Monday, December 30, 2013

Pengguling Kerajaan Mengugut Untuk 'PECAHKAN OTAK@KEPALA'?!


Dengan skrip ala filem KL Gangster, pemilik akaun FB: YB Sutan Sinaro atau nama sebenar Yusuf bin Baharudin dengan ekspresi amat marah mengugut pengguna-pengguna Facebook yang lain pada 'wall' FB (milik Aathid Aazad) akibat daripada mukanya adalah antara muka-muka yang PASTI akan menghadiri perhimpunan haram 31 Disember 2013 akan datang di Padang Merdeka Kuching.


YB Sutan Sinaro :"wa...! korang memang tahap mangkuk kesialannya.. kalau berani kita jumpa.. jangan banyak cakap kalau lu org anak jantan.. kita jumpa ma.. wa kasi pecah lu org punya otak biar! 

Lu ingat itu BeNd boleh tumbang dgn Pilihanraya ka??"

Alahai....menyeru orang ramai untuk menyertai perhimpunan haram sememangnya sudah ternyata SALAH DI SISI UNDAN-UNDANG. Apatah lagi untuk guling kerajaan. Bukan setakat itu, bro Yusuf ini secara terang dan nyata tampil dengan ayat-ayat berunsur UGUTAN terhadap pengguna-pengguna Facebook yang lain.

Dengan perawatakan yang sentiasa ganas, tidak mustahil orang sebegini boleh menimbulkan huru-hara pada bila-bila masa.Timbulnya ayat atau komen berunsur ugutan ini menyebabkan lebih ramai terutama pemilik-pemilik Facebook yang lain amat khuatir akan keselamatan mereka.

p/s: sejak bila si YB ni jadi pelakon Kay eL Gengster?! Wa lu berapa lama sudah jadi gengstar.. sudah lama hidup ka!!!


Seterusnya: baca sini

PENDEDAHAN MUKA-MUKA YANG LUPA BAWA TELOR KE SARAWAK


Inilah muka-muka yang datang ke Sarawak lupa bawa telor. Sebelum kehadiran mereka, bukan main lagi dalam Facebook Chegubard dan beberapa barua PKR Sarawak dengan bangganya mengumumkan yang mereka nak berdemo didepan rumah KM Sarawak. 

Akan tetapi, bila sudah sampai Kuching, boleh pulak dia spin cakap dia tak ada niat nak berdemo di perkarangan rumah KM Sarawak. Katanya dia cuma ingin membuat perhimpunan aman dan menyebar 10ribu risalah.

Bukan setakat tajut hadir ke rumah KM Sarawak, kumpulan "lawa kesak" ini tidak berani tinggal di kawasan bandar Kuching atau paling kurang pun di Petrajaya. Hanya berani tinggal di Rumah Penginapan Apai, nombor bilik XX...di belakang Kuching Central. Apa cer pok? Lepas tu dok sibuk-sibuk nak komen pulak dalam FB...kononnya Chegubard and the gang ni tak takot pun dengan para 'penyanmbut tetamu politik' di Sarawak. Siap 'acah-acah' nak mencabar lagi tu.

p/s: hhmmmm....sudah makan Chegubard? maaf la kedai mamak bombay Masala kat hujung tu tak buka semalam. Dia pon tak sanggup nak layan CheguBard..pasal roti canai kena ada telor baru sedap..nak buat macam mana kan? Chegubard sendiri yang lupa bawa telor... 


Credit

‘OPS CANTAS’ DALAM DAP

Lims

Sikap gila kuasa DAP tidak terhad kepada parti itu sahaja malah di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Tindakan ‘potong jalan’ di kawasan-kawasan yang dilihat sebagai ‘favorite’ di Johor sewaktu PRU13 menampakkan kerakusan DAP dalam mengukuhkan kuasa mereka tanpa mengira siapa pun yang ‘terkorban’.

Terbaru, dua pemimpin DAP iaitu bekas ADUN Senai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng dan juga bekas ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang meminta supaya Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau supaya tidak bertanding semula jawatan tersebut dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada Januari depan. Alasan yang diberikan adalah kerana Dr. Boo telah memegang jawatan tersebut untuk 3 penggal.

Apa yang melucukan, jika hanya atas alasan tersebut, mungkin ada yang patut bersuara dan meminta supaya Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh meletak jawatan dan memberikan laluan kepada pemimpin yang lebih muda kerana mereka juga telah terlalu lama berada dikedudukan mereka sekarang.

