Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 31, 2016

Miss P Buka Rahsia Sulit Guan Eng


lge-kroni

Miss P atau nama sebenarnya Phang Li Koon pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Lim Guan Eng telah membuka rahsia yang selama ini cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Kemunculan’ Miss P melalui akuan bersumpahnya yang dibacakan oleh Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh (ADUN DAP Sungai Puyu) menyebabkan orang ramai mula tertanya-tanya siapa Miss P, apa kaitan dengan Phee dan apa kisah sebenar di sebalik insiden tersebut.

Kisah banglo di Jalan Pinhorn, Miss P seumpama satu ketulan ais (tip of the iceberg) yang membongkar satu gambaran besar pentadbiran Setiausaha Agung DAP, Guan Eng di Pulau Pinang.

Menurut Minda AIDC, ia juga turut membongkarkan kroni-kroni Guan Eng dan aktiviti-aktiviti bawah tanah yang cuba disembunyikan selama ini.

Akarnya di Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), di mana Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping berkuasa sebagai Presiden selama 12 tahun dan menyerahkan Datuk Seri Choot Ewe Seng pada tahun 2012, namun beliau (Kok Ping) dan Dato’ Loh Geok Beng dilantik sebagai Penasihat Eksekutif badan tersebut.

kok peng-lge
Ketua Menteri Lim Guan Eng bersama Choot Ewe Seng (Presiden PCCC) . 
 Mesyuarat bersama Kerajaan Pulau Pinang dengan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang 
(PCCC). Di belakang Ewe Seng adalah Tan Kok Ping

Miss P, pemilik banglo yang dibeli Guan Eng juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa PCCC itu.

Wanita pemilik asal banglo itu, Miss P berada di bawah kepimpinan terbaharu PCCC pimpinan Ewe Seng yang dinasihati oleh Tan Kok Ping.

Rujuk senarai terbaharu pimpinan PCCC seperti lampiran di bawah.


Pada tahun lepas, isteri Guan Eng sendiri, Betty Chew dilantik PCCC sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah badan itu, namun apabila berita itu menjadi kontroversi, Betty Chew menarik diri daripada mengangotai organisasi tersebut.


Rangkaian kroni Guan Eng

Satu-satunya isu yang paling menonjol di sebalik skandal banglo Jalan Pinhorn milik Miss P itu adalah rangkain kroni Guan Eng.

triad-lge
Tan Kok Ping, Goh Choon Lye dan Lim Guan Eng

Ia bermula dari Tan Kok Ping, Penasihat Eksekutif PCCC sendiri.

Stop The Lies mendedahkan Tan Kok Ping merupakan orang kanan kepada taikun judi Sports Toto, Vincent Tan Di Pulau Pinang.

Tan Kok Ping juga tidak asing dengan kontroversi kerana beliau juga adalah ketua kumpulan kongsi gelap bawah tanah kumpulan “Pheh” atau kumpulan kongsi gelap Merah di Pulau Pinang.

Kok Ping juga dikaitkan dengan beberapa kejadian yang dipertikaikan terutamanya yang pada tahun 2002 ketika beliau menjadi pengerusi eksekutif Magnum Corp Berhad (syarikat judi milik Vincent Tan) di mana beliau telah disoal siasat selama tiga jam oleh pihak polis di Bukit Aman berkaitan dengan surat palsu yang didakwa digunakan untuk mencapai kedudukannya dalam syarikat itu.

Kenyataan beliau direkodkan oleh pasukan B yang diketuai oleh A. Thaiveegan daripada Jabatan Jenayah Komersial Polis Persekutuan.

Apabila New Straits Times melaporkan berita itu, beliau telah menyaman akhbar itu tetapi beliau telah kalah saman itu apabila beliau gagal membuktikan kesnya terhadap NST,” lapor Stop The Lies.

Hubungan baik Kok Ping dengan Guan Eng amat rapat apabila beliau mewakili syarikat Berjaya Land (milik Vincent Tan) diluluskan membeli 57.3 ekar tanah dengan harga RM459 juta walaupun harga pasaran tanah sebenar untuk tanah Penang Turf Club (Padang Lumba Kuda Pulau Pinang) di Gergetown adalah bernilai RM1.5 billion.

Mereka berdua (Guan Eng-Kok Ping) digambarkan sangat rapat, sering kali bercakap melalui telefon dan boleh berjumpa dengan Ketua Menteri bila-bila masa tanpa perlu melalui proses temu janji.

