Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, May 29, 2017

Skandal Forex 90an - Rugi Atau Dicuri?








Kehilangan secara misteri USD$10 billion( RM44 billion nilai sekarang) pada 1994 itu telah dianggap sebagai kehilangan terbesar dalam mana mana bank di dunia pada waktu itu.

Pelbagai andaian boleh dibuat terhadap kerugian besar itu dalam manipulasi mata wang.

Ini bermakna ada sesuatu yang misteri telah disembunyikan. Kekal misteri apakah ianya satu kerugian atau satu kecurian? Perkara itu tidak pernah disiasat pun oleh mana mana badan bebas seperti PAC, atau mana mana suruhanjaya bebas pada waktu itu sehinggalah Kabinet pada Februari 2017 bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.

1MDB yang berhutang (bukan mencuri duit atau rugi) diserang dan ditohmah oleh Mahathir dan ANC  (Kelab Anti Najib) nya.

Pada isu 1MDB pelbagai andaian dibuat sebelum dan selepas diperiksa oleh PAC.
Selepas disiasat , ia tetap dilemparkan pelbagai permainan persepsi oleh pihak pembangkang dan kuncu kuncu Tun Mahathir.

Ini kerana mereka tiada lain peluru untuk menyerang Dato Seri Najib , maka seharusnya mereka bergayut bermati matian dengan isu hayat mereka iaitu 1MDB.


Malangnya mereka gagal kemukakan sebarang bukti selain menambahkan lagi soalan untuk menghidupkan isu 1MDB.


Info Menarik Mengenai skandal Bank Negara


Pasukan siasat kerugian forex siapkan laporan interim untuk Kabinet


HARI pembalasan semakin hampir dengan pasukan petugas khas menyiasat kerugian berbilion ringgit Bank Negara Malaysia (BNM) dalam perdagangan mata wang asing pada 1990-an kini di penghujung sesi inkuiri dan bersedia menyerahkan laporan interim kepada Kabinet.

Nor Mohamed berada di depan pasukan itu selama 45 minit semalam, menjawab soalan mereka mengenai apa punca kerugian besaran itu.

Ini adalah hari yang ditunggu sejak BNM pada 1992 melaporkan rizabnya yang lain menjunam daripada RM10.1 bilion pada 1991 kepada RbM743 juta pada 1992, kerugian RM9.2 bilion.

Terdapat juga liabiliti luar jangka sebanyak RM2.7 bilion. Pada 1993, BNM mendedahkan satu lagi kerugian perdagangan mata wang asing sebanyak RM5.7 bilion

Gabenor BNM pada masa itu Jaafar Hussein menggelar keseluruhan episod itu sebagai babak malang dalam sejarah bank pusat itu. Beliau mengambil tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan, sama seperti tindakan diambil Nor Mohamed.

Tetapi episod itu tidak pernah berlalu. Ia dibangkitkan oleh pembangkang pada setiap pusingan pilihan raya, sebagai contoh salah kewangan yang dibenarkan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagi pelakon utama dalam BNM, ia memalukan untuk mengenang kembali episod paling malang dalam sejarah bank itu.

Bagi rakyat Malaysia, ia satu peringatan yang skandal mahal menandai setiap era sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Ikuti seterusnya pendedahan sahabat blogger Taiping Mali mengenai skandal tersebut.


Media statement by Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Sunday, 3rd June 2012:

Mahathir is worried that the truth will be out about all the financial scandals during his 22-year premiership

Former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad has been more than his hyper-active self in the past fortnight, not only making preposterous statements about the political situation in the country but doing his utmost to fob off any possibility that the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak might stick to his earlier timetable to hold 13th General Election in June/July.
It was in the past two weeks that Mahathir:

Made the wild and preposterous statement that the Bersih 3.0 rally was a “preparation” and “warm-up” by Pakatan Rakyat for violent demonstrations to reject the results of the 13th general election should the opposition fail to win it.