Menamakan penyandang ADUN Kluang, Liew Chin Tong dan ADUN Kulai, Teo Nie Ching sebagai ganti yang layak menerajui DAP Johor, Ong menggunakan keputusan pemilihan CEC sebagai kayu pengukur kebolehan Liew. Apa yang mungkin Ong lupa adalah proses tersebut masih lagi belum diikhtiraf oleh RoS kerana dakwaan-dakwaan yang diterima oleh RoS, seperti yang tertera dibawah, daripada ahli-ahli DAP sendiri yang menyangkal ketelusan proses pemilihan tersebut.
  1. Tempoh notis pemberitahuan yang tidak mencukupi (seperti yang dinyatakan sendiri oleh Karpal Singh, notis pemberitahuan sepatutnya diedarkan 10 minggu sebelum pemilihan berlangsung)
  2. Terdapat 851 wakil tidak hadir atau tidak menerima jemputan menghadiri pemilihan walaupun mereka layak untuk mengundi
  3. Terdapat 985 bahagian terlibat dalam proses pemilihan sedangkan sepatutnya hanya 865 bahagian terlibat
  4. Senarai terkini wakil yang bertarikh 15 Disember 2012 gagal digunapakai
  5. Kegagalan mengeluarkan notis mesyuarat yang sepatutnya
  6. Proses pemilihan yang tidak telus
  7. Disyaki wujudnya unsur-unsur penipuan
  8. Keraguan terhadap keputusan pemilihan
  9. Manipulasi undian
Ramai yang tahu bahawa Dr. Boo tidak berada didalam ‘favorite list’ Lim Guan Eng dan konco-konconya di dalam DAP kerana banyak mengkritik kepimpinan Guan Eng. Bermula dengan pendedahan kewujudan kumpulan kongsi gelap didalam DAP pada 2009, Dr. Boo di lihat oleh penyokong-penyokong tegar Lim Guan Eng sebagai individu yang cuba untuk menyekat penguasaan anak beranak Lim di dalam DAP terutamanya di Johor.

Usaha menjatuhkan Dr. Boo dan pemimpin-pemimpin yang setia dengannya di Johor diperhebatkan setelah langkah pertama berbuat demikian dengan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk menjatuhkan Dr. Boo pada 2011 gagal. Kali ini dengan membawa masuk Lim Kit Siang sebagai calon PRU13 di Gelang Patah juga beberapa muka baru yang sememangnya pro kepada anak beranak Lim seperti Liew Chin Tong dan Teo Nie Ching.

Ia dilihat sebagai satu proses pembersihan bagi memastikan pemimpin DAP di setiap negeri adalah terdiri daripada orang-orang yang berpihak kepada anak beranak Lim malah yang sama juga berlaku dalam duan proses pemilihan semula CEC pada Disember 2012 dan juga September 2013 yang lalu.

DAP_List

Sama ada ahli-ahli DAP sedar atau tidak mengenai tindakan Lim Guan Eng mengukuhkan kuasanya di setiap negeri hanya boleh dijawab oleh mereka sendiri. Adakah mereka akan terus mengambil sikap memejam sebelah mata dengan perkara ini juga terpulang kepada mereka. Sehingga itu, Lim Guan Eng akan terus besar kepala dan cuba mencantas sesiapa pun yang tidak sebulu dengannya. 

Seterusnya : di sini

UNIT MAKLUMAT PALSU PKR

Bagi melaksanakan perang saraf secara terancang, PKR telah menubuhkan satu unit khas di bawah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Rafizi memang dikenali sebagai ‘pakar strategi’ di dalam PKR kerana kebolehannya memanipulasi maklumat tidak kira sama ada maklumat tersebut palsu atau tidak.

Unit ini sebenarnya dimulakan oleh bekas pelajar-pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK ‘Old Boys’ atau budak koleq) sewaktu PKR yang pada waktu itu dikenali sebagai PKN ditubuhkan pada 1999. Ia turut dianggotai oleh MCKK ‘Old Boys’. Secara kebetulan pula, Rafizi juga merupakan salah seorang daripada MCKK ‘Old Boys’.

Sewaktu tahun 1999, unit ini dipanggil sebagai unit ‘penyelidikan dan pembangunan’ yang mengkhusus kepada penyelidikan isu-isu yang boleh digunapakai bagi menggugat atau menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno dan juga Barisan Nasional.

Tugas unit ini adalah untuk menembusi dinding-dinding rahsia serta menggali sedalam mungkin bagi mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kerajaan juga pemimpin-pemimpin kerajaan yang kemudiannya didedahkan kepada umum.