Pada tahun 2011, masyarakat India Muslim sangat marah dengan Guan Eng dan mencabar Guan Eng untuk ‘bertumbuk’ di KOMTAR dan juga kejadian di Teluk Kumbar di mana Ketua Menteri hampir diserang oleh kemarahan masyarakat Melayu.

Apabila Kok Ping mengetahuinya melalui perbualannya dengan Guan Eng, beliau amat marah dan segera mencadangkan agar ditubuhkan skuad perlindungan persendirian khas untuk melindungi Guan Eng.

Kok Ping menawarkan sumbangan RM1 juta sebagai pembiayaan awal untuk penubuhan skuad khas itu.

Oleh itu, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan dan Guan Eng melancarkannya pada 17 September 2011.

Sudah tentu, PPS direka secara rasmi sebagai unit sukarelawan untuk memerangi jenayah kerana ia meronda di sekeliling bandar dengan jaket rasmi (berwarna unggu) mereka, menaiki motosikal dan bersenjata ‘walkie talkie’ tetapi agenda tersembunyi ialah untuk menyediakan pasukan keselamatan untuk Guan Eng di Pulau Pinang.

Ahli-ahli skuad PPS juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan semua anggota exco kerajaan negeri. Mereka (PPS) diletakkan di bawah seliaan ahli exco Phee Boon Poh,”lapornya lagi.

pasukan-peronda-pp

Phee yang disebut oleh Stop The Lies adalah individu yang sama yang membacakan akuan bersumpah Miss P bagi membela Guan Eng dalam isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Pada tahun 2014, PPS yang dinaungi Kok Ping dan diselia oleh Phee itu menjadi kes polis apabila anggota PPS memukul individu-individu yang mengkritik pentadbiran Guan Eng.

Ong Eu Soon, seorang pencinta alam, aktivis NGO, ALIRAN telah dibelasah oleh lebih kurang 10 anggota PPS kerana mengkritik projek Terowong Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pernah mendedahkan sesetengah anggota PPS adalah bekas ahli kongsi gelap yang pernah terlibat dengan jenayah ugutan, samun, curi, membunuh tanpa niat, dadah dan kesalahan mengikut Akta Kastam.

Siasatan polis juga mendapati seorang daripada 11 lelaki itu merupakan anggota kongsi gelap dan lelaki berusia 50 tahun itu pernah ditahan menurut Ordinan Darurat,”katanya.


Taikun kongsi gelap pakai baju korporat

Loh Geok Beng adalah bekas Timbalan Presiden PCCC di bawah kepimpinan Tan Kok Ping.

Menurut Stop The Lies, sebelum ini Loh dikenali sebagai Ooi Gan @ Loh Gan.

pccc1
Tan Kok Ping (tiga dari kanan) dan Loh Geok Beng (dua dari kanan) merupakan bekas 
Presiden dan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC)

Dia (Loh) terkenal Pulau Pinang sebagai geng kongsi gelap yang dikenali sebagai geng Pheh – geng kongsi gelap sama seperti Tan Kok Ping.

Untuk masa yang panjang, Ooi Gan @ Loh Gan adalah seorang gangster menakutkan yang mampu melakukan keganasan dahsyat.

Dia terlibat dalam satu kes pembunuhan tetapi bukti tidak mencukupi untuk mendakwanya dan kerana itu dia telah ditahan di bawah Ordinan Darurat dan telah dibuang negeri di bawah Akta Penduduk Terhad,” dedahnya.

Selepas tamat tempoh buang negeri, Loh kembali semula ke Pulau Pinang pada tahun 1988 dan memulakan hidup semula sebagai kontraktor kecil yang dikenali sebagai Wah Bee Engineering Construction.

Dia juga telah menukar namanya kepada yang lebih terhormat iaitu Loh Geok Beng dan membuang dua nama alias yang berkaitan dengan sejarah gelap dan jenayahnya,”dedahnya lagi.

Loh dan Kok Ping yang menaja PPS sebagai pegawal keselamatan Guan Eng.

Bersama-sama dengan Tan Kok Ping, mereka menyediakan peruntukan awal bagi PPS – Skuad peronda di Pulau Pinang yang anggotanya sebenarnya diambil dari kumpulan-kumpulan kongsi gelap tetapi kini disahkan sebagai samseng berlesen.

Tidak hairanlah salah satu daripada pemimpin pasukan PPS telah menyerang wartawan dan didakwa serta didenda di mahkamah,” dedahnya.

Hasil hubungan baik Loh dengan Lim Kit Siang dan Guan Eng, dia telah diberi projek Kampung Buah Pala yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu.

