Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, November 29, 2017

Lebih Banyak Projek Infra Rakyat Akan Dilaksanakan - PM





Credit Video : StarTV

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lebih banyak projek infrastruktur rakyat seperti Jalan Pintas Rawang yang dibuka kepada pengguna hari ini, akan dilaksanakan kerajaan.

“Syabas. Ini akan kurangkan masa perjalanan buat pengguna selain memelihara alam sekitar. Banyak lagi projek infra rakyat sebegini akan kita laksanakan,” kata Najib menerusi catatan di akaun Twitter beliau.
Najib berkata demikian sempena pembukaan Jalan Pintas Rawang di Selangor kepada pengguna jalan raya bermula 6 pagi ini.

Jajaran baharu sepanjang sembilan kilometer bernilai RM628 juta itu melibatkan pembinaan struktur bertiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 pengguna setiap hari.



Mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 Nov lepas, infrastruktur bertunjangkan kepentingan rakyat itu dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa perjalanan dari Serendah ke Selayang, terutama pada waktu puncak.

BERNAMA


FAKTA MENARIK MENGENAI JALAN PINTAS RAWANG

JANJI DITEPATI: RAWANG BYPASS DIBUKA KEPADA PENGGUNA TANPA TOL

01: Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) kini telah dibuka kepada pengguna mulai hari ini Selasa 28 Nov 2017, jam 9.00 malam tadi.

02: Rawang Bypass adalah jambatan tertinggi di Malaysia iaitu setinggi 58.2 meter dari aras bumi, sepanjang 9km.

03: Merupakan antara projek termahal negara yang menelan belanja sebanyak RM630 juta.

04: Mengapa mahal? Selain projeknya yang rumit kerana banyak laluan tergantung, antaranya kerana menjaga alam di sekitarnya. Namun dalam jangka masa panjang, ia akan memberikan banyak kelebihan dan pulangan kepada rakyat, insyaAllah.

05: Menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) untuk mereka bentuk laluan berbengkang-bengkok demi mengurangkan kemusnahan ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di sekeliling laluan tersebut. Dan sebab itulah juga mengapa ia dibina setinggi hampir 60 meter, kerana menjaga alam di sekitarnya.

06: Banyak spesis pokok unik di sekitar projek lebuhraya ini antaranya ialah pokok Merawan Kanching atau Giam Kanching yang hanya tumbuh dalam kuantiti yang kecil di hutan negeri Selangor. Oleh sebab itu, pembinaan ini telah dijalankan dengan penuh cermat agar spesis flora terancam seperti Giam Kanching ini tidak musnah kerana projek ini.

07: Pembalak haram atau peminat kayu jangan senyum pulak. Jika korang didapati menebang pokok Giam Kanching tanpa kebenaran, korang boleh didenda sehingga RM 1 juta!

08: Mampu memendekkan perjalanan, dari bandar Rawang ke Kuala Lumpur yang dulunya 2 jam menjadi hanya 30 minit sahaja. Kalau bukan waktu puncak mestilah kurang dari 30 minit!

09: Oh ya, jangan risau. Lebuhraya ini tanpa tol dan tidak akan membebankan rakyat. Ini zaman Najib, bukan zaman atok. Don’t worry.

10. Ini bukan projek Azmin Ali. Saja peringat, bukan apa, dia kan suka claim kredit.😂😂😂


Video Credit : Malaysia Outlook


Baca seterusnya: MyKmu

Friday, November 24, 2017

Kos Menara Berkembar KLCC Adalah RM 10 Billion, Bukannya RM1.8 Billion





Berikut artikel tahun 1999 yang dipetik dari FB Rosli Md Sah:


Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain di sekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.

Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-

1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?

Sungguh pun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebih kurang seperti berikut, “ Petronas adalah seratus peratus di bawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.

Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.

2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?

Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang pejabat di beberapa bangunan di sekitar bandar raya KL. Satu bidang tanah itu terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council di Jalan Ampang di belakang Yow Chuan Plaza.

