Tuesday, August 19, 2014

Kesungguhan, sikap profesional Malaysia urus jenazah dipuji Belanda

Duta Besar Malaysia di Belanda Datuk Dr Fauziah Mohamad memaklumkan urusan membawa pulang jenazah warga Malaysia berjalan lancar. – Gambar wikipedia.org, 18 Ogos, 2014.
Duta Besar Malaysia di Belanda Datuk Dr Fauziah Mohamad memaklumkan urusan membawa pulang jenazah warga ×Malaysiaberjalan lancar. – Gambar wikipedia.org, 18 Ogos, 2014.


Pihak berkuasa Belanda memuji kesungguhan dan sikap profesional anggota dan pegawai Malaysia yang terlibat sepanjang proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.


Duta Besar Malaysia di Belanda Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata penghargaan itu dizahirkan hasil kerjasama kedua-dua negara dalam mempercepat dan melicinkan setiap proses pengurusan tersebut.
"Mereka puji dan kagum semangat serta kecekapan kerja berpasukan kita, contohnya anggota dan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysa dalam menguruskan jenazah dengan teliti termasuk dalam memandikan jenazah.
"Tidak semua (orang) mampu buat tugas itu dengan betul kecuali yang benar-benar pakar dan ada kemahiran tinggi," katanya kepada wartawan Malaysia pada Isnin.
Dr Fauziah menarik perhatian bahawa kepakaran anggota dan pegawai terbabit selain kerjasama berterusan pihak berkuasa Belanda membantu mempercepat proses menguruskan jenazah.

Jelasnya, urusan membawa pulang jenazah warga Malaysia berjalan lancar dan pihaknya masih menunggu perkembangan terbaharu dalam tempoh berbaki tiga hari lagi sebelum jenazah dibawa pulang ke tanah air.

Menurut Dr Fauziah, tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah kepada kerajaan Malaysia dijadualkan pada Khamis ini.

Katanya, apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda, sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah air.

Dalam pada itu, Dr Fauziah berkata pihaknya sentiasa diberikan maklumat terkini hampir dua hingga tiga kali setiap hari berhubung jenazah rakyat Malaysia.
"Boleh dikatakan hampir 60% jenazah rakyat negara kita sudah ditemui. Sejak tragedi itu, kita sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu menerusi panggilan telefon pada kadar segera.

"Ada kalanya kita tidak tidur menunggu perkembangan setiap hari. Selepas mendapat hitam putih, kita terus memaklumkan kepada anggota keluarga mangsa di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Dr Fauziah berkata beliau akan pulang ke Malaysia dan akan turut serta menyambut jenazah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Sebanyak 22 jenazah termasuk seorang bukan warga Malaysia akan dihantar pulang merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat dengan pesawat khas dari Amsterdam yang dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi, Jumaat ini.
Tarikh itu juga diumum sebagai hari berkabung negara dan satu istiadat penghormatan untuk jenazah mangsa tragedi itu akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada hari berkenaan.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. – Bernama, 18 Ogos, 2014 




Sunday, August 17, 2014

KHAS UNTUK PENGKAGUM DSAI DAN KAKI KEJI PAS



Krisis Selangor - Kemaskini Terbaru 16/8.

- Khalid Ibrahim tak menafikan dakwaan bahawa DUN Selangor mungkin akan dibubarkan.

- LGE menuduh Khalid Ibrahim pentingkan diri jika bubar DUN dan adakan PRN.

- Khalid Ibrahim menjawab surat terbuka Husam. Katanya, Husam boleh mendapatkan sendiri penjelasan dari ahli jawatankuasa PAS atas apa yang berlaku.

- Sebuah NGO yang dibentuk oleh bekas2 ahli PKR ditubuhkan dan mengecam / menolak perlantikkan Wan Azizah sebagai bakal MB baru Selangor.

- Mahathir dilaporkan berkata krisis di Selangor adalah berpunca dari cita2 peribadi Anwar yang mahu menguasai Selangor dan seterusnya menggunakan aset negeri itu untuk membeli MP2 BN agar lompat parti untuk membolehkan nya menawan PUTRAJAYA.

- Khalid Ibrahim pada hari ini membuat laporan mengenai dakwaan salah laku berhubung pemecatannya sebagai ahli PKR baru2 ini.

