Kalau Finas tunduk pada desakan DAP itu, saya yakin majoriti Melayu akan desak agar agensi itu ditutup saja kerana gagal mematuhi ketetapan perlembagaan negara.

The New Village”? Ada “mesej tersembunyi”? Komunis lebih baik dari penjajah British? Pada saya lebih kurang sama saja. Kedua-duanya sama-sama penjajah dan sama-sama membunuh orang Melayu selain tidak menghormati hak bangsa bumiputera di bumi Tanah Melayu ini. Sebab itu kedua-duanya ditentang keras.

Walaupun kedua-duanya memang tidak boleh diterima rakyat Tanah Melayu, saya lebih tidak dapat menerima Komunis berbanding British. Kenapa? Kerana Komunis menolak agama dan tidak beragama! Dalam ertikata lain, mereka tidak punya pegangan langsung dan berpandukan undang-undang suka hati mak bapak mereka…

Bila sudah tidak beragama, maka tiadalah nilai-nilai moral yang boleh dijadikan panduan hidup, bukan? British tidaklah seteruk Komunis. Nenek moyang kita masih lagi dibenarkan membina masjid, beramal ibadah dengan bebas dan tidak pula dilarang mentauhidkan Allah SWT.

British masih lagi mengekalkan Raja-Raja dan Kesultanan Melayu di bumi bertuah ini. Tapi Komunis pula mahu sistem Raja dan Kesultanan Melayu itu dihapuskan terus dan Tanah Melayu. Jadi, apa yang baiknya Komunis berbanding British? Sama saja dan mungkin Komunis lebih teruk lagi, bukan?

Tak payahlah Teo Nie Ching cuba menegakkan benang yang basah. DAP mahu menyusup masuk propaganda mereka yang busuk itu melalui bidang perfileman pula? Sudah-sudahlah memutar belitkan fakta sejarah di dalam “The New Village”. Takkan laku di Tanah Melayu ini…