Pada 27 Mac 2008, Lim Guan Eng mengeluarkan dokumen hak milik tanah baru di Kampung Pala kepada pemaju selepas menerima RM 2.24 juta dalam premium khas dan seterusnya pemaju yang dilantik syarikat Loh iaitu Wabina Construction and Engineering.

Penduduk Kampung Pala dihalau secara paksa tanpa pampasan yang mencukupi.”

logo-dan-tatoo-kumpulan-kongsi-gelap-di-malaysia-2013
aktiviti kongsi gelap

Red Rock Hotel

Menurut Stop The Lies, Guan Eng mula-mula dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada malam 8 Mac 2008 melalui satu mesyuarat di sebuah bilik hotel di Red Rock Hotel di Jalan Macalister, Pulau Pinang.

Red Rock Hotel adalah ibu pejabat operasi DAP secara tidak rasmi kerana di situ juga terdapat bilik perang DAP (war room) untuk PRU12 pada tahun 2008.

red-rock-hotel-george-town

Di Red Rock Hotel, Lim Guan Eng “mencalonkan” dirinya sendiri sebagai Ketua Menteri baharu Pulau Pinang dan yang bodoh adalah Chow Kon Yeow, pemimpin paling kanan DAP Pulau Pinang yang tidak bersedia dengan kejutan itu apabila beliau tidak boleh menyuarakan apa-apa bantahan kepada Lim Guan Eng yang telah merampas jawatan yang sepatutnya menjadi miliknya.”

Hotel Red Rock Hotel dimiliki oleh kroni Guan Eng iaitu dua orang gangster tempatan, yang bernama Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng yang berkongsi perniagaan dalam syarikat Red Rock Construction Sdn Bhd.

Mereka (Lam Peng dan Nam Seng) adalah daripada kumpulan kongsi gelap “Hung Mun” – bermaksud “Pintu Merah” dalam bahasa Cina, semua ini diambil daripada pengaruh Maharaja Ming dari negara China.

Mereka telah melakukan pelbagai perkara melalui penubuhan syarikat-syarikat Red Rock Group- yang mengendalikan aktiviti dadah, penyeludupan, perjudian, ‘bookies’, samseng, peras ugut, pelacuran, maksiat, pinjaman ah long, pengubahan wang haram dan kini telibat dalam membangunkan hartanah.

Lelaki ini, Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng, yang memiliki Red Rock Hotel juga menganjurkan disko dan pusat hiburan besar di Jalan Abu Sittee di mana muzik pusat hiburan itu berdenyut dari lewat malam ke awal pagi.

Mereka juga merupakan pembekal pil ‘Ecstasy’ dan ‘Ketamin’ atau juga dikenali sebagai pil ‘Happy 5’ untuk mereka yang mahukan suasana “feng tau” (suasana disko) dan kegilaan dalam minuman keras mereka.

Kemudian terdapat wanita-wanita, PRO-PRO dan pelacur yang mudah didapati untuk pelanggan-pelanggan mereka, di Red Rock Hotel, terdapat bilik tertentu disediakan untuk penginapan secara “jam” yang berguna untuk kegiatan maksiat itu.”

lge-girls

lge-girls1

Pemaju hartanah dan pelacur

Stop The Lies turut mendedahkan tentang Low Eng Hock pemilik Ivory Properties Group Berhad, syarikat kroni Guan Eng.

Low Eng Hock mendapat gelaran Datuk dan melalui perangkapnya yang mengunakan wanita-wanita karaoke yang juga bertindak sebagai PRO (Professional atau Prostitute), pengiring sosial (escort) dan pelacur.

Dia (Low) memiliki maklumat sulit yang tebal daripada ramai pemimpin DAP dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dari Lim Guan Eng, Phee Boon Hock, Lim Hock Seng, Ng Wei Aik, Jeff Ooi dan lain-lain semua dalam rekod sulit (aktiviti gelap) itu.

Low tahu siapa ahli politik yang telah mengadakan hubungan sulit dengan wanita-wanita karaoke di bawah bayarannya – yang telah menyimpan wanita-wanita itu sebagai perempuan-perempuan simpanan mereka.

Sesetengah daripada mereka telah dirakam dalam bentuk video, dan rakaman gambar-gambar, semuanya boleh dijadikan bukti berguna kepada Low suatu hari nanti..

Ini adalah senjata pemusnah besar-besaran kepada Low terhadap kerajaan DAP negeri dan dia akan menggunakan senjata itu untuk memeras ugut supaya ahli-ahli politik dapat dikekang dan memastikan keputusan dibuat memihak kepadanya.

