Saturday, May 31, 2014

[ VIDEO ]Budak Perempuan Di Bunuh Kejam | KEPALANYA TERCERAI DARIPADA TUBUH

Dari Blog Mazidul




[ Anak gelandangan ]

Ramai telah membaca kisah kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 6 bulan, mati putus kepala di tepi Sungai Kelang, berhampiran Stesyen KTM Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.

Bahagian belakang kepala mangsa didapati pecah akibat hentakan kuat dalam kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam, 29 Mei 2014. Mangsa ditemui tertiarap dan berpakaian lengkap.

Ibu mangsa berusia 32 tahun, penganggur dan hidup bergelandangan di ibu kota. Pada jam 3 petang, anak kecil itu ditinggalkan ibunya di tingkat 4, Kompleks Kota Raya bersama rakan segelandangan sebelum masuk ke tandas.

Mangsa kemudian didapati hilang.


Hasil maklumat disalurkan oleh orang awam, suspek dipercayai warga asing, berbangsa India dilihat mendukung kanak-kanak menyusuri tebing Sungai Klang. Suspek juga merebahkan mangsa dan kemudian menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak terbabit.

Dikejar oleh orang ramai, suspek terjun ke sungai berhampiran. Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, dia mungkin mati lemas.



Gerakan mencari suspek dilakukan oleh Jabatan Bomba dan penyelamat, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur.

Serpihan seramik dan sepasang selipar milik suspek ditemui di lokasi kejadian.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mayat mangsa dihantar ke HUKM untuk dibedah siasat.

Menurut polis, motif kejadian masih lagi disiasat.




Kawasan kira-kira 50 meter dari pusat membeli-belah, Kota Raya, lokasi kelompok gelandangan tidur pada waktu malam.


Antara mereka anak warga Rohingya. 


Saya pernah menemui sebilangan daripada gelandangan terbabit pada November 2011.

Klik di sini.




TENTERA THAILAND AKUI SEMANGAT RASIS MAMPU SELAMATKAN NEGARA DARI KEHANCORAN IDE DEMOKRASI MELAMPAU.



Thailand dah bergolak sejak 10 tahun yang lalu. tempoh pergolakan ini antara yang paling menghancurkan thailand jika dibandingkan  60 tahun yang lalu..

Asas cerita pergolakan thailand ini mudah. antara isunya bermula dengan protes rakyat terhadap thaksin yang membenarkan temasek holdings dari singapura menguasai syarikat telekomunikasi terbesar thailand.

Kata protestan, syarikat milik negara harus di safe guard dan dimiliki  oleh rakyat sendiri, bukannya pemilik luar.

Kata umat islam pula, pergolakan thailand yang huru hara sejak 10 tahun lalu adalah siri pembalasan tuhan terhadap thaksin yang membunuh ratusan umat islam di thakbai.

Sebelum itu, thailand adalah negara penuh menjunjung demokrasi dan hak asasi.

Seks itu halal diperdagangkan.
LGBT itu halal diperdagangkan.

Cita-cita ini sama sepertimana yang pakatan mahu ia berlaku di malaysia.

Langit terbuka dan pemikiran akal itu lebih tinggi dari hukum tuhan, maka bala lah yang bakal menimpa.

lepas kuning demo, merah boikot. lepas merah demo, kuning pulak boikot.

Sampai mati-mati lah dorang bersilih ganti..

PENING DENGAN HURU HARA DEMOKRASI MELAMPAU, PANGLIMA ANGKATAN TENTERA THAILAND PRAYUTH CHAND OCHA AMBIL KEPUTUSAN MELAKUKAN KUDETA.

Tadi jurus panglima keluarkan kenyataan.

Kami nak selamatkan thailand dari demokrasi yang terlalu melampau.

Kami taknak perang saudara berlaku di antara rakyat thailand..

Kami taknak thailand mengulangi silap perang saudara di iraq,mesir dan syria.

Hahahahaha... akhirnya pendekatan rasis dan semangat bangsa jugalah dijadikan alasan untuk menghentikan kerosakan yang demokrasi fatwakan.. 


KJ Pejuang Kesamarataan - Pernah Menentang Keras DEB Dan Hak Melayu !

