Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, October 18, 2014

KETUM cari simpati tapi serang ikut Australia dan BC




Malah ....



Kumpulan bernama LENSA melalui jurucakap Ekhasan Bukharee pun suruh Anwar pencen dan jangan buang masa. Dalam kenyataan dok persalahkan kerajaan. Oleh itu, mereka bukan konar tinggalkan si KETUM.

Anwar cuba cari simpati ....



... untuk dapat sokongan dan elak dari main cara kasar yang dah tak laku.

Kalau ikut lakunan, Azmin pun dah macam tak mahu bantu, [Baca Gelagat Anwar SINI]. Skrip melibatkan dia digugurkan dari Pengerusi PKR Selangor.  Kena fokus betul jaga Selangor ye ....



Tapi di belakang, PKR bawa kes Anwar dan Akta Hasutan ke Parlimen Australia -

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-bawa-kes-anwar-dan-akta-hasutan-ke-parlimen-

Tak payah ke link sebab Malaysia Insider dah tarik balik laporan. Nak cari simpatilah kata ..... 

Isteri Ustaz Rentung Dipanah Petir Ketika Berzina Dengan Lelaki Lain

Gambar Hiasan

Hashim merupa kan seorang ustaz di sebuah daerah, mempunyai perwatakan yang baik,di kampung beliau mengajar anak-anak mengaji,dan mempunyai seorang isteri yang mempunyai paras rupa yang cantik dan dari keluarga yang berada,manakala suami nya hanyalah seorang guru agama di sebuah pondok,namun kebahagian mereka terserlah,dan mereka di kurnia kan seorang anak perempuan berusia setahun,pada awalnya Hashim agak hairan kerana anak nya mempunyai rupa yang berbeza,serta bentuk tubuh yang kurus serta berkulit agak gelap sedang kan diri nya bukan lah tinggi sama juga dengan isterinya,dan yang lebih menghairan kan Hashim hidung anak nya mancung.kerana mempunyai iman dan pegangan ugama yang kuat,Hashim menganggap itu satu anugerah untuk keluarga nya.

Hashim akan berada di rumah ketika malam sahaja,kecuali Jumaat baru lah beliau tidak mengajar,maka tinggal lah isteri nya bersama anak kecil di rumah,sehingga lah pada satu hari ketika balik dari pondok Hashim mendapat kemalangan,sehingga tidak sedarkan diri dan terlantar di hospital.selama empat bulan baru lah Hashim sedarkan diri. Ketika balik,Hashim berehat dan gembira dapat bertemu anak isteri nya setelah empat bulan tidak bersua. Seminggu selepas itu Hashim memulakan tugas nya iaitu mengajar di pondok, seperti biasasehingga kemalam barulah Hashim balik kerumah. Malam itu lah Hashim bermimpi melihat isteri nya memelihara seekor ular sawa yang mempunyai kulit yang amat menarik sehingga Hashim terjaga dari mimpi dalam keadaan berpeluh dan melihat isterinya tiada di sebelah. Hashim bangun dan mencari isteri nya, ternyata isterinya muntah dan memberitahu Hashim kepalanya sakit.

Keesokannya Hashim mengambil cuti dan membawa isterinya ke klinik berhampiran kampung mereka. Setelah diperiksa, doktor mengucapkan tahniah kepada Hashim kerana isteri nya telah mengandung empat bulan ! Hashim menjadi bingung kerana dia baru balik dari hospital dan berada bersama keluarga mereka belum sebulan. Ketika tiba di rumah Hashim bertanya kepada isteri nya namun isteri Hashim berkeras menafikan dan memberitahu itu adalah benih Hashim sehingga siisteri sanggup bersumpah mengatakan itu ialah anak mereka. Perwatakan baik dan sopan santun yang selama ini di percayai dan dibanggakan oleh Hashim hilang sekelip mata kerana Hashim mula mencurigai isterinyasehingga lah dia berdoa dan memohon petunjuk jika itu memang anaknya.

