Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, September 9, 2016

Malaysia Akan Bangkrap Sebab Hutang? 103.4% Pada 1985 Tidak Bangkrap Pun!!!

1. Kebelakangan ini, terdapat mesej-mesej mengelirukan yang tersebar menerusi Whatsapp tentang ekonomi negara kita yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat negara ini.

2. Kebanyakan mesej tersebut tertumpu kepada Hutang Kerajaan semasa, yang mana nisbah Hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 53.4% pada 30 Jun 2016. Kadar nisbah ini menunjukkan berapa banyak hutang kerajaan berbanding saiz KDNK.

3. Kegelisahan berlaku dan tuduhan-tuduhan dibuat memandangkan nisbah tersebut menghampiri had 55% yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Seandainya kadar tersebut melepasi had yang dibuat, Malaysia berada dalam masalah besar.

Beberapa mesej yang tidak bertanggungjawab malahan telah menuduh Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya kita melepasi had 55%.

4. KDNK merupakan ukuran nilai semua barangan serta perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu. Dalam bahasa yang lebih mudah, KDNK boleh diterjemahkan sebagai saiz ekonomi kita.

5. Hasil dari tahun-tahun di mana pertumbuhan ekonomi baik - terutama sekali semenjak tahun 2009 - KDNK tahunan Malaysia semasa dianggarkan pada kadar RM1.2 trilion pada 30 Jun 2016 iaitu 17 kali lebih besar berbanding saiz ekonomi negara ini pada tahun 1986 dan 3 kali ganda lebih besar berbanding saiz ekonomi negara ini pada tahun 2003.

Secara logiknya, jikalau ekonomi negara kita meningkat, secara tidak langsung membolehkan negara meningkatkan kadar hutang dengan syarat-syarat tertentu berbanding pada masa lepas di mana pendapatan negara tidak tinggi.

6. Nisbah Hutang Berbanding KDNK semasa adalah 53.4%, walaupun tinggi berbanding tahun 40.1% pada tahun 2007, ia masih di bawah kadar bolehurus.

7. Tahap ini tidak terlalu tinggi jikalau dibandingkan dengan tahap masa lampau seperti dalam tempoh antara 1980 sehingga 1985 apabila nisbah Hutang Berbanding KDNK meningkat dari 44% menjadi 103.4% dan kekal di atas tahap 55% sehingga tahun 1994.

8. Oleh kerana, amat tidak munasabah sekiranya Malaysia melepasi tahap 55% Hutang Berbanding KDNK, Malaysia akan menjadi bankrap atau negara ini akan berhadapan dengan masalah besar seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sekiranya kita tidak menjadi bankrap pada 103.4% dalam tahun 1985, bagaimana pula kita akan bankrap pada kadar 55%?

8. Tahap hutang negara ini perlu dilihat dalam kaitannya dengan pendapatan dan tidak hanya berdasarkan kepada jumlah mutlak.

Sebagai contoh: Seorang individu yang pendapatan tahunannya adalah RM120,000 akan berasa selesa untuk meminjam RM60,000 bagi membeli sebuah kereta berbanding individu lain yang pendapatannya cuma RM6,000 setahun tetapi mempunyai hutang sebanyak RM7,000.

Contoh ini secara kasarnya menunjukkan situasi saiz ekonomi dan tahap hutang negara ini pada tahun 2016 berbanding tahun 1985.

9. Pada tahap semasa 53.4%, Malaysia disenaraikan pada tangga 71 tertinggi daripada 178 buah neara. 70 buah negara yang memiliki nisbah tertinggi berbanding Malaysia termasuklah negara-negara seperti Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, nisbah Hutang Berbanding KDNK adalah bolehurus dan ekonomi negara kita masih lagi menikmati kadar pertumbuhan 5% untuk tahun 2015 dan 4.1% untuk pertengahan tahun 2016.

10. Walaupun harga komoditi semasa yang rendah, kesan-kesan BREXIT dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk melepasi tahap 55% dan akan terus menguruskan kewangan dengan secara berhemah dan bertanggungjawab.

11. Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu seharusnya mengelak daripada menyebarkan maklumat yang salah atau terlibat dalam taktik menakut-nakutkan yang mengakibatkan hilang keyakinan para pelabur dan konsumer ke atas ekonomi negara ini. Perbuatan sebegitu adalah mensabotaj ekonomi negara sendiri.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, tidak akan berkongsi atau menyebarkan maklumat-maklumat dan propaganda salah.

