Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 31, 2015

Seorang Guru Di Kelantan Tersedar Rahsia Terbocor Cepat Cepat Padam Posting Mengenai Anti GST di Facebook


GURU PAS DI KELANTAN BARU TERSEDAR, DIA SUDAH TERBOCOR RAHSIA, CEPAT-CEPAT PADAM POSTING ANTI-GSTNYA DI FACEBOOK!!!

Seorang guru yang mengajar di SMK Bukit Jawa telah membuat posting awal tentang bagaimana dia terpaksa menutup gerainya di KB Mall yang telah dibukanya selama 10 tahun. Alasan penutupan adalah GST.

Untuk makluman, KB Mall terletak di Kota Bharu dan merupakan pemilikan salah satu anak syarikat kerajaan negeri. Kota Bharu terletak di Kelantan. Kelantan pula berada di bawah Kerajaan Negeri PAS semenjak tahun 1990.

Paling menarik ialah apabila Husam Musa, orang yang paling banyak membuat 'penemuan menggemparkan' di Kota Bharu dan Kelantan, termasuklah penemuan telaga minyak, turut menyambut posting berkenaan sebagai bukti betapa buruk dan zalimnya GST.

Para macai Pakatan Rakyat terutama sekali yang tegar menyokong DAP yang cuba melindungi kebuasan para peniaga DAP mengaut keuntungan besar, turut menggunakan posting tersebut sebagai bahan untuk mereka menyerang Kerajaan kerana implementasi GST.

Bagaimanapun, setelah terdedah, wanita berkenaan telah melupuskan posting tersebut. Dan lebih menarik lagi ialah, rupa-rupanya wanita itu bukanlah peniaga sepenuh masa, sebaliknya merupakan seorang guru!!!

Kakitangan awam rupa-rupanya di pengkomplen itu!

Pada ketika para guru kononnya tidak mempunyai banyak masa kerana terlalu dibebankan oleh kerjaya dengan sebahagian daripada mereka pula mengeluh kerana terpisah dengan suami atau isteri sehingga ada yang kononnya hampir bercerai, guru ini pula mempunyai banyak masa lapang untuk berniaga.

Apa yang ditulis oleh guru ini, sememangnya menarik perhatian daripada golongan yang cukup dikenali sebagai pemacai tegar DAP seperti di bawah tanpa dia sedar, posting berkenaan telah pun dilupuskan oleh penulisnya sendiri

LAGI DRAMA PAS-DAP, TETAPI PAS KEKAL BERSAMA DAP TANPA CUBAAN FASAKH DAN MUFARAKAH!!!

Tuesday, March 31, 2015

Ibarat rumahtangga pasangan suami isteri yang bermadu, sedang bergolak dan sudah di ambang keruntuhan.

PAS bolehlah diibaratkan sebagai isteri yang bermadu suami. Suami pertama yang sangat garang, sangat dominan dan sangat bersifat memerintah adalah DAP, manakala suami kedua pula adalah PKR yang cuba untuk menyembunyikan hubungan terlarang berkongsi isteri dengan DAP, terpaksa bersilat ikut rentak DAP agar kudis tokak pada tubuhnya tidak ditunjal oleh DAP.

Di Kedah, DAP tak tolak PAS. Di Pulau Pinang, DAP halau PAS. Di Perak, DAP benci PAS. Di Johor, DAP nak kerjasama dengan UMNO untuk bentuk rumahtangga baru. Di Sarawak, DAP putuskan semua hubungan dengan PAS sebab PAS hanyalah janda hanyir yang sudahlah tidak cantik, lebam dan lembam pulak. Di Sabah, PKR bersama DAP baru petang tadi mengumumkan, mereka sudah tidak inginkan PAS dalam sebuah rumah tetapi masih berharap PAS akan terus membantu mereka melakukan serangan ke atas UMNO dan Barisan Nasional.

