Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, March 22, 2017

Orang PakaTun Ada Lawak Baru


1mdb tidak terjejas dgn cerita 'karut' WSJ

Samada Sarawak Repot maupun WSJ kini menjadi kitab rujukan puak-puak ini sekarang. Waktu zamannya Tun M bukan saja tidak menyaman samada WSJ maupun penulisnya Barry Wain, sehingga beliau meninggal malah menyekat buku karya Barry Wain daripada masuk ke negara ini.

Mereka semakin teruja dengan artikel terbaru WSJ semakam yang bertajuk "The U.S. Is Preparing to Charge Financier Jho Liw in Malaysia 1MDB Scandal".

Tetapi jika anda membaca artikel itu dengan betul dan bukan hanya tajuknya sahaja, anda akan melihat ayat ini – yang merupakan asas kepada keseluruhan artikel mereka.

“Rancangan pendakwaan AS, yang mana boleh bertukar atau digugurkan sementara siasatan diteruskan, melibatkan memfailkan tuduhan jenayah penipuan kewangan melalui telekomunikasi atau IT dan pengubahan wang haram terhadap Mr Low dan juga kemungkinan beberapa rakannya, kata mereka yang sudah biasa dengan siasatan. Mereka tidak menggambarkan potensi masanya.”

“Orang yang tidak diketahui identiti yang biasa”, “boleh berubah”, “boleh digugurkan”, “boleh didakwa” – tetapi tidak tahu masa…

Macam ini pun boleh?

Malah, meteor BOLEH melanggar bumi dan menghapuskan kewujudan kesemuanya tetapi saya tidak boleh menggambarkan potensi masa. Atau ia boleh menukar arah tuju.

Saya rasa WSJ telah membawa perang mereka terlalu jauh di mana ia kini menjejaskan kredibiliti kewartawanan mereka.

Ia juga adalah aneh bahawa WSJ tidak langsung menyebut bahawa Peguam Negara AS Loretta Lynch dan pendakwa Preet Bharara yang kedua-duanya sebelum ini terlibat dalam kes ini telah dipecat.

Ini membawa kepada portal anti-Kerajaan Malaysia Asia Sentinel yang mengeluarkan artikel bertajuk “US Justice Department Probe of 1MDB in Danger?” minggu lepas di mana ia berkata:

“Terdapat kebimbangan di Kuala Lumpur bahawa siasatan DOJ AS ke dalam 1Malaysia Development Bhd. milik negara, yang terjerat dalam satu skandal kewangan terbesar di dunia, mungkin dihalang berikutan pemecatan 46 peguam negara AS oleh Presiden Donald Trump pada 10 Mac.”

Sementara itu, arbitrasi antara 1MDB dan IPIC masih diteruskan, kerja-kerja pembinaan TRX dan Bandar Malaysia sedang berjalan dengan baik, 1MDB masih mempunyai lebih daripada RM1 bilion dalam bentuk wang tunai, majoriti pinjaman bank telah dibayar kembali dan mereka tidak gagal membayar mana-mana bon mereka, yang semuanya adalah jangka panjang dan terus membayar kupon hutang mereka.

Hari ini, Jack Ma dari Alibaba bersama-sama dengan PM Najib dalam Global Transformation Forum di Kuala Lumpur. Ia dijangka bahawa Zon Perdagangan Bebas Digital akan dilancarkan dan Jack Ma akan mengumumkan bahawa Malaysia telah dipilih sebagai hab serantau bagi kumpulan gergasi Alibaba – satu perubahan yang penting bagi Malaysia.

Kita biarkan sahaja WSJ dan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat untuk “syiok sendiri” sementara kita terus dengaan perkembangan yang sangat positif baru-baru ini di Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu.

Link asal artikel:

https://www.facebook.com/lim.siansee

Pemimpin UMNO Dan PAS Makan Bersama Di Parlimen Pun, Kor Ming Kata Itu Rundingan Sulit...Lu Memang Lawak La YB

Pemimpin UMNO DAN PAS Makan Bersama Di Parlimen Pun, Kor Ming Kata Itu Rundingan Sulit...NGA KOR MING MEMANG LAWAK!!!

Ingat lagi ungkapan 'ADA BULAN DI DADAMU?'

Ingat lagi betapa penuh perasaannya Ngeh Kor Ham menyanyikan lagi 'Ada Bulan Di Dadamu' dalam Bahasa Mandarin?

Ingat lagi Nga Kor Ming berceramah dan menggunakan ayat-ayat al Quran yang kemudian disambut takbir oleh para penyokong PAS dan mereka mempertahankan bahkan memuji-muji tindakan Nga Kor Ming walaupun diberitahu Nga Kor Ming sebenarnya menghina Islam selain mempergunakan ayat-ayat al Quran untuk menggula-gulakan para penyokong PAS dalam usaha mendapatkan sokongan mereka untuk DAP berkuasa di Perak dan Malaysia amnya?