- Dr. Maza memberitahu bahawa dia tidak bersetuju Wan Azizah dilantik sebagai Mb Selangor namun tidak menjelaskan apa sebab2nya secara terperinci. Dalam pada itu dia menegaskan kewibawaan Wan Azizah tidak diragui atas status wanita yang dia miliki.

- Subky Abdul Latif, bekas wartawan dan juga bekas pemimpin PAS menyelar pandangan sesetengah pihak dalam PR yang menyalahkan PAS bulat2 dalam apa yang terjadi di krisis Selangor. Dengan meletakkan segala2 kesalahan di atas bahu PAS, tanpa melihat kesalahan yang dilakukan oleh PKR dan DAP, ia adalah jalan mudah bagi sesetengah pihak untuk alihkan perhatian dari masalah sebenar.

- SUA PAS, Mustafa Ali mengeluarkan dua kenyataan ;

1. PAS telah meletakkan beberapa calon alternatif selain dari DSWA untuk diberikan kepada sultan bagi tujuan perkenan.

2. PAS juga mendesak agar PKR dan DAP memberikan penjelasan atas sebab apa mereka marahkan PAS apabila PAS mengarahkan keempat2 ahli exco bertahan sebagai exco agar DUN tidak dibubar sekaligus mempertahankan kerajaan PR.

Ada orang yang tak faham. Dia bagi hujah. Hello. TSKI kata mana ada kerajaan PR di Selangor. Lue lancau la PAS. Nak tipu agak2. Aku rasa orang yang bagi hujah begini ada masalah dengan konsistensi dia.

Pertama, dia tolak Khalid.

Kedua. Dia kaitkan pendirian Khalid dengan pendirian PAS.

Apa yang Khalid cakap mewakili Khalid, bukan mewakili PAS.

PAS bercakap mewakili PAS. Hidup jangan jadi bebal sangat walaupun ko memang bebal.

Khalid cakap takde kerajaan PR itu dia punya pasal. Itu dia punya point. Dia punya hal. Dia punya pendapat.

PAS bercakap dari sudut perlembagaan negeri. Kedudukan exco PAS bagi membuktikan bahawa sekurang2nya 1 daripada 3 parti yang menjadi kerajaan negeri sedang bertahan disitu untuk memastikan DUN tidak dibubarkan sewenang2nya. Sementara PR sedang mencari solusi terbaik untuk selesaikan masalah berbangkit adalah amat baik untuk LIM GUAN ENG tidak bersikap EMOSI dalam menzahirkan PENDAPAT di hadapan media.

Sementara PAS sedang mempertahankan PR, dimaki hamun pula oleh geng2 PKR dan DAP tanpa henti. Sebab apa? Sebab tidak memahami bagaimana perlantikkan ataupun perletakkan jawatan exco mempengaruhi pentadbiran satu2 negeri. Sementara PAS diperlihatkan sedang berurusan, memujuk ataupun menemani Khalid di waktu2 sukar akibat dianiaya oleh PKR, geng2 PKR dan DAP hanya tahu memaki hamun. Semua perkara adalah dalam pengetahuan mereka. Dunia ini harus beroperasi sepertimana yang mereka fikirkan. Owh yeah, mereka kan suka tunjuk pandai dalam segala2 hal yang berlaku di dunia neh. Mereka tak pernah tak pandai, mereka juga tak pernah tatau apa2. Semua benda mereka pandai, semua benda mereka tahu, yang aku pelik, apasal pula benda yang dalam ahti Khalid mereka tak boleh predict?

Khalid. Hanya mahu 1 benda.

Singkirkan dia secara berhemah. Tanpa fitnah dan tuduhan.


Dia takan berundur setelah imej dan intergritinya tercalar. Andai dia disingkirkan elok2 dari sidang DUN, melalui proses undi tidak percaya, dia akan akur dan hormat dengan keputusan itu. Sekarangnya ahtinya sakit. Sakit difitnah. Sakit dipermainkan. Sakit dipergunakan. PKR perlu gunakan DUN usul undi tidak percaya untuk singkirkan Khalid secara berhemah. Meskipun selepas ini dia mungkin mengambil beberapa tindakan undang2 bagi membersihkan semula imejnya yang teruk dicalarkan dan dipermainkan oleh PKR. 


BERPAKAIAN FESYEN BOGEL!!!