Di Selangor, DAP dan PKR yang cukup takut kalau-kalau PAS berpaling tadah, bersikap lebih lembut dan kurang menyerang. Dek kerana itulah, PAS seperti semulajadinya sebagai betina jalang yang lapar jantan, segera cuba melakukan pujukan dengan Pemuda PAS Kawasan Gombak mahu mengadakan tunjuk perasaan anti-GST di kawasan yang diketahui kubu kuat Azmin Ali kerana sokongan ahli-ahli PAS walaupun pada masa yang sama, Azmin Ali telah menyatakan bahawa PKR tidak akan menyokong hudud yang dibawa oleh PAS.

Begitulah PAS...

Walaupun ditunjal, walaupun diludah, walaupun dikeji dan disumpah seranah oleh PKR dan DAP, sedikit pun mereka tidak mempunyai maruah diri. Bagi mereka, yang penting, DAP dan PKR akan terus menyimpan mereka, bergilir-gilir menyetubuhi mereka dan bergilir-gilir memberikan kenikmatan yang kadar dan tahapnya berbeza-beza.

Disebabkan untuk menutup malu, UMNO dan Barisan Nasional yang tidak ada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat dan usul hudud yang mahu dibentangkan oleh PAS, dipersalahkan, dan cuba dijadikan kambing hitam.

Bersungguh-sungguh PAS menyalahkan UMNO bagi mengiyakan tuduhan DAP bahawa pembentangan hudud di DUN Kelantan dan usul yang akan dibuat di Parlimen, adalah perbuatan UMNO manakala PAS pula sekadar menjadi pak turut UMNO yang telah terpedaya.


Sunday, March 29, 2015

Khalid Samad Ditangkap Jam 3 pagi Tadi dibawah Akta Hasutan 1948

Friday, March 27, 2015

BANGANG TAHAP UNTA, JENIS APA PEMIMPIM PEMIMPIN PAS NI? RAMAI PEMIMPIN PAS TOLAK HUDUD TK NAK TANYA, NAK SIBUKKAN UMNO.

Thursday, March 26, 2015

Hari ini, Mahfuz Omar diarah keluar Dewan apabila terus mendesak dan marah apabila pada 11 Mac dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Kerajaan tidak membawa usul hudud. Kata Mahfuz, Kerajaan atau lebih tepat lagi UMNO memungkiri janji dalam JawatanKuasa Teknikal Hudud.

Baghal apa agaknya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS dalam kes ini?

DUN Kelantan hanya luluskan Pindaan Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan pada 19 Mac. Majlis Raja-Raja bersidang pada 11 Mac, 8 hari sebelum tarikh itu. Kalau berselang 8 jam pun tak boleh mendahului inikan 8 hari. Bangang tak bagi kat orang langsung.

Bukankah sehingga 11 Mac, malah sampai sekarang pun, di kalangan PAS dan Pakatan Rakyat sedang bercempera kerana tidak menyokong dan menentang hudud?

Kenapa nak salahkan UMNO dan Kerajaan kerana tidak membawa usul hudud ke Majlis Raja-Raja dan mengamuk apabila mendapat tahu ianya tidak dibawa ke persidangan tersebut?

Akai letak kat kepala lutut ka.... DUN  belum luluskan dah nak bawa ke Majlis Raja Raja. Ini bukan mesyuarat ranting PAS weiii.

Sepatutnya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS yang keluar Dewan lebih sibukkan dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri yang sedang menentang Hudud, selain memastikan DAP akur dengan rancangan hudud PAS, bukannya menentang seperti sekarang.

Lagipun, PAS adalah rakan sekutu DAP, bukannya rakan sekutu UMNO. Yang Mahfuz nak mengamuk tu pasai apa?

Sepatutnya selepas DUN, isu tersebut dibentangkan di Parlimen. Keputusan di Parlimen, barulah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bukannya terbalik dan songsang sana sini.