Pada masa kini, mungkin kerana terdesak, unit ini mula membuat pendedahan demi pendedahan yang telah dimanipulasikan kebenarannya seperti grafik di bawah.

Cerita dongeng mengenai Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh, yang didakwa mahu ‘berhijrah’ ke Malaysia dan kemudiannya bertanding bagi merebut pemerintahan Malaysia pada 2018 kerana ramainya warga Bangladesh di sini adalah contoh terbaik bagi membuktikan betapa dangkalnya cara unit ini berfikir. Menukar satu tragedi kepada jenaka politik adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa pun.

Permasalahan yang timbul daripada strategi yang sebegini adalah momentumnya tidak mampu bertahan lama malah kebenarannya akan cepat sekali dibongkar.

Pendedahan-pendedahan palsu dan murahan seperti ini hanya akan menggeletek penyokong-penyokong tegar pembangkang dan memberi hanya sedikit impak kepada yang lain.


Mungkin unit ini, juga Rafizi sendiri perlu meningkatkan tahap kecekapan mendapatkan maklumat juga tahap minda mereka dan menjauhkan diri dari terus menggunakan maklumat-maklumat palsu bagi memperbodoh-bodohkan rakyat.

CNN

Memanipulasi sesuatu fakta yang sememangnya tidak benar memang mudah kerana ia hanya memerlukan sedikit pemikiran. Tokok tambah ala kedai kopi juga boleh digunapakai bagi menyedapkan cerita.

Walau bagaimanapun, dengan lambakan pendedahan palsu yang dikeluarkan hanya akan menyebabkan kredibiliti unit ini dipersoalkan. Hari-hari depan mungkin akan menyaksikan apa jua yang didedahkan oleh unit ini akan dipandang sebagai sampah oleh rakyat dek kerana terlalu banyak pembohongan dan penipuan.

Mustahil fakta yang mudah seperti ini tidak dapat digapai oleh seorang pakar strategi seperti Rafizi.

APA YANG SEBENARNYA…


(YouTube on CNN Interview: 3 May 2013)




Hot! Guan Eng bernafsu tinggi. Baru saja 2 bulan guna Camry baru, kini tukar Ke Merc S Class Baru Pula!!




Bukalah mata anda untuk melihat keborosan dan pembaziran yang dilakukan tokong guan eng yang disayangi oleh warga Pulau Pinang.

Baru sahaja awal November lalu beliau menerima Camry 2.5 baru, sekarang dah berhajat nak guna Mercedez W221 S300L pula. 

Semua orang sudah kena tipu. Guna Camry pada awalnya hanya untuk mengabui mata rakyat sahaja sedangkan taste Guan Eng jauh lebih tinggi dari itu.

Wahai machai pakatan sekalian, lebih baiklah anda pergi berguling demo protes depan Komtar terlebih dahulu sebelum buat kacau di Malam tahun baru esok. Ada beranni??? Hahaha nanti kena kerat telor.




Manusia hipokrit dan Penipu rakyat

Sumber

(GAMBAR) NGERI - KEMALANGAN PENUNGGANG MOTORSIKAL DI HERET LORI


Satu kemalangan ngeri berlaku di Sg Peria Kuala Krai. Dua penunggang dan pembonceng motosikal maut diseret lori sejauh kira-kira 100 meter. Kedua-dua mangsa meninggal dunia ditempat kejadian. Alfatihah. Berhati-hatilah di jalan raya. 










S

Sunday, December 29, 2013

TAKTIK SUDAH TUKAR... DAH TAK JADI GULING KERAJAAN DAH... SEKARANG INI HIMPUNAN AMAN PULAK TAPI KENA BUAT LAPORAN POLIS DULU!!!


Cakap berdegar-degar dalam Facebook. Ceramah pun terpekik-pekik dan penuh semangat, macam dia seorang sajalah yang boleh pegang pedang, boleh terajang orang dan boleh lastik kepala musuh. Tapi bila pihak berkuasa tangkap seorang penganggur berusia 25 tahun di Saratok, Sarawak, yang menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II kerana menghasut orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka dan memulakan rusuhan untuk menggulingkan kerajaan, dia terus kecut perut dan memadamkan kesemua posting-postingnya yang berkaitan dengan GULING KERAJAAN.

SYED HUSAIN SOLAHUDDIN BIN SYED HASAN, 22 tahun, yang sebelum ini cukup garang dalam Facebook dan Twitter, pagi tadi telah ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis. Turut menemaninya adalah Abdul Khalil bin Abdul Hadi, Timbalan DPP Pusat yang juga merupakan anak lelaki Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Ahmad Amzad bin Hassim, Pengerusi GANTI dan beberapa orang ahli GANTI yang lain.