Itu dulu... ketika PAS atau lebih tepat lagi ketika DAP mempunyai para penjilat yang bersembunyi di dalam PAS dan sebelum mereka keluar beramai-ramai untuk membentuk PAN.

Sekarang, lain ceritanya...

Nga Kor Ming sedang menjalankan kempen secara aktif kebencian ke atas PAS dengan sasarannya adalah Nik Abduh.

Kekalahan Nik Abduh dalam pemilihan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, telah menjadi bahan momokan Nga Kor Ming dan para pengikutnya. Tidak cukup dengan itu, kenyataan Nik Abduh bahawa dia sekadar 'suka-suka' bertanding jawatan tersebut, turut menjadi bahan jenaka Nga Kor Ming dan para pengikutnya yang terdiri daripada penyokong PAN.

Di sebalik kebimbangan PKR terutama sekali di Selangor tentang sikap PAS, bahkan penamatan kerjasama PAS dengan PKR yang bakal meruntuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali serta didalangi oleh DAP, Nga Kor Ming pula cuba memainkan peranan untuk menimbulkan rasa bersalah di kalangan para penyokong PAS kerana meninggalkan DAP.

Dia juga cuba menimbulkan salah sangka sehinggakan sekeping gambar beberapa orang pemimpin PAS di meja makan bersama beberapa orang pemimpin UMNO di kawasan terbuka, sebagai 'rundingan sulit' antara UMNO-PAS.

Sebenarnya Nga Kor Ming tahu, tanpa PAS, DAP akan menghadapi kesukaran meskipun kini tempat PAS di sisi DAP telah diganti oleh PAN dan Cap Bunga.

Kedua-dua parti itu bagaimanapun, tidak mempunyai kekuatan yang setara dengan PAS. Apatah lagi dengan 'seloroh' Nik Abduh yang PAS akan menawan 5 buah negeri di mana Perak adalah salah sebuah negeri terbabit, sudah tentu amat meresahkan Nga Kor Ming, pemilik Rumah Putih Ipoh yang memiliki tanah balak yang sangat luas di Hulu Kelantan hasil tahaluf siyasinya dengan PAS pada era Husam Musa sebagai Exco Kanan.

[baca berita asal The Saviour]

Tuesday, March 21, 2017

Kit Siang No.1 Racist – Part 1


The Malays don’t forget easily. Only Malays who have not experienced it will forget. The non-Malays would sure forget.



Free Malaysia Today, 4th May 2013

The person who easily forgets (possibly due to age factor because forgetfulness, senility dan loss of sanity are signs that death is approaching) said that his best friend Lim Kit Siang uses the ‘Malaysian Malaysia’ principle that denies the Malays from enjoying the privileges accorded to them in their land of origin as not being racist.

Lim Kit Siang of late has been trying to distance himself from the 13 May 1969 incident by saying that he was in Kota Kinabalu when the incident happened.


It is true that Kit Siang was arrested in Kota Kinabalu after making a speech inciting the Sabahans to hate the government and spreading lies that the government does not recognise the status of Sabahan Bumiputeras as equals to the Malays in the Peninsular. However, we know that the seeds of hatred had been planted long before that.


On 25 January 1969, Kit Siang slammed the United Democratic Party (UDP) for behaving like the MCA turning its back against its struggles with the DAP to establish the Universiti Merdeka and to champion the Chinese language, and to not accept the policy where the Malaysian culture must be based in the Malay culture; the Malaysian literature must be written in Malay; and multilingualism is not allowed as only Bahasa Malaysia is allowed.



Kit Siang said the above at a DAP rally in Datuk Keramat, Pulau Pinang on the abovementioned date.

He accused the government then of failure to establish and implement the fundamental concept of Malaysian Malaysia where the country does not belong to one single race and the use of a single language and single culture is an oppression against the other races.


You can read his speech titled ‘The Crusade for Malaysian Malaysia‘ so you do not forget easily like Kit Siang’s best friend who now champions Kit Siang’s struggles in order to destroy what have been protected in the Federal Constitution since the formation of this country. 