HARAM MUSLIMAH PAKAI JILBOOBS!


Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.


MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia.


Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.


"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.


Menurut Ma'ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.


"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual itu dilarang," kata beliau.


Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.



Sebelum ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media sosial itu. - UTUSAN  


Saturday, August 16, 2014

TERKINI ! KRISIS MB : PEMECATAN KHALID IBRAHIM SEBAGAI AHLI PKR TIDAK SAH ...

1. Perkembangan terbaru krisis perebutan MB Selangor bertambah hangat apabila peguam Khalid Ibrahim telah menghantar surat kepada Pendaftar, Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

2. Surat itu telah meminta pihak ROS supaya menyiasat kesahihan pemecatan beliau daripada parti PKR. 

 





3. Dalam isu ini, PKR didakwa telah gagal menjawab soalan :
1.Siapakah 6 orang ahli Lembaga Disiplin PKR?
2.Apakah 6 orang ini hadir semasa membincangkan kes Khalid?
3. Di manakah senarai nama kesemua ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang hadir dan nama 2/3 daripada mereka yang mengundi memecat Khalid seperti termaktub dalam Fasal 9.1(e) parti tersebut?
 
4. Dan jika PKR gagal menjawab dan membuktikan soalan-soalan ini, apakah Khalid masih lagi ahli PKR?

5. Dan jika ROS menyiasat dan mendapati bahawa parti PKR telah melanggar perlembagaannya sendiri, apakah parti PKR akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang ?





6. Surat peguam yang dihantar ke ROS ini bukannya kerana Khalid Ibrahim masih mahu menjadi ahli PKR. 


7.
 Tetapi lebih kepada membuka pekung kepimpinan PKR yang dilihat carca marba tidak mematuhi peraturan perlembangan parti sendiri untuk memecat ahlinya. 

8.
 Tindakan sewenang-wenangnya tanpa justifikasi sah mengikut perlembagaan parti itu patut menyedarkan rakyat tentang betapa teruknya parti PKR ini.

9. Jika parti pun tidak terurus dan tidak mengikut perlembagaan sendiri, cubalah kita bayangkan jika parti PKR dan Pakatan Pembangkang memerintah negara ini. Porak peranda dan hancur Malaysia ini! 


PKR MAKIN MENGGELETAR BILA KHALID UMUM, DUN SELANGOR TUNGGU MASA UNTUK BUBAR SEBAIK-BAIK SAHAJA KEPULANGAN DYMM SULTAN SELANGOR!!!


Dulu Anwar umumkan 30 Ahli Parlimen akan serta PKR dan dia akan menjadi PM, sekarang Azizah umumkan 30 orang ADUN sudah menyebelahinya menjadi MB, tetapi Anwar sekali lagi dikejutkan dan digentarkan oleh Khalid Ibrahim menerusi pengumuman tidak rasmi Khalid bahawa penyelesaian bagi segala kemelut yang berlaku di Selangor boleh diselesaikan menerusi pembubaran DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan.


Pakatan Rakyat menguasai majoriti lebih dua pertiga di DUN Selangor dan sepatutnya dapat menjalankan pentadbiran negeri dengan lancar dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan apa-apa undang-undang atau peraturan baru. Malahan bajet Kerajaan Negeri pun, berada sepenuhnya dalam kawalan Pakatan Rakyat.

Malangnya ketamakan dan keserakahan nafsu Anwar Ibrahim, menggagalkan segala-galanya. Di sebalik pujian melambung yang diberikan kepada Khalid Ibrahim kerana berjaya membuatkan Selangor mempunyai rezab tunai RM3.2 bilion, rupa-rupanya Anwar Ibrahim meleleh-leleh air liur untuk menggunakan wang tersebut buat kepentingan dirinya.

Fikirnya, Khalid Ibrahim tidak akan melawan dan menuruti sahaja kehendaknya kerana kebanyakan pemimpin PKR memang begitu sifatnya. Disuruhnya Khalid letak jawatan, Khalid enggan. Dibuatnya KAJANG MOVE, tetapi Khalid kemudian mengatur langkah, melawan bahkan membiayai PRK DUN Kajang yang merupakan sebahagian daripada rancangan jahat Rafizi Ramli yang disuruh oleh Anwar Ibrahim.