Syed Husain Solahuddin menggunakan nama Angoh Blurs dalam Facebook. (BACA DI SINI)


Selesai membuat laporan polis, satu sidang media telah dibuat di wakaf Balai Polis Kuala Terengganu. Tukang bercakap adalah Abdul Khalil dan Ahmad Amzad.

Dalam sidang media mereka, GANTI menafikan risalah-risalah Guling Kerajaan yang sedang disebarkan di serata Kuala Terengganu, tidak ada kena-mengena dengan mereka. Konon-kononnya GANTI atau Gabungan Anak Terengganu Insaf ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan masalah masyarakat seperti SABASUN dan lain-lain. GANTI juga merupakan sebuah pertubuhan yang amat berat masalah masyarakat.


Kata mereka lagi, perhimpunan yang dibuat pada 31 Disember 2013 nanti adalah secara lembut dan sopan yang mana bertujuan bagi menyampaikan masalah masyarakat khususnya masalah kenaikan harga barangan keperluan.

Laporan polis dibuat berhubung risalah yang menggunakan nama GANTI di laman-laman web Facebook dan juga dilekatkan sekitar bandar Kuala Terengganu. GANTI dikatakan tidak pernah menyeru rakyat untuk menggulingkan kerajaan dan juga tidak pernah menggunakan topeng untuk melakukan demonstrasi. Penyebaran risalah itu juga dikatakan fitnah oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan nama GANTI.



Syed Solah telah diminta mmebuat laporan polis kerana dalam risalah tersebut ada namanya. Bagaimanapun, nombor telefon yang tertera dalam risalah tersebut bukanlah nombor telefonnya.

Paling menarik ialah apabila Syed Solah dikatakan telah difitnah yang mana dikatakan telah menyertai PAS dan menubuhkan perubtuhan untuk menggulingkan kerajaan.



Ternyata, Angoh Blurs yang cukup hebat dalam Facebook, sedang dilanda ketakutan yang teramat sangat sampai perlu menafikan yang dia adalah ahli PAS. Posting-posting yang berkaitan dengan rancangan mengguling kerajaan, semuanya dipadamkan. Dan kemudian, bagi menimbulkan kekeliruan, segera membuat laporan polis kononnya, difitnah.

Eh, bukan ke sebelum ini Angoh Blurs cakap polis dan Cawangan Khas takut terketar-ketar macam orang nak ke tali gantung? Takkan orang yang kata orang lain takut, dia pula yang terpaksa buat laporan polis kata semua itu fitnah? 

Lebih Baik Jadi Produser Filem Hollywood Dari Jadi Pembohong di Malaysia

riza-najib

Pandangan Pertama

Sejak beberapa hari lalu, pembangkang memainkan isu anak tiri Perdana Menteri Riza Aziz membeli kondominium berharga RM 110 juta di Amerika Syarikat. Berikut adalah dua pandangan penulis di media sosial Facebook yang kami ambil. Untuk melihat siapa anak tiri PM Najib ini sila buka Riza Aziz From Wikipedia, the free encyclopedia sebagai rujukan.

Mohamad Nazari Ahmad - RIZA AZIZ merupakan seorang produser filem di Hollywood. Perniagaannya lebih banyak tertumpu kepada bidang perfileman yang mencatatkan keuntungan besar. Daripada perniagaan perfileman, Riza juga khabarnya turut melaburkan dalam hartanah di kota besar New York dan London.
Antara filem yang melibatkan syarikatnya, Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles ialah The Wolf of Wall Street yang diarahkan oleh Martin Scorsese dan dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Friends With Kids yang dibintangi oleh Jon Hamm, Megan Fox, Jennifer Westfeldt, Kristen Wing, Adam Scott, Maya Rudolph, Ed Burns dan Chris O’Dowd, filem supernatural box office, Homs yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe.

Riza juga merupakan penerbit eksekutif bagi filem Out of the Furnace yang dibintangi oleh Christian Bale, Casey Affleck, Woody Harrelson dan Zoe Saldana yang ditayangkan pada 5 Disember 2013.

Di bawah adalah fakta-fakta menarik tentang beliau:
Pertama:
Berikut adalah beberapa film di bawah kelolaan beliau
1) Friends with Kids (2011)
2) The Wolf of Wall Street (2013)
3) Horns (2013)

Kedua..
Film “The Wolf of Wall Street” telah mengutip lebih dari US 100 juta dalam 5 hari yang pertama tayangan. Film ini di bintangi pelakon-pelakon yang hebat seperti Leonardo DiCaprio, Margot Robbie, Matthew McConaug dan Jonah Hill.