Lagi pun, pihak Pengurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, di mana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana. Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.

Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.

3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?

Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebih kurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.

Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, sama ada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.

4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?

4.1 KOS TANAH: RM 900 JUTA

Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walau pun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebih kurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial. Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah ke atas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.

Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya dengan rasmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu,
Harga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang ke Dayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri..

4.2 KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION

Kos bangunan tertinggi di dunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat di sebelah dalam, yang menelan belanja lebih kurang RM 1 BILION lagi.

Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.

Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.

Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar. Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebih kurang 5,000 kakitangan Petronas di Menara Satu, maka kontrak ini bernilai lebih kurang RM 50 JUTA. Dari segi mutu, harga ini dianggap ramai sebagai luar biasa tingginya.

Selain daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabot dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi (maaf, saya tidak ada maklumat tepat). Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabot untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll. Siapa punya syarikat pembekal perabot-perabot ini, saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luar biasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr Mahathir

Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilaporkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit.. Tak cukupkah yang mewah di Putra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada suku-sakat dan/atau kroni.

Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kaki persegi.(kpsg) Di Menara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!). Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.
Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja yang menduduki di situ. Ruang lain sama ada disewa kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKKAN MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!

Di Aras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuloh juta ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).

4.3 KOS TAMAN KLCC: RM200 JUTA

Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk mereka bentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.

Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagi pun, kos penyelenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, misalnya, yang biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.

4.4 KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA
Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.

4.5 KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA
Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebih kurang RM80 juta.

4.6 BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?

Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-

? bangunan pejabat Esso (40 tingkat);

? bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuloh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;

? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;

? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;

? kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;

? rangkaian jalan di atas dan di bawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang, serta dengan lebuh raya baru yang sedang dibina di atas Sungai Kelang (melalui terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru di sekeliling KLCC;.

? Sebuah masjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan masjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).

Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan-bangunan dan infrastruktur.

5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM SIAP DAN BERBAHAYA?

Ini menjadi tanda tanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka di Dayabumi itu. Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa berkerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan makan dan minum.

Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi suku-sakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini. Jadi apa nak buat? Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.

Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat perihatin dengan keselamatan kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar. Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.

6. BERAPAKAH KOS PENYELENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?

Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)

Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri di Semenanjung ini tidak sampai ke tahap ini!!

APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?

1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30 bilion.
2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuh raya, atau 30-40 buah universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau 350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua masalah perumahan 2 juta rakyat.

APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?

Dari fakta-fakta di atas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan mega ini ialah untuk manfaatkan suku-sakat dan kroni Dr Mahathir.

Untuk mengaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN membina bangunan tertinggi di dunia. Kononnya untuk memahsyurkan negara dan menarik pelancung.

Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”, kerana amat banyak potensinya di Malaysia ini – kebanyakkan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengalaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian di celah bangunan tinggi-tinggi…Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang cukup –lihat keadaan di Amsterdam mithalnya……). Dan satu cara paling berkesan memahsyurkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepostisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!

Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.

Wallahu a’lam.

Pengunjung Mesjid KLCC

14 Nov 1999


Sunday, November 12, 2017

SKIM PENCEN KERAJAAN


SyahirBaru-baru ini kecoh bila ada ura-ura mengatakan bahawa skim pencen kerajaan akan dimansuhkan. Ini berpunca daripada salah faham orang ramai yang menyalah anggap cadangan Menteri Kewangan Ke-II (MKII), Johari Ghani untuk mengkaji semula dasar pencen dengan memperkenalkan skim KWSP kepada penjawat awam yang baru di masa akan datang. MKII juga sudah menafikan beliau bermaksud mahu memansuhkan skim pencen kerajaan sedia ada .