Sebab itulah dia telah mendapat hartanah di Bayan Bay dengan harga murah dan menjadikan dia sebagai seorang jutawan untuk syarikatnya Ivory Properties serta duit poket peribadi sendiri – sudah tentu, sesetengah wang itu akan dimasukkan ke akaun bank rahsia Lim Guan Eng di Hong Kong dan Taiwan.”

lge mers
empayar kroni lge


Wednesday, March 30, 2016

Parol, Pengampunan DiRaja Untuk Anwar, Nurul Izzah & Rafizi Saling Bercanggah

Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah hari ini menegaskan keluarganya sama sekali tidak akan memohon perintah parol untuk Anwar Ibrahim kerana percaya bekas Ketua Pembangkang itu tidak bersalah.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata keluarganya hanya akan memfokuskan usaha untuk mendapatkan Pengampunan DiRaja berbanding parol kerana baginya parol menunjukkan Anwar bersalah dalam kes liwat.

“Kes kita jelas, beliau (Anwar) tidak bersalah. Memang ada permohonan (Pengampunan DiRaja) dibuat ekoran kegagalan mahkamah mempertahankan keadilan," kata Nurul Izzah dipetik dari portal FreeMalaysiaToday hari ini.

Maksudnya Nurul Izzah percaya dengan cara memohon Pengampunan DiRaja bermaksud Anwar bukannya seorang pesalah liwat sebaliknya yang berlaku ialah salahguna proses mahkamah.

Masih juga dia nak pertikai keputusan Mahkamah yang sudah mengesahkan bapanya adalah seorang peliwat dan telah bersalah meliwat pembantu peribadinya sendiri, Saiful Bukhari.

Itu biasa, jarang ada anak yang nak mengaku kesalahan ayahnya walaupun segala bukti terbentang depan mata.

Isu parol ini timbul ada kaitan dengan pembebasan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang sejak semalam menjalani perintah parol di kediamannya sendiri.

Sistem parol ini bukan benda baru, sejak 2008 sudah 11,897 orang selesai menjalani perintah parol.

Bermula 30 Mac (hari ini) pula, seramai 543 orang termasuk Dr Khir sedang menjalani perintah parol untuk menghabiskan baki hukuman penjara.

Berbalik pada isu Nurul Izzah tolak parol untuk Anwar, itu hak dialah. Dah anak sendiri kata begitu, terimalah hakikat Anwar kena merengkoklah sampai kering dalam penjara kalau Pengampunan DiRaja pun ditakdirkan gagal kelak.

Soal Nurul Izzah nak cuba sekali lagi mohon Pengampunan DiRaja, kita alu-alukan, itu hak dia untuk mencuba tapi sebelum itu cuba imbas semula apa kata seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Rafizi Ramli dalam isu Pengampunan DiRaja.

“Anwar tidak akan mengemukakan permohonan Pengampunan Diraja kerana Anwar tidak bersalah,” itu kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 23 Februari 2015, juga dipetik dari portal FreeMalaysiaToday.

Maksud Rafizi, kalau Anwar atau keluarganya mohon juga Pengampunan DiRaja itu bermakna Anwar memang melakukan kesalahan meliwat.

Nurul Izzah kata mohon parol membuktikan Anwar bersalah sebab itu lebih yakin dengan Pengampunan DiRaja tapi sebaliknya Rafizi pula kata mohon Pengampunan DiRaja bermaksud Anwar mengakui kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Dua Naib Presiden PKR saling bercanggah satu sama lain, jenuhlah Anwar termenung dalam penjara tepuk dahi sendiri menengokkan kecelaruan dalam barisan kepimpinan PKR yang macam anak ayam kehilangan ibu, memang kering dalam penjaralah gamaknya dia.

Tapi tak tahulah kalau Anwar sebenarnya seronok duduk dalam penjara dari memikirkan kecelaruan dalam PKR. Maklumlah dapat layanan VIP khabarnya, cukup teristimewa banding banduan lain.

Apapun, persoalan sekarang kenyataan siapa yang para penyokong PKR nak ikut jadikan pedoman? Nurul Izzah atau Rafizi, atau kedua-duanya tak boleh dipakai? Tepuk kepala tanya akal sendiri.

Jika Petik Dari Sumber Tipu, Siapa Yang Nak Percaya?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah marah pada majoriti warga UMNO yang tampil bersuara kecewa dan mengecam tindakannya mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kata Mahathir, kerana UMNO kini 'pekak', 'bisu' dan 'buta', maka beliau mengambil keputusan untuk keluar parti dan sanggup bersama DAP yang beliau 'ludah' dulu. Jika syaitan pun mahu Najib dijatuhkan, mungkin Mahathir sanggup bersama syaitan agaknya?

Pada pandangan penulis, UMNO sejak dari lahirnya dulu tidak pernah 'pekak', 'bisu' atau 'buta' hinggalah kini. Jika UMNO itu seperti yang didakwa Mahathir, sudah pasti Allah akan jatuhkan UMNO dan gantikan dengan parti lain.

Apa yang ada dalam UMNO ialah budi bahasa, adab dan sopan, bersesuaian dengan budaya Melayu yang tebal dalam diri seluruh warga UMNO. Walaupun berselisih faham dan tidak bersetuju, budaya Melayu cukup terkenal dengan muafakat dan menyelesaikan masalah dengan cara yang halus berhemah.

Lebih utama lagi, merujuk pada cara menegur yang dianjurkan Rasulullah SAW dan berdasarkan Al-Quran, teguran yang dibuat itu perlulah dilakukan dengan cara yang sabar, bijaksana dan berhemah. Jika menegur isteri, tidak sama caranya menegur anak.

UMNO tidak pekak di zaman Najib kerana UMNO tahu apa yang diperkatakan Mahathir terhadap Presidennya. Parti kami juga tidak buta kerana ia melihat apa yang dilakukan Mahahthir terhadapnya, dan UMNO juga tidak pekak kerana ia tahu bahawa Mahathir kini bukan lagi ahlinya.

Mungkin pada pandangan Mahathir, UMNO itu 'cacat' kerana tidak mengikut kehendak dan perancangannya. Kerana enggan mengikut 'skrip' dan 'plot' yang beliau sediakan sebelum meletak jawatan dulu, maka mungkin itulah yang mencetus kemarahan Mahathir.

Mahathir dulu mencatur supaya Pak Lah menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Caturnya, beliau hanya mahu Pak Lah menjadi Perdana Menteri selama sepenggal dan jawatan itu perlu diberi pada Najib. Oleh kerana Pak Lah enggan, maka Mahathir 'mengamuk' jatuhkan Pak Lah.

Setelah Najib naik menjadi Perdana Menteri, tiba-tiba pula anak Mahathir gagal meraih sebarang jawatan utama dalam kepimpinan UMNO Pusat. Bertanding Naib Presiden pun kalah. Mungkin ketika itulah Mahathir mula risau tentang 'skrip' dan 'plot'nya yang terganggu.

Mungkin disaat ini, Mahathir menjangkakan Mukhriz menjadi Naib Presiden, dan pada pemilihan agung UMNO nanti maka Mukhriz akan merebut jawatan Timbalan Presiden di bawah Najib.

Namun mungkin memandangkan Najib 'degil' dan tak mahu ikut 'master plan' Mahathir, maka beliau terpaksa ubah sikit 'plot'nya. Muhyiddin terpaksa dipergunakan wataknya untuk memberi 'amaran keras' kepada Najib kerana 'derhaka' pada Mahathir.

Malangnya, Muhyiddin pula diberi 'kad merah' dari kabinet, dan 'digantung perlawanan' menyebabkan beliau tidak boleh memain peranan dalam 'padang'. Apatah lagi beliau sudah diganti oleh 'pemain lain', ia mungkin membuat Mahathir hilang keruan di bangku warga emas 'stadium'...

Kini sudah hampir di peringkat klimaksnya. Rela berperanan sebagai pengkhianat parti, beliau sanggup bersekongkol dengan mereka-mereka yang pernah digelarnya sebagai 'syaitan', pernah beliau 'kurung', pernah beliau hina dan 'kahak hijaukan' di khalayak umum.

Dan Mahathir marah bila orang UMNO kecam tindakannya? Siapa yang pekak, bisu dan buta sebenarnya? Anaknya gagal menjadi ketua di Kedah, tidak pula dia 'tibai' seperti yang diucap ketika berkempen dulu, tapi beliau 'tibai' pula individu yang beri peluang pada anaknya itu?

Mahathir perlu tahu bahawa Najib bukanlah seorang 'boneka'. Seorang Presiden bukan seorang 'puppet' dan jika beliau perlu ikut telunjuk Mahathir, maka beliau boleh dianggap seorang ketua yang lemah. Mahathir mahu Presiden UMNO dilihat 'lemah' dan 'boneka'?

Kenapa marahkan UMNO yang setia pada Presiden? Mahathir menuduh Najib dengan menggunakan fakta-fakta palsu dan rekaan dari Sarawak Report, bagaimana kami hendak percaya pada tuduhan Mahathir itu?

Takkanlah kerana menolak untuk percaya pada sumber tidak benar itu layak dianggap 'pekak', 'bisu' dan 'buta'? Atau Mahathir sebenarnya yang sudah 'tuli', 'bisu' dan 'buta' kerana percaya pada tuduhan-tuduhan rekayasa itu?

Penulis mengharapkan Mahathir terimalah kekalahan kali ini dengan hati yang terbuka...

Friday, March 25, 2016

{ VIDEO } Pelbagai Cara Lim Guan Eng Cuba Kaburi Mata Rakyat





RBA cuba buat diversion kepada peristiwa yang lebih besar. Mereka telah translate SD 
Phang Li Koon dalam beberapa bahasa tetapi ramai yang tidak faham terjemahan Google translator yang digunakan.

Lim Guan Eng cuba buat 'media house tour' untuk kaburi mata dan cuba dapatkan sokongan akhbar.
Menurut snapshot2016Guan Eng’s media house tour doesn’t prove he is clean, Umno minister says - See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/guan-engs-media-house-tour-doesnt-prove-he-is-clean-umno-minister-says#sthash.skUNRkgq.dpuf


House tour hanya di living room dan bukan sekeliling rumah dan bilik pun.

Ikuti video berikut mengenai lawatan tersebut:






Rakyat tertanya-tanya, apakah tindakan Lim Guan Eng untuk 
mengaburi mata rakyat berkenaan rasuah salahguna kuasa pembelian banglo jauh lebih murah dari harga pasaran. Akhirnya perkara ini terjawab apabila beliau mengisytiharkan dua buah rumah kedai, Simpanan Tetap dan Saham Sebagai aset dalam usaha mengalihkan isu.

Lim Guan Eng Istihar Harta Untuk Alih Isu Skandal Banglo
----------------------

 
Experts: Value is in the location, not furniture

“How the house is built and furnished contributes little to the price tag,” said one valuer who has been in the business for 18 years.

Pointing out that the data on all land transactions were available to property valuers, he said the last land sale before Lim’s purchase was done at RM722.36 per sq ft compared with Lim’s deal of RM275.56 per sq ft.

“The chief minister got a valuation of 2.62 times lower than the earlier deal of a house on a plot of land half the size, nine units away,” he said.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/22/experts-value-is-in-the-location-not-furniture/ 



Guan Eng: I don’t know bungalow market value

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/03/20/guan-eng-i-dont-know-bungalow-market-value/


Ini apa?





---------------------------

Guan Eng juga tidak patut memberi alasan yang beliau konon tidak tahu-menahu bahawa tanah strategik berkenaan sudah lama diperuntukkan khas untuk PPR.  Ini kerana perkara itu ada direkodkan dalam hansard atau dokumen rasmi kenyataan ucapan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012 lalu yang malah ia disebut sendiri oleh Guan Eng.


----------------------






Baca  RPK yang mendedahkan pelbagai dokumen yang menunjukkan Guan Eng tahu hal tanah PPRT.
LIM GUAN ENG KANTOI A THIRD TIME
http://www.malaysia-today.net/lim-guan-eng-kantoi-a-third-time/

----------------------

 First you were elected as Chief Minister (CM) but now you betrayed your supporter and become:
A Cheat Minister (CM)

1. Able to buy a bungalow with very  cheap price that no one else could do so, maybe except Khir Toyo the former MB of Selangor who has been sentenced one  year in prison.

2. You said the bungalow so cheap because it has no swimming pool. How much a swimming pool cost? It just needs RM200,000 to construct a nice swimming pool. So are you telling us adding a swimming pool then your house can match the market price of RM6 million?

3. Everyone knows that the land size and location is more valuable than the house itself, so don't be so cheap to ask reporter to see how simple your house looks like to divert the attention.

4. First you said willing buying willing selling, now you said your wife (a lawyer) has pegged the price for RM2.8 million with Ms Phang many years ago. Can you get your wife to teach us how to negotiate so that owner can sell a house without increasing the price after 7 years?

5. You and your supporters are so cheap that start playing the same old tricks to divert the attention by saying other politicians are staying in a much bigger and more luxurious house. The issue now is on you, so explain and not divert the attention.

NOT only that! You also a Cheap Minister by cheating your own government using under value property to pay a low stamp duty on the transaction.

Last question. Where is Rafizi, Tony Phua, Teng Chang Kim and other machai who were so eager to go after corruption cases? Double standard? Finding a hole to hide?

This is the end of it, Cheat Minister!

What say you???

-------------------------

HAIRAN mana pergi suara-suara melayu yang persoalkan Dana UMNO tapi sunyi sepi bila Cina DAP jelas mengaku "rasuah"?



Thursday, March 24, 2016

Gadis Misteri, akaun Bersumpah Puji Guan Eng DAP dan Ambiga

Dalam perkembangan terbaru, Lim Guan Eng DAP (yang tidak tahu harga pasaran banglo sendiri) telah menuduh kononnya PAS dan Umno berganding bahu, mendesak beliau supaya bercuti sementara siasatan oleh SPRM terhadap isu pembelian banglo dan penjualan tanah Fasa 2 projek Rumah Rakyat di Taman Manggis. Guan Eng mendakwa kononnya ia 'bermotifkan politik'.



Banglo jalan Pinhorn itu No Swimming Pool dan jauh lebih murah daripada harga pasaran 

Guan Eng DAP mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa Ambiga Sreenevasan, bekas pengerusi Majlis Peguam juga telah menyarankan kepada Setiausaha Agung DAP itu untuk mempertimbangkan pilihan yang ada, termasuk mengambil cuti! 


http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/apa-salahnya-bercuti-ketika-siasatan-sprm-ambiga-saran-guan-eng#sthash.2IRMVOkB.dpuf

Untuk rekod, S Ambiga Sreenevasan merupakan salah satu peguam yang dilantik oleh kerajaan DAP di dalam kes Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai sebuah pertubuhan haram.
  

http://www.bharian.com.my/node/31767
Pada 15 Mac 2016, Lim Guan Eng DAP juga telah melantik Ambiga Sreenevasan untuk membantu kerajaan DAP dalam isu MBPP dan projek pembinaan di tanah lebih daripada 76 meter (250 kaki) di Pulau Pinang.
http://limguaneng.com/index.php/2016/03/15/prof-gurdial-singh-nijar-al-sadu-singh-and-datuk-ambiga-sreenevasan-appointed-to-assist-the-penang-state-government-and-majlis-bandaraya-pulau-pinangmbpp-to-uphold-the-appeals-board-decision-so-as/

Ironinya, pada tarikh 13 Februari 2016 sebelum perlantikan ini, Ambiga telah mengkritik dan mendedahkan isu projek tanah yang sama! Beliau mendedahkan tentang wujudnya permohonan projek pada tahun 2011 yang diluluskan oleh kerajaan DAP. Dan 
55 blok pembangunan tinggi di tanah bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan DAP pada tahun 2008 - 2015!

Skandal projek tanah bukit ini merupakan satu lagi isu integriti yang menyelubungi Setiausaha Agung DAP tetapi terlepas pandang oleh rakyat. 

Dan setelah mengkritik, Ambiga dapat pula menjadi peguam mewakili kerajaan DAP negeri? Macam mana tu?


Dan sekarang, Ambiga Sreenevasan telah menyarankan Lim Guan Eng DAP mempertimbangkan supaya Lim Guan Eng mengambil cuti. 


Persoalannya, apakah Setiausaha Agung DAP ini akan memecat bekas pengerusi Majlis Peguam itu kerana membuat kenyataan yang hampir sama dengan saranan PAS dan UMNO?


Apakah Ambiga juga telah 'berganding dengan PAS dan UMNO' dalam isu banglo dan tanah Fasa 2 Taman Manggis ini?


Kita pun sudah sedia maklum bahawa sebelum ini, Guan Eng DAP telah memecat 2 ADUN PKR daripada jawatan GLC kerajaan DAP negeri. Apakah Ambiga mangsa yang seterusnya atau kerajaan DAP takut untuk melakukannya?

Lim Guan Eng juga telah menggunakan nama Allahyarham Nik Aziz untuk mempertahankan diri sendiri. Kenyataan Guan Eng di bawah ini juga ibarat terpalik ke muka Pembangkang sendiri!
Tambahan pula, sekiranya seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri perlu bercuti setiap kali laporan rasuah dikemukakan kepada SPRM, laporan-laporan yang mengarut dan tidak berasas juga boleh dijadikan senjata politik, dan semua orang akan terpaksa bercuti.
Apakah beliau tidak tahu (selain daripada tidak tahu harga pasaran banglo dan Fasa 2 Taman Manggis) bahawa Pembangkang yang sibuk meminta PM Najib Razak untuk berehat dalam isu 1MDB?

Come on ……. Lim Guan Eng DAP.

Dalam masa yang sama, Akaun Sumpah bekas pemilik banglo Jalan Pinhorn juga telah dipertikai oleh rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang. Kita tentu hairan apakah istimewanya Miss P ini hinggakan akaun sumpah beliau disiarkan di dalam blog rasmi Lim Guan Eng DAP?


Sebelum ini, Exco kerajaan DAP negeri yang membuat sidang akhbar dan seperti menjadi wakil kepada Miss P, bekas pemilik banglo No Swimming Pool itu. 



Apakah istimewanya Miss P hinggakan kerajaan DAP negeri yang menjadi wakil beliau?

Akuan Sumpah Miss P ini juga telah mendatangkan keraguan.
Saya tidak faham mengapa perjanjian saya untuk menjual rumah kepada KM telah dibesar-besarkan sehingga menjadi isu nasional sedangkan saya tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri.
Kita pun tidak faham kenapa Miss P sanggup rugi jutaan ringgit kerana menjual banglo beliau jauh daripada harga pasaran. Dan Miss P juga mengaku 'tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri'. Tetapi apabila kita rujuk web milik kerajaan negeri iaitu InvestPenang, nama dan syarikat Miss P tersenarai di dalamnya. 


Miss P juga gagal untuk menjelaskan kaitan beliau dengan seorang lagi pemilik syarikat yang juga mempunyai saham di dalam KLIDC.

Satu laporan polis telah dibuat tentang Akaun Sumpah yang meragukan ini. 


Nampaknya, isu banglo Terlajak Murah diMiliki Lim Guan Eng dan tanah Fasa 2 Taman Manggis ini menjadi semakin panas. 

Ianya menimbulkan pelbagai keraguan yang mempertikaikan integriti dan nilai C.A.T yang selama ini dilaung-laungkan oleh kroni tegar Lim Kit Siang DAP itu. Setiausaha Agung DAP disarankan untuk menjawab segala keraguan ini.


GUAN ENG , SPRM, VIDEO PENDEDAHAN TERBARU BANGLO & TAMAN MANGGIS !


LimGuan Eng DAP in hot soup! Dalam perkembangan terbaru, dua laporan telah dikemukakan kepada pihak SPRM Pulau Pinang tentang isu tanah Fasa 2 Taman Manggis dan juga banglo diskaun no swimming pool.


Laporan itu dibuat oleh Pemuda dan Wanita UMNO Pulau Pinang hari ini.

Dalam masa yang sama, kita telah menyaksikan wayang ahli-ahli parlimen DAP yang sengaja membuat provokasi di dalam dewan parlimen. Walau pun tuan speaker dewan telah membuat keputusannya, tetapi Lim Guan Eng dan ahli-ahli parlimen DAP yang lain berterusan menyampuk hinggakan tuan speaker terpaksa menghalau Lim Guan Eng DAP. Manakala ahli-ahli dewan DAP yang lain turut beredar keluar daripada dewan.

Rakyat nampak wayang ini dan kita dapat mengagak bahawa mereka ini gentar dengan pendedahan yang bakal dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DS Abdul Rahman Dahlan selepas itu.

Dan memang benar, Rahman Dahlan telah mendedahkan 2 dokumen Perjanjian Jual Beli (S & P) berkaitan tanah Fasa 2 projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang.
Rupa-rupanya tanah tersebut yang dimiliki sebuah syarikat swasta KLIDC cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta! 

Lihat video di bawah:





Rahman Dahlan akan menyerahkan dokumen ini kepada pihak SPRM untuk disiasat. Beliau juga berkata bahawa dokumen itu turut menyatakan satu pembayaran RM17 juta yang perlu dibayar kepada 4 syarikat yang lain!

Apakah nama 4 syarikat yang terlibat ini? Apakah ada satu lagi skandal di dalam skandal yang sedia ada?

Kita tunggu dan lihat.

Lihat juga video di bawah ini:



Sebelum ini Lim Guan Eng DAP dikritik hebat kerana 'tidak tahu' tanah kontroversi di Taman Manggis itu adalah untuk projek perumahan rakyat. Padahal, isu tanah ini telah dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, jawapan Lim Guan Eng yang tidak tahu harga pasaran banglo No Swimming Pool milik beliau juga telah dikritik hebat.

Beliau adalah Ketua Menteri, pengerusi hal ehwal tanah negeri dan akuntan bertauliah. Malah, Lim Guan Eng DAP juga memiliki 2 hartanah di Melaka seperti yang MiM dedahkan sebelum ini. Apakah Lim Guan Eng 'tidak tahu' atau 'ingin tahu' harga pasaran 2 hartanah itu ketika beliau membelinya?


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.