Saya dah lama simpan artikel ini, tiba2 terpanggil nak siarkan. Ia adalah terjemahan saya dari artikel karya Tan Sri Sanusi, November tahun lepas. Artikel panjang ..... saya cuma ambil bahagian yang berkaitan dengan Budak2 Tingkat 4.
Kenapa masih cerita hal Budak2 Tingkat 4 ? Bukankah itu cerita lama yang sudah terkubur dengan berlalunya era Pak Lah ?
Kerana budak2 Tingkat 4 dulu itu masih aktif dan telah menjadi semakin berpengaruh dalam era Najib kini

WHO ARE THE 4TH FLOOR BOYS 
36. When I was still in the government and active in UMNO there was a time when the leadership was concerned with the activities of a student organization in the United Kingdom called the International Malaysia Forum (IMF). This organization was against the New Economic Policy and was attacking the social contract in the Constitution. The members of this forum comprise mostly of non-government scholarship students, of all races, and children of well-off Malay businessmen or civil servants, including children of those parents who occupied their positions because of the Malay privileges provided in the constitution, which the children are against

Ketika saya masih berkhidmat dengan kerajaan dan aktif di dalam Umno, ada satu ketika bilamana kepimpinan berasa risau dengan aktiviti sebuah persatuan pelajar di UK bernama International Malaysia Forum ( IMF ).

Persatuan ini menentang dasar2 DEB dan mengkritik Kontrek Sosial sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.


Persatuan ini dianggotai oleh rata2 pelajar bukan tajaan kerajaan, terdiri dari pelbagai kaum termasuk anak2 Melayu yang kaya (tanpa menyedari kekayaan ibubapa mereka adalah hasil dasar2 keistimewaan Hak Melayu yang mereka tentang )



36. As the UMNO Kelab of the United Kingdom and Eire, at that time, has turned out to be more of a social organization and non-responsive to the above political situation it was thought that a new student organization need to exist from among the government scholarship holders who are grateful for the privilege of getting the scholarships. Thus was born the UKEC or the United Kingdom Executive Council. 

Waktu itu sudah pun wujud Kelab Umno UK tapi ia lebih berbentuk persatuan sosial dan tidak perihatin dengan perkembangan politik tanahair, maka dirasakan perlu ditubuhkan satu lagi persatuan dikalangan pelajar2 tajaan kerajaan yang berasa terhutang budi diatas biasiswa yang mereka terima. Maka lahirlah UKEC atau United Kingdom Executive Council ( bagi mengimbangi pengaruh IMF yang semakin vokal dan berpengaruh dalam agenda Liberal mereka ).

They were at that time the defenders of the NEP and the Constitution. They were for the 'Affirmative Actions' to correct the economic and social imbalances in a multi-racial Malaysia.

Ketika itu UKEC merupakan pejuang yang mempertahankan DEB dan Perlembagaan Negara, dan memperjuangkan dasar2 DEB yang bertujuan kearah keadilan sosial ekonomi rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Siapakah peneraju utama perjuangan Liberal IMF yang begitu lantang menentang Hak KeIstimewaan Melayu ? 



Tidak lain dan tidak bukan - Khairy Jamaluddin ( Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia ketika ini ), Omar Mustapha Ong ( Pengarah Petronas dan Penasihat Najib ), Ganen Sarvananthan ( sekarang di Khazanah ) dan Zaki Zahid ( bekas ketua Tingkat 4 dan kini Pengarah KFC Holdings ). 

40. On the IMF (International Malaysia Forum) side was Khairy Jamaluddin (KJ) the current Minister of Youth, Omar Mustapha Ong (now PETRONAS Director and Najib's adviser), Ganen Sarvananthan (now in Khazanah) and Zaki Zahid (the former 4th Floor chief and now Managing Director of KFC Holdings Malaysia Bhd.. ). When Anwar Ibrahim was removed from the government, and expelled from UMNO, he became an ally to this forum.



Ketika Anwar Ibrahim disingkirkan dari kerajaan, beliau menjadi rapat dengan persatuan IMF ini.

Sejak penubuhan UKEC, pengaruh IMF menjadi luntur. Namun sinar perjuangan Liberal IMF kembali menyinar bila Pak Lah mengambilalih kerajaan dan susulan perkahwinan KJ dengan anak PM Pak Lah. Mereka yang anti DEB dan dasar2 Hak Istimewa Melayu ini telah diserap kedalam kerajaan dan menjadi penasihat kepada Perdana Menteri
.