Tetapi ada pula yang kata opsyen KWSP memang sudah ada sekian lama cuma Menteri yang tidak tahu. Kakitangan awam memang sudah diberikan opsyen untuk memilih skim KWSP dan mereka memang mencarum di dalam KWSP sebelum disahkan jawatan mereka di bawah Subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980.


 


Selepas disahkan jawatan dan sekurang-kurangnya sudah berkhidmat 3 tahun, kakitangan awam juga berhak memilih opsyen pencen dan diberi Pemberian Taraf Berpencen dengan memulangkan borang opsyen bagi Skim KWSP menurut Jadual Kelima. Jika mereka memilih opsyen pencen wang caruman kerajaan (majikan) kepada KWSP akan dipulangkan semula kepada kerajaan dan wang caruman pekerja boleh dikeluarkan oleh kakitangan awam tersebut. Jika mereka memilih skim KWSP, caruman akan diteruskan seperti biasa setiap bulan.

Saya yakin MKII sedar bahawa opsyen KWSP memang sudah ada untuk kakitangan awam pilih. Yang saya nampak banyak yang tidak dapat tangkap apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh MKII. Sebab itu banyak yang melatah menuduh kerajaan tidak ada wang hendak bayar pencen, kerajaan sudah bankrap dan sebagainya.

Ini beza di antara pembuat dasar yang sebenar dan "pembuat dasar" dalam Facebook.

Sebagai MKII yang bertanggungjawab menguruskan kewangan kerajaan, beliau bukan hanya perlu memikirkan dasar-dasar jangka pendek sahaja seperti apa yang perlu ada di dalam bajet tahun depan. Beliau perlu memikirkan apa yang akan berlaku, kesan jangka panjang dan kelestarian kewangan kerajaan jika dasar pemberian pencen kerajaan terus diberikan kepada kakitangan awam dalam masa sepuluh, dua puluh dan tiga puluh tahun yang akan datang.


Skim pencen adalah "defined benefit" iaitu skim di mana majikan menjanjikan akan membayar wang kepada pekerja selepas mereka bersara manakala skim KWSP adalah "defined contribution" iaitu skim berdasarkan sumbangan atau caruman yang dibuat pekerja melalui potongan gaji dan juga sumbangan oleh majikan dalam konteks ini kerajaan.

Setiap tahun jumlah perbelanjaan pencen yang dibelanjakan kerajaan meningkat. Pada tahun 1970 perbelanjaan pencen hanya sekitar RM101 juta dan meningkat setiap tahun kepada RM516 juta (1980), RM1.2 billion (1990), RM4.2 billion (2000), RM11.5 billion dan dijangka mencecah RM24 billion tahun depan (2018). Nisbah perbelanjaan pencen dan ganjaran kepada perbelanjaan mengurus juga semakin meningkat dan kini sudah melebihi 10%. Ini bermaksud 10% daripada perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan diperuntukkan untuk membayar pencen dan ganjaran kepada pesara kerajaan.


 


Setiap tahun semakin banyak penjawat awam yang akan mencapai umur persaraan (60 tahun). Dengan kemajuan taraf hidup dan sosioekonomi Malaysia yang semakin meningkat, jangkaan hayat rakyat Malaysia juga meningkat atau dalam bahasa mudahnya makin lama orang Malaysia hidup. Jabatan Perangkaan Negara mengunjurkan jangkaan hayat penduduk Malaysia akan terus meningkat daripada 71.9 tahun (lelaki) dan 76.6 tahun (perempuan) pada 2010 kepada 78.0 tahun (lelaki) dan 83.0 tahun (perempuan) pada 2040.


 


Semakin lama, semakin banyak juga peratusan penduduk kumpulan umur tua iaitu 65 tahun dan ke atas. Pada tahun 2010, kumpulan umur ini hanya mewakili 5% daripada keseluruhan penduduk Malaysia dan pada 2040, Jabatan Perangkaan menjangkakan kumpulan umur ini akan meningkat kepada 14.5%.