Made another wild and preposterous statement when warning that the defeat of UMNO would be akin to the Malays losing power in their own country, when the coalition that would replace UMNO/Barisan Nasional would be Pakatan Rakyat comprising PKR, PAS and DAP;

Returned again and again to the theme that because of the Abdullah premiership, the Najib government is still weak and not ready for the 13th General Election which he wants to be held off until after the fasting month which ends in August.

However, the real reason why Mahathir is so hyper-active in the past fortnight and making so many wild and preposterous statements is because the former Prime Minister is worried that the truth will be out about all the financial scandals during his 22-year premiership if Pakatan Rakyat forms the national government in next polls.
In a forum yesterday in Penang on the RM30 billion Bank Negara foreign exchange losses scandal 20 years ago, a former Bank Negara insider, former Bank Negara Deputy Governor Dr. Rosli Yaakop stepped forward to throw some light on what was undoubtedly the biggest financial scandal in the nation’s history.

Rosli named four persons constituting the “forex scandal elite club masters” as responsible for the massive Bank Negara losses two decades ago – former Prime Minister Dr Mahathir Mohamed, ex-finance minister Daim Zainuddin, ex-Bank Negara Governor, the late Jaffar Hussein and current Minister in Prime Minister’s Department in charge of Economic Planning Unit Government Nor Mohamed Yakcop.
Rosli told the forum Jaffar and Nor were the biggest culprits by going overboard in the forex speculation activities, which were against the very grain of central bank principles.
He said the duo speculated and they gambled recklessly and irresponsibly with no regard to the safety of Bank Negara’s assets.

Rosli accused Nor, who is the Tasek Gelugor MP, to have directly caused the forex losses as he was the man tasked to speculate, and ultimately gamble, Malaysian Ringgit against foreign currencies.

He said Nor, then Bank Negara advisor in charge of investment department, would use his computer and other staff computers to speculate and gamble in foreign exchange market.

This has led international forex players to believe that Bank Negara had many aggressive market traders.
“But truth is it was Nor Yakcop did it all.”

Rosli said the central bank ventured into speculative forex market in a big way during Daim’s tenure as finance minister.
“The order to go and make money in the forex market was from Daim with Dr Mahathir’s blessing,” Rosli disclosed, adding that Jaffar was their “Yes Man” Governor at that time.
In 1992, Bank Negara gambled on the British Pound. It bought the Pound long and George Soros, major player in forex market, short.

When the Pound was devalued, Bank Negara lost USD5.5 billion and George Soros gained USD1.7 billion.

Bank Negara then claimed it was only paper loss of RM9.3 billion.
Rosli said experts estimated Bank Negara’s exposure for having lost that much was USD27 to USD33 billion, which was five times more than its foreign reserves and its entire assets of USD20.7 billion in 1992.

I had estimated in Parliament two decades ago that Bank Negara lost a colossal RM30 billion. But Bank Negara claimed RM10.1 billion loss in 1992 and RM5.7 billion in 1993.
Rosli said yesterday that Bank Negara claims of losses were “schematically understated”, hidden through revaluation of BNM’s gold holding and revaluation of quoted investment.
Rosli mentioned that my call in Parliament at the time for a royal commission of inquiry into the Bank Negara in forex scandal was ignored as an open investigation would prove politically disastrous as the details of the scandal can be gruesome and cause damaging embarrassment because of the involvement of people high-up.

Rosli said certain people would have been in jail as criminal elements existed in the forex scandal. The criminal elements were negligence, overstepping of power, falsification of accounts, “creative accounting”, misinformation, breach of trust and corruption.

At the Penang forum yesterday, Rosli suggested that Pakatan Rakyat, if were to capture Putrajaya, should re-open investigation on the Bank Negara forex scandal of 1992.
I fully agree with Rosli. If Pakatan Rakyat forms the federal government in the next general election, there should be a Royal Commission of Inquiry into the RM30 billion Bank Negara forex losses scandal in 1992, as well as into all the other financial scandals during Mahathir’s 22-year premiership.

Barry Wain, in his book “Malaysian Maverick”, estimates that Malaysia lost RM100 billion just in four financial scandals during Mahathir’s premiership.
But this is what Mahathir does not want and most afraid of.