42. However, with Tun Abdullah Ahmad Badawi taking over the government and the subsequent marriage of KJ to the Prime Minister's daughter, the table was turned, and the anti NEP, Social Contract and 'Affirmative Action' members of forum became part of the establishment and becoming the advisors to the Prime Minister

Perkembangan ini amat mengecewakan ahli2 UKEC sehingga memaksa beberapa ahlinya menyertai PKR hanya kerana mahu menentang bekas2 ahli IMF ( yang telah bersama kerajaan ). 

Menarik ni -
Rafizi Ramli pernah menjadi Presiden UKEC yang kedua dan tidak hairanlah beliau turut mengikut jejak bekas Presiden UKEC yang pertama menyertai PKR, beliau kini menjadi Pengarah Strategik PKR sedangkan selaku Presiden UKEC dulu, beliau seharusnya telah menyertai BN/Umno .... gara2 penguasaan Tingkat 4 oleh budak2 IMF. 

44. Rafizi Ramli  who is the current PKR MP for Pandan in Wilayah Persekutuan, succeeded Helmy Nyak Yusof as President of UKEC. Knowing Ben it is not difficult therefore to see Rafizi, following in the footsteps of Ben, is now head of strategy for PKR when as the leader of UKEC, he would have been in BN had the 4th Floor boys not been there. A number of UKEC activists, being government scholarship holders, have left for overseas as the unfriendly IMF boys are now everywhere in the government. 

Apakah alumni IMF masih mempertikaikan DEB dan Kontrek Sosial kini mereka berada dalam kerajaan ?

Amat jelas dek kerana pengaruh barat dan kurangnya pengetahuan sejarah bangsa dan tanahair, budak2 Tingkat 4 ini telah mempengaruhi cara pentadbiran Pak Lah dan kesannya adalah pencapaian teruk BN dalam PRU12 tahun 2008.


Antara contoh pengaruh kumpulan anti DEB ini adalah dalam isu pemberian biasiswa kerajaan kepada anak2 Melayu. Mereka didalam IMF amat menentang keIstimewaan ini dan menganggapnya sebagai satu polisi yang amat tidak adil kepada bangsa lain. Perlahan2 mereka mempengaruhi pemikiran kepimpinan Umno untuk turut sama tercemar dengan keLiberal mereka.


Berdepan dengan tekanan dari populariti Anwar yang menjanjikan kesamarataan, kerajaan telah bertindak mencairkan hak keIsitmewaan Melayu ke atas biasiswa kerajaan, kononnya bagi memperbetulkan ketidakadilan yang wujud.


Ini menjadi antara sebab utama pengundi Melayu menolak BN tahun 2008.



46. A good example is the allocation of government scholarships to Bumiputras. This allocation was one of the subjects of criticism against the NEP by the forum members. It is considered as a great injustice. Of course the raw students were unaware of the reasons for this corrective or affirmative action. Continuous self indoctrination of this supposedly glaring injustice became an obsession to the raw students and eventually influenced the leadership of UMNO to doubt itself.

47. Pressured by the increasing popularity of the PKR advisor for promising to correct this injustice the government then, in trying to deprive the PKR of gaining greater influence, on the issue, decided to supposedly put this injustice right. This is of course a short-sighted political decision which became a major reason for the Malay voters rejecting BN in the 2008 General Election, without actually making any gains in the non-Malay support. 


48. The non-Malays were more obsessed with corruption and nepotism within the government. These two issues appear to them to be more important than other issues especially when they know that they have been enjoying the scholarships provided to them by the private sector which does not provide to the Malays. The Chinese know that they do not have any obstacle in getting their children educated though they are skeptical of the type of education that they get. 

49. The government scholarships concession was however a welcome bonus to them without them having to ask for it. But because of the image of corruption and nepotism they continued to vote against BN.

50. It is not the elderly Chinese who need to be explained that what appears to be an imbalance of allocation between Bumiputras and non-Bumiputras is actually an attempt to correct the overall imbalance of allocations of scholarships caused by the non-Bumiputra private sectors not providng scholarships to Bumiputras. It is the young Bumiputras who need to be educated on the subject; especially on the New Economic Policy and the necessity for the Affirmative Actions being undertaken to correct the potentially dangerous inter-racial imbalances.



Artikel asal - KLiK.

Apakah KJ masih meraikan pemikiran Liberal yang begitu kuat beliau perjuangkan waktu zaman sekolah di UK dulu ?