Bukan calang-calang pelakon yang membintangi film ini. Dalam filem-filem yang lain juga di bintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat.

Ketiga
Pada tahun 2011, Majalah Variety menamakan beliau sebagai “Top 10 Producer to watch”..

Keempat
Pada tahun hadapan, beliau akan mengeluarkan film terbaru yang berjudul Dumb and Dumber To yang di bintangi oleh Jim Carrey, Jeff Daniels, Laurie Holden and Kathleen
Pandangan Kedua
Rizal Mansor
15 hours ago · Edited
saya mengikuti perkembangan isu Riza Aziz membeli kondo mewah di New York.. kebanyakan komen menjurus kepada dari mana beliau mendapat sumber kewangan? tak kurang juga yg terus membuat kesimpulan sendiri.. kepala hotak semua terus nak fikir negatif.. tidakkah ada sedetik difikiran itu benda yang positif skit..
pertama sekali, Riza ni membesar dan belajar di luar negara.. sewaktu menuntut beliau ada network dgn anak2 pak arab yang kaya raya.. Riza menjadi pengurus kewangan mereka.. beliau mula menjana pendapatan lumayan dari situ..
nak cabar korang kalau boleh buktikan.. pernah ke Riza ni buka bisnes kat Malaysia? pernah ke Riza ni dapat apa2 peluang perniagaan dgn kerajaan ke GLC ke di Malaysia?? Salahkah Riza menjadi kaya raya hasil titik peluh dan kepandaian sendiri di luar negara?? Salah Riza kerana beliau merupakan keluarga Perdana Menteri.. menjadi ahli keluarga Perdana Menteri mesti hidup papa kedana barulah rakyat puas hati..
pada aku senang saja.. aku berbangga anak bangsa aku berjaya menempa nama di luar negara.. apatah lagi dalam bidang perfileman yang dimonopoli oleh kaum Yahudi..
back to isssue dia beli kondo.. aku percaya dia dan rakan2 yang sememang terlibat dalam bidang hartanah membeli kondo tersebut utk investment.. property kat New York tu harga cepat melambung.. pasti menjana untung lumayan.. aku dengar dari rakan2 yang rapat dgn Riza.. dia dah bertahun involve bisnes tu..
lain lah kalau kita dengar Riza ni sapu macam2 bisnes or kontrak kerajaan di Malaysia pastu duk beli property kat luar negara ada logik gak lah orang nak marah.. BUKALAH MINDA DAN BERSIHKANLAH HATI..
Kesimpulannya lebih baik ada anak tiri Perdana Menteri yang jadi ahli perniagaan di New York daripada jadi anak bekas Timbalan Perdana Menteri jang jadi pembohong di Malaysia. Credit

Apa Barang Keperluan Yang Dah Naik Harga?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

DALAM kelam kelibut isu barang naik harga yang disebutkan di sana sini oleh pihak pembangkang sekarang, para macai yang terlalu teruja dah lupa nak sertakan bukti barang keperluan apa yang dah naik harga.

Dalam Facebook, dalam Twitter, dalam blog dan sebagainya, penulis puas tunggu bukti beras naik harga ke, tepung naik harga ke dan sebagainya tapi hampa.

Penulis sendiri baru saja beli barang keperluan, nampaknya semua macam biasa lagi, takda apa yang berubah pun.

Jadi apa isunya yang nak berkumpul sangat nanti tu?  Budak-budak penyokong himpunan malam Rabu nanti, majoritinya budak Universiti, depa ni nak hidup pun harap bantuan mak bapak dan pinjaman PTPTN, tau apa pasal kos sara hidup?

Tapi penulis dengar di Selangor, peniaga dah banyak naikkan harga barang bukan keperluan sebab mereka terpaksa tanggung kos tinggi untuk jalankan perniagaan.  Manakan tidak, kalau caj lesen pun dah naik sampai 400%, nak jual barang murah macam mana?

Malah ada juga dengar barang keperluan seperti gas memasak yang dah sampai ke tahap tak masuk akal - bukan kerana harga asas bahan itu yang naik, tapi sebab peniaga menaikkan caj penghantaran sesuka hati.

Hal macam itu sepatutnya masalah dengan kerajaan negeri tersebutlah, apa yang nak dibabitkan kerajaan persekutuan sebab setahu penulis belum ada apa barang keperluan yang naik setakat ini.  Subsidi masih berjalan, kawalan harga masih berjalan, takde apa yang berubah.