 


Semakin tinggi jangkaan hayat penduduk Malaysia, semakin tinggi kumpulan umur tua di Malaysia, semakin tinggilah perbelanjaan pencen yang perlu ditanggung kerajaan. "Ageing population" adalah isu atau trend besar yang perlu kita hadapi di masa akan datang. Sama seperti apa yang dihadapi oleh negara Jepun dan negara maju yang lain.

Inilah yang cuba dimaksudkan oleh MKII baru-baru ini.

Ia bukannya soal kerajaan tidak ada wang, tidak mampu membayar pencen atau menuju ke arah kebankrapan. Tetapi ianya soal pilihan dasar-dasar yang akan memberi implikasi kepada kewangan kerajaan dan kepada rakyat di masa akan datang. Sebab itu MKII membangkitkan idea untuk berubah daripada skim "defined benefit" kepada "defined contribution" sebagai pilihan atau opsyen dasar di masa hadapan.

Tidak ada masalah untuk kerajaan mengekalkan skim pencen sedia ada, tetapi implikasinya adalah perbelanjaan pencen akan terus meningkat dan nisbah kepada perbelanjaan mengurus juga akan meningkat. Pilihan dasar ini akan memerlukan kerajaan meraih hasil yang lebih tinggi melalui kutipan cukai yang lebih tinggi di masa akan datang. Antaranya adalah kadar cukai seperti GST mungkin dinaikkan untuk menampung kos pencen pesara kerajaan. Kerajaan tidak akan meminjam atau menerbitkan bon untuk membiayai perbelanjaan mengurus.

Ini tugas dan tanggungjawab pembuat dasar (policymaker), memikirkan untuk jangka masa panjang dan bukannya jangka pendek sahaja seperti rakyat yang hanya memikirkan apa yang kita akan dapat dalam setiap bajet.

Sebab itu kerajaan memperkenalkan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Supaya rakyat sama-sama berfikir cabaran dan solusi bagaimana kita hendak bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara. Hendak jadi negara maju, mentaliti kita juga perlu maju.

Rujukan:

1. Akta 227; Akta Pencen 1980

2. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan Mengikut Objek - Bank Negara

3. Unjuran Penduduk Malaysia 2010 - 2040 - Jabatan Perangkaan


Monday, October 30, 2017

UMNO Pada Zaman Najib Dan Zaman Mahathir Tidak Sama


 
 


UMNO disifatkan seperti sebuah kapal yang besar yang dimiliki oleh semua khususnya orang Melayu. UMNO juga tidak mendewakan individu, tidak mengharapkan kekuasaan individu semata-mata.

Benar, kepimpinan seseorang itu wajar diberi perhatian apatah lagi dalam usaha sesebuah parti mendapatkan sokongan akar umbi atau sesuatu kawasan. Namun, parti itu lebih diutamakan.

Ketika memberi reaksi kepada kepulangan Muhammad Taib ke pangkuan UMNO, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan ia sebagai bukti bahawa UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa saja.

Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih ahli UMNO menjadi Presiden parti, beliau menggunakan cara yang lebih terbuka berbanding bekas Presiden Mahathir.

Sebagai orang lama dalam politik dan UMNO, Annuar banyak menceritakan pengalaman beliau ketika menyaksikan apa yang berlaku di dalam parti keramat UMNO.

Kata Annuar, zaman Mahathir dulu, wujud sistem kouta iaitu menutup pintu. Inilah yang membezakan zaman Mahathir dan Najib. Tambahan pula pada ketika itu tercetusnya team A dan B. Menyelak kembali sejarah, Mahathir hanya menang tipis saja dengan lawannya Ku Li.

Hinggakan UMNO pernah diharamkan pertubuhannya. Menyedihkan, pernah terjadi dalam sejarah konflik antara pemerintah (Mahathir) dengan institusi raja-raja Melayu. Bergaduh saja kerjanya...
Berbeza dengan Najib, yang suka berkawan dengan semua orang. Tengoklah lawatan kerja di Amerika Syarikat baru-baru ini, layanan yang diberikan cukup istimewa! Bukan saja di Barat, pemimpin dan negara seperti Arab Saudi dan Palestin juga begitu selesa serta suka pada Najib yang membawa bendera Malaysia.