Sebelum anda jawab, ingatkan kembali saranan KJ waktu mencadangkan Kontrek Sosial di Kaji Semula..... baru tahun lepas diutarakannya
-

Mengulas lanjut mengenai cadangan itu, Khairy kemudian memberitahu pemberita bahawa semasa kontrak sosial digubal pada tahun 50-an, sudah ada persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India, namun persefahaman itu sudah berbeza pada masa kini.

"Saya cadangkan supaya kita melihat semula kepada kontrak sosial, bukan dari segi kita nak buang apa yang ada, tetapi kita cari persefahaman yang baharu sebab kita lihat kita terlalu banyak isu, isu sensitif, isu melibatkan agama, melibatkan kaum yang menimbulkan banyak masalah," katanya.

Beliau berkata satu majlis rundingan melibatkan semua bangsa perlu diadakan bagi membincangkan usaha untuk memperbaharui semangat kontrak sosial tersebut.


"Bukan saya katakan lupakan yang lama, tetapi kita perlu ada satu komitmen baharu. Macam mana kita nak meningkatkan lagi perpaduan, macam mana kita boleh buat perubahan yang radikal pada sistem pendidikan untuk memupuk integrasi dan perpaduan," katanya. -  
KLiK.



Begitu juga kelembutan yang KJ tunjukkan kepada bukan Melayu tiapkali timbul isu Melayu vs Bukan Melayu .... yang menjadi sasaran kritikan KJ selalunya adalah orang Melayu. 

Seterusnya di sini

Rayer Celaka - Tahniah, Polis Sudah Bertindak.



Najib sudah marah !


Polis pun sudah bertindak !



TAHNIAH ! !

 Maka Malaysia pun aman semula ....... 




10 Tabiat Buruk Lelaki Yang Menggelikan Wanita

Kebiasaannya sifat malu seorang lelaki adalah kurang jika dibandingkan dengan wanita. Mungkin ada sesetengah tabiat yang dirasakan normal oleh seseorang lelaki, tetapi ia menggelikan wanita apabila melihatnya. Antara tabiat lelaki yang kurang menyenangkan wanita adalah..

10 Tabiat Buruk Lelaki Yang Menggelikan Wanita
10 Tabiat Buruk Lelaki Yang Menggelikan Wanita 10 Tabiat Buruk Lelaki Yang Menggelikan Wanita


(1) Kuku yang panjang- Ada sesetengah lelaki yang gemar untuk menyimpan kuku yang panjang. Tujuan mereka berbuat sedemikian tidak dapat dikenalpasti. Tetapi tabiat seperti ini menggelikan seorang wanita apabila mereka melihatnya.

(2) Bulu yang tidak ditempat sepatutnya- Mungkin lelaki terlalu malas untuk menjaga penampilan mereka. Tetapi janganlah disebabkan kemalasan itu membiarkan bulu hidung tumbuh dengan bebasnya. Tabiat ini merupakan perkara paling menggelikan wanita.

(3) Nafas berbau- Ada sesetengah lelaki tidak mengambil berat mengenai masalah nafas berbau. Mereka hanya membiarkannya sahaja. Tabiat seperti ini harus ditinggalkan dan sepatutnya mereka berusaha untuk mengatasi masalah nafas berbau kerana ia amat tidak menyenangkan bukan sahaja terhadap wanita, tetapi kepada orang yang mendengar percakapan anda juga.

(4) Masalah bau badan- Ada sesetengah lelaki mempunyai masalah ini terutamanya mereka yang berbadan agak besar. Cuba mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya kerana bau badan akan menyukarkan orang lain untuk menghampiri anda.

(5) Rambut terlalu nampak basah- Mungkin lelaki terlalu obses untuk menjaga penampilan rambut mereka sehingga menggunakan minyak rambut secara berlebihan. Bersederhana sahaja terhadap rambut anda kerana rambut yang terlalu basah akan kelihatan seperti bayi yang baru lahir. Tabiat ini perlu dielakkan kerana wanita amat tidak menyukai untuk meluangkan masa mereka bersama pasangan yang seperti bayi baru lahir.

(6) Rambut yang langsung tidak bergerak- Ini juga merupakan salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh lelaki. Pemakaian wax juga tidak perlu keterlaluan kerana ia akan membuatkan rambut anda kelihatan seperti batu. Biarkan rambut anda bebas secara semulajadi.