Yesteray, former Egyptian President Hosni Mubarak was sentenced to life imprisonment for complicity in the killing of protesters during last year's uprising.
I am not suggesting that Mahathir should face jail sentences for the financial scandals in his 22-year premiership but at minimum, Malaysians are entitled to know the truth about these financial scandals which would serve as painful national lessons to prevent their recurrence.

But clearly, this is what Mahathir would not want and would do his utmost to prevent, including outclassing himself in the wild and preposterous statements about Pakatan Rakyat in the run-up to the next general election.

*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor








































Saturday, May 27, 2017

Apa Yang Mahathir Hendak Tangisi? Bukankah Beliau Yang Mulai Jumpa Gerly Tahun 2014?



Hairan. Kenapa Mahathir tangisi apabila termetarainya perjanjian di antara DRB-HICOM dengan Geely Holding Group?

Yang memiliki DRB-HICOM ialah Syed Mokhtar. Syed Mokhtar dikenali sebagai di antara kroni Mahathir. DRB-HICOM diserahkan kepada Syed Mokhtar apabila Arwah Yahya Ahmad meninggal akibat jatuh helikopter. Semua itu zaman Mahathir.

Sekarang ini, apabila DRB-HICOM sebagai pemilik Proton, menjual sebahagian sahamnya kepada syarikat China itu Mahathir menangis.

Rundingan untuk kerjasama di antara syarikat China itu dimulai oleh Mahathir sendiri. Mahathir sendiri bersama Syed Mokhtar yang pergi ke China, pada April 2014, untuk berunding dengan Geely. Bukannya Geely yang datang ke Malaysia runding untuk beli. Mahathir sudah LUPA?

Portal Nikkei Asia Review melaporkan (13 June 2014) bahawa Mahathir sendiri yang hendak usahasama dengan China tanpa bantuan kerajaan. Saya ulang “tanpa bantuan kerajaan.”

Mahathir appears determined to go without government help … flew to China with Syed Mokhtar Al-Bukhary … met with Chinese political and business leaders … started crafting a partnership deal between Proton and Chinese automaker Zhejiang Geely Holding Group.

Habis sekarang siapa yang nak salahkan?





Friday, May 26, 2017

Benarkah Proton Kini Di Tangan China?



Image result for kerajaan jual proton kepada chia


Related image




Sebilangan orang kita senang dipancing. Letak sahaja tajuk “China’s Geely to Acquire Proton”, “Proton di tangan China” dan letak gambar PM di sebelah, maka reaksi orang kita akan jadi “Woi! Semua nak jual dekat China, lepas ni nak jual apa lagi?!”

Kecelaruan minda berlaku apabila media tidak profesional dalam mengguna istilah ekonomi dan perniagaan, dan pembaca tidak kritikal terhadap maklumat yang diterima.

Ada beza antara ‘merger, ‘acquisition’, ‘strategic alliance’ dan ‘joint venture’.

‘Merger’ itu penggabungan dua syarikat untuk membentuk syarikat yang baru. Contoh ‘merger’ adalah seperti DaimlerChrysler hasil penggabungan Daimler (Jerman) dan Chrysler (Amerika).

‘Acquisition’ ialah pembelian sebuah syarikat oleh syarikat yang lain, contohnya seperti pembelian Lotus (UK) oleh Proton (Malaysia). ‘Acquisition’ berlaku apabila syarikat pembeli mempunyai ‘controlling stake’ atau majoriti saham. Semasa Proton membeli Lotus pada tahun 1996, Proton mempunyai 80% pegangan saham.

‘Strategic alliance’ (rakan kongsi) merujuk kepada kerjasama antara dua syarikat, contohnya seperti kerjasama Nissan (Jepun) dan Renault (Perancis) di mana Renault mempunyai 44% pegangan saham dalam Nissan.

‘Joint venture’ (JV) pula merujuk kepada projek/entiti berasingan yang diusahasama oleh dua syarikat yang mempunyai hubungan rakan kongsi, misalnya Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd. yang diwujudkan secara bersama oleh Daihatsu (Jepun) dan Perodua (Malaysia). Selalunya saham JV dibahagikan 50:50.