Berbalik semula kepada UMNO yang hari ini lebih demokrasi... Tak kira siapa waima bekas pemimpin parti lawan, jika ia benar-benar mahu bersama dalam perjuangan UMNO, apa salahnya. Ini parti milik semua, bukan milik individu.

Mungkin ramai lagi pemimpin dan pengikut parti pembangkang menyertai UMNO. Iyalah, biasanya, pemimpin-pemimpin ada pengikut masing-masing.

"Warisan perjuangan orang Melayu ialah UMNO. Orang-orang UMNO memperjuangkan parti bukannya individu. Kalau memperjuangkan individu, sampai bila dia akan berkuasa?"

Demikian tegas Annuar dalam Program Bicara BH bertajuk PRU14: Antara Mimpi & Realiti baru-baru ini.

Ialah, kalau kita perjuangkan individu, itu yang tertubuhnya PPBM yang dikepalai Mahathir. Mahathir bergaduh dengan Najib sebab nakkan anakknya diberikan jawatan besar. Macam mana nak beri, parti UMNO bukan seperti DAP yang boleh disusun-susun oleh tangan ghaib. Dalam UMNO perlu melepasi suara ahli dalam pemilihan parti. Kalau ahli parti tidak memberi sokongan, bagaimana mahu mendapatkan mandat seterusnya menduduki jawatan tertentu yang ditandingi?

Sebelum ini lahir PKR yang dikepalai Anwar Ibrahim. Sebab apa? Bergaduh dengan Mahathir. Sebelum-sebelum dulu, pemimpin PAS juga keluar UMNO dan tertubuhlah PAS. Juga kerana bergaduh dan merebut jawatan.

Pemimpin bersilih ganti. Annuar pernah mengatakan ketika program dialog Perjuangan 4 All di Wangsa Maju, Najib adalah pemimpin parti dan negara yang sesuai pada zaman ini. Dipilih ahli UMNO sebagai presiden parti, mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya, kenapa pula kita mahu menidakkan demokrasi?


#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP




Guan Eng Malu Besar - Dokumen Projek Billion Ringgit Didedahkan

“Dakwaan Guan Eng DAP kononnya peruntukan RM 1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM 1.1 billion masih belum dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik”

Dr MiM

Sebelum ini beliau mencipta sejarah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama disabitkan dengan kes rasuah.

Kes tersebut sedang berjalan tetapi Lim Guan Eng dengan tanpa malunya masih lagi menjawat jawatan tersebut.

Kali ini ialah pembohongan kroni tegar Lim Kit Siang terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Tindakan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang menjelaskan bahawa kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM2 bilion untuk projek tebatan di negeri ini.

“Kita mendapati, kenyataan dikeluarkan Zainal Abidin itu palsu dan tidak benar. Ini kerana, selepas memeriksa rekod yang kita ada, kerajaan Pusat hanya membelanjakan RM300 juta sahaja untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang.” dakwa Guan Eng.

Kenyataan Guan Eng DAP ini mengambarkan yang beliau sebenarnya tidak tahu apa-apa pun dengan negeri yang ditadbir oleh beliau dan DAP. Sungguh memalukan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menafikan pembohongan Guan Eng kononnya kerajaan Persekutuan tidak memberi dana yang sewajarnya untuk membantu masalah banjir di Pulau Pinang.

Kerajaan persekutuan telah mengeluarkan perbelanjaan untuk projek tebatan banjir di negeri itu sejak 2006.