Friday, March 17, 2017

Rosmah Mansor Pegang Penaung PERMATA Salah, Betty Chew Pegang Lembaga Pengarah Hartanah Boleh? Dajal Kiasu Punya DAP


Berkatalah seorang Ketua Menteri di sebuah negeri di Utara tanahair yang dipetik Free Malaysia Today, baca di sini,
"Although I am not a water expert, I am holding this position because I am CM. The CM post comes from the people’s vote. Rosmah’s post was not determined by polls. Please do not talk about that when she is just the PM’s wife. You have the position by marriage. And hence you are the patron. So, please do not drag me into this issue."
Joseph Lim Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menamakannya sebagai orang yang tidak layak kalau berdasarkan kepada kelulusan, latarbelakang pendidikan mahupun kelayakan untuk menjadi Pengerusi PBAPP selepas ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin mempertikaikan kelayakan Rosmah Mansor sebagai Penaung PERMATA.

Pertama, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bukan dipilih oleh Rakyat. Rakyat Pulau Pinang hanya memilih beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih. Kedudukan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP sejak 2004 dan anak kepada 'diktator' di dalam DAP memungkinkan beliau menjawat jawatan tersebut.

Kedua, membandingkan DS Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri dan dengan kedudukan tersebut DS Rosmah Mansor menjawat jawatan Penaung PERMATA mungkin ada betulnya. Namun apa kesalahan dengan memikul tanggungjawab tersebut? Mungkin Lim Guan Eng terlupa tentang isterinya Betty Chew. Betty Chew adalah ADUN Kota Laksamana di Melaka dan Melaka dan Pulau Pinang bukanlah negeri yang sama (untuk pengetahuan macai DAP yang bengap).

Barangkali Joseph Lim Guan Eng boleh memberikan sebab yang sama, mengapa isterinya Betty Chew terlibat dalam sektor hartanah dan konsultansi hartanah di Pulau Pinang yang turut melibatkan Phang Li Koon sebagai rakan kongsi terutama dalam syarikat yang bernama Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. Baca di sini. Macai DAP kenal tak siapa perempuan Phang Li Khoon ini? Untuk rekod, Phang Li Khoon adalah tertuduh yang telah turut didakwa dalam dua kes rasuah bersama-sama Joseph Lim Guan Eng. Ingat tak macai?


Begitu juga dengan perlantikan Betty Chew oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang untuk mengetuai jawatankuasa hartanah menerusi kaitan rapat antara Joseph Lim Guan Eng dengan Tan Sri Tan Kok Ping. Baca di sini. Bukankah kedudukan Betty Chew ini juga seperti kata Joseph Lim Guan Eng, "position by marriage"?






DAP Iktiraf Mahathir Pejuang ‘Malaysian Malaysia’ Sama Seperti Kit Siang



AIDCNews – DAP kini melabel Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pejuang ‘Malaysian Malaysia’ (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia), visi yang sama diperjuangkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang sejak dari tahun 1969.

Label itu cuba dipotretkan oleh organ DAP, Roketkini selepas parti itu dilanda pelbagai kritikan dalaman termasuk ahli mengumumkan keluar parti, ekoran perubahan polisi DAP yang berkerjasama semula dengan Dr Mahathir, musuh nombor satu DAP sebelum ini.

Lim Kit Siang pernah melabel Dr Mahathir pemimpin korup di Malaysia menerusi bukunya bertajuk ‘Skandal Kerugian Bank Negara Berjumlah RM30 bilion Akibat Pertukaran Matawang Asing’ diterbitkan pada 1993, kini telah menukar pendirian bekerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun yang dilabel korup itu.

Perubahan polisi Kit Siang daripada menentang kepada menyokong Dr Mahathir telah menimbulkan kekeliruan di kalangan akar umbi parti itu.
Salah satu alasan mereka yang keluar parti menuduh DAP kini telah lari daripada pejuangan asal untuk memertabatkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ di negara ini.

Ekoran protes dalaman DAP hingga mendorong ahli-ahli keluar parti, organ DAP berusaha keras untuk menjustifikasi semula kewajaran Kit Siang berkerjasama dengan Dr Mahathir.

Kerjasama Mahathir dan Kit Siang melalui Pakatan Harapan + Bersatu mungkin bakal melahirkan semula usaha untuk mencapai wawasan Bangsa Malaysia, iaitu mencapai kesejahteraan bagi semua kaum termasuk Melayu, dan demi negara (nation),” rumus penulis Roketkini, Wan Hamidi Hamid dalam rencana terbaharu bertajuk “Mengapa Mahathir berkawan dengan Kit Siang?

Kebijakan penulis DAP meletakkan tajuk seumpama itu sudah menggambarkan Kit Siang pemimpin nombor satu DAP sejak dari tahun 1969 merupakan pemimpin yang lebih hebat berbanding dengan Dr Mahathir yang hanya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Rafizi Juara Menghasut, Juara Pembohongan



Berikut adalah pembongkaran penipuan Rafizi Ramli yang dibuat oleh Lim Sian See:

Di Parlimen semalam, Rafizi Ramli menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai ‘juara kepada juara’ apabila bercakap mengenai membelanjakan pendapatan dari hasil petroleum.

