PUTRAJAYA
– Hanya tiga pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British (BOC) dari negara
ini dibenarkan pulang sehingga kini, bukannya lebih 500 seperti yang dilaporkan
media sebelum ini.
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka juga bukannya
diberi taraf kewarganegaraan atau pemastautin tetap, sebaliknya hanya diberikan
Pas Residen bagi membolehkan mereka berada di sini secara sah selaras dengan
Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Kerajaan
Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik. Ini
kerana ada di kalangan mereka yang telah mengoyakkan pasport Malaysia ketika
berada di luar negara dengan hasrat benci kepada negara ini dan tidak lagi mahu
pulang kerana kebencian itu dan ada yang ‘menikam’ negara ini dari belakang.
Tidak ada lagi taat setia di kalangan mereka.
“Sekiranya
pemegang Pas Residen ini ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan,
mereka perlu melalui proses sebagaimana warganegara asing yang mahu memohon dan
mereka perlu menunggu 17 tahun dan membuktikan bahawa mereka taat setia kepada
negara dan memenuhi syarat permohonan termasuk ujian kemahiran dalam Bahasa
Melayu,” katanya kepada pemberita.
Media
sebelum ini melaporkan kenyataan anggota Parlimen Tanjung dari DAP, Ng Wei Aik
yang mendakwa kerajaan bersetuju untuk membawa pulang lebih 500 bekas rakyat
Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka untuk menjadi warganegara
United Kingdom (UK).
Pemegang
pasport BOC merupakan warganegara Malaysia yang memilih untuk melepaskan taraf
kewarganegaraan bagi memohon sebagai warganegara UK.
Bagaimanapun
mengikut British Nationality Act 1981 (BNA 1981) yang dipinda pada 4 Julai
2002, mereka hanya akan diberikan kewarganegaraan UK jika mereka telah
melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada atau sebelum 4 Julai
2002.
Ahmad
Zahid berkata Pas Residen hanya merupakan kebenaran yang diberikan kepada
warganegara asing untuk tinggal di Malaysia untuk tempoh lima tahun dan boleh
memohon untuk disambung setiap lima tahun.
Beliau
berkata ia perlu dimohon semasa berada di UK melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi
Malaysia di London, dan hanya akan berlepas ke Malaysia setelah permohonan
mereka diteliti dan diluluskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
“Pas
Residen akan ditampal dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di pintu masuk dan
sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu kaunter khas disediakan di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan mereka
melapor diri.
“Penyediaan
kaunter khas ini memudahkan pihak JIM mengesan pemegang pasport BOC dan
mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang sah bagi memastikan
mereka tidak melanggar undang-undang Imigresen dan menghadapi risiko ditahan
kerana tidak memiliki suatu pas yang sah,” katanya. – ABN|NEWS
4 comments :
3 utk permulaan.... dah di hina negara ...masih lagi nak layan... pelik lah aku si zahid ni
Harapnya YB DS Zahid kembali 'BERTARING' terusan! Sepatutnya siKAPIRDAPBANGKAI tu harus di MANSUHkan dan undg-undg SYARIAH serta undg-undg TERORISMA diperkuatkan tanpa sebarang kompromi, kerana si musuh ISLAM/umatnya ini, asyik menimbulkan FITNAH berterusan melalui PENGGANAS RedBeanBANGKAInya!
DAPBANGKAI sbg. ejen utama (juga si puak KAPIR/GAYPKRPELIWAT) Barat-ZIONIS, juga dalang belakang kebanyakan kegiatan JENAYAH dan MAKSIAT dajal terutamanya jenayah pembunuhan (melaui pelbagai cara termasuk kemalangan jlnraya terutamanya oleh lori/bas BUAS; kebakaran kpg-kpg/rumah Islam/Melayu utk. rampas tanah/rompakan/perogolan BUAS, sindiket dadah/perjudian/pornografi/pelacuran serta kegiatan homoseksual yg. amat berleluasa dan MENGGANAS - yg. semakin merosakkan akhlak dan aqidah anak-anak muda Islam/Melayu!
Semua ini utk. menghuru-harakan negara serta mahu mencetuskan satu lagi 13 MEI; kemudian mereka akan minta UN (yg. dikuasai Barat-ZIONIS terutamnya si BANGSATkiMoon) hantar "tentera pengaman"!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
KDN penakut..bagi aku Pas Residen tu pun patut jgn bg. nak tunduk sgt dgn mata sepet ni kenapa?
aku x tahulah menteri2 skrg ni...hebat kat luar je..tapi teloq x ada. aku pun skrg dah benci tengok BN terutama UMNO bertindak..menteri yg ada kebanyakkan hampeh.
aman lg d tahun2 60an..70an dulu2
Post a Comment