Anwar mahu
selesai isu penipuan pilihan raya dulu
Ketua Umum
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai
persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan
penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.
Persoalannya, siapa yang menipu dan siapa yang menyeleweng? Siapa yang menipu kononnya akan ada kerajaan baru pada 16 September 2008? Siapa yang menipu Cipta surat Ulama Dr. Yusof Qardawi yang dikarang entah oleh Anwar sendiri! Siapa yang menipu rakyat Malaysia kononnya ramai pengundi hantu Bangla walhal mereka adalah keturunan India Muslim seperti Anwar juga! Bukanlah menghairankan kalau Anwar sendiri yang mengupah bangla-bangla itu supaya berlakon berbaris, menaiki bas dan beri IC Palsu, kemudian menganiaya mereka pura-pura menuduh mereka pengundi hantu! Cara Anwar menipu sangat mudah difahami!!!
Katanya,
beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya
kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.
Berita
Harian melaporkan hari ini, beberapa rakyat Malaysia yang berkulit hitam, gelap
dan seakan-akan Bangla telah ditahan hampir setengah jam oleh penyokong PKR.
Amat mengejutkan sekali kerana apabila keluarga pengundi tadi datang
menerangkan mereka adalah rakyat Malaysia keturunan India Muslim, barulah
penyokong tegar PKR melepaskannya. Paling mengejutkan pengundi yang disangka
Bangla itu disogok pula dengan wang RM50.00 supaya menutup mulut!...Anwar Anwar
inikah yang kau maksudkan penipuan itu? Siapa yang buat pak syeikh Anwar?
Peristiwa
itu begini, "Seorang pemuda lembam cedera ringan dipukul beberapa lelaki
disyaki penyokong pembangkang kerana menuduhnya sebagai warga Bangladesh yang
ingin mengundi.
Kamal
Krishnan @ Mohd Nizam, 33 yang menetap di Taman Kuala Selangor Jaya yang tiba
untuk membuat pengesahan mengundi di Sekolah Rendah Agama Kuala Selangor,
didatangi sekumpulan pemuda yang menuduhnya sebagai 'pengundi hantu'.
Abang
mangsa, Zulkifi Mohd Nizam, 36, mendakwa adiknya yang mengalami kecacatan
mental itu, tidak mampu berbuat apa-apa ketika diserbu dan kad pengenalannya dirampas. Baca lanjut
di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_Pemudalembamdiserang_disangkawargaBangladesh/Article/
Kata Anwar
semasa diwawancara..."Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk
mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak
selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini
sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
"Saya rasa apa yang perlu
diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses
penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang.
Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.
Anwar
Ibrahim buta tidak nampakkah di mana-mana DS Najib pergi beribu-ribu rakyat
hadir bersamanya, menyokong Najib dan mengundi Najib (BN). Satu perkara yang
Anwar gagal atau tidak belajar ialah pengundi "silent majority".
Pengundi-pengundi
BN ini tidak suka kepada berkonvoi-konvoi menunjuk-nunjuk ramainya orang datang
walaupun diangkut dari satu kawasan ke satu kawasan. Contohnya di Putrajaya,
penyokong pakatan yang sama di Lembah Pantai diangkut ke Putrajaya, malangnya
mereka bukan pengundi Putrajaya, mereka adalah "peramai"(penonton)
sahaja! Pengundi di Putrajaya mereka diam dan tidak suka menunjuk-nunjuk. Sebab
itulah Husam kalah, Anwar perasan saja Husam akan menang hanya kerana ramainya
orang!
Beliau yakin
bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang
berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.
Yang
tersirat ialah, semasa di Pulau Pinang, Anwar diminta meninggalkan Masjid Jamek
Teluk Bahang, Pulau Pinang setelah selesai menunaikan solat maghrib ketika cuba
memberi tazkirah politik di masjid itu. Beberapa ahli jawatankuasa yang tidak
selesa dengan tindakan Anwar itu kemudiannya meminta beliau meninggalkan masjid
tersebut.
Anwar tidak
dapat menerima hakikat, meskipun dapat mengekalkan Permatang Pauh, tetapi menyaksikan sokongan
terhadap beliau merosot majoriti 11,721 undi berbanding pilihan raya kecil 2008
dengan majoriti 15,671 undi.
Turut tidak
terkecuali Nurul Izzah memperoleh majoriti tipis 1,847 undi berbanding PRU 2008
dengan majoriti 2,895 undi.
"Orang
yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang
dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.
Anwar yang
berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini
berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan
raya kali ini.
Persoalannya,
rakyat yang kecewa atau Anwar Ibrahim yang kecewa? Siapa tidak ingin menerima
hakikat dan dalam Islam inilah Qada dan Qadar Allah SWT. Kata Ustaz ustaz
Syeikh Nuruddin Marbu AL Banjari AL Makki bahawa mereka yang menang hendaklah
menunaikan tanggungjawab kerana akan ditanya oleh Allah SWT kelak, manakala
mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan dengan hati terbuka. Yang kalah
katanya lagi ucapakanlah tahniah kepada yang menang. (Radio Ikim)
"Saya
tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.
"Saya
rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan
rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.
Yang tidak
dinyatakan Anwar ialah, apakah kamu jujur di antara kata-katamu dengan
perbuatanmu. Semasa di Tawau, Anwar Ibrahim langsung tidak memperdulikan
calon-calon PAS ketika sama-sama di atas pentas berbanding layanan Anwar ke
atas Calon DAP dan PKR. Apa maknanya?
Apakah Anwar
bersedih kerana kekalahan Mat Sabu, Husam, Saifudin Nasution, Dr. Muhd. Nor
Manuty, Aziz Bari, Chua Jui Meng, Lajim Ukin setelah melabur sekian banyak!
Anwar
sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan
kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya. Pada 2006, Anwar
pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
mengakui
bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di
Amerika Syarikat.
"Apabila
saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik
untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.
Dalam
temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan
mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di
beberapa kerusi.
Katanya,
beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat
terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.
"Saya
telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti
penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak
akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.
Anwar
bercakap pasal Lajim, orang Sabah akan ketawa terbahak-bahak bila sebut nama
Lajim! Apakah Lajim seorang yang berintegriti tinggi bila disumbat dengan jutaan wang ringgit di depannya? Lajim ketika mudanya dibeli oleh Anwar (1994) untuk
menjatuhkan Kerajaan Demokratik PBS, tiada siapa boleh menafikannya di Sabah!
Dan apakah peristiwa Lajim keluar lagi kali kedua hanya dengan air liur Anwar
Ibrahim?
Kata Anwar
dengan kecewa mendalam, "Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham
tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman.
Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu
dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.
"Kita
tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah
satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi.
Akhirnya,
selepas membuat petisyen dengan membayar wang pendaftaran di Mahkamah, membayar
yuran guaman yang pastinya besar, menggunakan wang kerajaan Selangor agaknya,
kes ini kemudian sengaja dipanjangkan ke 4 5 tahun dengan harapan Rakyat akan
terbuai-buai dengan perkataan "petisyen" "kita ditipu"
walhal Anwar lah yang menipu rakyat, menipu penyokongnya dan tidak dapat
menerima Qada dan Qadar Allah SWT.
Nota
: sila baca wawancara asal yang pastinya telah diedit di http://www.malaysiakini.com/news/229313
No comments :
Post a Comment