Rafizi yang sudah berkali kali masuk mahkamah kerana memfitnah, mendakwa Najib membelanjakan RM376 bilion hasil pendapatan petroleum negara antara 2009 hingga 2016, atau secara purata RM54 bilion setahun.

Tun Abdullah Ahmad Badawi pula didakwa membelanjakan RM204 bilion dari pendapatan petroleum atau RM41 bilion setahun dari 2003 hingga 2009. (walaupun Pak Lah hanya mengambil alih kerajaan pada 2004).

Rafizi kemudian mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya membelanjakan RM163 bilion, atau RM8 bilion setahun.

Ok. Rafizi turut mengakui ia bagaimanapun tidak mengambil kira inflasi dan perubahan nilai matawang, yang secara mudah jika dihitung, perbelanjaan ketika era pentadbiran Dr Mahathir adalah berganda.

Hanya mengambil kira perbezaan nilai matawang sudah cukup untuk menjadikan perbelanjaan ketika zaman pentadbiran Dr Mahathir menjadi sekali ganda.

Kedua, Rafizi tidak mengambil kira kos pengeluaran, di mana ia turut meningkat memandangkan minyak yang dikeluarkan di pesisir pantai atau carigali di kawasan pendalaman tidak lagi wujud dan kita perlu meneroka ke luar pantai dan carigali laut dalam.

Ketiga, Rafizi tidak pula menggelar Najib sebagai ‘juara kepada juara, apabila kita bercakap mengenai pemberian subsidi sebagaimana kita lihat di carta di bawah berdasarkan kepada angka dikeluarkan Perbendaharaan, di mana perbelanjaan adalah 10 kali ganda daripada zaman Dr Mahathir berikutan kenaikan kos pengeluaran minyak, kesan matawang dan pertambahan jumlah penduduk.

Najib membelanjakan bahagian yang besar daripada pendapatan minyak ini kepada rakyat berikutan kadar subsidi yang lebih tinggi.

Keempat, Rafizi juga tidak menyebut Dr Mahathir telah mengenakan cukai ke atas petrol selama 22 tahun pada kadar 58.62 sen bagi setiap liter ketika harga minyak rendah pada ketika itu. Ini sahaja melibatkan berpuluh bilion Ringgit bagi pendapatan Dr Mahathir untuk beliau membina menara berkembar dan projek mega lain.

Maka sekali lagi, Rafizi mahu mengelirukan rakyat dengan tidak memberikan maklumat penuh dan hanya menceritakan hanya suku temberangnya untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan.

Rafizi kemudian menggesa kerajaan untuk memulakan subsidi petrol biarpun seluruh dunia kini bergerak untuk tidak lagi memberikan subsidi menyeluruh seumpama itu malah pengeluar serta pengeksport minyak terbesar di dunia turut menarik balik subsidi, dan beralih kepada penyaluran subsidi lebih kepada sasaran sebagaimana dilakukan Malaysia.

Akhir sekali, Rafizi masih lagi tidak menjawab soalan berikut:

Malaysia adalah negara ke-16 termurah bagi harga petrol,
Negara yang lebih murah dari kita kebanyakannya pengeluar minyak terbesar di dunia.

Venezuela, Saudi Arabia, Turkmenistan, Egypt*, Algeria, Kuwait*, Iran, Ecuador, Bahrain, Kazakhstan, Nigeria, Qatar, Sierra Leone, Oman, and Bolivia.

Negara yang mana Rafizi mahu harga kita lebih murah lagi?

Mungkin Rafizi masih mahu Malaysia mengikut seperti Venezuela seperti yang diseru oleh beliau di tahun-tahun yang lepas?
LSS


Wednesday, March 15, 2017

Urut Dan Judi: SPRM juga perlu siasat PBT di Selangor – Jamal




AMPANG: Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkatkan siasatan ke atas penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam aktiviti perniagaan tidak bermoral di Selangor.
Beliau berkata berkata SPRM wajar meluaskan pencarian mereka kepada PBT yang membiarkan penyalahgunaan lesen, seperti rumah urut haram dan pusat judi haram, dijalankan di negeri itu.
Saya minta pihak berwajib menyiasat penglibatan PBT, bukan hanya kepada polis, bomba dan penguatkuasa agensi lain,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Jamal mengulas penangkapan 12 individu daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di Selangor oleh SPRM semalam.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada 2 pegawai polis berpangkat inspektor, 5 anggota polis, 4 anggota bomba dan seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.
SPRM berkata suspek dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap kedai urut yang dilindungi.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.