12. Secara keseluruhannya, rancangan transformasi kerajaan kini terbukti berjaya dengan polisi-polisi yang baik yang sekarang menunjukkan keputusan yang kukuh. Semua rakyat Malaysia seharusnya memberikan tumpuan kepada kejayaan tersebut memandangkan negara ini berjaya dikemudi dalam keadaan keadaan ekonomi global yang tidak menentu kini.

13. Saya tidak ragu-ragu bahawa Perdana Menteri dan kerajaan ini akan terus memastikan Malaysia terus menikmati pertumbuhan ekonomi, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan terus membangunkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.

Dato' Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

1 comment :

Anonymous said...

PEDULIkan MO FITNAH/PENIPUAN ZIONIS HARAM JADAH memanjang ni!

Kem. Luaq - beri amaran pd. rejim-rejim Barat/ZIONIS serta FBI/CIA/US Justice Dept HARAM JADAH depa; sebelum nak asyik masuk campur hal ehwal dunia Islam, baik pi TANGKAP si TERORIS/PERASUAH/PEROMPAK/PEMBUNUH Zionis SOROS/CIA KEPARAT depa sendiri tu – lihat bagaimana NGO-NGO NED-CIA/Soros ini memutarbelitkan isu ‘hak asasi, kebebasan dan demokrasi’ untuk mengHURU-HARAkan sesebuah negara, untuk digantikan dgn. rejim-rejim ANTI-Bumiputera dan ANTI –ISLAM/umatnya, dan PRO-Zionis/ISrael/Soros; lihat di http://landdestroyer.blogspot.my/2011/04/exposing-international-arbiters.html, Exposing the International Arbiters , The corporate funded exploitation of freedom, democracy, and human rights, by Tony Cartalucci, Bangkok, Thailand April 10, 2011!

Yg. mana ini juga berdasarkan industri RASUAH BERATUS BILIION utk. industri senjata Barat/ISrael - apabila depa MENYERANG/MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dgn. amat KEJAM, di Palestin/Syria/Libya/Afghanistan dsbnya – dgn- memBUNUH/MEROGOL/memPERDAGANGkan ORGAN2 umat ISLAM dlm. GENOSID sesuka hati bersama IS(IS)rael termasuk MENUBUHkan IS/IS; spt. diDEDAHkan oleh bekas PERISIK CIA/NSA US, Snowoden! Dasar puak TERORIS JUBOQ BABI BARAT/ZIONIS!

Dan lihat siapa si TERORIS ZIONIS Soros-PERASUAH-PENGGUBAH WANG HARAM /PENIPU/PEROMPAK -no-1 dunia ni – yg. juga Leftenan KANAN empayar ZIONIS Rothschild-si PENUBUH rejim TERORIS KANIBAL ISrael serta pertalian Soros dgn. Bank-bank Switzerland yg. juga amat pro-RASUAH & terlibat dlm SINDIKET global SENJATA/DADAH - lepas tu K’jaan Switzerland/US-Barat nak MENYIASAT 1MDB kami; dasar si PENIPU/PENYANGAK nak MAMPOS) ! Di - http://www.bibliotecapleyades.net/sociopolitica/secretsoc_20century/secretsoc_20century10.htm, GEORGE SOROS AND THE ROTHSCHILD CONNECTION:

…..Who was George Soros?

….The official story says that he was born in 1930 to Jewish parents and as a teenager had been chased from Budapest by the Nazis…..

William Engdahl knows this to say about him:

“Soros speculates on the world’s financial markets via his secret off-shore company Quantum Fund NV, a private Investment fund that handles a portfolio of four to seven billion US$ for several “clients”. The Quantum Fund is registered in the tax haven of the Netherlands Antilles in the Caribbean. In order to evade control of his financial activities by the U.S. administration not a single U.S. citizen sits on the board of Quantum. Its directors are a curious mixture of Swiss and Italian financiers.

“Soros has been identified as a front man of the Anglo-French Rothschild banking group. Understandably neither he nor the Rothschilds want this important fact to be public, so the tight links to his friends in the London ‘City’, in the British foreign ministry, in the state of Israel and to his mighty friends in the American Establishment would stay concealed.”
Among the members of the board of the Quantum Fund is one Richard Katz. He is at the same time head of the Rothschilds Italia S.p.A. in Milan and is also on the board of the commercial bank N.M. Rothschild & Sons in London. Another member of the board is Nils O. Taube.

He is a partner in the London investment group St. James’ Place Capital which counts Lord Rothschild among its main partners. A frequent partner of Soros in several of his speculations – especially in the driving up of the gold quotation – is Sir James Goldsmith, a relative of the Rothschild dynasty. On the board of Quantum we also find the heads of some highly “discreet” Swiss private banks (who help the syndicated of organized crime – weapons and drugs – to launder their money)…….

Nek Tempoyak.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.