Berikutan
pendedahan mengenai pembocoran maklumat syarikat 1MDB oleh Xavier Andre Justo,
ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya gerangan individu berkenaan dan apa
tujuannya melakukan perkara tersebut.
Melalui
laporan media, Justo telah ditangkap oleh pihak berkuasa negara gajah putih,
Thailand Isnin lalu namun latar belakang tentangnya masih samar.
Bekas
Staf Bongkar Portal Terkenal Fitnah 1MDB
Individu
yang berasal dari Switzerland itu dilaporkan menjual maklumat tentang syarikat
pelaburan milik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak
tertentu, malah disyaki turut menjual banyak maklumat sulit lain atas tujuan
untuk menampung kehidupan mewahnya.
Berdasarkan
maklumat, Justo dikatakan mampu tinggal di sebuah villa mahal 8 bilik di pulau
eksklusif tersebut bersama isteri barunya.
Menurut
laporan New Straits Times online, kisah Justo sebelum ini agak tragik. Selepas
dipecat, dia dikatakan ke Thailand dan memulakan syarikat perundingan – Justo
Consulting, namun bukti-bukti tentang kewujudan syarikat tersebut gagal
ditemui. Malahan, laman sesawang rasminya hanya tertulis “sedang dalam
pembikinan”.
Akibat
desakan wang, dia kemudiannya memulakan bisnes salun menggelapkan kulit yang
diberi nama ‘Always The Sun’ namun akibat servis dan maklum balas yang teruk
daripada pelanggan, bisnes tersebut turut berkubur.
Maka
atas desakan kewangan, Justo hanya melihat jenayah sebagai jalan singkat untuk
meraih pulangan lumayan.
Meneruskan
kehidupannya di Thailand tanpa pekerjaan dan sumber kewangan yang stabil, dia
akhirnya mendapat peluang pekerjaan iaitu dengan sebuah syarikat minyak Arab
Saudi, PetroSaudi International. Dia ditugaskan untuk mengendalikan bahagian
teknologi maklumat.
Walau
bagaimanapun, dia hilang pekerjaan tersebut akibat tidak bertanggungjawab,
tetapi tetap menerima sejumlah wang mengikut syarat perjanjian pekerjaan.
Mungkin
tak berpuas hati dengan tindakan itu, Justo dipercayai telah mencuri sejumlah
data sulit lagi penting daripada bekas majikannya sebelum bertindak menjualnya
kepada pembida tertinggi.
Dia
menggunakan kedudukannya sebagai ketua bahagian IT untuk mengakses sistem
komputer syarikat dan menyalin dokumen serta emel dengan niat jahat meraih
kesenangan.
Malah,
Justo juga bertindak mengugut bekas majikannya itu supaya memberikan sejumlah
wang kepadanya sebagai cagaran kepada maklumat berkenaan.
Menurut
sumber, dia mahukan wang tersebut sebagai tukaran kepada data yang dimiliki,
serta mengugut bahawa dia mampu untuk mendapatkan lebih banyak wang andai
menjualnya pada pihak yang berminat.
Mungkin
kedengaran bijak, tapi tindakan tersebut akhirnya menyebabkan Justo ditangkap
dan bakal didakwa tidak lama lagi.
Senang
cakap, nafsu tamak memang mampu menjadi jalan kepada manusia untuk hidup
serba-serbi diulit kekayaan, namun ada sebahagiannya kurang bernasib baik
kerana ia turut menjadi jalan kepada hidup dalam kesengsaraan. Dalam kes Justo,
kesengsaraan yang ditemuinya.
Awal minggu ini, helah
Justo akhirnya menjerat diri sendiri. Selain ditahan, pemacu cakera keras dan
alat penyimpan data miliknya turut dirampas sebagai bahan bukti.
Sumber
Sumber
1 comment :
Tak ke GANJIL ni! Bruno Manser Foundation, yg. disyaki EJEN Perisik Jerman/NATO-ISrael, juga berpusat di Basel (seolah tanah jajahan Jerman), Switzerland!
Tolonglah KDN dan Kementerian Luar tu - buat siasatan CEKAP dan CEPAT - supaya dapat dibersihkan nama 1MDB serta YAB PM kita dan NEGARA ISLAM kita ni, dan juga diHARAMkan EJEN-EJEN Barat/Zionis yg. MENYAMAQ sbg. pelbagai jenis NGO-NGO teramsuk NGO alam sekitar kononnya dll!
Ini adalah disyaki, MO biasa si PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu. terutamanya PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak tempatan dan asing (iaitu si KULI-Barat/NATO-ISrael/Zionis yg. memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!) - lihat saja kebakaran BERLELUASA di kpg-kpg setinggan TEPI LAUT/SUNGAI yg. MAJORITI adalah disyaki BUMIPUTERA Islam/Melayu, di Sabah/Sarawak termasuk di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sampoerna Sandakan, Miri, Kuching dsbnya!!
Nek Tempoyak.
Post a Comment