Keesokan harinya ketika waktu itu hujan turun dengan renyai-renyai, namun Hashim gagah kan langkah menuju ke pondok menggunakan baju kalis hujan,walaupun guruh berdentum di langit Hashim tetap ke pondok untuk mengajar kerana kewajiban. Ketika mengajar sekitar pukul dua petang, Hashim telah dikejutkan dengan satu panggilan dari ayah nyadi talian Hashim di minta untuk balik secepat mungkin kerana sesuatu yang kurang baik telah berlaku.

Hashim meletakkan telefon dan terus bergegas untuk balik meredah hujan. Ketika tiba di rumah dalam keadaan basah kuyup Hashim melihat ibu bapa dan keluarga mertuanya turut  ada di rumah. Selepas memberi salam Hashim mendukung anak perempuannya dan bertanya apa yang berlaku kepada ayahnya namun ayahnya cuma membisu dan meminta Hashim melihat sendiri. Ketika melangkah ke dalam bilik tidur mereka,  terperanjat melihat dua tubuh yang melekat dalam keadaan renting dan dalam masa yang sama mengeluarkan kan bau yang amat meloyakan. Hashim hampir rebah bila melihat jasad isteri nya yang rentung bersama seorang lelaki asing berkulit gelap tidak bernyawa.

Ibu mertua Hashim meraung menagis meratapi anak perempuannya yang mati dalam keadaan mengaibkan. Ketika itu lah ayah Hashim memberitahu yang mereka kebetulan datang untuk menziarah sambil berhajat untuk melihat menantunya yang hamil namun lain pula yang mereka temui. Hashim bertawakal dan menganggap itu satu ujian besar dalam hidupnya. Hashim tetap menjaga anak perempuan mereka walaupun mula sedar bahawa itu hasil kecurangan isterinya. Beliau tidak menyangka isterinya yang baik sanggup menikam dirinya dari belakang.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan ikhtibar untuk kita semua. Usah lah kita terlalu taksub melaksanakan tugas sehingga lupa akan keselamatan dan kebajikan keluarga. Bersama-samalah kita mendoakan agar roh siisteri diampunkan, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

(terima kasih untuk sumber, Haji Minhat) 

Anwar Benar-Benar Kepanasan


ANWAR benar-benar kepanasan berdepan dengan liwat II yang akan dibicarakan pada 28-29 oktober. Perbicaraan itu adalah untuk mendengar rayuan 5 tahun penjara yang dijatuhkan mahkamah rayuan pada 7 Mac lalu kepada Ketua Umum PKR itu.

Pada 28-29 Oktober, dipercayai pihak pedakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bukan sahaja mahu mempertahankan hukuman itu, akan tetapi meminta mahkamah persekutuan menambah jumlah hukuman.

Anwar didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya seseorang lelaki pada 26 Jun 2008, di sebuah Kondominum di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Kini, para pencacai Anwar, bukan sahaja menghasut para penyokong PKR atau pembangkang turun ke jalan menjelang hari perbicaraan itu, akan tetapi sedang menjelajah Australia untuk meminta sokongan dari negara kangoro itu. Delegasi pencacai Anwar itu diketuai MP Pandan Rafizi Ramli yang juga Setiusaha Agung PKR yang baru dilantik Anwar.

Di Australia, pencacai Anwar itu mendapat kerjasama daripada seorang senator penyokong seks songsang Senator Nick Xenophon.

Sebelum ini, Anwar berkiblat kepada Turki dan Amerika untuk mendapat sokongan berkaitan kes liwat yang dihadapinya, namun kedua negara itu kini, telah lepas tangan; dan Australia dianggap masih menyokong beliau melalui lobi Xenophon.

Anwar mampu melibatkan negara luar dan rakyat biasa membela masalah peribadinya; atas sebab kemampuannya memutar fakta dalam masa-masa tertentu. Amerika dan Turki pada mulanya percaya bahawa Anwar dianaya, namun selepas mendapat butiran yang jelas, kini dua negara itu menarik diri menyokong MP Permatang Pauh itu.


Melihat fakta yang dibentang pada mahkamah rayuan, yang menyebabkan hakim menjatuh hukuman kepada Anwar; adalah dilihat, mahkamah persekutuan tidak akan menggangu keputusan itu; malah diyakini mahkamah  akan menambah hukuman sebagai pengajaran. 

Dr Wan Azizah Yang Kalah Saman Dengan Felda Sambut Deepavali Di Klang ... Eh Bukan Kajang?