Khalid sudah menang di situ apabila RM50 juta yang dikeluarkan oleh Khalid untuk membeli undi bagi memenangkan Wan Azizah, mempunyai bukti dan arahan daripada Anwar Ibrahim. Malah kepada siapa pun wang tersebut diserahkan, turut dicatatkan dengan teliti.



Begitu juga dengan SKANDAL SPLASH yang dipaksa oleh Anwar Ibrahim untuk Kerajaan Negeri Selangor membayar kroninya wang berjumlah RM2.5 bilion walaupun jumlah sebenarnya hanyalah RM250 juta iaitu jumlah yang dibayar oleh Khalid kepada pemegang konsesi SPLASH.


Anwar gagal lagi memperolehi duit negeri Selangor sepertimana yang dihajatinya. Namun pada masa yang sama, Anwar juga gagal menyedari bahawa Khalid Ibrahim sudah memasang perangkap untuk menjerat Anwar Ibrahim.

Bila umumkan yang Wan Azizah sudah ada 30 orang ADUN yang menyokongnya termasuklah dua orang ADUN PAS, Anwar menjangkakan, Khalid Ibrahim sudah kena checkmate dan Khalid tidak ada pilihan lain kecuali letak jawatan Menteri Besar.

Namun, Khalid masih ada senjata terakhir. Khalid menunjukkan kepatuhannya kepada perintah DYMM Sultan Selangor agar dia tidak buka mulut, tidak banyak melayan isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan menyerahkan keputusan akhir kedudukan Menteri Besar Selangor kepada baginda tuanku.

27 Ogos, itu adalah tarikh yang diberikan oleh Khalid Ibrahim yang sudah cukup menggentarkan Anwar Ibrahim dan PKR serta DAP secara keseluruhannya.

Kalau berlaku PRN Selangor seperti yang dijangkakan oleh semua pihak, DAP tidak banyak terjejas kerana kerusi-kerusi DUN yang ditandingi semuanya bermajoriti Cina. PAS mungkin akan menambah bilangan kerusi DUN yang dikuasainya berbanding PRU-13. Manakala UMNO-BN akan memperbaiki jumlah kerusi DUN yang dikuasai.

Yang paling banyak kerugian adalah PKR. Dengan imej PKR yang dilihat sebagai sebuah parti Anwar Ibrahim yang penuh serakah, ketamakan serta terlalu mementingkan Anwar Ibrahim, kebanyakan penyokong atau pengundi PKR sebelum ini, kebanyakannya tidak dapat menahan perasaan meluat dan benci. Apatah lagi PKR dilihat terlalu sibuk untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dan keluarganya berbanding mengambil peduli hal rakyat. Sehinggakan demi Anwar, Khalid Ibrahim yang dikatakan seorang Menteri Besar yang baik pun, telah cuba dipecat dan disingkirkan semata-mata kerana memenuhi kehendak KETUM.

Lebih penting, semata-mata  untuk memenuhi nafsu Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS berpecah. Kebanggaan kononnya kewujudan Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan tembok yang dibina oleh BN, akan hilang kerana Anwar lebih rela melihat Pakatan Rakyat berpecah demi mencapai maksudnya!

Sekali lagi Anwar Ibrahim kena main dek Khalid Ibrahim dan ancaman Pilihanraya Negeri Selangor oleh Khalid Ibrahim bukan sahaja akan memusnahkan keinginan dan hasrat Anwar Ibrahim, bahkan keseluruhan Pakatan Rakyat itu sendiri!!!