Geely hanya acquire stake dalam Proton, bukan acquire Proton. Dua istilah yang berbeza membawa konotasi yang cukup berbeza. Proton tidak dimiliki Geely. Menurut perjanjian, hubungan Proton dan Geely adalah rakan kongsi untuk mewujudkan JV. Proton masih pemegang saham majoriti (50.1%) yang berkuasa dalam pengurusan. Macam mana pula boleh kata Proton di tangan Geely?

Kalau nak meroyan pun, meroyanlah dekat orang yang betul. Kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) sudah lama “divest” dari Proton. Proton sekarang dimiliki oleh DRB-HICOM yang dimiliki oleh Etika Strategi Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pergilah mengadu.

Bukan tak boleh soal, tapi nak menyoal pun kena bijak, misalnya tanyalah apakah impak perjanjian ke atas industri rantaian tempatan seperti alat ganti. Bukan main sebut “jual” “jual” “jual” sahaja.

Sedangkan media memainkan isu jual beli, perjanjian tersebut menyasarkan pengeluaran 500,000 kenderaan menjelang tahun 2020, peluang bagi Proton untuk ‘rebadge’ kereta Volvo dan peluang Proton untuk menembusi pasaran China. Itu semua bakal menaikkan semula jenama Proton.

Kalau nak kaitkan dengan keselamatan negara, Geely ini tiada kena mengena dengan kerajaan China. Geely adalah antara syarikat yang jarang (‘rare’) di mana kerajaan China tidak mempunyai pegangan saham di dalamnya.

Waktu tahun 2004, GIC (tabung pelaburan kerajaan Singapura) membeli saham Proton, itu baru merisaukan. Tak dengar pula royanan masa itu. Sebab waktu itu belum ada Facebook.

Proton sendiri merupakan hasil hubungan rakan kongsi antara Proton dan Mitsubishi Motors (30% pegangan saham pada tahun 1983). Tak dengar pula orang kata jual negara ke Jepun. Sebab waktu itu media dikawal rapi, kita hanya cakap yang baik-baik sahaja tentang Jepun, bersama-sama pandang ke Timur, walaupun di Amerika pun orang sudah risau tentang kuasa ekonomi Jepun.

Bukan tak boleh jadi nasionalis atau proteksionis, boleh. Jangan risau, Proton masih jenama negara dan masih dimiliki oleh warganegara Malaysia, dan bakal dihidupkan kembali sebagai jenama yang disegani.

ARTIKEL ASAL PAUTAN


Artikel di atas disumbangkan oleh Ayman Rashdan Wong.


Wednesday, May 24, 2017

Tarikan Baharu Bermese Pool di Bandar Taiping




TAIPING - Satu lagi mercu tanda yang dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Burmese Pool Taiping siap dibina, awal Mei lalu.

Aktivis masyarakat, Azwan Lokman, 40, berkata, pelaksanaan mercu tanda tersebut mendapat kebenaran daripada pihak yang bertanggungjawab.

Menurutnya, projek itu bagi membantu usaha mempromosikan pelbagai aktiviti pelancongan dan rekreasi.

"Ia juga dijangka mampu membantu peniaga untuk memperkenalkan perniagaan yang ada di sekitar kawasan Burmese Pool kepada pengunjung," katanya, di sini baru-baru ini.

Tambah Azwan, sejak ia siap dibina, perubahan positif dapat dilihat terutama peningkatan pengunjung.

"Ketika ini, ramai yang datang dan bergambar di mercu tanda Burmese Pool," katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan atau mana-mana badan bagi menyejahterakan bandar Taiping serta warganya.

"Kami berharap semua pihak dapat menghargai usaha ini dan bersama menjaganya termasuk kebersihan persekitaran Burmese Pool," katanya.


Sumber : Sinar Online

SAMPAI BILA MALAYSIA HARUS PERCAYA #RAFIZIKAKIFITNAH



 

Baru lagi. Masih fresh fitnah yang mana Rafizi membuat tuduhan terbaru dalam Youtube Invoke menuduh Perdana Menteri dengan tuduhan yang "recyle" dan sudah pun dijawab oleh Peguam Negara, PAC dan kehadiran sendiri Raja Salman ke Malaysia.