'Nenek Kipas Bersarung Tangan Putih' yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Dr Wan Azizah, meraikan kekalahan beliau dalam kes saman fitnah FELDA dan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV), semalam dengan menghadiri majlis Deepavali di Klang, sebentar tadi.

FELDA dan FGV telah memenangi saman berkenaan terhadap Dr Wan Azizah dan dua yang lain iaitu Dr Syed Husin Ali, dan penulis artikel itu, Rusnizam Mahat, berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR, Suara Keldaian.

Dua artikel fitnah jahat Dr Wan Azizah & Co. itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010.


Agak pelik bagi Dr Wan Azizah yang masih boleh bersukaria dengan meraikan perayaan warisan keluarga suaminya, selepas didapati bersalah memfitnah. Dan lebih pelik lagi Dr Wan Azizah menyambut Deepavali di Klang dan bukannya di Kajang, DUNnya sendiri. Apa dia ingat dia Menteri Besar nak sambut perayaan satu Selangor?



Balaci ANWAR Yang Tak Tahu Malu....Kan BODOH Tu



Kalau mamat ni adalah masalah adakah ANWAR akan membantunya....?
Siap duduk bersila lagi sanggup ditonton oleh orang ramai yang lalu lalang.



Kesiannya....Berapalah upah mamat ini melakukan semuanya ini...agak agaknya 



Pening Anwar ... bini kena saman, diri nak masuk penjara


Semalam 17 Okt 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan menyebelahi Felda dalam tuntutan saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah dan dua yang lain berhubung dengan dua artikel di dalam akhbar Suara Keadilan.

Gantirugi yang perlu dibayar oleh PKR kepada Felda akan ditaksirkan oleh Mahkamah. Felda menuntut RM200 juta untuk gantirugi di dalam tindakan ini.


FELDA, FGV, MENANG SAMAN TERHADAP PRESIDEN PKR DAN 2 LAGI

http://www.feldavoice.com/2014/10/17/felda-fgv-menang-saman-terhadap-presiden-pkr-dan-2-lagi/

Dahlah nak masuk penjara tapi Anwar masih ada taik tertinggal untuk isterinya hadapi. Takpa harta Nuar di luar negara berbillion yang sudah disorok. 


Amaran Utk Azmin Telah Keluar

Sallehin Mukhyi Balas Dendam dan Ingatkan Azmin, Bagaimana Dia Boleh Jadi MB Selangor

 

Azmin Ali naik jadi Menteri Besar Selangor kerana namanya diusulkan oleh PAS. Kalau diharapkan kepada DAP dan parti yang dia sendiri menjadi Timbalan Presiden, PKR, Azmin Ali hanya kekal sebagai ADUN Bukit Antarabangsa dan tidak mempunyai sebarang peranan kecuali kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang dia terpaksa pula berkongsi dengan Zuraidah Kamaruddin, si Mak Lampir, Ahli Parlimen Ampang.

Selepas PKR dan DAP sebulat suara serta hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor, hanya PAS sahaja yang terus mengekalkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Azmin Ali walaupun dua daripada ADUN mereka yang diketahui amat kuat menyokong Anwar Ibrahim dan Teresa Kok, memilih untuk berpaling tadah.

Tempoh sebelum Azmin Ali dinaikkan menjadi Menteri Besar Selangor dan mendapat perkenan daripada DYMM Sultan Selangor, kerajaan negeri Selangor hanya diwakili oleh empat orang Exco dari PAS dan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar. Walaupun DAP dan PKR mahu mewujudkan Selangor sebagai negeri yang penuh kacau bilau menerusi desakan agar kerajaan sementara Khalid Ibrahim meletak jawatan, PAS tetap meneruskan sokongan kepada Azmin Ali dan mempertahankan keputusan mereka sekalipun PKR dan DAP menjadikan PAS sebagai bahan sesahan mereka.

Sehinggalah Azmin Ali dinaikkan menjadi Menteri Besar, rupa-rupanya budi dan jasa PAS tidak dihargai langsung oleh Azmin Ali. Kerana sokongan PAS, Azmin Ali menjadi Menteri Besar tetapi kerana PAS jugalah, Azmin Ali mahu mendapat nama semula dalam PKR dan meraih sokongan daripada DAP secara tidak berbelah bahagi.

