Sesetengah mereka sejak masih bersama dalam PAS lagi sangat cenderung dengan golongan bukan Islam dan liberal hingga bermudah mempersalahkan orang Melayu yang mengambil kira isu agama Islam dalam politik.
Orang Melayu dikatakan tertipu dengan UMNO apabila bimbang dengan DAP yang dikatakan beragenda menguasai politik negara.
Pembangkang meletakkan orang Melayu sebagai tidak pandai berfikir dan hanya menerima dakwaan UMNO tentang DAP.
Sebenarnya, kebimbangan terhadap DAP yang anti-Islam bukan hanya datang dari UMNO tetapi banyak kumpulan dan suara yang mewakili kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia.
Yang dimaksudkan dengan Islam ini meliputi undang-undang syariah, institusi Islam, dan kedudukan istimewa agama Islam dalam perlembagaan.
Mereka mempersoalkan usaha memartabatkan institusi Mahkamah Syariah, menolak kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mempersoalkan isi kandungan khutbah Jumaat dan macam-macam lagi.
Ini semua sudah bertahun dilakukan dalam bermacam-macam bentuk, di pelbagai platform media sosial milik mereka.
Kita boleh ingatkan kembali apa yang dilakukan di Perak semasa mereka memerintah negeri itu untuk satu tempoh yang singkat selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
Mereka melaksanakan perubahan-perubahan yang menguntungkan mereka seperti menukar status tanah kepada hak milik mereka dengan pantas tanpa mengambil kira pandangan lain.
Isu hubungan dengan Kristian Evangelical, aktivis gay, kumpulan yang mahu meliberalkan Islam dan sebagainya telah lama terdedah dan mereka tidak mampu lagi menafikannya.
Dalam PRU14 ini, orang Melayu yang telah mula sedar akan bangkit menyatakan sikap mereka melalui undi mereka untuk terus menolak pembangkang diketuai DAP.
View source
1 comment :
Kepada semua org2 alim, ustaz2 selebriti, ustaz2 pondok, ulamak2, qadi2, mufti2, imam2 dan seluruh pencinta2 Islam ayuh kita semua bersama2 menolak DAP/PH yg terang2an menentang Islam. Mereka mempromosi pesta arak secara besar2an, gaya hidup LBGT, mempersendakan ajaran Islam (ibadah korban dsb), mereka mempersoalkan wang zakat, membuat fitnah, menyebarkan fake news, menyerang semua badan2 Islam spt JAKIM, JAIS dsb dan segala bentuk bebatilan. Islam agama yg SANGAT SEMPURNA, TELAH DILENGKAPKAN ALLAH dan "BALANCE" (semua og tahu, just reminder) yakni kita solat, kita elak makan riba, puasa, haji, dan menyeru kita menentang kebatilan. Ayuh semua janganlah berdiam diri, membawa hal masing2, beranilah bersuara, bertabligh dan bimbinglah org2 Melayu Islam dlm menentang kebatilan. Satu seruan kebaikan dari anda2 semua InsyaAllah akan dikurnia Allah seribu nikmat, rahmat dan pahala, wallahuaklam...
Post a Comment