Ditekankan seperti ada duit yang "dicuri" masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Ironinya, Rafizi berani pergi jumpa Raja Salman dan tanya sendiri benarkah ada duitnya yang dicuri?

Difahamkan sengaja Rafizi bangkit isu "recycle" ini untuk menutup cerita dirinya menerima duit berjuta juta dari taikun Singapore.

8 April 2017, Malaysia Today dedahkan Rafizi terima wang berjuta juta jutawan Datuk John Soh Chee Wen yang kini sedang berhadapan dengan 168 tuduhan di Mahkamah Singapura.

Seperti DAP yang dikatakan oleh Dr Zuhdi PAS menerima wang RM1.2 billion dari Israel, Rafizi juga enggan menjawab pertuduhan yang dibuat itu. Mengambil pendekatan "buat bodoh" seperti DAP,

Ini adalah 10 pembohongan yang diceritakan Rafizi. Kita semua "copy paste" dan sebar dalam Facebook dan Twitter. Tweet @RafiziRamli.

1) 12 Januari 2013, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Pertahanan telah mengemukakan saman malu ke atas Rafizi kerana menerbitkan artikel fitnah dalam blognya.

2) 6 Ogos 2014, Rafizi kata PAS tolak Anwar sebagai PM dan mahu Ku Li sebagai PM dalam "Forum : Krisis Selangor :Pakatan Berpecah?" di Dewan Perhimpunan Cina-Kuala Lumpur. 6 September 2014, Hadi Awang menjawab balik bahawa tuduhan Rafizi itu adalah cerita fitnah.

3) 12 Julai 2014, laporan polis dibuat oleh AJK PKR Kapar iaitu Wan Adnan yang mendakwa Rafizi telah menyalahgunakan nama DYMM Sultan Selangor dalam isu menukar Menteri Besar Selangor.

4) 6 Ogos 2014, Tan Sri Khalid Ibrahim menang saman fitnah terhadap Saifuddin Nasuiton, Rafizi Ramli dan PKR kerana memfitnahnya melakukan salah laku sepanjang menjadi MB Selangor.

5) 22 Nov 2014, Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah memfailkan saman malu terhadap Rafizi. Kemudian Rafizi balas 'hanya melakukan gurauan' setelah memfitnah subsidi minyak masuk ke dalam akaun PM dan isteri untuk membeli cincin baru.

6) 26 Januari 2016 lalu, Rafizi didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen kerana menuduh UMNO terlibat dalam serangan terhadap gereja menggunakan Molotov dalam satu artikel yang diterbitkan di The Edge Financial Daily pada 2014.

7) 7 Mac 2012, Rafizi membuat kenyataan berunsur fitnah pada sidang media di Pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City, yang mana ia telah disiarkan di portal Malaysiakini. 31 Oktober 2016, Rafizi diarah bayar denda RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana memfitnah syarikat NFC.

8) 1 November 2016, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM1,950 kepada Rafizi Ramli setelah mengaku bersalah menganjurkan himpunan haram "Blackout 505"

9) 14 Nov 2016, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Rafizi setelah didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB. Rafizi didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.

Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran itu di lobi parlimen pada 28 Mac 2016 dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.

10) 11 April 2017, Rafizi diminta bertaubat oleh Abdul Hadi Awang, Presiden PAS kerana memfitnah PAS terima dana 1MDB.

Perkara 6,7,8 dan 9 adalah keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Rafizi kerana memfitnah. Kini menjadi sangat pelik jika masih ada yang percaya dengan dia. Melainkan mereka yang percaya adalah mereka daripada golongan yang gemar mendengar fitnah berbanding cerita benar sahaja.


Halooo!!!  Berapa lama na bermeditasi..


Saturday, May 20, 2017

Kenapa Mahathir Benarkan Jepun Yang Pernah Jajah, Seksa dan Bunuh Rakyat Kita Datang Melabur?




Rencana


Oleh Lim Sian See

Salah satu propaganda utama Pakatan Harapan sekarang – terutamanya PPBM ialah mereka mahu menakut-nakutkan kaum Melayu menggunakan China.