 

PAS dikorbankan. ADUN-ADUN PAS yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya, telah dibuang dan digantikan dengan ADUN-ADUN PKR dan DAP dalam barisan kabinet negerinya.

Sallehin Mukhyi yang merupakan salah seorang daripada ADUN dan bekas Exco yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Azmin Ali, dibuang dan dicampakkan. Bahkan diperhinakan seperti anjing.

Kini, para pengikut dan penyokong Sallehin Mukhyi dan PAS, mula menyedari bahawa Azmin Ali tidak boleh dipercayai. PKR dan DAP bukanlah kawan yang sesuai untuk mereka. Tetapi PAS telah terlambat. PAS telah terlewat untuk menyedari yang mereka tertipu.

Barangkali kerana kekecewaan itulah, beberapa pemidang yang menzahirkan luahan perasaan mereka boleh ditemui di serata Selangor. Gambar paling atas merupakan banner yang ditemui di Sabak Bernam, manakala banner kedua pula boleh ditemui di Kuala Selangor.


http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/10/sallehin-mukhyi-balas-dendam-dan.html 

PANAS ~ Gambar Azmin Tunggang Eli Wong Tersebar..!



Ini gambar Eli waktu mula mula mahu dikenali dalam dunia politik hingga digelar Eli Telanjang lebih popular dari Eli ADUN Bukit Lanjan..!

Kemudian bila dah popular dan telah diangkat menjadi EXCO Eli mula geli geli dengan Khalid gagap..!




Kini, apabila Khalid sudah tidak bernilai, Khalid sudah tiada nilai...kasih Eli telanjang beralih kepada MB barunya Azmin ice-cream...



Amacam..! mesra kan..! tunggang menunggang membawa bencana..!

Apa kata Anda!!!


Keadilan Untuk Anwar!Penyokong Pas Di Perlukan Untuk Berguling Diatas Jalan!

image

image

Tahukah anda Anwar Ibrahim pernah berkata agar akur dengan sebarang keputusan hakim dan mahkamah?

Justeru sebagai solidariti kepada Ketum kita harus bersama sama beliau untuk menerima keputusan hakim yang mengesahkan air mani Anwar berada sejauh 4cm didalam lubang dubur Saiful.

Kita amat yakin ramai diluar sana bakal turun memberi sokongan kepada Anwar memandangkan Ketum anugerah tuhan ini adalah nyawa kepada kebobrokan politik gampang pakatan.

Kepada para penyokong Pas ..kedatangan anda amat dialu alukan memandangkan jalan jalan disekitar mahkamah perlukan aksi berguling dan tidor atas jalan..ingatlah berjuang demi Anwar seperti berjihad ..jangan lepaskan peluang jihad ini..

Kepada Saiful.. Allah bersama orang orang benar.. insyaallah yang benar pasti berdiri.. 


AG & IGP Jangan Buat Bodoh Jer..!




Dah semakin menjadi jadi dah..! AG dan IGP perlu berani mendesak Najib untuk mengembalikan undang undang ISA agar keamanan dan kemakmuran negara ini terus terpelihara..!

Rakyat biasa tak pernah berhenti mendesak, kini giliran penjawat awam pulak..! Kalau huru hara negara ni segala kekejaman yang boleh berlaku bukan kenal vip atau tidak..!

Apa Kata Anda!!! 

Sunday, October 12, 2014

Monopoli gula wujudkan empayar Robert Kuok

[190210+mainpix.jpg]


Temubual dengan Shen Yee Aun (SYA), anak muda berbangsa Cina itu memberitahu, undi masyarakat Cina solid kepada pembangkang, kerana ada pihak yang mengapi-api sentimen kemarahan bangsa itu dengan menuduh polisi kerajaan majukan taikun Melayu supaya merampas kekayaan orang Cina.

Taikun Melayu yang sering disebut oleh ‘batu api’ itu adalah Syed Mokhtar.

Sebelum ini Robert Kuok merupakan satu-satunya individu yang memonopoli gula, namun DAPIG tidak mengkritik monopoli Raja Gula tersebut.