Zainal Abidin juga telah menjawab, di antaranya beliau berkata bahawa kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang dan EXCO Tebatan Banjir minggu lalu mempersoalkan kenyataan beliau pada Rabu, 20 September 2017 dibuat dengan niat jahat bertujuan mengelirukan pemikiran rakyat dan menimbulkan curiga terhadap Kerajaan Persekutuan dan beliau.

Yang pastinya, kenyataan mengenai peruntukan RM 2 billion adalah benar, bukan fitnah atau palsu seperti yang didakwa oleh kroni tegar veteran tua DAP.

Dakwaan Guan Eng DAP kononnya peruntukan RM 1.7 billion dan dakwaan Exco Tebatan Banjir kononnya RM 1.1 billion masih belum dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik.

Berikut adalah perincian projek- projek di bawah RMK 9, RMK10 dan RMK11 :

a. RMK-9 (2006-2010) – RM1,493,500,000.00.

10 projek telah siap dilaksanakan. Antara projek yang telah siap dilaksanakan ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bertam Kepala Batas, RTB Bandar Pulau Pinang. RTB Sungai Junjung dan RTB Sungai Perai.

b. RMK-10 (2011-2015) – RM404,550,000.00

11 projek telah dilaksanakan. Antara projek-projek tersebut ialah meneruskan untuk menyiapkan Projek RTB Bertam Kepala Batas, projek baru RTB Tasek Gelugor dan RTB Lembangan Sungai Kerian. Bagi Projek RTB Lembangan Sungai Kerian, kerja-kerja pembinaan masih dilaksanakan dan projek dijangka siap pada akhir tahun 2017.

c. RMK-11 (2016-2020) – RM150 juta

Projek bagi pelaksanaan projek RTB Sungai Pinang, kontraktor telah dilantik dan kerja-kerja dijangka bermula penghujung tahun 2017.

Guan Eng dan Exconya memang telah memalukan rakyat jika benar tidak tahu menahu mengenai projek-projek tebatan banjir itu sedangkan semuanya dalam pengetahuan JPSPP, sebuah agensi bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Guan Eng DAP juga disarankan supaya menyemak semula dengan JPSPP sekali lagi sebelum melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

Tiada gunanya menggunakan taktik menuding jari kepada pihak lain kerana rakyat sudah muak dengan taktik tersebut.

Jika tidak mampu, balik sahaja ke Melaka dan serahkan jawatan kepada rakyat Pulau Pinang.

Sumber: novandri.blogspot.com

Sarawak Report Gagal Mengemukakan Pembelaan

Clare Rewcastle Brown aka Sarawak Report gagal memfailkan pembelaan untuk membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membayar Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta di United Kingdom ( UK ) pada jam 4.00 petang semalam, 30hb Ogos 2017. Beliau memohon kepada Mahkamah untuk tempoh lanjutan masa tetapi Hakim menolak permohonan beliau. Oleh itu, kes tersebut akan di teruskan pada Oktober 2017.

THE THIRD FORCE
By : Raja Petra Kamaruddin

Pada jam 4.00 petang, masa United Kingdom (UK), Ketua Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, gagal mengemukan bukti kepada Mahkamah di London bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menyogok Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta. Kegagalan beliau untuk berbuat demikian melanggar perintah Mahkamah bertarikh 2 Ogos 2017 (lihat di bawah) yang memerlukan beliau untuk memfailkan serta mengemukan pembelaan beliau mengikut tarikh yang ditetapkan.

Imbasan secara ringkasnya, Clare telah disaman di atas artikel terbitan Editorial Sarawak Report yang mendakwa bahawa Najib menyogok Hadi sebanyak RM90 juta untuk mendapatkan faedah politik. Presiden PAS meminta peguam beliau di United Kingdom (UK) untuk menghantar surat kepada Claire sebanyak 3 kali menuntut permohonan maaf ke atas tuduhan palsu tersebut namun tiada satu pun jawapan di terima.