Saturday, August 9, 2014

MB Selangor : Anwar Tolak Keputusan Majlis Syura Ulama PAS

AIDCNews – 8/8/14 – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
“PAS tidak membuat keputusan bagi mewakili PKR. Sebagai sekutu dalam Pakatan Rakyat, kita mengormati pandangan mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, petang Jumaat, lapor Mstar.
Anwar berkata Majlis Syura Ulama PAS bukan merupakan Majlis Syura Pakatan, maka PKR tidak terikat dengan keputusan yang dibuat badan itu.
“Majlis Syura Ulama PAS bukan Majlis Syura Pakatan,” katanya.
Majlis Syura Ulama dalam satu kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din, memutuskan untuk mengekalkan Khalid sebagai MB Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.
“Keputusan ini dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.
“Maka selagi (Khalid) tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,” demikian menurut kenyataan itu.
Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS di Kota Bharu pada Selasa.
Anwar dilaporkan The Malaysian Insider berkata keputusan Majlis Syura PAS yang mahu mengekalkan Khalid disebabkan kurangnya fakta sebenar berkaitan menteri besar Selangor itu.
“Saya fikir ada isu yang kita perlu perjelaskan kepada mereka (Majlis Syura) yang mereka tidak ketahui sebelum ini.
“Khalid bukan saja seorang pemimpin PKR dan menteri besar tetapi juga seorang rakan. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini luar daripada etika,” katanya.
Ketika ditanya mengenai keengganan peletakan jawatan Khalid sama seperti yang dilakukannya pada 1998, Anwar berkata isu Langkah Kajang bukan sesuatu yang baru dan pernah dibincangkan sejak 15 Januari lalu.
Katanya, walaupun Khalid tidak memberi sokongan kepada Langkah Kajang namun beliau adalah pengarah piliham raya kecil Kajang tempoh hari.
“Banyak pertemuan di antara pemimpin PR dan Khalid. Saya tidak rasa sesuai menyamakan peralihan 1998 dengan isu yang dibangkitkan sekarang.
“Saya dapat menjelaskan proses peralihan MB melalui pelbagai mesyuarat, rundingan dan nasihat sejak enam bukan lalu,” katanya.
Anwar berkata isu MB Selangor akan dibincangkan esok oleh Majlis Pimpinan Pusat namun tidak pasti sama ada satu keputusan akan diberikan kepada Khalid.
The Malaysian Insider turut melaporkan PKR telah meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Arahan yang dikeluarkan beberapa jam selepas Khalid dipanggil semalam menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin hari ini untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor.
The Malaysian Insider ditunjukkan satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor
Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai menteri besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu.
Satu sumber PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Anwar selewat-lewatnya jam 10 pagi hari ini.
Tidak diketahui apakah semua wakil rakyat PKR menandatangani akuan berkanun itu menjelang mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Ahad ini.

“Langkah ini bertujuan memantapkan lagi sokongan kepada Dr Wan Azizah di Selangor. Beliau disokong pucuk pimpinan, kini sokongan perlu datang daripada wakil rakyat Selangor,” kata sumber dalaman parti.

Tuesday, August 5, 2014

[4 Gambar] Awek China Kini Jadikan Bulu Ketiak Sebagai Kegilaan Terbaru



Gadis-gadis di negara China kini punyai satu kegilaan baru iaitu merakamkan gambar bulu ketiak mereka dan kemudiannya berkongsi di laman sosial Weibo ataupun Twitter di China.

Tidak cukup dengan itu, ada pertandingan digelar gadis tidak cabut bulu ketiak dibuat bagi menggalakkan gadis-gadis di sana mengekalkan bulu di badan mereka.

Setakat ini, beribu-ribu gambar telah dikongsi laman web pertandingan itu yang kini dilihat hampir 28 juta orang.

Pertandingan itu dibuat selepas kerajaan China menganjurkan beberapa kempen yang menggalakkan wanita untuk mengekalkan kecantikan semula jadi.





Foto seksi suspek kes bunuh remaja di Jalan Labu, Seremban


Pasangan yang dikatakan membunuh seorang remaja di Jalan Labu semalam telah pun ditahan berikutan tersebarnya foto-foto aksi terlampau mereka di Facebook.









Kronologi mengenai penangkapan pasangan tersebut.

Polis menahan sepasang kekasih berusia 21 dan 19 tahun dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang remaja di tapak pembinaan di Batu 3, Jalan Labu, di sini, semalam.

Menurut jurucakap Polis, kedua-dua suspek ditahan di Ampangan, dekat sini, jam 6 petang semalam.

Katanya, polis turut memburu tiga lagi individu berusia awal 20-an yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Dalam kejadian itu, mayat Amir Fazli Suhaimi, 18, yang bekerja di Kompleks Sukan Nilai, dekat sini, ditemui tertiarap di dalam sebuah lubang di tapak pembinaan terbabit, jam 8.20 pagi kelmarin.

Foto terkini pasangan tersebut kini viral di Internet:






Sumber

Sunday, August 3, 2014

VIDEO KLIP ZUL NOORDIN "ORANG MELAYU SOKONG UMNO BUKAN KERANA ORANG MELAYU SUKAKAN UMNO..."