Berbanding dengan Syed Mokhtar, semasa Robert Kuok bergelar ‘Raja Gula’ berlaku krisis ‘ketiadaan gula di pasaran’ ketika menjelangnya Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12).  
(http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2012/12/siapa-monopoli-gula-di-malaysia-jom.html)




Monopoli gula wujudkan empayar Robert Kuok


1. Ramai khalayak terutama orang Melayu tidak tahu yang tidak tahu kapitalis Cina dan India yang jadi kaya raya atas bantuan kerajaan, tapi Orang Melayu ditanam dengan pendapat yang orang Cina pandai berniaga.

2.Sekarang kita nak cerita sikit lagi hal tauke Cina yang terkaya di negara kita walaupun dia dah lama tinggalkan Malaysia. Tauke itu adalah Robert Kuok Hock Nien 'Raja Gula'. Dalam kajian tahunan terbaru majalah Malaysian Business (16 Februari), nilai kekayaan beliau adalah RM43 bilion.

3. Dia dah lama pindah ke Hong Kong. Sejak dua tiga tahun ini pula, dia jual atau tarik keluar banyak pelaburan dia di Malaysia. Anak-anak dan suku sakat dia pun tak lagi rapat dengan Malaysia macam dia atau mendiang bapa dia, Kuok Keng Kang.

4. Mungkinkah ini punca rizab antarabangsa kita jatuh merudum tahun lepas. Syarikat korporat dan kapitalis macam Robert Kuok, YTL, Genting, IOI dan Rimbunan Hijau banyak bawa keluar duit untuk dilabur atau disimpan di luar negara, khasnya Singapura. Tak hairanlah dah tiga empat tahun lebih banyak modal Malaysia pergi ke Singapura daripada modal Singapura datang ke Malaysia.

5. Dalam masa setahun hingga 15 Jun tahun lepas, simpanan asing kita jatuh RM29.1 bilion daripada RM125.8 bilion kepada RM96.7 bilion kerana pengaliran keluar ini. Empayar Kuok mula kecil-kecilan pada awal abad ke-20 bila Kuok Keng Kang berhijrah dari wilayah Fujian di Negeri China ke Tanah Melayu pada 1909.

6. Catatan dalam buku mengenai Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time antara lain berbunyi:

"The patriarch was Kuok Keng Kang, also from Foochow, a late immigrant to Johor Bahru, who had to face fierce competition from the dominant Teochews, and who attributed his subsequent success to the help he received from the Malay community. By 1920, Kuok's fortune was already made, and he was among the very few who could afford the new luxury of motorcars."

(Ketua keluarganya adalah Kuok Keng Kang, juga dari Foochow, seorang pendatang baru ke Johor Bharu, yang mendapat persaingan hebat dari puak Teochew. Kuok Keng Kang juga berjaya hasil bantuan yang diterimanya daripada masyarakat Melayu. Menjelang tahun 1920, Kuok Keng Kang sudah pun menjadi kaya raya, dan menjadi antara segelintir orang yang mampu memiliki beberapa buah kereta mewah).

7. Orang Melayu ni baik dan pelik. Dia tolong semua orang. Kadang-kadang dia tolong orang bangsa lain lebih daripada dia tolong bangsa sendiri. Dengan bangsa sendiri dia kira. Dengan orang bangsa lain dia cincai.

8. Kuok Keng Kang mula berniaga beras, gula dan tepung gandum di Johor Bahru dengan pertolongan pembesar Melayu. Ada sebuah cerita dalam akhbar The Star tidak lama dulu yang kata pembesar Melayu Johorlah yang tolong sembuhkan Kuok Keng Kang daripada penagihan candu.

9. Roberk Kuok dan saudara lelakinya, Philips dan William dihantar belajar di sekolah Inggeris. Philips akhirnya jadi diplomat tapi William yang masuk Parti Komunis Malaya ditembak mati oleh Inggeris pada 1952.

10. Antara kawan sekolah Robert Kuok di Kolej Raffles, Singapura adalah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Lee Kuan Yew.

11. Robert Kuok sah jadi Raja Gula dengan bantuan kerajaan bila pada 1968 bila dia tubuh syarikat Perlis Plantation Berhad (PPB) bagi menyahut seruan kerajaan mewujudkan industri gula tempatan.

