Sehingga jam 2.45 pagi ini, hampir dua ribu orang penyokong
Pakatan Rakyat berhimpun di Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman bagi
menunjukkan kekuatan politik mereka. Sehingga berita ini dilaporkan, masih
belum menampakkan tanda-tanda Polis akan menyuraikan himpunan haram ini.
Perhimpunan sebesar ini mencerminkan Pakatan bersedia
mencetuskan huru-hara jika mereka kalah malam esok. Jika dilihat tindakan
mereka berarak seperti “Arab Spring” ia sekadar mengesahkan maklumat yang
menyatakan Hishamuddin Rais akan melakukkan huru-hara jika Pakatan kalah malam
esok. (Maklumat mengenai kempen huru-hara Hishammudin Rais akan didedahkan
dalam laman ini pagi esok.)
Sementara itu, perarakan ini menimbulkan persoalan dari segi
undang-undang. Selain ia merupakan satu kesalahan berhimpun beramai-ramai tanpa
memaklumkan kepada Polis terlebih dahulu, ia juga melanggar peraturan Pilihan
Raya juga, tiada lagi kempen dan himpunan yang boleh diadakan selepas Jam 12
tengah malam sebelum hari pengundian. Malangnya, peraturan ini tidak dipatuhi.
Sebaliknya penyokong Pakatan keluar memenuhi jalan dan
berarak menggunakan kereta dan motor tanpa mmepedulikan keselamatan lalu
lintas.
Yang menggusarkan keadaan ialah penyokong Barisan Nasional
juga sudah mula berkumpulan untuk menunjukkan kekuatan. Adalah wajar semua
penyokong BN pulang ke rumah untuk berehat bagi hari pengundian esok. Lupakan
monyet-monyet ini yang tidak mempedulikan kehidupan orang lain ini.
Kemenangan pilihan raya tidak ditentukan oleh siapa yang
bersorak kuat.
Namun kita berharap Polis dapat mengambil tindakan tegas ke
atas perhimpunan haram seperti ini. Mengapa mereka ini masih tidak ditangkap
atau disuraikan?
No comments :
Post a Comment