PRESIDEN UMNO NAJIB, TIMBALAN PRESIDEN UMNO MUHYIDDIN, NAIB NAIB PRESIDEN, MT DAN AHLI UMNO! MESTI HAYATI ARTIKEL DAN PESANAN INI! Video Klip ZUL Noordin "Orang Melayu Sokong UMNO Bukan Kerana Orang Melayu Sukakan UMNO..."  





Video : minaq jinggo

Khairy: Dalam dunia DAP, menghina agama tidak salah?

Youth and Sports minister Khairy Jamaluddin 2PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin tidak berpuas hati berhubung kenyataan balas daripada Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang menuduh Khairy mengapi-apikan keadaan dan masyarakat hanya perlu belajar untuk ketawakan kemudian lupakan sahaja kes Kelvin Yip yang menghina sambutan Hari Raya dengan bahasa yang kotor.
Oh, mungkin dalam dunia DAP komen yang menghina agama itu bukan kesalahan. Hanya perlu ketawakan sahaja kebodohan itu,” sindirnya di laman Facebooknya.
Khairy juga sudah menjangkakan akan menerima komen yang negatif daripada beberapa pihak yang tidak senang beliau membandingkan kes Kelvin Yip dengan Kiki yang dihukum kerana menjadi pembuli jalan raya.
Perbandingan saya buat antara Kiki dan Kelvin bukan pada jenis kesalahan tetapi dari segi penguatkuasaan undang-undang.
Walaupun kes berbeza, kedua-dua Kiki dan Kelvin telah menjadi isu ‘public interest’ atau kepentingan umum.
Jika kedua-dua disyaki melanggar undang-undang, kita nak melihat tindakan yang pantas dan cepat. Perbandingannya di situ, bukan dari sudut jenis kesalahan,” jelasnya.
Jika Malaysia ingin terus menjaga keharmonian dan sensitiviti kaum, tindakan (penguatkuasaan undang-undang) yang adil dan tegas harus dilaksanakan dan bukannya hanya ditangani dengan nasihat ‘Chill lah’, ‘Just laugh it off’.
Satu lagi, kes Kelvin ini bukan lesen untuk mana-mana pihak buat komen yang rasis kepada mana-mana kaum. Jangan dia (Steven) pula jadi Kelvin,” ujarnya.
Sebelum itu, Steven berkata Khairy telah mencuba meniupkan isu perkauman selepas membuat kenyataannya berhubung isu Kelvin Yip yang menghina sambutan Hari Raya.
Steven tidak setuju dengan kenyataan Khairy kerana beliau melihat dua kes ini adalah berbeza kerana Kiki dengan kesalahannya merosakkan harta di jalan raya dan Kelvin dengan kenyataan perkauman dalam Facebook.
Katanya lagi, saban hari masyarakat kita menjadi semakin tegang dengan isu-isu perkauman dari isu Kiki, Shahul Hamid dan Kelvin Yip.
Pemimpin bukan mencuba untuk meleraikan ketegangan dan mengasuh kepada keharmonian tetapi malah mengapi-apikan lagi dan menjadikan keadaan semakin tegang,” tegasnya. 