Mahfuz dan Ahli-Ahli Parlimen PAS ni cerdik ke tidak? Ke sebab kalut sangat nak cover penentangan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP, selain mahu menuduh UMNO menentang hudud untuk mudah dipersalahkan, walaupun pada 19 Mac, UMNO Kelantan telah terbukti menyokong dengan sokongan sebulat suara berbanding Husam Musa yang lari kononnya ke Turki tetapi setelah 'ditangkap' berceramah di PRK DUN Chempaka pada malamnya sehingga memaksa esoknya dia hadir sidang DUN?

Nampak sangat kerja-kerja bodoh ini didalangi DAP yang cuba mengelak daripada dipersalahkan kerana menentang kuat hudud. Nampak sangat Ahli-Ahli Parlimen PAS itu cuba menyembunyikan pendalangan dan jenayah DAP terhadap hudud dengan cuba menjadikan UMNO dan Majlis Mesyuarat Raja-Raja sebagai kambing hitam mereka.

Dah boleh baca dah!!!

Terserlah kebangangan dan ketololan!!!

The savouir

Thursday, March 26, 2015

SIAPA SEBENARNYA YANG NAK GAGALKAN HUDUD NI. THE MALAYSIA INSIDER SANGGUP FITNAH MAJLIS RAJA RAJA

Setan punya M Insider!!! Jahabar Saddiq layak jadi ahli nerakan!!!

Jika tak putarbelit fakta, tak habis2 Msia Insider mereka2 cerita bohong dan fitnah. Berbohong dah jadi kelaziman.

Banyak ahli neraka dari orang2 yg pembohong dan penipu tegar.

Sebelum berhadapan dengan hukuman tuhan kerana fitnah ini bertujuan menggagalkan hukum islam dan mempermainkan institusi raja, elok polis bertindak. Hukuman dunia masih tidak seazab hukunan tuhan.

Harap ada buat laporan segera pd polis dan polis segera bertindak!!!! Dah melampau ni

RAFIZI, TONY PHUA HILANG KETIKA SESI PEBGGULUNGAN KEMENTERIAN KEWANGAN

Setakat Berani Menyalak Tepi Longkang

Ramai yang menjangkakan sesi penggulungan titah DiRaja oleh Kementerian Kewangan akan hangat dengan soalan-soalan panas oleh pembangkang. Tapi tekaan tersebut meleset kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dapat selesai dalam tempoh sejam.

Dua ahli parlimen pembangkang iaitu Rafizi Ramli dan Tony Phua yang selama ini kerap mengkritik dan membuat tohmahan terhadap kerajaan berhubung 1MDB dan GST, hilang entah ke mana. Ramai yang menjangkakan dua nama terbabit akan berada di Dewan Rakyat ketika penggulungan kememterian terbabit.

Semasa sesi penggulungan oleh YB Menteri, hanya beberapa  ahli parlimen pembangkang saja yang bangun bertanya soalan antaranya  ahli parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang bertanyakan sumber wang RM2 bilion yang digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB, ahli parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin mengenai kegagalan 1MDB bertindak terhadap akhbar yang memfitnahnya serta soalan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tsin mengenai duit pelaburan 1MDB yang berada di bank Singapura.

Semuanya dijawab Ahmad Husni malah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional, (BN) turut berkesempatan mencelah antaranya Bagan Serai, Lipis, Kuala Selangor, Kalabakan dan Kinabatangan yang bertanyakan beberapa persoalan mengenai pelaksanaan GST.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani pula mengingatkan barisan ahli parlimen pembangkang bahawa kerajaan sedang melakukan kajian forensik audit akaun 1MDB sekaligus tidak wajar mengemukakan soalan-soalan berasaskan laporan media dari sumber-sumber tidak pasti.

Setiap persoalan yang diutarakan oleh ahli parlimen pembangkang mengenai 1MDB dan GST semuanya sudah terjawab malah pembangkang langsung gagal untuk mengemukakan hujahan balas.

Jadi moralnya, pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Rafizi dan Tony Phua sekadar mempolitikkan isu yang berkaitan 1MDB, GST dan Hutang Negara hanya untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap usaha berterusan kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan memajukan negara.