Tak tahulah kalau yang berhimpun di Dataran Merdeka malam tahun baru nanti menunjukkan himpunan tersebut kepada kerajaan Selangor, tapi malu nak sebut, buat-buatlah salahkan kerajaan persekutuan.

Maka tidak hairanlah kenapa alasan nak berdemonstrasi di Dataran Merdeka nanti dah mula kelam kabut.

Asal ceritanya, hanya ada satu NGO (TURUN) – menumpu kepada penurunan kos sara hidup, sekarang dah wujud beberapa NGO lagi (semuanya haram dan tidak didaftarkan) yang disebut akanturut serta dalam himpunan pada hari itu.

Dari maklumat yang penulis dapat, sekurang-kurang 3 NGO lain (selain TURUN)akan turut berdemo pada hari tersebut seperti SAMM, Jinggay 13, dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).  Satu NGO baru, Gerakan 3112 pun dilaporkan akan turut serta.

Semua NGO ini dilaporkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur {Lihat Di sini} akan bawa unsur-unsur keganasan pada hari itu nanti dan kita semua menantikan tindakan tegas pihak berkuasa kalau dakwaan itu ada kebenarannya.

Takkan nak tunggu benda tak baik berlaku baru nak ambil tindakan, tak gitu? 

MyKmu

Saturday, December 28, 2013

AMARAN @pdrm KEPADA PESERTA HIMPUNAN GULING KERAJAAN / TURUN !!!


Dato’ Amar Singh Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur telah membuat sidang media berkenaan Larangan Mengadakan Perhimpunan Haram, turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. butiran sidang media adalah seperti berikut:

LARANGAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN

28 Disember 2013 – Ketibaan Tahun Baru 2014 tentunya akan disambut meriah di seluruh dunia. Rakyat Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga tidak terkecuali daripada amalan saban tahun tersebut. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan sambutan Ambang Tahun Baru 2014, yang akan dimulakan pada waktu petang 31 Disember 2013 dan dijangka berakhir di awal pagi 1 Januari 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Banyak aktiviti sambutan telah dirancang di seluruh negara termasuk di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Antara lokasi sambutan di Kuala Lumpur adalah :

Dataran Putrajaya (anggaran kehadiran 100,000 orang)
Dataran Merdeka (anggaran kehadiran 20,000)
Bukit Bintang (anggaran kehadiran 5,000 orang)
KLCC (anggaran kehadiran 30,000 orang)
Terminal TBS Sg. Besi (anggaran kehadiran 2,000 orang)
Publica Solaris Dutamas (anggaran kehadiran 1,000 orang)
Desa Park City Kepong (anggaran kehadiran 5,000 orang)
Taman Tasik Titiwangsa (anggaran 3,000 orang)
Happy Court City Kepong Baru (anggaran 1,000 orang)


Pada masa yang sama, pihak Polis juga telah mendapat maklumat serta risikan termasuk laporan-laporan Polis menunjukkan bahawa satu perhimpunan untuk mengganggu sambutan yang telah diatur akan dibuat oleh Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan gabungan beberapa NGO di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari tersebut. Dipercayai juga, mereka ini turut mengambil kesempatan untuk berhimpun dan melahirkan rasa tidak puas hati ke atas kerajaan seterusnya menimbulkan kekacauan.


Kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini telah mewawarkan dalam laman-laman web dan laman sosial dengan memberitahu orang ramai bahawa mereka akan menggulingkan kerajaan dengan cara mengadakan perhimpunan tersebut. Mereka juga telah membuat beberapa siri perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang di beberapa lokasi dan negeri dengan cara menghasut orang ramai khususnya anak-anak muda untuk bersama-sama mereka turun menggulingkan kerajaan.

Tidak dinafikan juga, bahawa kumpulan ini akan turut melakukan kekecohan apabila hadir dengan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka, membawa peralatan / senjata merbahaya seperti bom tangan, mask gas malah mereka juga sanggup merempuh halangan dan bertempur dengan pihak Polis serta lain-lain tindakan yang menyalahi undang-undang. Dikhuatiri tindakan kumpulan ini akan mendatangkan ketegangan serta menggangu keselesaan orang awam.

Terdapat banyak Laporan Polis di seluruh Malaysia telah diterima berhubung bantahan terhadap perhimpunan tersebut. Daripada laporan tersebut, 2 kes telah dibuka untuk siasatan bersabit Seksyen 124 (C) Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Sehingga kini seramai (2) orang telah ditahan iaitu Ismawi Bin Hadeni (KP : 880727-13-5773) dan Muhammad Azan bin Safar (891121-14-6703).

