Melihat dari perkembangan semasa dalam kempen pilihanraya
ini, kita semakin yakin bahawa huru-hara yang dijangka sudah hampir pasti akan
berlaku selepas PRU-13. Justeru, difahamkan di beberapa tempat,
penyokong-penyokong BN telah pun mengadakan solat hajat memohon perlindungan
Allah SWT dari segala bencana.
Sungguh ironi sekali kerana di masa yang sama, pihak PR pula
didoakan oleh pihak gereja Jerusalem di Israel.
Pembangkang memulakan langkah pertama untuk mencetuskan
dengan menimbulkan provokasi dengan mengumpan pihak Barisan Nasional bertindak
balas. Antara langkah yang diambil ialah:
· 26 April – Seroang kanak-kanak 11 tahun cedera dibelasah
pembangkang kerana mengaku menyokong BN di Felda Teloi Timur, Baling.
· 28 April – Sofian Abidin dipukul pembangkang kerana
memakai baju T berlogo BN dekat pekan Tanjung Dawai.
· Pada 2 Mei - C. Padiapan, 50, bertugas mengawal khemah BN
di Taman Halia, Lunas cedera parah dipuluk penyokong pembangkang.
· 2 Mei – Seorang ahli bomba sukarela di Taman Merak Jaya,
Seberang Perai Tengah bakal hilang penglihatan mata kiri akibat dibelasah
pembangkang.
· Selain belasah, pembangkang juga menggunakan bom petrol
untuk membakar Bilik Gerakan di Nibong Tebal dan juga Jelapang Perak.
· Mereka juga bertindak membakar khemah-khemah BN di Bakar
Bata Kedah dan juga Batu.
Walaupun mereka tidak jemu-jemu mencabar, Alhamdulillah,
pihak BN tidak termakan umpan tersebut. Malah, BN terus berkempen dengan cara
biasa iaitu mewar-warkan janji yang pasti ditepati di samping mengingatkan
rakyat akan siapakah pembangkang yang sebenarnya.
Memandangkan mereka masih belum berjaya membuat BN bertindak
balas, maka mereka meneruskan ke langkah seterusnya iaitu mereka-reka isu bagi
mempersoalkan kredibiliti SPR. Antaranya:
· menuduh warga asing yang sedang beratur di lapangan
terbang sebagai ‘pengundi hantu’ yang dibawa oleh BN.
· mempersoal kredibiliti dakwat kekal yang sebelum ini
diperjuangkan mereka.
· menyebar berita palsu dengan menuduh kerajaan akan
menghalang mereka mengundi terutama kaum Cina dan menyuruh mereka mencetak
semakan pemilih untuk disimpan sebagai bukti.
· mewar-warkan kepada pemberita dan kerajaan asing konon
pilihanraya Malaysia tidak bersih dan merayu mereka menjadi pemerhati.
Kesemua ini adalah bukti kukuh bahawa pembangkang yakin yang
mereka akan kalah. Sehubungan dengan itu, mereka giat merancang huru-hara bagi
menolak keputusan pilihanraya.
Apa yang dijangka ialah mereka akan menggunakan cetakan
semakan daftar pemilih yang telah dipalsukan untuk menuduh SPR tidak telus dan
seterusnya mencetuskan kekecohan. Kekecohan ini akan berlaku di beberapa tempat
sehingga bertukar menjadi pergaduhan dan seterusnya kecederaan. Ini penting
bagi memberi ‘impak’ kepada bantahan mereka.
Dijangka juga akan berlaku satu kejutan yang melibatkan
serangan ke atas individu yang berpengaruh di dalam pembangkang bagi meraih
simpati dan bagi mengesahkan kononnya BN bermain kotor.
Kemudiannya, Ambiga dan SUARAM akan muncul kembali membawa
isu BERSIH dan Keadilan. Pada ketika ini juga pembangkang akan meminta bantuan
asing secara besar-besaran bagi memberi tekanan kepada kerajaan.
Akhir sekali mereka akan mengumpulkan seramai mungkin
penyokong mereka untuk membuat huru-hara menolak keputusan pilihanraya. Ia akan
dilakukan secara berterusan sehingga Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran
kepada kerajaan.
Sekiranya ia masih gagal menjatuhkan kerajaan, maka suntikan
semangat baru akan diberi untuk terus menyemarakkan kemarahan penyokong mereka.
Untuk itu, tidak mustahil mereka akan mengarahkan penyokong mereka berbuat
sesuatu yang memaksa pihak berkuasa bertindak keras. Tindakan keras pihak
berkuasa akan diwar-warkan sebagai bukti kekejaman sehingga penyokong yang lain
menjadi hilang kawalan akibat kemarahan yang meluap-luap.
Kebencian dan perkauman akan terus disebar pada waktu ini
sehingga negara lumpuh dan kerajaan menjadi lemah.
Sebenarnya, langkah kejatuhan kerajaan dalam cara yang sama
telah berkali-kali kita saksikan melalui ‘Arab Spring’. Apa yang terjadi
seterusnya adalah ‘klasik’ iaitu anak kehilangan bapa, bapa kehilangan
keluarga, orang ramai kehilangan pekerjaan, hilang tempat tinggal, barangan
asas sukar didapati, bank-bank ditutup, kedai-kedai diceroboh, kecurian
berleluasa dan seterusnya.
Jika selama ini kita hanya menontonnya di televisyen dan
membacanya di akhbar dan internet, tetapi hari ini, senario ini sudah hampir
pasti melanda kita. Untuk itu, penyokong-penyokong pembangkang perlu
bertanggungjawab kerana enggan mendengar nasihat kita agar tidak mempercayai
pemimpin mereka. Apapun, yang penting kita telah mencuba sedaya upaya untuk
menyedarkan mereka.
Maka apa yang dapat kita lakukan di saat-saat akhir ini
hanyalah berdoa agar dijauhkan dari mala petaka angkara saudara-saudara kita di
dalam pembangkang.
No comments :
Post a Comment