12. Syarikat itu dibagi tanah di Perlis dan monopoli untuk import, proses dan edar gula sampai tahun lalu bila Kuok jual sahamnya dalam perniagaan gula kepada Felda Global Ventures, anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

13. Dengan keuntungan daripada monopoli gula itulah, Robert Kuok bina empayar perniagaannya di Malaysia yang kemudian berkembang ke Singapura, Hong Kong, Negeri China dan ke seluruh dunia. Kalau pun betul orang Cina pandai berniaga, tapi di Malaysia mereka berjaya dan ramai jadi kaya raya kerana turut dibantu oleh kerajaan.

(sumber;http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20100218235252/Article)

Saturday, October 11, 2014

gambar-gambar-adun-dap-minum-beer

Hebat Ahli Parlimen dan ADUN DAP serta PKR Selangor berpesta minum beer dalam acara gilang gemilang yang dikatakan oleh YB Elizabeth Wong, dihadiri oleh 5,000 orang. Mereka dengan bangga sekali bergambar di lokasi acara One Utama, Petaling Jaya. Dengan nada sinis mungkin hati mereka berkata, "Mana pemimpin dan macai PAS yang bising-bising sebelum ini?"

Elizabeth Wong sebagai EXCO Perlancongan  Selangor pasti akan menjadikan acara ini sebagai acara tahunan nemandangkan sambutan di luar jangkaan. Berani Dato Menteri Besar, Mohammed Azmin Ali untuk bersuara? Berani EXCO dan ADUN PAS untuk angkat muka? Takebeer!!!









Wednesday, October 8, 2014

Kondom Terpakai Dijadikan getah Ikat Rambut!!




Perkongsian untuk kaun wanita yang gemar membeli getah rambut. Dinasihatkan berhati hati kerana segelintir getah rambut diperbuat dari kondom terpakai. Bayangkan sahaja benda yang " jijik " berada di atas kepala. 





Mungkin juga di Malaysia pun ada jual jugak kerana Malaysia banyak mengimpot barangan dari China sekarang. Banyak kedai yang jual barangan made in China, murah-murah dan pelbagai yang menarik .


Jangan sampai terbeli ikat rambut yang diperbuat daripada benda haram atau kondom terpakai.  



sumber

Wajah Mesteri Kelihatan Dikawasan Kemalangan kg banggol Kedah!!



Kemalangan 7 buat kenderaan di kulim hari ini menjadi tanda tanya akan kewujudan alam ghaib .




Mesteri raut wajah perempuan di cermin tepi pemandu menjadi persoalan siapa dan mengapa wajahnya kelihatan di situ.



Menurut sumber FB kawasan itu memang keras dan selalu berlaku kemalangan maut.



Jadi berhati-hatilah ketika memandu dikawasan ini.


Sumber

KETUM Masih Dikekalkan Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor | ELAUN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PENASIHAT RM1 SEBAGAI PALSU SEBALIKNYA BERNILAI RM15 JUTA


Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1 itu cumalah 'lakonan Pakatan Rakyat' untuk memuaskan hati Ketua Umum PKR itu yang gagal mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, sepanjang Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya menyalahgunakan wang rakyat Selangor dalam usahanya menjalani kehidupan mewah sebagai Perdana Menteri yang tidak jadi.

Berstatus  Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim seringkali bercakap besar kononnya dia boleh membawa masuk pelaburan berbilion-bilion ringgit ke negeri Selangor jikalau dia menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Malangnya, sepanjang dia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dan sekalipun mendabik dada dia kenal baik semua orang di dunia ini, haram tak satu sen pun Anwar Ibrahim bawa masuk pelaburan ke Selangor selepas enam tahun menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Dan dia begitu marah apabila Faekah Hussin memansuhkan Pejabat Penasihat Ekonomi yang hanya makan duit rakyat Selangor tanpa menghasilkan keuntungan.


Dengan menggunakan 'remote control' ke atas Azmin Ali Seperti yang sudah dijangka, Anwar Ibrahim merebut kembali jawatan yang telah dimansuhkan. Sebabnya mudah, Anwar Ibrahim mahu menggunakan wang RM3.2 bilion yang telah dikumpul daripada peruntukan-peruntukan Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan oleh Khalid Ibrahim untuk rakyat Selangor.