Setakat ini, Polis Kuala Lumpur tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak Penganjur untuk mengadakan perhimpunan ini. Justeru, penganjuran perhimpunan ini adalah menyalahi undang-undang dan sesiapa sahaja yang menyertainya akan diambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang yang termaktub.

Amaran Polis Kuala Lumpur :

Orang ramai diberi amaran supaya tidak menyertai dan menyokong usaha kumpulan ini, kerana ianya menyalahi undang-undang dan kekecohan ini boleh mengganggu gugat ketenteraman orang ramai yang hadir dengan semangat dan harapan agar dapat menyambut tahun baru dengan kegembiraan dalam suasana yang aman damai.

Pihak Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan (Aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) dan Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan (Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Jalan-jalan yang ditutup :

Bagi memastikan lalulintas berjalan lancer dan orang ramai selesa, beberapa jalan akan ditutp. Jalan-jalan yang akan ditutup adalah seperti berikut :
Jalan Raja : ditutup mulai 12.00 tengah malam 30 Disember 2013
Jalan Susur Kinabalu ke Jalan Raja : ditutup mulai jam 6.00 petang pada 31 Disember 2013.
Orang ramai dinasihatkan supaya :
menggunakan jalan – jalan alternatif dan elakkan dari menggunakan jalan – jalan yang terlibat dengan penutupan atau pelencongan.
Sila gunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke pusat bandar.
sentiasa patuhi peraturan lalulintas dan arahan anggota polis yang bertugas.

Pemborong Sedang Naikkan Harga Barangan Makanan, Kerajaan Juga Yang Dipersalahkan


Kenaikan harga barang belakangan ini amat meresahkan semua pihak sehingga ada pihak yang sanggup mengadakan tunjuk perasaan beramai-ramai mahu menggulingkan kerajaan dan ianya sedikit pun tidak memperbaiki harga barang di pasaran. 

Persoalan utama, adakah penganjur ini benar-benar faham tentang maksud kenaikan harga barang dan punca-puncanya? Perlukah Kerajaan mengawal keseluruhan harga barang di Malaysia. Tahukah anda dengan mengawal keseluruhan harga barang di pasaran, sistem ekonomi kita akan terjerumus kepada Sistem Ekonomi Tertutup sebagaimana yang dilaksanakan oleh negara-negara komunis yang mengawal kekayaan dan ekonomi negara dan rakyat secara keseluruhan. Tidak dinafikan Kerajaan ada peranan dalam pengawalan harga barang di Malaysia seperti subsidi, rebate dan sebagainya tetapi ada had dan tahapnya.

Bagi mereka yang kerap ke pasar untuk membeli makanan basah, perubahan harga pasti dapat dirasakan secara ketara. Biarpun Menteri KPDNKK menyatakan bahawa harga tidak banyak berubah, tetapi hakikatnya pengguna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dengan nilai wang semakin kecil.

Secara mudah, pengguna boleh menyalahkan kerajaan kerana masalah berkenaan.

Namun bagi mereka yang berfikiran waras dan sedar bahawa kerajaan bukannya penguasa atau penentu harga di Malaysia, pasti akan melihat masalah sebenar kenaikan harga di Malaysia berakar umbi kepada golongan pemborong. Golongan pemborong yang merupakan antara golongan yang tidak tersentuh dek undang-undang, telah lama menjadi begitu berkuasa dalam penentuan harga dan melakukan tekanan serta desakan terhadap rakyat namun tidak pernah dipersalahkan dan terjejas.
Kenaikan Harga Barang
Beberapa bulan kebelakangan ini, kita dapat melihat sendiri bagaimana persatuan-persatuan pemborong, termasuklah persatuan-persatuan yang memberikan perkhidmatan seperti persatuan pengusaha bas sekolah, melakukan tekanan dan desakan kepada pihak kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran. Sekalipun kerajaan memberikan amaran akan bertindak tegas terhadap kenaikan kadar bayaran yang tidak dibenarkan, mereka langsung tidak takut. Malah secara sinis, mewujudkan persepsi yang diterima ramai bahawa kerajaan tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan hanya memberi amaran kosong.

Persatuan-persatuan perniagaan yang berasaskan makanan juga turut menggunakan alasan pertambahan kos untuk menaikkan harga barangan makanan. Malah antara alasan yang digunakan ialah, negeri China sedang dilanda banjir dan negara berkenaan telah mengurangkan eksport gandum. Semuanya semata-mata untuk mewajarkan kenaikan harga dilakukan oleh persatuan-persatuan pemborong itu.