Ia tidak di jawab kerana Clare sememangnya tidak mahu berkerjasama dan tiada bukti yang kukuh di atas tuduhan beliau, mengabaikan surat –  surat tersebut dan memberitahu Hakim bahawa dia menerima berpuluh-puluh surat seperti itu, namun tiada yang berakhir dalam gelanggang Mahkamah. Awal hari ini, dia memohon kepada Hakim untuk memberikan lanjutan untuk mengemukakan kes beliau terhadap Hadi tetapi ia ditolak.

Walaupun mempunyai masa yang mencukupi sejak setahun lalu untuk mengumpul bukti-bukti terhadap tuduhan beliau, Clare gagal untuk mengemukannya walau sedikit, bermakna segala dokumen yang di dakwa di miliki olehnya yang mengandungi pelbagai salah laku Najib adalah palsu semata-mata. Hakim mungkin tahu bahawa, maksud saya, jika memang dokumen tersebut tulen, mengapa beliau begitu keberatan untuk mengemukannya? Tidakkah dengan mengemukakan ‘bukti-bukti’ akan meyakinkan Hakim bahawa Najib adalah seorang yang tidak mulia yang mampu merasuah seseorang seperti Hadi ?

Kegagalan beliau untuk berbuat demikian sebenarnya menunjukkan bahawa dia mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi bagi sebuah negara yang berdaulat. Dan sekarang, apabila arus berlawanan dengan kehendaknya, dia cuba untuk mengheret perbicaraan melepasi pilihanraya umum ke-14 dengan memohon lanjutan daripada Hakim. Tetapi Hakim dengan lebih atau kurang memberitahu beliau segalanya sudah berlalu.

Hasilnya, Ketua Pengarang Sarawak Report kini perlu kembali ke Mahkamah pada bulan Oktober, di mana berkemungkinan peguam beliau akan membuat satu lagi percubaan untuk memohon lanjutan. Walau bagaimanapun, pemkembangan ini dijangka akan mencetuskan kegusaran di dalam pakatan pembangkang Malaysia yang diketuai Mahathir yang bersungguh-sungguh menghancurkan Najib berdasarkan artikel-artikel beliau.

Tanggungjawab sekarang terletak kepada Mahathir untuk menjelaskan mengapa Clare gagal mengemukan bukti kukuh sebagai asas untuk serangannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. Ketakutan terbesar Mahathir adalah bahawa rakyat Malaysia akan mula melihat kejahatan sebenar beliau dan mempersoalkan jika benar dia memang membayar Clare untuk memburuk-burukkan nama Najib.

Tetapi itulah yang saya telah telah katakan selama ini.

Sebenarnya, sumber-sumber pemberi maklumat dari Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan kepada saya bahawa Mahathir sememangnya menyalurkan jutaan ringgit untuk Clare dalam usaha untuk menjatuhkan Najib melalui “Democratic Thievery” .
Bukan sahaja Ketua Pengarang Sarawak Report perlu menafikannya, beliau juga perlu menafikan artikel di mana saya mengatakan beliau berkonspirasi mensabotaj 1MDB dan menghasut Kerajaan China agar berpaling arah terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Adakah saya tidak pernah memberitahu anda bahawa wanita ini sebenarnya terlalu jijik dan kotor?


Friday, October 27, 2017

Bajet 2018 : 'Ibu Segala Bajet'

Berdasarkan indeks ekonomi Malaysia yang kukuh, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2018 yang beliau sifatkan sebagai 'Ibu Segala Bajet', yang komprehensif dengan pengumuman pelbagai insentif dan ganjaran untuk setiap golongan rakyat.

Perdana Menteri berkata bajet sejumlah RM280.25 bilion itu mengambil hitung seawal kepentingan bayi dalam kandungan sehinggalah kepada agenda-agenda untuk masa hadapan negara.

Antara lain, bajet kali memanfaatkan golongan petani, pesawah, nelayan, pemandu teksi, peneroka Felda, penjawat awam dan pesara, pengguna lebuh raya, masyarakat Cina dan India, tok batin, belia dan pelajar.