(MANTAP IV) Dato' Razali Lebih Cerdik. Bilakah KJ Zumba Akan Mula Berkerja?


7 Oktober 2014, Kuala Lumpur, lebih 100 mahasiswa yang cenderung ke arah politik kepartian hari ini diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sebagai intern bagi memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengenal erti politik sebenar.



Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Dato' Razali Ibrahim merangkap Pengerusi MANTAP (Mahasiswa Turun Parlimen). Majlis berlangsung pada awal tengahari tadi adalah termasuk intern yang akan bertugas di bawah seliaan Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet dan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Antara yang turut hadir Timbalan Menteri, YB Datuk Halimah Sadique, Pengerusi BNBBC, YB Tan Sri Shahrir Samad, serta Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.



Perkara itu disebut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) sebaik selesai Majlis Penyerahan Peserta Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP IV) dekat Dewan Parlimen, tengahari tadi.

Menurut kenyataan sama, MANTAP IV pada tahun ini telah dianjurkan oleh Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) dengan kerjasama Biro Tata Negara (BTN) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

MANTAP IV merupakan cetusan idea Y.B. Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MANTAP IV yang juga turut hadir dalam Majlis Penyerahan Peserta Internship Mahasiswa Turun Perlimen (MANTAP) IV.




Program MANTAP telah bermula pada tahun 2011 dan kini telah memasuki siri ke-4 di mana pengambilan mahasiswa kali ini lebih dititikberatkan atas sambutan yang mengalakkan pada siri-siri MANTAP yang sebelumnya.

Antara kriteria mahasiswa yang diketengahkan pada siri MANTAP IV ialah berpengetahuan luas, mempunyai latar belakang agama yang baik, semangat patriotisme yang jitu, semangat 1 Malaysia dan juga ketahanan mental dan fizikal yang kuat.



Para peserta MANTAP IV merupakan himpunan mahasiswa yang telah berjaya dipilih melalui proses pemilihan secara online di website rasmi MANTAP IV,www.mantap4.com

Pemilihan secara terbuka ini telah berjaya mengumpulkan mahasiswa dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk penglibatan mahasiswa daripada kaum Cina dan India.

Kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk pengambil peserta MANTAP IV sebagai mentee juga membuka peluang yang baik kepada mahasiswa untuk berasa lebih dekat bersama wakil rakyat. Disamping itu, dapat menuntut ilmu dan pengalaman sebagai pelatih kepada wakil rakyat. 

Pada 28 September sehingga 3 Oktober 2014 telah dijalankan kursus MANTAP IV di Kem Bina Negara Tanjung Ryu kepada semua peserta sebagai persiapan kepada mereka sebelum menjadi pelatih kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Antara aspek yang dilatih ketika khusus ialah keadaan politik semasa, pengetahuan mengenai hubungan parlimen-perlembagaan, gerak kerja keselamatan dan struktur kepimpinan negara. Setiap modul dan latihan yang dijalani pelatih telah diselia oleh kumpulan profesional, antaranya Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz dan Dr. Kamril Juraidi.  


SURAT TERBUKA UNTUK DS NAJIB TUN RAZAK...








INI jawapan yang saya temui...

Pertama
Awak pernah jadi Perdana Menteri ? Mungkin tinggi sangat jawatan tu, awak pernah jadi ADUN or paling koman pun Ketua Kampung.... pernah ?
Pernahkah awak di belasah dengan soalan-soalan yang berupa bebanan yang berkaitan dengan amanah tanggungjawab kerja ?
Awak pernah rasa tak berada dalam keadaan nak bunuh diri kerana tekanan dari semua arah tp oleh sebab tanggungjawab atas bahu awak maka awak tetap stay dan bertahan sambil bersabar.
Awak cakap macam senang, Awak keyboard warrior bercakap memang 'gampang'..tapi awak jangan fikir semua bende nmpak mudah.
Bukan semua orang boleh berpuas hati dengan kita... begitu juga awak, awak fikir semua orang puas hati dengan awak.. awak fikir awak sempurna tak pernah buat salah...
Bila awak nak berhenti bertanyakan soalan itu ..?
Kedua

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil,  subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm) 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.