Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 7, 2013

Ketua Tempat Mengundi, Anggota Polis Cedera Diserang Ketika Hantar Peti Undi


Sumber : Malaysian Review

KOTA BAHARU: Seorang ketua tempat mengundi dan seorang anggota polis cedera ringan selepas diserang lebih 20 penyokong sebuah parti politik ketika menghantar peti undi ke Pusat Penjumlahan Undi di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat, malam Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an, cedera selepas sekumpulan penyokong parti itu bertindak ganas memecahkan cermin kereta yang mereka naiki menggunakan benda keras dan melompat naik ke atas kenderaan tersebut.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata bagaimanapun serangan itu dapat dihentikan sekumpulan anggota polis yang digerakkan ke tempat kejadian.

"Kita berjaya menyelamatkan peti undi tersebut daripada dibawa lari oleh penyokong parti dan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana melakukan halangan salah, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 323 kerana menyebabkan kecederaan.

Jalaluddin berkata sebanyak 88 laporan polis dibuat pada hari pengundian semalam, 44 daripadanya berhubung penggunaan dakwat kekal.

Selain itu, sebanyak 20 kes melibatkan ralat teknikal berhubung kad pengenalan apabila pengadu tidak dibenarkan mengundi selepas namanya tidak sama dengan senarai semakan pemilih berdaftar dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam pada itu, dua pemuda berusia 21 dan 20 tahun ditahan reman selama tiga hari pada 4 Mei lepas selepas bertindak bermain mercun jenis bola di hadapan Kompleks Kota Darul Naim dengan tujuan menakut-nakutkan orang awam.

"Mereka akan dituduh esok dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Letupan," katanya.

Jalaluddin turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebarkan sejak dua hari lepas berhubung satu himpunan di ibu negara. -BERNAMA

*Kenapa geng-geng ANTI SPR tak bising pasal hal ni? Fikir-fikirkan....

Baca seterusnya : di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.