(7) Terlalu banyak bintik hitam di muka- Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak bintik hitam di bahagian muka, berusahalah untuk membuangkannya. Anda boleh membuangkannya secara sendiri atau dengan pergi mendapatkan rawatan. Jangan terus membiarkannya kerana ia akan menggelikan orang lain untuk melihat wajah anda.

(8) Gigi berkarat- Terutamanya kepada lelaki yang merokok, dapatkan rawatan pembersihan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk membersihkan karat-karat yang melekat pada gigi anda.Ini kerana senyuman yang beserta gigi yang berkarat amat menggelikan wanita.

(9) Sendawa- Tabiat ini juga adalah merupakan tabiat yang paling sering dilakukan oleh lelaki. Jangan sesekali sendawa dikhalayak ramai walaupun anda merasakan ia seperti perkara yang biasa kerana ia akan menggelikan orang lain.

(10) Kebersihan telinga- Mungkin disebabkan telinga berada pada kedudukan yang sukar untuk dilihat membuatkan lelaki tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Ambil berat mengenai kebersihan telinga anda kerana walaupun ia tidak dapat dilihat, tetapi orang lain mampu untuk melihatnya.

Sumber : Ida Syuhada


VIDEO : CCTV Siswi Malaysia Dirogol Di Indonesia Tersebar!!!




Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, telah dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.

Ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan berkata, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya.

Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.

Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.

Portal beritadetik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.

Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.

Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Berikut adalah rakaman cctv berhubung insiden tidak diingini itu :





Dan ini pula proses siasatan berhubung kes tersebut oleh Polis indonesia :





SESAK NAFAS!!! Hadi Awang Dikejarkan Ke Hospital Di Istanbul!!

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital di Istanbul.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.






Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Saya dimaklumkan melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) oleh setiausaha politik beliau tadi.

Abdul Hadi ke Istanbul untuk menghadiri menghadiri Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki.

Beliau turut dijadualkan bertemu dengan Menteri Luar Turki.

Katanya lagi, Abdul Hadi kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar.

Saya difahamkan beliau sedar, tak ada apa.

Abdul Hadi dilaporkan berangkat ke Istanbul, pada Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan.

Semoga beliau dalam lindungan Allah SWT dan cepat sembuh. Aamiin. 




HOT #prktelukIntan DEDAH PENIPUAN GUAN ENG DAN DAP !

HOT #prktelukIntan DEDAH PENIPUAN GUAN ENG DAN DAP !


image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sebarkan..ramai yang kena tipu dengan ultrakiasu chauvanis rasis dap”

Sumber: Pisau.Net

TUNJUK KUNGFU BUKU BN DEPAN ORANGRAMAI, NGA JATUH MACAM NANGKA BUSUK !!!



Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming terseliuh pergelangan kaki selepas cuba menendang buku kecil ketika menyampaikan ceramah di atas pentas di Taman Perindustrian Anson pada Isnin.


Nga mengeluarkan buku kecil tersebut yang mempromosikan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong dan melambungkannya ke udara sebelum melompat untuk menendang buku dengan kaki kirinya.

Beliau kemudiannya terjatuh di atas kaki kanannya dan tindakan itu telah mencederakan bahagian pergelangan kaki.

Nga kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.

Ketika dihubungi pada Khamis, Nga berkata beliau berada di Kuala Kangsar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak."Saya telah pulih," katanya - mStar  

SADIS !!! KANAK-KANAK PEREMPUAN DITEMUI MATI KEPALA BERCERAI DARI BADAN.... MASYAALLAH

kanak-kanak

KUALA LUMPUR :

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.


Kanak-kanak yang berusia antara dua hingga tiga tahun itu ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek Bunuh Diri ???

KUALA LUMPUR – Suspek dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, dipercayai lemas selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Klang berhampiran lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui semalam.
  
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata suspek berbuat demikian selepas dihampiri saksi dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi.
   
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memang jelas dan kami buat fotofit, namun kami dapati suspek dipercayai lemas selepas melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai apabila dihampiri saksi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
  
Katanya rakaman CCTV itu diambil dari sebuah lif pusat membeli-belah Kotaraya di sini, iaitu lokasi kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibunya bersama rakan sebelum ke tandas.
  
Wanita itu kemudian mendapati anaknya hilang dan mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira 9 malam tadi dalam keadaan kepalanya terputus daripada badan.
 
Bahagian belakang kepala kanak-kanak itu juga pecah, dipercayai akibat hentakan.
  
