GEORGE TOWN, Isnin – Meskipun terdapatnya program Perumahan Mampu Milik yang dijalankan kerajaan Pulau Pinang, rakyat khususnya mereka yang berusia 30 tahun ke bawah bimbang, tidak mampu untuk membeli rumah pada masa depan.
Ini berikutan harga rumah di Pulau Pinang telah meningkat kira-kira 50 peratus dalam tempoh lima tahun lepas, termasuk rumah yang dibina di bawah projek perumahan mampu milik.
Tinjauan Bernama menunjukkan beberapa projek perumahan mampu milik yang disiapkan kurang 10 tahun lalu di Bandar Baru Air Itam, pada asalnya berharga kira-kira RM175,000 tetapi kini dijual semula dengan harga RM300,000 dan ke atas.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga rumah yang dijual oleh pemilik.
Kini, kerajaan Pulau Pinang mengenakan moratorium lima tahun bagi rumah mampu milik dan 10 tahun bagi rumah kos rendah sebelum ia boleh dijual di pasaran terbuka.
“Tiada apa yang boleh kerajaan negeri untuk mengawal harga tetapi, apa yang boleh kami lakukan ialah menyediakan lebih banyak rumah mampu agar orang ramai dapat membeli dengan harga yang lebih rendah,” katanya.
Senario sekarang ialah, bukan sahaja rumah yang pernah didiami mahal, rumah mampu milik yang akan dibina tidak mampu dimiliki oleh majoriti malah rumah kos rendah yang dibina adalah terhad berbanding rumah mewah.
Muhamad Amir Amin, 26, yang bekerja sebagai pereka grafik berkata pendapatan beliau sebanyak RM2,300 sebulan, tidak mampu untuk memiliki rumah kos rendah.
“Sebuah rumah kos rendah berharga RM42,000, saya tidak mampu untuk membelinya dan daripada pemerhatian saya, tidak ada lagi perumahan kos rendah di Pulau Pinang.
“Semua projek ialah sama ada rumah Kos Rendah Sederhana (LMC) atau perumahan Mampu milik yang berharga RM75,000 dan ke atas,” katanya.
Ahli Akademik Kanan Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Zainab Wahidin berkata beliau bimbang sekiranya kerajaan negeri terus membina rumah, dibimbangi akan terdapat banyak rumah kosong berbanding rumah yang diadiami.
“Tanah di Pulau Pinang ini terhad, khususnya di bahagian Pulau dan dengan membina lebih banyak rumah untuk menangani kenaikan harga hartanah, ia bukan jalan penyelesaian.
“Perlu ada satu peraturan untuk mengawal harga rumah kerana rumah adalah keperluan asas. Semua orang perlu rumah untuk tinggal,” katanya. – Bernama
2 comments :
Setiap permohonan mestilah melalui pejabat Pegawai Daerah. Pejabat Pegawai Daerah mesti simpan data banci. Dalam data bancian semua data demography spt. pendapatan isi rumah dan sebagainya. Diringkaskan, Pejabat Daerah ada hak untuk buat pertimbangan samada permohonan pemaju boleh teruskan projek atau hanya boleh memaju kawasan dengan syarat hanya boleh membina rumah dibawah 150K ke bawah atau ikut garis panduan Pejabat Daerah. InshaAllah boleh selesai..tak kisah le berapa juta pemaju beli tanah. Pemaju kena rujuk ke Pejabat daerah atau apa2 agensi kerajaan berkaitan..
SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259
Post a Comment