KETUA Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini
mendakwa penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000
pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.
Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching,
Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130
Hercules yang ditempah khas.
“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap
hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.
“Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki
melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan
fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN,
hari ini.
Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia
dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan
Angkatan Tentera Malaysia.
“Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan
untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam
(Melaka) dan Ipoh (Perak),” kata Anwar.
Beliau menambah, kemudahan kem Askar Wataniah turut
digunakan untuk menempatkan pengundi asing.
Tambah Anwar, beliau turut mendapat maklumat kemasukan
secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah
yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing
Indonesia di Pelabuhan Klang.
SEBENARNYA kita tidak tahu mengapa Anwar tiba-tiba boleh
jadi segila dan sesewel ini bila membuat segala macam tuduhan tersebut.
Tuduhan puluhan ribu pengundi hantu telah didatangkan
dari Sabah dan Sarawak ini merupakan
penghinaan TAHAP TERTINGGI pemimpin pakatan itu kepada warga kedua-dua negeri
berkenaan.
Tuduhan begini bukan sekali, malahan berkali-kali rakyat di
kedua-dua negeri berkenaan dikaitkan dengan pengundi hantu.
Ternyata bencinya Anwar kepada rakyat Sabah dan Sarawak tak
pernah pudar dari dulu hingga sekarang.
Hanya kerana mereka ‘fixed deposit’ untuk Barisan Nasional
(BN), Anwar telah menghina rakyat Sabah dan Sarawak sampai begitu sekali.
Dakwaan Anwar ini sangat serius, menggambarkan seolah-olah
rakyat Sabah dan Sarawak BEGITU MURAH hingga boleh dibeli undi mereka.
Melabelkan mereka dengan gelaran ‘pengundi hantu’ itu
sendiri telah merendahkan krediliti dan maruah rakyat Bumi Kenyalang serta
Negeri Di Bawah Bayu itu.
Mengenai tuduhan warga asing turut terlibat sebagai pengundi
hantu, kami ingin bertanya pada Anwar. Adakah begitu sukar dan sulit bagi SPR
serta polis untuk membezakan wajah dan identiti mereka ini di pusat pembuangan
undi kelak?
Adakah terlalu sukar untuk membezakan percakapan dan lenggok
bahasa para warga asing ini sehingga Anwar begitu yakin yang mereka akan
dibenarkan membuang undi pada hari Ahad
nanti?
Adakah Anwar nak mengatakan ejen PKR yang dilantik oleh
parti itu sendiri di pusat membuang undi nanti terlalu BODOH, BANGANG DAN
BAGHAL sehingga tak dapat mengenal pasti mana rakyat tempatan dan mana rakyat
asing?
Maaf, fitnah dan tuduhan Anwar ternyata cukup PRA-MATANG dan
bersifat keanak-anakan!
Menuduh JPM ‘menyeludup’ pengundi hantu ini melalui
Penerbangan Malaysia, Air Asia dan Hercules juga tidak masuk akal sama sekali.
Jumlah beribu-ribu pengundi hantu itu bukan SEDIKIT, kalau
benar, tak banyak sikit pasti kita dan orang ramai dapat mengesan kelibat
mereka.
Baik di lapangan terbang, di hotel mahupun di kem seperti
mana yang didakwa Anwar.
Kami berharap agar Anwar berhentilah daripada terus-terusan
menyebar fitnah semacam ini.
Tak perlulah nak mengemukakan gambar lambakan warga asing di
lapangan terbang kononnya sebagai bukti kehadiran pengundi hantu.
Untuk makluman Anwar, boleh dikatakan setiap hari lapangan
terbang dipenuhi warga asing, sama ada pelancong mahupun pekerja yang masuk ke
negara ini atau pulang ke negara
masing-masing.
Sebagai ahli politik yang setahun berpuluh kali ke luar
negara, rasanya Anwar lebih arif mengenainya…kecualilah beliau sendiri memilih
jalan untuk terus membodohkan dirinya sendiri!
Sumber : AAKJ
No comments :
Post a Comment