Polis turut menemui pecahan seramik dan sepasang selipar di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Hong Soon berkata polis kini berusaha mengesan mayat suspek di dalam sungai itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng sebelum ini dilapor berkata ada saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan “sesuatu” pada leher mangsa. – Bernama 



Seterusnya

Wednesday, May 28, 2014

INFO : ISTIADAT PEMAKAMAN SULTAN PERAK



Apabila seorang Raja Pemerintah mangkat maka adalah menjadi tanggungjawab dan kerja Setiausaha Dewan Negara Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri mengumumkan perkara yang menyedihkan itu kepada semua Raja-Raja, Orang Besar-Besar dan rakyat jelata. Setiausaha Dewan Negara Perak juga akan memanggil suatu mesyuarat khas bagi semua ahli-ahli Dewan Negara untuk bersidang mengenai istiadat-istiadat kemangkatan, pemakaman dan berkabung selepas berdatang menghadap Duli Tuanku Raja Perempuan.

Semboyan akan dipasangkan dengan bilangan tembakan das mengikut usia Almarhum, iaitu satu das bagi setahun. Biasanya semboyan kemangkatan dipasang di sebelah malam selepas pukul sepuluh, dan apabila kedengaran bunyi meriam, maka alamat tanda mengkatnya Raja Pemerintah.

Lazimnya, Raja Muda atau Raja Di Hilir dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja akan mengetuai segala pekerjaan terhadap Istiadat Kemangkatan dan Istiadat Pemakaman. Pekerjaan membuat usungan atau pedati yang dinamakan 'Seraja Diraja' atau 'Raja Diraja' akan dimulakan secepat mungkin.

Jenazah Almarhum itu dimandi dan dikafankan oleh para alim ulama dan diletakkan Seri Balai, Istana Iskandariah untuk Istiadat Pemasyhuran Raja Pemerintah Baru. Pemilihan Raja Pemerintah baru dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak yang dihadiri oleh anggota-anggotanya. Lazimnya, istiadat pemasyhuran dilangsungkan di sebelah pagi dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja akan mengumum nama Raja Pemerintah baru dan membaca perisytiharan pemasyhuran itu. Majlis kemudian diikuti laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali daripada semua hadirin yang berada dalam Seri Balai. Tembakan meriam 21 das akan dilepaskan. Istiadat pemasyhuran Raja Pemerintah baru hendaklah diadakan sebelum Istiadat Memberi Penghormatan Terakhir dan Istiadat Pemakaman.

Setelah selesai Istiadat Pemasyhuran Raja Pemerintah baru, jenazah Almarhum dibawa dan diletakkan di atas persada khas empat segi tujuh tingkat bersalut kain kuning degan pegawai tentera darat, udara dan laut serta polis berkawal di keempat-emapat penjurunya. Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Kehormatan Almarhum disusun di sekliling aras lima persada yang dibina di pertengahan Balairong Seri atau Dewan Santapan di istana Iskandariah. Bacaan ayat suci al-Quaran berkumandang di ruang itu ketika kerabat diraja, Orang Besar-Besar, orang kenamaan dari dalam dan luar negara serta orang kebanyakan memberikan penghormatan terakhir mereka kepada Almarhum. Istiadat Memberi Penghormatan Terakhir kepada jenazah Almarhum lazimnya berlangsung selama beberapa jam sahaja dan tempoh ini ditetapkan oleh Dewan Negara Perak dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri. Cara berpakaian untuk istiadat ini ialah baju Melayu hitam bersamping hitam dan bersongkok yang berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok. Kerabat diraja, Orang Besar-Besar Negeri dan bentara-bentara akan bertengkolok putih. Orang kebanyakan berpakaian lounge suit hitam dan bersongkok dengan kain putih yang telah disebutkan di atas. Kaum wanita berpakaian baju kurung hitam dan berselendang putih (untuk Melayu) atau hitam (untuk lain-lain bangsa). Ketika memberi penghormatan terakhir, mereka yang beragama Islam turut mengambil peluang berdoa supaya Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Selepas istiadat memberi penghormatan terakhir maka persiapan akan dijalankan untuk mengusungkan jenazah ke luar dari istana dengan pedati khas ke Masjid Ubudiah untuk disembahyangkan. Orang ramai boleh datang untuk menziarahi mahupun menyaksikan Istiadat Pengiringan Jenazah Almarhum dari Istana Iskandariah ke Masjid Ubudiah. Ada pula yang datang mengiringi jenazah Almarhum diarak di atas pedati dalam perjalanan ke masjid.

