Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, February 11, 2016

Haron Din Wakil PAS Dalam Jawatankuasa Induk Majlis Perundingan Islam

zahid haron din
Murysidul Am PAS Datuk Haron Din antara yang hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Perundingan Islam (MPI) dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Putrajaya hari ini.
Turut hadir Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan bekas pemimpin kanan PAS yang kini memimpin Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharuddin Md Isa.
Pertemuan itu diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook beliau hari ini.
Asyraf Wajdi berkata pertemuan pemimpin-pemimpin politik, NGO Islam, ulama dan cendekiawan Islam itu bertujuan membincangkan perkara-perkara melibatkan kepentingan umat Islam.
Beliau tidak mendedahkan perbincangan lanjut pertemuan itu.
Bagaimanapun menurut sumber Zahid sebagai menyentuh isu “dakwah Internet” dan penularan ajaran sesat serta ideologi barat seperti liberalisme.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, ledakan media baharu dikenal pasti antara punca berlakunya pelbagai krisis dalam masyarakat.
Kita dapati sebahagian isu-isu bersifat terpencil sering kali diperbesarkan untuk memburukkan imej Islam dan melakukan ‘pembunuhan karakter’ terhadap institusi agama, ketua jabatan agama, para mufti dan juga ilmuwan Islam,” katanya.
Beliau juga dilapor membangkitkan penularan “ajaran sesat seperti Syiah dan Qadiani” yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
MPI dianggotai tokoh pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin NGO.
Ia berperanan sebagai kumpulan pemikir bagi membantu kerajaan dalam memberikan idea dan cadangan ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.
PAS sebelum ini menyatakan kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam, termasuk Umno.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.