Sekalipun di Malaysia, industri perikanan berada di bawah kuasa LKIM namun kegiatan pemborong pula seolah-olah tidak tertakluk di bawah Kementerian Pertanian, LKIM dan KPDNKK. Seringkali kegiatan menaikkan harga dilakukan oleh pemborong-pemborong yang berlindung di belakang persatuan dengan menggunakan alasan-alasan yang ada kalanya tidak masuk akal seperti penggunaan kotak bercip.
Kenaikan Harga Barang (1)
Penghujung 2013 menyaksikan pemborong terus menaikkan harga berasaskan makanan tanpa sebarang rasa bersalah. Yang menjadi mangsa adalah rpengguna. Apabila ditanya, para pekedai dan peruncit menyatakan pemborong telah menaikkan harga. Dan menariknya, apabila ditanya kepada pemborong, mereka segera menuding kepada kerajaan. Kononnya, kerajaan yang menaikkan harga dan ramai yang sangat percaya dengan tohmahan pemborong yang kebanyakannya bermata sepet.

Kerajaan dipersalahkan kerana membuat keputusan berhubung tarif elektrik, harga diesel dan petrol bersubsidi selain membuat penentuan harga terhadap barangan kawalan seperti beras, gula dan beberapa barangan lain. Seringkali keputusan kerajaan pula, amat tertakluk kepada tekanan daripada para pemborong ini. Bagi mengelakkan kekurangan barangan di pasaran, kerajaan akhirnya terpaksa berlembut hati dan menaikkan harga. Selain itu terdapat juga faktor perjanjian seperti dalam kes tarif elektrik yang menyebabkan kerajaan terpaksa akur.

Dan kesemua itu mempunyai alasannya yang tersendiri… alasan yang seringkali membabitkan faktor kos luaran menyebabkan kerajaan gagal mengekang kenaikan harga. Namun masalah paling utama kepada kerajaan adalah pemborong. Pemborong menentukan tekanan dan akhirnya kerajaan terpaksa akur bagi memastikan rakyat tidak kekurangan bekalan makanan.

Kebanyakan rakyat, khususnya yang terpengaruh dengan perangkap pemborong yang berselindung di belakang parti-parti politik pembangkang terutama sekali DAP, akan segera menyalahkan kerajaan bagi sebarang kenaikan harga. Mereka melihat Kerajaan Malaysia seperti kerajaan komunis dan kerajaan sosialis yang membuat penentuan bagi segala harga, kawalan bekalan dan pengedaran. Kekurangan barangan segera dipersalahkan kepada kerajaan walaupun pemborong sebenarnya yang menyorok barangan bagi membolehkan tekanan kepada permintaan dan harga dinaikkan.

Itu yang sedang berlaku di Malaysia. Kuasa sebenar di Malaysia bukanlah kerajaan sebaliknya pemborong. Pemborong melakukan tekanan  dan pemborong membiayai sekumpulan orang untuk mempercepatkan tekanan menerusi demonstrasi dan kerja huru-hara yang lain, tetapi sebahagian rakyat tetap melihat Kerajaan yang bersalah. Pemborong mencetuskan krisis harga, tetapi kerajaan yang dituduh dan dipersalahkan.
sembako-naik
Ramai yang berkata, pemecahan monopoli merupakan satu-satunya jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Namun pemecahan monopoli seperti yang dilakukan oleh kerajaan dalam industri gula dan tepung serta minyak masak, tetap tidak menyelesaikan masalah, bahkan keadaan pasaran terus huru-hara apabila pihak yang monopolinya telah dipecahkan, bertindak membiayai pembangkang dan menyalahkan kerajaan selain mengurangkan bekalan bagi meningkatkan harga.

Amat malang bagi sebuah negara seperti Malaysia yang rakyatnya seringkali berfikiran secara singkat dan gagal mempraktikkan ilmu pengetahuan asas yang mereka pelajari dari bangku persekolahan, sebaliknya menganggap jalan termudah untuk mengatasi segala masalah kenaikan harga di dalam negara adalah dengan menukar kerajaan atau berdemonstrasi di jalanraya.

Yang pasti, semua yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu menunjuk-nunjuk tentangan mereka kepada kerajaan, tidak akan mencapai matlamat menurunkan harga seperti yang diuar-uarkan, bahkan para pemborong akan terus menaikkan harga secara tidak terkawal kerana kerajaan pastinya tidak mahu negara kucar-kacir dan pada masa yang sama, tidak mahu pula bekalan makanan serta keperluan asas lain terjejas kerana permainan politik para pemborong.