Selepas jenazah disembahyangkan, biasanya oleh Mufti Kerajaan Negeri, maka jenazah akan dibawa untuk disemadikan dengan penuh adat istiadat yang dikenali sebagai Istiadat Pemakaman. Pada kelazimannya, istiadat ini dihadiri oleh kerabat diraja, Orang Besar-Besar dan orang kenamaan, dan mereka akan menyaksikan jenazah Almarhum diturunkan ke dalam liang lahad yang telah disediakan sebaik sahaja tersiarnya berita mengenai kemangkatan Almarhum. Bacaan talking dan doa akan diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri, dan sebaik sahaja talking dan bacaan doa selesai, tembakan meriam dengan bilangan das berdasarkan usia Almarhum dilepaskan. Istiadat kemudian disusuli dengan menabur bunga rampai dan menyiram air mawar ke atas makam Almarhum dengan didahului oleh Raja Pemerintah baru, isteri gahara Almarhum, dan lain-lain kerabat diraja mengikut protokol yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Bacaan talkin selepas Istiadat Permakaman

Pada zaman dahulu, Istiadat Berkabung dilaksanakan dengan setiap orang lelaki dalam istana bercukur dan wanita berkerat rambut. Kini, istiadat berkabung cuma ada berkaitan dengan peraturan pakaian dan pembatalan acara rasmi sahaja. Tempoh perkabungan akan ditetap dan disiarkan oleh pihak Kerajaan Negeri, dan dalam tempoh ini bendera Negeri Perak hendaklah dinaikkan setengah tiang, acara-acara rasmi yang dikelolakan oleh pihak Kerajaan Negeri dikehendaki dibatal atau ditunda kepada suatu tarikh yang lain selepas tempoh perkabungan itu. Majlis-majlis bercorak hiburan, nyanyian dan tarian juga wajib dibatalkan. Dua buah gendang nobat dan dua buah gendang nengkara akan dibalut dengan kain putih sebagai tanda penghormatan kemangkatan Almarhum. Segala pawai kerajaan Negeri seperti lembing kerajaan, paying kerajaan, keris dan pedang kerajaan juga dikehendaki diikat dengan lapisan kain putih. Dalam tempoh berkabung, kerabat diraja lelaki berpakaian baju Melayu hitam dan bertengolok putih ikat solek. Kaum lelaki Melayu daripada orang kebanyakan memakai baju Melayu dengan bersongkok hitam yang berbelit kain putih selebar 2.5 cm. Lelaki daripada bangsa lain boleh berpakaian lounge suit atau baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher hitam atau warna gelap tanpa bercorak serta memakai toha hitam selebar 8 cm di lengan kanan. Kaum wanita Melayu berbaju dan berkain hitam atau warna lain yang gelap dan berselendang mahupun bertudung putih. Wanita berbangsa lain juga berpakaian hitam atau gelap dan berselendang hitam.

Untuk Paduka Seri Sultan, tempoh perkabungan ialah 100 hari, manakala untuk Raja Muda 40 hari, Raja Di Hilir 7 hari dan Raja-Raja Bergelar 5 hari. Untuk Raja Perempuan mahupun Raja Permaisuri hendaklah berkabung selama 40 hari, dan Raja Puan Besar 14 hari, Raja Puan Muda 7 hari serta isteri-isteri lain Paduka Seri Sultan tidak melebihi 7 hari dan ditetapkan oleh Tuanku Paduka Seri Sultan.

Selepas seratus hari daripada hari pemakaman berlangsunglah Istiadat Menurunkan Batu Nisan. Istiadat ini cuma disaksikan oleh kerabat-kerabat yang terdekat sahaja. Batu nisan itu akan dililiti dengan kain kuning mahupun kain putih, kuning dan hitam yang merupakan warna-warna kebesaran kerajaan Negeri Perak. 

Sumber

Tindakan Blogger Pro PAS Perak Samakan Sultan Perak Dengan Berhala Amat Biadap Dan Keterlaluan cc. @PDRMsia



Media sosial dihebahkan dengan berita palsu kemangkatan DYMM Sultan Perak pada Hari Ahad yang lepas, sedangkan Baginda Sultan Perak waktu itu hanya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaan Baginda dilaporkan stabil. Umum juga mengetahui bahawa apabila berlaku sebarang kemangkatan Sultan atau pembesar negara, bendera akan dikibarkan separuh tiang.