Ekspedisi Greenland-Malaysia 2014: Penemuan Bukti Ikan Duyung Misteri

Ekspedisi Greenland-Malaysia 2014: Penemuan Bukti Ikan Duyung Misteri | Ikan duyung selama ini dianggap sebagai cerita dongeng untuk kanak-kanak atau sekadar lagenda terutama di Eropah. Namun, sejak dua tahun lalu, dunia barat kecoh dari semasa ke semasa bahawa spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar hidupan imiginasi.
1
Semuanya bermula gara-gara dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012 bertajuk “Mermaids: The Body Found”. Dokumentari itu menarik 3.6 juta penonton, tertinggi dalam sejarah rangkaian Animal Planet. Kemudian, pada Mei lalu, rangkaian itu muncul pula dengan sambungan “Mermaids: The New Evidence”. Eropah dan dunia barat yang lain kecoh selepas kemunculan dokumentari pertama dan kedua itu.
Keyakinan masyarakat barat terhadap kewujudan ikan duyung menjadi begitu keterlaluan sehingga Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan kewujudan haiwan tersebut.
Ini berikutan badan berkenaan menerima terlalu banyak surat dan pertanyaan yang meminta jabatan itu mengeluarkan lebih banyak bukti berhubung kewujudan haiwan berkenaan. Dokumentari itu sendiri dianggap sebagai penipuan oleh sesetangah pihak.
Namun penafian tersebut tidak diterima sebahagian pihak lain terutama apabila video kedua itu turut memuatkan kehadiran seorang bekas pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.
2
Melalui dokumentari “Mermaids: The New Evidence”, bukti terbaru mengenai kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6 Mac lepas di perairan Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras laut.
Dua orang saintis yang menaiki sebuah kapal selam menemui spesis itu apabila ia berenang berhampiran kapal selam mereka dan bertindak menyentuh cermin kapal itu. Ketika itu salah seorang daripada mereka yang berada di dalam kapal selam itu ialah Bekas Pakar Biologi Marin Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Paul Robertson.
Video penemuan terbaru itu ditonton berjuta orang di laman YouTube dan siaran televisyennya juga di seluruh dunia melalui stesen Animal Planet mendapat sambutan menakjubkan.
Bagaimanapun, daripada bukti itu jika ia benar, maka Ikan Duyung tidaklah cantik seperti yang digambarkan dalam watak kartun Little Mermaid terbitan Disney tetapi rupanya seperti tengkorak dengan tangan yang mempunyai sirip ikan.
Ekoran penemuan itu, pihak pentadbiran Greenland kini dikatakan telah menghentikan semua lesen carigali minyak di perairannya kemungkinan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat spesis itu. Sebelum bukti video berkenaan, beberapa bukti video menunjukkan haiwan seperti ikan dengan rupa bentuk yang sama turut dilaporkan sekitar kawasan Greenland.
Ini menjadikan Greenland bukan sekadar satu sudut dunia yang unik, tetapi juga misteri. Ia secara berterusan menjadi perhatian banyak pihak atas sebab-sebab yang berlainan. Dengan kisah ikan duyung masih popular di Greenland dan masih dalam konteks yang hampir sama, sekumpulan 12 orang rakyat Malaysia termasuk tiga orang wanita akan berjalan kaki dalam satu program yang dinamakan Ekspedisi Greenland 2014 anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dengan tajaan Felda.
Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, perancangan asal ialah untuk membawa hanya tujuh orang namun mengikut perancangan terkini, jumlah peserta ditambah.
Ekspedisi ini ialah satu penjelajahan yang akan mengambil masa antara 30 hingga 35 hari melibatkan perjalanan sejauh 530km merentas bahagian tengah dan Selatan Greenland,”
Menurut Akmar Hisham, ekspidisi itu adalah ekspedisi pertama merentasi Greenland melibatkan rakyat Malaysia dan ia membabitkan kumpulan terbesar setakat ini dari mana-mana negara pun. Ekspedisi ekstrem itu diadakan untuk menunjukkan pada dunia rakyat Malaysia boleh menyahut apa sahaja cabaran di mana-mana pelusuk dunia pun tidak mahu negara Malaysia hanya dianggap sebagai ‘Jaguh Kampung’, katanya.
Biasanya orang akan melakukan ekspedisi secara solo tetapi kali ini kita libatkan secara kumpulan. Apa yang menarik, ialah cabaran ini akan dianggap sebagai satu cabaran yang ekstrem kerana perjalanan mereka akan melibatkan laluan dengan suhu serendah -40°C hingga 45°C. “Pada masa sama mereka perlu menarik luncur salji mereka sendiri yang mengandungi peralatan asas peserta sepanjang ekspedisi dengan berat sekitar 70 hingga 80kg sehari,” katanya.
Beliau berkata perjalanan itu nanti juga tidak mudah dan berliku kerana ia turut melibatkan pendakian kawasan tinggi. Menjelang hujung tahun ini KE7B akan dapat senarai akhir seramai 10 orang penjelajah terbaik bersama dua orang jurulatih yang akan mengikuti ekspedisi itu, kata Akmar Hisham.
“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.
Menurut beliau yang juga merupakan Penasihat Ekspedisi Greenland 2014 peserta dipilih daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dipilih dari tentera, polis, kakitangan awam, swasta dan pelajar. Adakah mereka bakal menemui ikan duyung juga di sana? “Rasanya tidak kot, kerana kami ikut laluan daratan,” kata beliau sambil tersenyum.
SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH INI: