Mahathir
ada bersamakah dalam bilik perbincangan di White House semasa Datuk Seri Najib
dan Presiden Trump bincang mengenai pembelian Boeing?
Tiada,
tapi tahu semuanya. Bila duit hilang sampai RM32 billion di Bank Negara,
Mahathir kata “tidak tahu”. Macai macai Mahathir gunakan hujah Mahathir memang
tidak tahu kerana tiada dalam bilik urusniaga mata wang pada ketika itu.
Bila
MAS beli Boeing, macam macam cerita yang keluar dan tuduhan dibuat pembangkang.
Mahathir dan pembangkang tahu serba serbi, biarpun mereka tidak berada sama pun
dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu.
“Adakah
ia keputusan membeli 58 kapal terbang Boeing itu dibuat MAS atau keputusan
peribadi Najib sebagai habuan untuk peluang bergambar dengan Trump?”,tuduh
Mahathir dalam Malaysiakini, 25 September 2017.
Kalau
hendak bergambar, Najib dan Trump sudah jumpa beberapa kali sebelum ini,
termasuklah ketika di Arab Saudi. Malah Trump anggap Najib sahabatnya, beri
layanan yang istimewa melebihi protokol biasa.
Tuduhan
Mahathir ini jelas mengarut sama sekali. Pembelian Boeing dirancang sejak
November 2016 lagi. MAS sudah umum lama dah mahu beli 25 lagi pesawat untuk
menggantikan 15 pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat
bagi menjana keuntungan buat syarikat.
Mahathir
pusing dan putar habis kenyataan Datuk Seri Najib semata mata bertujuan hendak
bagi rakyat marah.
“Semalam
saya baca berita di Turkish Online bahawa kerajaan Turki membeli 40 buah
pesawat Boeing bagi meningkatkan industri penerbangan negara tersebut, tapi
malangnya kenyataan saya tetap diputar-belit oleh pembangkang,” kata Datuk Seri
Najib.
Mengapa
perlu beli yang baru? Ini kerana, banyak kapal terbang MAS yang sedia ada
bukanlah milik MAS, tetapi menggunakan cara “aircraft leasing”.
Cuba
tanya Mahathir siapa yang lingkupkan MAS pada tahun 1994? Masa Mahathir jadi
Perdana Menteri. Mesti Mahathir kata “tidak tahu”.
MAS
alami kerugian teruk melalui dasar penswastaan Mahathir sehingga dibail-out dan
dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001.
Untuk
memulihkan MAS, suatu pengstrukturan yang dipanggil “Wide Asset Unbundling”
(WAU) dijalankan pada tahun 2002.
Pindahkan
aset-aset kapal terbang bernilai RM4 bilion dan liabiliti MAS sejumlah RM7
bilion kepada suatu syarikat yang bernama Penerbangan Malaysia Berhad (PMB)
yang dimiliki oleh Khazanah.
PMB
yang memiliki kapal terbang MAS. Kemudian PMB pajak semula pesawat kepada MAS
dengan konsep “leasing”.
Sehingga
kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus
mereka juga dipajak dari syarikat-syarikat “aircraft leasing”.
Tempoh
pajakan Airbus MAS juga akan tamat tidak lama lagi dan amat perlu bagi MAS
untuk mengganti pesawat-pesawat itu dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo.
Mahathir
yang menjadikan model MAS sebagai “aset-light” dengan menggunakan konsep
“aircraft leasing”.
Tetapi
kini, Mahathir dan orang-orangnya mempersoalkan mengapa MAS hendak pajak
pesawat pesawat ini dan bukan milik MAS sepenuhnya.
Masa
zaman Mahathir dulu, itulah cara yang Mahathir gunakan. Pajak pesawat. Macam
mana hari ini, orang orang Mahathir boleh jadi mudah lupa dan serba “tidak
tahu”?
Konsep
pajakan pesawat ini bukan satu perniagaan yang pelik dan luar biasa. Semua
syarikat penerbangan dunia guna kaedah “aircraft leasing” ini.
Pesawat-pesawat
AirAsia juga dimiliki oleh syarikat “aircraft leasing” bernama Asia Aviation
Capital Limited. AirAsia guna konsep yang sama macam yang dibuat oleh MAS.
Mahathir
dan pembangkang turut buat persepsi bahawa mana laluan baru pesawat baru Boeing
hendak pergi. Laluan baru sebenarnya bukan lagi isu.
Pengarah
Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew sudah
menjawab. Pesawat Boeing yang baru dan berangka besar penting dalam
mengembalikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium dan
menawarkan produk lima bintang.
“Jarak
luar biasa 787-9 akan membolehkan kami beroperasi ke mana-mana destinasi di
Eropah dan beberapa destinsi di US pada masa depan dari Kuala Lumpur” kata
Peter Bellew.
Malah
Boeing sendiri sudah tawarkan lorong terbaik di dunia buat MAS. Pembangkang
tidak ada masa persefahaman antara Boeing dan MAS ini dimetrai, mereka hanya
main tuduh sahaja.
“Boeing
menawarkan pesawat berangka besar dan satu lorong terbaik di dunia, dan kami
gembira Malaysia Airlines terus memberikan kepercayaan dan keyakinan ke atas
Boeing menerusi MoU untuk 16 kapal terbang Boeing ini,” kata Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif, Boeing Commercial Airplanes, Kevin McAllister.
Hanya
dengan membaca laporan sebuah portal, Mahathir tahu serba serbi pasal pembelian
Boeing oleh MAS ini. Macam mana Mahathir tahu serba serbi pasal hutang 1MDB
melalui WSJ dan Sarawak Report. Bila 1MDB selesai bayar hutang, Mahathir boleh
pula buat tidak tahu.
6
Julai 2006, Tan Sri Tajuddin Ramli dedahkan di mahkamah, beliau diarah oleh
Mahathir dan Daim untuk beli saham MAS yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia
bagi membantu sebahagian kerugian kerugian uruniaga forex yang kini terbukti
berjumlah RM32.5 bilion.
Jadi,
Mahathir tidak usahlah pertikai apa yang MAS lakukan sekarang. Yang hilang
sampai RM32 billion dulu masa dia jadi PM pun tidak tahu. Masa jadi Pengerusi
Pakatan Harapan boleh pula tahu semua benda. Ini amat melucukan.
No comments :
Post a Comment