Mereka akan terus mempolitikan setiap dasar dan polisi yang dilaksanakan kerajaan demi survival politik mereka tetapi realitinya mereka akan menghilangkan diri bilamana berada dalam situasi sebenar.

Lantaran itu, sila nilai semula segala dakwaan yang dibuat pembangkang terhadap kerajaan selama ini!

-BNBBC


Wednesday, March 25, 2015

Ancaman Media Sosial Ubah tindakan Punutif Dq

Wednesday, 25 March 2015

Ancaman Media Sosial Ubah Tindakan Punitif Dan Pencegahan PDRM

Ancaman media sosial hari ini mengubah landskap tindakan punitif dan pencegahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang selari dengan cabaran semasa yang dilihat semakin kompleks.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penularan ancaman ekstremisme dan radikalisme serta hak kebebasan bersuara yang digunakan bagi 'menghalalkan' perbuatan atau kenyataan berbaur hasutan di laman sosial bukan isu yang boleh dipandang remeh.

Sebaliknya ia memerlukan pendekatan yang lebih tegas dalam memastikan pencegahan secara holistik, tambahan apabila isu yang dimainkan melibatkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Isu utama yang perlu dihadapi PDRM hari ini antaranya hasutan di laman sosial, penyebaran ajaran sesat, kumpulan pelampau agama, pengganas dan liberisme. Fahaman politik dan agama yang cenderung kepada ekstremis dan radikal adalah penyumbang ancaman keganasan dari dalam dan luar negara yang mampu mengganggu-gugat perpaduan nasional kita.

"Isu perkauman dan keagamaan yang dimainkan secara bebas tanpa kawalan mempunyai impak yang serius terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah penting isu-isu yang melibatkan perkauman dan keagamaan mesti dikekang tanpa jejaskan hak kebebasan bersuara rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Khalid berkata demikian dalam wawancara khas bersama media sempena sambutan Hari Polis ke-208 yang bertemakan 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

"Saya juga berpendapat mencegah adalah lebih baik dan ia dapat dilihat melalui tindakan kami yang begitu drastik dalam tempoh satu dua minggu kebelakangan ini yang jelas menggambarkan betapa seriusnya kami dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba hasut menggunakan media sosial," kata Khalid.

Beliau berkata tindakan drastik dari segi arahan yang diberikannya melalui laman sosial adalah bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan pantas dan cepat dalam apa jua perbuatan yang melanggar peraturan khususnya dalam kegiatan menghasut dan menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar.

Berdasarkan pandangannya, Khalid berkata ini adalah satu cara yang segera dan pantas untuk pastikan perkara seperti ini (hasutan di laman sosial) tidak merebak dan memberitahu masyarakat bahawa tindakan ini tidak betul dan perlu dihentikan serta-merta.

"Polis sentiasa menjaga dan menghormati hak kebebasan bersuara tetapi hak kebebasan bersuara ini ada hadnya, khususnya dalam negara kita yang berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama, jika ada orang yang melanggar atau melampaui hak ini, saya macam 'referee' dan tindakan akan diambil," katanya.

Katanya kadangkala masyarakat mahu PDRM bertindak pantas dan apabila beliau berbuat seperti itu, mereka mengatakan tidak betul pula dan melanggar hak kebebasan bersuara.

"Saya telah beri amaran banyak kali khususnya kepada pemimpin politik serta badan bukan kerajaan supaya berhati-hati bila suarakan pendapat dan pandangan khususnya di media sosial kerana ia boleh menjurus kepada keadaan yang mengancam keselamatan awam," katanya.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, terdapat pengurangan dalam aktiviti menghasut melalui laman sosial ketika ini, dan berharap ia berterusan serta tiada lagi pihak cuba menyalahgunakan platform itu.

Khalid menegaskan, pihaknya tidak akan memberikan sebarang amaran khususnya berkaitan kesalahan yang berbaur hasutan sebaliknya tindakan serta-merta akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar mana-mana peraturan.-Bernama

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.