Ini jelas satu usaha untuk menafikan kejayaan yang PM Najib dan Kerajaan sekarang capai dalam memperluaskan perdagangan dan pelaburan dari China – yang kini menjadi ekonomi dan pasaran terbesar di dunia – dan akan menjadi pemacu utama pertumbuhan, kemajuan dan kemakmuran kepada Malaysia untuk dekad akan datang.

Lebih aneh apabila Mahathir sendiri pernah menyatakan secara berekod bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang perdagangan dan pelaburan dari China kerana mereka hanya ke sini untuk berniaga: Mahathir Dalam Bukunya Menasihati Rakyat Malaysia, Jangan Takut Dengan China

Kenapa Mahathir Benarkan Jepun Yang Pernah Jajah, Seksa & Bunuh Rakyat Kita Datang Melabur?

Dalam satu lagi U-turn dramatik, jika anda mendengar Mahathir dan PPBM sekarang, mereka akan mengatakan bahawa pelaburan dari China bermakna bahawa mereka akan merampas semua tanah dan pekerjaan di Malaysia dan kemudian menindas rakyat Malaysia.

Sebagaimana Mahathir pernah tegaskan, rakyat China telah berdagang dan melabur di Malaysia selama 2,000 tahun dan tidak pernah sekali pun mereka menjajah atau menghantar tentera untuk membunuh mana-mana rakyat Malaysia.

Tetapi negara yang sememangnya pernah menjajah, membunuh, merompak, merogol, merampas semua tanah dan menyebabkan penderitaan kepada jutaan rakyat Malaysia ialah Jepun, semasa kejayaan pencerobohan dan lebih 3 tahun pendudukan mereka di Malaysia pada tahun 1941-1945.

Apabila Mahathir Menjual Malaysia Kepada Jepun, Korea & Taiwan. Namun, hampir 38 tahun kemudian Mahathir melakukan pelbagai perniagaan, kebanyakannya dalam bidang strategik utama kepentingan negara, dengan Jepun.

Mahathir membenarkan Jepun untuk mengambil kepentingan dan melabur dalam kilang keluli negara (Perwaja), syarikat kereta nasional (Proton), lapangan terbang nasional (KLIA), infrastruktur pembetungan negara, loji kuasa negara (Kenyir dan Port Dickson Power), infrastruktur air kita (Pahang – Projek pemindahan air mentah Selangor) dan banyak lagi.

Malah, wang dari Jepun juga telah digunakan untuk membiayai PTPTN dan modal pembiayaan hutang negara serta dana modal teroka (MDV dan MAVCAP).

Lebih menarik, Mahathir sendiri menjalankan perniagaan peribadi dengan warga Jepun, Jiro Suzuki yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MDV dan MAVCAP, apabila memulakan perniagaan bakeri beliau.

Kenapa Mahathir Benarkan Jepun Yang Pernah Jajah, Seksa & Bunuh Rakyat Kita Datang Melabur? Oleh itu, dengan menggunakan logik Mahathir dan PPBM maka anda perlu takut dengan negara yang telah berdagang dengan kita sejak 2,000 tahun lalu dan tidak pernah sekali pun menjajah, menyerang, mengancam atau merampas mana-mana tanah atau membunuh mana-mana rakyat Malaysia.

TETAPI anda tidak perlu takut dengan negara yang telah menjajah, membunuh, merompak, merogol, merampas semua tanah dan menyebabkan penderitaan yang tidak terperi serta ketakutan terhadap berjuta-juta rakyat Malaysia hanya 38 tahun yang lalu?

Kenapa Mahathir dan PPBM tidak masuk akal? Kebodohan apa ini?

Atau adalah segala-galanya yang kini Mahathir katakan atau lakukan adalah semata-mata pembohongan yang hanya didorong oleh agenda peribadi dan dendam hingga mengorbankan kemajuan dan kemakmuran Malaysia?

Tidak hairanlah salah seorang daripada Sultan yang terkemuka mengutuk Mahathir dan partinya secara terbuka sebagai virus di Malaysia.




DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.