"Inilah... belanjawan yang tidak pernah diperucapkan sedemikiannya, semenjak saya ambil alih tampuk kepimpinan negara ini kerana ia bersifat holistik dan sarat dengan falsafah," kata Najib di Dewan Rakyat dalam ucapan bajet kira-kira dua jam setengah bertemakan ' Memakmur ekonomi Yang Inklusif. Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50'.

Menurut Perdana Menteri, sejak lapan tahun lalu beliau terpaksa membuat keputusan sukar dengan memberi fokus kepada inisiatif ekonomi sebagai agenda transformasi negara.

Antara hasilnya, rizab antarabangsa negara kini mencatat RM428.7 bilion berbanding RM59.1 bilion semasa kegawatan ekonomi 1997.

Najib berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terbukti menjadi penyelamat kepada ekonomi negara.

Katanya, pelaksanaan GST adalah langkah berani yang diambil kerajaan yang akhirnya terbukti kebenarannya.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, pihak pembangkang sampai hari ini tidak sepakat sama ada menerima GST atau tidak dan kadang kala bercakap mahu memperkenalkan semula sistem SST (Sales and Services Tax).

Katanya, tanpa kutipan GST sebanyak RM41 bilion, tidak dapat dibayangkan bagaimana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.

Najib membidas sikap pembangkang yang tidak konsisten dan 'asyik-asyik U-turn' apabila mereka bercakap mengenai program dan insentif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

"Apa yang kita sering dengar, asyik-asyik U-turn,... asyik-asyik U-turn... and more u-turn, sehingga segalanya membuat pemikiran rakyat dikeliru, didamak dan diracuni," katanya.

Beliau berkata pembangkang juga berbelah bahagi berhubung program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pinjaman PTPTN dan subsidi minyak apabila adakalanya mereka menyokong dan kadang-kadang bercadang menghapuskannya.

Keseluruhannya, Bajet 2018 menyenaraikan 233 insentif dan program di bawah lapan pe-tunjang.

Program-program tersebut, menurut Najib, adalah untuk dinikmati seluruh rakyat Malaysia tercinta, tidak kira apa jua, kaum, bangsa dan latar keturunan.

Kumpulan sasar termasuk bayi yang bakal dilahirkan mulai 1 Januari depan hingga 2022 yang dihadiahkan tabungan permulaan sebanyak RM200 melalui skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50.

Bagi menangani isu kos sara hidup, antara lain bajet kali ini menurunkan kadar cukai pendapatan bagi 2.3 juta pembayar cukai terutama golongan pendapatan pertengahan M40.

Langkah ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna antara RM300 hingga RM1,000 manakala 261,000 orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.

Bajet juga memperuntukkan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan, termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.

Kedai Rakyat 1Malaysia pula distruktur semula menjadi KRIM 2.0 yang menyediakan lima barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair (LPG), di samping 50 jenis barangan pengguna berjenama dijual pada harga lebih rendah daripada pasaran.

Berita gembira seterusnya oleh Najib ialah pemansuhan kutipan tol di empat lokasi iaitu di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di Selangor; di Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan di Eastern Dispersal Link (EDL), Johor.

Sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk bantuan haemodialisis dengan subsidi RM100 daripada keseluruhan RM110 setiap sesi rawatan.

"Maknanya, mulai 2018, pesakit berdaftar hanya membayar RM10 sahaja bagi setiap sesi rawatan," kata Najib.

Pemandu teksi pula diperuntukkan geran RM5,000 kepada mereka yang membeli kereta baharu.

Dengan pengumuman bajet tersebut, Perdana Menteri berharap rakyat dapat menghakimi dengan bijak dan terus ' bersatu hati dengan kerajaan', demi masa depan Malaysia yang cerah.

"Bila rakyat dan kerajaan menjadi satu, barulah negara gagah perkasa...,," katanya.

-- BERNAMA

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.