Tindakan seorang blogger pro PAS Perak yang dikenali sebagai Otai Manjung di laman sosial Facebook, menyamakan Baginda Sultan Perak dengan 'berhala' amat keterlaluan dan biadap. Dalam parti PAS sedang mengusung dan menjunjung ikon anak muda calon DAP di Teluk Intan, mereka sendiri gagal mentarbiyah akhlak dan sahsiah anak muda yang menyokong perjuangan PAS. 



Malaysia Bela Panda Kos RM25 Juta Salah, Kerajaan PR Selangor Bela Babi RM100 Juta Okay Pulak?

Puak PR berkokok lagi sejak dua tiga hari lepas gara-gara isu dua ekor panda, Fu Wa dan Feng Yi, yang dipinjamkan dari negara China kepada Kerajaan Malaysia sebagai tanda persahabatan dua negara. Paling kuat menyalak adalah puak PAS. Kita maafkan mereka. Sebab mereka ini memang bodoh kalau tidak baghal.


Juak ortdok mana tahu makna perhubungan diplomatik antarabangsa antara dua negara. Mereka hanya pernah dan sedang mentadbir negeri saja. Panda ini adalah hadiah daripada kerajaan China kepada negara kita sebagai tanda hubungan diplomatik yang erat.

Hanya beberapa negara sahaja di dunia yang mendapat penghormatan tersebut sejak ianya dimulakan pada tahun 1950an. Adakah kita hendak tolak pemberian kerajaan China kepada kita bagi mengeratkan lagi hubungan Malaysia-China? 

Banyak zoo-zoo di Amerika Syarikat telah menghabiskan jutaan dollar untuk melobi mendapatkan panda-panda berkenaan untuk mendapat keuntungan lumayan, Zoo Negara yang dapat panda-panda berkenaaan dengan mudah, hendak ditolak?

Kita tengok kos apa yang terlibat:

a) Conservaation Fee USD1 juta selama 10 tahun.
b) Bangunan RM25 juta dibiayai kerajaan RM10 juta dan RM15 juta dibiayai oleh badan lain.
c) Tanaman pokok buluh RM530,000.
d) Food and Veterinary Service RM144,000 setahun dibiayai oleh Zoo Negara.
e) Geran Kerajaan kepada Zoo Negara sebanyak RM5 juta (one off).

Itu kos yang ditanggung untuk panda-panda berkenaan. Mari kita lihat pua apa pentingnya negara China kepada Malaysia dan Rakyat Malaysia?

Perdagangan Malaysia-China pada tahun 2013 bernilai RM203 billion dan pelaburan dua hala RM5.02 billion. Beberapa tahun lalu Amerika Syarikat dan Eropah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia. Sekarang China menjadi rakan dagang terbesar kita. Jika kita masih bergantung pada Amerika Syarikat dan Eropah, dengan kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah yang di alami sejak tahun 2008, negara kita akan turut mengalami kejatuhan ekonomi.

Apa kesannya macai-macai PR? Penguncupan ekonomi, penutupan kilang, pembuangan pekerja, kehilangan gaji, pendapatan isirumah merosot sehingga tak mampu menghadapi kos kehidupan yang semakin tinggi, kerajaan terpaksa mengadakan bajet tambahan untuk bantuan kebajikan yang akan mengeringkan tabung kerajaan, kutipan cukai oleh kerajaan berkurangan.

Nasib baik rakan dagang terbesar Malaysia adalah negara China. Justeru ekonomi kita terus berkembang sehingga memperolehi pertumbuhan 6.2% antara tertinggi sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Cuba bayangkan apa akan terjadi kalau kita tolak simbol persahabatan dengan Negara China dan Negara China menarik balik untuk membuat hubungan dagangan dengan Malaysia. Bokeh macai-macai jawab.


Kesimpulannya, kalau Kerajaan PR Selangor boleh bercita-cita mewujudkan ladang babi terbesar di Asia Tenggara bernilai RM100 juta untuk meraikan kemenangan mereka merampas Selangor, apa salahnya kita berbelanja sedikit untuk mengekalkan hubungan dagang dengan China? Tak gitu? Ekonomi negara kukuh bukankah Rakyat akan mendapat manfaatnya juga bukan?